Pages

Saturday, January 11, 2014

1st Time Shopping Baby Stuffs! : Mother, Baby and Kids Expo Jan 2014

Eventhough still patah hati pasal hospital matters, atleast ada something yang boleh buat untuk cure the feelings heuheu. Petang semalam, kite ajak hubs pergi Mother, Baby and Kids Expo, dekat PWTC. Berbekalkan duit yang agak banyak (since tak jadi nak bayar deposit FPP sobs!) and prepared checklist, kami keluar rumah dalam pukul 4 lebih.. Luckily jalan tak berapa jem and parking pun senang dapat..

Sampai-sampai, before enter Hall 4, ada ladies mintak isikan survey (?) pasal i-Heal (Medical centre located at Midvalley). Simple survey, kite layankan jelah. Dapatlah 1 paper bag kecik isi sebatang pen and 2 brouchers.. Once entered the hall, terus jadi macam blur, tak tau nak start macam mana *poyo je lebih*. First timer la katekan.. Heuheu. Our very first time untuk shopping. Sebelum ni usha-usha je dulu. Expo pun kami pernah pergi masa dekat Midvalley November lepas.. Tapi masa tu tak shopping pape, just cuci-cuci mata sebab rasa awal lagi nak shopping (plus time tu lagi few hours nak pergi vacation Guangzhou, so mood berjalan lagi kuat :p).

First booth kami jumpa, jual-jual baju.. Ikutkan kite tak nak beli pape dulu, nak pusing-pusing dulu. Tapi hubs suruh beli atleast 1. So kite pun pilih lah.. Pilih punya pilih, beli rompers set Carter's : 

4 rompers 0-6m, 6 pasang socks. RM 40. Kalau beli 3, dapat RM 100. Tapi beli 1 je dulu..

Then jumpa booth Medela. Since plan nak beli breastpump Medela, usha-usha jugak booth ni.. Ada promo RM 269 Medela Harmony, dapat free 1 Medela bottle and nipple cream.. Rasanya tak berapa best promo ni so kite abaikan je..

Sampai dekat booth Disney Cuties, tengok ada ramai orang dekat offer bins. Try usha, rupa-rupanya sales sepasang baju short sleeve/pants or long sleeve/pants starting price RM 12.. Ada jual baju lubang-lubang, which included in my checklist, so kite pun join the crowd :p. Masalahnya for first timer parents to be, kami tak tau nak beli saiz apa! Newborn or 0-3m or 3-6m. Ada yang kata kalau beli Newborn, takut dapat pakai sekejap je sebab baby cepat membesar, so better beli saiz 0-3m or 3-6m for long term. Tapi kesian pulak baby kena pakai baju gedoboh-gedoboh. Ikutkan hubs, beli je newborn, kalau dah tak muat, beli yang next saiz pulak.. Tapi pada kite, kalau banyak-banyak baju kang nak buat apa pulak.. So end up kite beli sepasang baju long sleeve/pants saiz newborn and sepasang baju lubang-lubang short sleeve/pants saiz 0-3m.. Tak berani nak beli banyak-banyak, nak tanya pendapat ibu dulu hihi.

2 pasang baju (RM 12 per pair), sepasang mittens and booties (RM5) and 1 pack napkins 8 pcs (RM25). Total : RM 54


Booth yang dicari-cari, One Baby World pun ada.. And ada promo pakej breastpump. Mula-mula just tengok-tengok je dulu, tapi lepas dah fikir-fikir and dah compare kan dengan promo yang ada dekat their website (Medela Harmony pakej), rasanya lagi berbaloi beli dekat sini.. Walaupun kalau ikut checklist, cuma nak breastpump and milk storage bags je. Plus, rasanya hasil tangkapan kami untuk kali ni tak banyak, so better beli time ni, takdelah terasa sangat kekurangan duit haha. Bincang-bincang dengan hubs, hubs pun setuju, so kami pergi balik semula dekat booth tu and pilih pakej Medela Harmony...
RM 290. Free reusable ice packs (3 pek), storage bottles (10 pcs), storage bags (25 pcs), washable bra pads (4 pcs), 1 berus botol, 1 posh cooler bag, 1 receiving blanket.

