Pages

Thursday, December 12, 2013

Boy, or girl?

Gender is like a teka-teki bila pregnant. Kalau tanya parents-to-be, mesti most akan cakap tak kisah gender apa as long as both mommy and baby sihat dan selamat throughout pregnancy and labor. Sama jugak dengan kami. Kalau lelaki ok, kalau perempuan pun ok. Banyak orang kata kalau anak first lelaki, nanti boleh jaga adik-adik bila dah besar. For me, as an eldest, and my girlfriends pun banyak anak sulung, rasanya terjaga jugak adik-adik. And through my observation, lelaki sulung bukan jaminan boleh jaga adik. Ada jugak yang tak boleh diharap, better lagi anak perempuan. So, tak boleh ada discriminacy kat situ :p. And banyak jugak orang kata, kalau anak perempuan, best sebab boleh gayakan macam-macam, aksesori or menda-menda yang comel-comel lagi banyak untuk perempuan berbanding lelaki, limited. So camno tu?

Kalau saja-saja tanya hubs, hubs pun tak kisah boy/girl. Tapi kalau boy, hubs kata seronok jugak sebab dia boleh beli banyak toys, which dia boleh main sekali. Haha. Kalau family in law, never mention about this matter. Kalau my family, ibu kata adik-adik lagi over. Siap bergaduh sesama sendiri nak anak sedara lelaki or perempuan! Haha. Mak Ngah nak perempuan, sebab yelah, banyak benda comel boleh beli. Yang Makde nak lelaki sebab dia kata dah ramai sangat perempuan dalam family. Paksu pun sama nak lelaki sebab boleh jadi geng main. Macam-macam.. Haha.

For me, I don't know. Tapi, ntahlah from the beginning, instinct ni kuat rasa kite pregnant baby boy. Taktau kenapa. Takde sikit pun rasa yang it will be a girl.

Bila perut dah makin besar, few people mula lah teka-teka. Kak Leen rasa lelaki since perut nampak menonjol ke depan, nampak sangat mengandung berbanding other staf yang pregnant lagi awal drpd kite (and it's a girl). Ibu pulak, bila kite cerita pasal masa dalam flight to Guangzhou (Ada baby lelaki duduk seat depan. Penat kite usik-usik agah-agah dia, sikit pun dia taknak pandang. Dia lagi suka tengok dekat hubs yang duduk sebelah. Kecik hati den. Huhu.). Reaction ibu : "Mesti yang dalam perut tu lelaki". Tu dia.. Macam ahlil nujum. Hehe.

Tapi, finally the riddle answered during our visit to gynae 2 days after came back from China.. Tak expect pun akan dapat tau gender time tu.. (20weeks 5days). Macamana Dr Ng bagitau, while scanning, after tengok few part of baby's body, Dr kata "Ok ini dia punya burung, ini dia punya telur. So baby boy..." Haha. Comel je! Tapi kite tak nampak pun yang Dr tunjuk sebab kite ni kan rabun.. Monitor yang dekat atas tu konfemlah kite tak nampak jelas.. Tapi hubs kata dia nampak! Siap lukis lagi macamana rupa yang dia nampak hehe.

Well, its a boy for now. Kite takdelah terus confident. Yelah, biasa sangat dengar orang kata bila scan lain, tapi yang keluarnya lain. Haha. Kite tunggu next scan. Kalau still a boy, rasanya bolehlah nak avoid beli barang pink :p. Bila fikir-fikir balik, ok jugak baby boy, sebab as my sister said, dah ramai sangat perempuan dalam family kami. My siblings, 3 perempuan, sorang je lelaki (bongsu). Hubs' siblings plak, dia sorang lelaki. 3 adik perempuan. 

Bila dah tau pasal ni, orang yang mengharap dapat anak sedara perempuan a bit frust la. Huhu.

With makngah yang mengharap nak anak sedara perempuan. Ni first time mommy take photo tak cover-cover perut. Biasanya malu.. Huhu

No comments:

Post a Comment