Cooler bag tu actually ada 2 pilihan je, tak cantik pulak tu (pada pandangan mata kite :p). 1 color biru, plain and 1 lagi color hitam ada corak bunga-bunga ala English. Tak minat! Last-last kite mintak yang corak dekat atas, tu pun ambil yang display punya. Heuheu. Ala nama je display, tapi condition baru.. Maybe dia baru bukak untuk buat display untuk expo ni.. Other than this package, hasil lain kami dekat booth ni :

1 swaddle blanket (RM 31.90) and 2 receiving blankets (RM 10 each). So total kami habis dekat booth OBW : RM 341.90
Pada kite, expo ni tak best sangat sebab tak variety, tak macam masa dekat Midvalley haritu.. Banyak jual baju-baju je.. Accesories macam baby cot, strollers, tilam, ada tu ada tapi tak banyak pilihan. Strollers yang ada pun rasanya 3 brands je kut : Quinny (Mamours), Perenno (never heard before) and satu lagi tak ingat. Semua harga yang riban-riban. Booth yang ada pun tak banyak.. Kami boleh pusing 2 kali, tu pun rasa sekejap je dah habis pusing.. Hasil tangkapan lain kami dekat expo ni :

1 handtowel (RM 1 je! Nak beli banyak tapi dah tak banyak pilihan), 1 hat (RM 3), 1 cloth diapers with 2 microfibre inserts (RM 20). Actually CD ni ada promo, kalau beli 10, RM 150 je.. Tapi memandangkan kite jakun and tak tau macamana nak guna CD ni sebenarnya, just beli 1 je dulu, untuk belajar huhu.. All of these items we bought from QQbabyshop's booth. Total : RM 23

Start daripada beli jumpsuit ni, we both terus fall in love dengan dinosaurs' stuff! Hehe. Sebab pada kami, cute sangat!! So dah berangan nak beli banyak dinosours' theme huhu. We got this from Urbankids' booth. Jumpsuit (saiz 3-6m) and hooded swaddle blanket RM39 and dino bib RM10. Total RM 49.
1 bantal RM 14.90 (if not mistaken. Takde resit) from Ichiro's and Ideal temperature feeding spoon (2pcs) from Kidsme. Spoon ni for sure hubs' choice.. Hubs beria nak beli eventhough tak termasuk dalam checklist pun hehe. Kira dengan spoon ni, kita dah tak payah nak rasa-rasa baby's food panas or tak sebab dia boleh detect kan through color changing. We bought with RM 10 instead of RM 12.90.
Untuk expo kali ni, tak banyak barang yang dapat di-striketrough from my checklist.. Harap-harap expo masa Midvalley end of this month dapat cover lagi banyak barang.. And from our experience, better next visit to any expo datang hari weekdays (Jumaat) sebab seriously orang tak ramai! Nak belek-belek barang senang, nak pilih-pilih senang, nak pusing-pusing pun senang. Tak serabut dengan manusia and strollers as our visit to Midvalley's previously. Barang pun banyak lagi pilihan since awal-awal..

The strikethrough items :
Berus botol susu
Breastpump + cooler bag
Milk storage bag + milk storage bottle + reusable ice packs

Total damage for this expo : RM 532.80

P/S : 1) Ada 2 booth yang jual famous Fisher Price Rocker RM 160. I think cheapest price so far. But since tak termasuk dalam checklist 1st stage, hold dulu.. Lagipun hubs kata mesti boleh dapat dengan harga lebih kurang macamtu during next next next expo (Iyeke... hehe)

2) Found ELC Blossom Farm Sit Me Up Cosy RM 120. Since tak pernah usha this item before (tak tau range price berapa) and takde langsung dalam checklist, so abaikan dulu huhu. After dah cehck through online, rasanya that price ok. So maybe boleh consider in future, untuk buat-buat ada.. *Gedik*

Friday, January 10, 2014

Magic Baby Bullet

As I told previously, hubs lebih excited dengan baby feeding, eventhough lamaaa lagi heuheu. Macam-macam resepi dah ada dalam kepala, nak bagi baby try makan itu ini (sayur and fruits) so that ikut daddy, suka makan sayur. The climax of his plan was when he bought this : 



This is the very first item that we bought for our baby. Napkin sehelai pun takde lagi ok!. Tak termasuk pun dalam my checklist huhu. Ni semua groupon punya pasal lah :p. Hubs beli this set (20 pcs) dengan harga RM99 including postage, which I think cheapest that we can get after buat few comparison dekat lelong..

Takpelah sayang.. Janji hati puas.. Jangan nanti tak rajin pulak nak prepare baby's food.. Hehe

Hospital Anganku Musnah!

Harini pagi-pagi dah bangun untuk pergi Hospital Putrajaya, nak book for FPP. Tapi dalam pukul 10am baru keluar rumah huhu. Sampai-sampai sana, kena tunggu parking tapi nasib baik tak lama tunggu, kebetulan ada orang nak keluar.. 

Masuk dalam hospital, orang tak ramai.. Maybe sebab hari Jumaat kut. Dekat kaunter pertanyaan takde orang so hubs terus ambil nombor. Dalam 5 minit duduk, nombor dah kena panggil.. Bila kitorang pergi kaunter, staf dekat kaunter tuh mintak kitorang pergi tanya nurse dekat kaunter pertanyaan.. Pulak dah.. Kitorang cakap lah takde orang and secara tiba-tiba bila jenguk balik *blink* ada pulak orang dekat situ. Cehhh.. So kitorang pergilah jumpa nurse tu..

Jumpa jumpa, teruslah cakap nak book bersalin under FPP sambil tunjuk referral letter. Nurse tanya dah berapa minggu and due bulan berapa. Kite 25weeks and due bulan 4. 'Oh, kalau bulan 4, kite dah full. Dah tak terima lagi booking". WHAAAAAAAATTTTTT!!! Kite dah tak tentu arah. Hubs nampak relaks lagi, tanya lah sebenarnya apa prosedur kalau nak book under FPP. Diringkaskan, camni :

1) Boleh book seawal yang boleh. Kalau dah confirm pregnant, dah bukak buku pink, boleh terus book. Kira concept first come first serve.
2) Tak perlu referral letter bagai. Boleh call je terus untuk book.

Kite pertikaikanlah kenapa dalam website tulis lain tapi ni dah lain pulak.. Nurse tu cakap pihak hospital memang tak war-warkan. (Kira pendek kata, pandai-pandai kau lah kalau nak bersalin under FPP). Untuk due bulan 4, memang dah tutup booking sejak sebulan lepas?! Ada yang due bulan 8-9 pun dah book?! Gila apa! Mana buleh macam tuuuuuuuuuuu.

Hubs tanya lagi kalau bersalin bukan under FPP, camne pulak. Nurse kata yang tu baru kena ada referral letter (yang kami bawak tu) untuk booking. Tapi tuh pun tak totally confirm bersalin dekat situ, bergantung pada kekosongan (since kami bukan orang Putrajaya). Kalau time tu penuh, ada possibility untuk kena tolak ke hospital lain e.g Kajang or Serdang. Pulak dah. Nak beranak pun payah eh rupa-rupanya...

Ok kite dah terdiam. Mata dah nak bergenang tapi tahan je, malu nak melalak depan nurse tuh. Huhu. Last kite cakap, nak buat macam mana, dah penuh. Nampaknya takde rezeki lah kite nak bersalin dekat situ. *HUAAAAAAA*. Pusing je belakang nak jalan balik ke kereta, terus meleleh-leleh ler air mata.. Berjurai-juraian mengenang nasib. Dah tak pedulik orang sekeliling *Tak tau malu*. Hubs nak kata apa, tenangkan jelah..

Selama ni memang dah aim nak bersalin dekat Hospital Putrajaya. Bila dah jadi macam ni, terus blur, tak tau apa next option. (Dekat sini, sepatutnya memang kena ada second option untuk buat back up - lesson learned). Tapi since dah keluar and hubs pun free, dengan patah hati, ajak hubs pergi usha-usha hospital/klinik swasta terdekat (sebolehnya kite ni taknaklah bersalin dekat hospital government). Antaranya :

1) Hospital KPJ Kajang. 
Maternity Package (Normal Delivery for 2D1N)
RM 2088 (4 bedded)
RM 2318 (2 bedded)
RM 2588 (Single bed)

Optional procedures :
Forceps from RM 350
Vacuum from RM 550
Epidural from RM 700-800 (during office hour)
Epidural from RM 800-900 (after office hour)

- Ceasarian takde package. Tapi estimate cost RM 4000-8000
- O&G ada 3 doktor, boleh pilih. 2 lelaki (chinese and indian), 1 perempuan (malay)
- Kena check up dekat hospital at least 2 kali.
- Takperlu book/bayar deposit. Just datang masa nak bersalin. Hanya perlu bayar bila wife dah masuk labour room and confirm bersalin normal. Ha time tu baru hubby decide nak bilik berapa katil and bayar)
- Sempat tanya pasal antenatal class or they called Parentcraft Class. Nearest date 23rd February, 8.30am-5pm with fees RM 100 per couple (including meals) which limited to 15 couples per session.

2) Hospital Islam Az-Zahrah
Pakej Bersalin 'Al-Kautsar' (Normal Delivery for 2D1N)
RM 1388 (4 bedded)

Optional procedures :
Forceps/vacuum from RM 300-350
Epidural from RM 650

- Ceasarian takde package. Tapi estimate cost RM 6000-8000
- Kena check up dekat hospital at least 2 kali.
- Kena bayar deposit RM 300 untuk booking, atleast 3 weeks before due date.
- Antenatal class hanya untuk patient Az-Zahrah sahaja...

3) Hospital Pakar An-Nur
Maternity Delivery Package (Normal Delivery for 2D1N)
RM 1390 (4 bedded)

Optional procedures :
Forceps/vacuum from RM 750
Epidural from RM 700
Induction from RM 150

- Ceasarian procedure (3D2N) from RM 6000.

3 hospital ni je sempat pergi. Ingatkan nak singgah Pusrawi tapi time tuh dah nak start jem area situ and KPMC pulak sebab dah terlepas, malas nak pusing balik.. Tapi rasanya mana-mana tempat pun lebih kurang harga.. Bila dah jadi macamni, kite rasa kena consider Hospital Serdang lah nampak gayanya (hubs dah cadangkan dekat sana je) sebab kalau bersalin normal, takde masalah. Tapi bersalin ni bukannya boleh kite confirmkan normal or ceaser.. Buatnya tiba-tiba kena emergency ceaser ke, which cost lagi tinggi, tak ke membazir namanya bayar RM 5000++. Wohoo sayang duit woo.. Macam-macam boleh buat or beli dengan duit banyak tu :p. Tapi tak 100% confirm lagi nak bersalin dekat Hospital Serdang. Kite still nak study lagi and kena pujuk hati betul-betul hihi.

Thursday, January 9, 2014

Forth Appointment (6th Month)

Kalau sebelum ni rasa ok je buat check up dekat KK, start kali ni dah rasa macam tak nak je teruskan check up dekat KK. Sebab apa, sebab dah tukar nurse!! Kalau dulu, dengan nurse Siti Nazira, very helpful. Umur lebih kurang sama, energetic, banyak bagi tips, so rasa selesa je nak jumpa dia and tanya apa-apa. Nampak lah yang dia tahu apa kerja dia. Boleh pulak masuk tahun baru ni, maybe dia dah dinaikkan pangkat ke apa, so tukar nurse lain pulak...

Masalahnya, nurse yang take over ni TAK BEST hokay! Tak best sebab nampak sengal and tak tau apa kerja dia!

Ok before tu, lets start from the beginning. Harini pergi KK sendiri sebab hubs banyak kerja. My very first time drive pergi KK untuk pergi check up. And it turned to something yang buat kite serik sangat and tak nak dah drive kereta sendiri. About parking, memang expected sah-sah lah susah nak dapat parking. Tapi yang buat lagi menyirap, perangai driver tu! I'm stucked dekat satu dead end. Depan ada kereta yang nak keluar. So kite perlu reverse untuk bagi kereta tu space untuk dia keluar (selisih). Tengah sibuk nak reverse, tiba-tiba ada kereta dekat belakang, sibuk nak masuk jugakkk. Orang tengah sibuk reverse ni, dia nak jugak jalan, siap hon-hon. Menyirap ok!! Lepas tu, tiba-tiba dia pulak boleh masuk dekat space yang dah plan nak bagi kereta depan tu masuk so that kite boleh teruskan jalan ke depan. Last-last, kite terpaksa lah reverse sampai simpang hujung! Stress stress! Seriously dah nak nangis dah, rasa nak balik rumah je terus sebab stress sangat. Tapi nasib baik tiba-tiba ada dapat parking, dalam parking box pulak tu, bukan parking sepah-sepah. Terus masuk. Nak parking pun dah amik masa berapa minit. Buang masa je..

Tadi orang ramai, as usual. Lama tunggu dalam sejam, baru start routine urine and blood test. Sementara tunggu tu, terdengarlah ada akak duduk belakang dok membebel-bebel pasal kena tunggu lama. Siap dah tanya nurse kenapa lama sangat, nurse tu pun kena sound. Akak tuh pregnant anak kedua, datang dengan anak sulung and husband dia. Masa dia tengah membebel dengan suara yang agak kuat, kite terfikir lah jugak, dia ni macam tak faham-faham pulak kalau dah namanya pergi klinik or hospital kerajaan, memang macamnilah gayanya, kena tunggu lama. Nak kata first timer, tidak. Nak kata baru pun, perut tuh dah nampak sarat sangat. Kalau nak cepat, pergilah swasta, ape susah..

Ok habis dengan cerita akak bebel tu, dekat kaunter lab tu pun tunggu dekat sejam baru kena panggil. Tapi yelah kite memang dah set in mind awal-awal mende macam tu memang normal, takdelah hangin satu badan ke hape. Nak tak nak terpakselah jugak hadapp.

Dah sudah urine and blood test, sampailah ke part yang tak best nak cerita ni.. Jumpa nurse baru! Kalau tengok dari segi rupa, rasanya umur nurse baru ni, or kite gelarkan N la eh (taknak sebut nama) dah 30+. So kite assume lah dia dah kawen. Tapi sebenarnya tak kisah lah dia dah kawen or belum, kalau dah namanya nurse, dia patut tau apa kerja dia from A to Z. Ni kite tengok, kelam kalibut!

Mula-mula tu as usual, cek blood pressure, berat (57.5kg!) and heartbeat baby. Pastu inject tetanus 1st, ni memang kite dah tau sebab last check up nurse dah bagitau. Sakit? Ala biasa je.. Standard la kena inject.. Dekat lengan belah kiri since buat kerja banyak guna tangan kanan (tak kidal). Yang buat sakit hati tu, bila kite tanya pasal nak referral letter untuk book hospital, dia boleh cakap buat apa nak book awal-awal, nanti kite kena pergi check up dekat dua tempat (hospital and KK), nak ke? Kite cakap lah yang kite tanya ni untuk FPP Hospital Putajaya.. Boleh dia cakap yang tu dia tak tahu? Duh..??

So dia suruh pergi jumpa Dr, untuk buat repeat scan and jumpa dentist since tak buat dental check up lagi. Ok fine, kite tak kisah, terus letak buku pink dekat depan bilik doktor. Baru je duduk kejap untuk tunggu giliran, tiba-tiba nombor dah kena panggil. Aik, tak kan cepat sangat kut padahal tadi masa letak buku pink tu penuh satu bakul dengan buku patient lain. Jumpa nurse, nurse kata doktor suruh scan next check up je sebab patient ramai sangat, sambil bawak kite pergi semula dekat nurse N, dia bagitau sendiri dekat nurse N. So, nurse N tu teruslah tulis-tulis dalam buku pink kite and bagitau yang dental check up pun buat next month.. Tiba-tiba kite teringat pasal repeat MGTT as nurse Siti Nazirah dah bagitahu last month yang kite perlu repeat MGTT on 28weeks, which means, next month. Kalau betul kite kena repeat, kite puasa lah. Kalau tak, I lagi suka... Pastu baru lah nurse N tu check-check balik buku pink kite and cakap "Oye... Awak ada family history diabetis ye.. So kena repeat MGTT lah camtu. Next check up puasa ye. Tukar appointment daripada pukul 9, ke pukul 8 pagi". Si mak buyung ni yang kena bagitahu ye... Apekah?? Kalau kite tak bagitahu, camno?? Hishhhh time ni memang dah *&%@#. Ok takpe, takpe.

Then, kite tanya lagi sekali pasal referral letter. Tu yang lagi penting. Kalau tadi dia suruh tanya Dr, sekarang ni kite tak jadi jumpa Dr, so camne pulak? Apa dia suruh kite buat, dia suruh kite cari nurse yang tadi. Aigooo manalah kite kenal rupa dia.. Tapi nak buat camne, kena lah jugak carik. Kite tanya nama nurse tu apa, dia kata nurse M. Ok. Dengan nama tuh, kite kena round dari satu bilik ke satu bilik cari dia? Camtu? Menyirap dahhhhh. Dahlah dengan patient ramai, end up kite berdiri je dekat satu corner, dengan harapan adalah nurse lalu sebab nak tanya mana satu nurse M ni. Tak lama lepas tu, memang ada nurse lalu.. Nurse tu yang approach kite dulu tanya kenapa sambil tengok buku pink kite. Kite cakaplah yang kite ni nak carik nurse M sebab nak tanya pasal referral letter untuk ke Hospital Putrajaya as FPP. Nurse tu dah buat muka heran sebab kite dibiarkan je macamtu. Last-last dia yang take over, ajak kite masuk bilik dia sebab dia nak tolong kite uruskan referral letter. Alhamdulillah! Dia tak banyak cakap, terus je isi form yang dipanggil referral letter (?). Sambil-sambil tu dia tanya kenapa kite nak pergi Hospital Putrajaya, tak dekat Hospital Serdang.. Kite cakaplah pasal kite nak under FPP. Amazingly, dia pun tak tau apa FPP tu. Hairan takk?? Dia tanya sorang lagi nurse yang ada dalam bilik tu, nurse tu pun kite rasa tak berapa tau sangat tapi atleast dia tau lah yang FPP tu swasta, kite kena bayar sendiri guna duit kite.. Fuhh.. Kite cakaplah yang kite ni sebenarnya dah mintak surat tuh few weeks ago tapi tak dapat-dapat. Takut dah tak boleh nak book lagi dekat Hospital Putrajaya nun.. Dengan confident nya dua-dua nurse ni cakap awal lagi.. Sempat... Baguslah kalau betul, kan..

Nurse yang uruskan pasal referral letter pergi jumpa Dr jap, untuk dapatkan sign and chop. Sekali tiba-tiba dia datang balik, dia kata dia tak boleh nak uruskan surat tu time tu jugak sebab doktor tengah bad mood, malas nak layan. Pulak dah... So nurse suruh kite balik dulu and dia akan call bila surat dah ready. Nak buat camne, takkan nak paksa doktor pulak kan.. Nak tak nak kena lah balik jugak.. So tanya lah duration surat tu settle berapa lama, boleh dapat harini jugak ke or kena tunggu esok, lusa, seminggu etc? Kite rasa nurse tu pun tak berani nak cakap, so dia tegaskan je lagi sekali yang dia akan call bila surat dah ready.. Ok lah.... Dengan berat hati terpaksalah balik. Pergi kaunter farmasi untuk amik clomid and iron (lagi!), sebelum balik singgah dekat warung tepi klinik tu untuk tapau teh ais, reward hati panas. Haha.

Balik, sampai rumah, hambur lah semua cerita dekat hubs. Huhu. Hubs terus nak ajak pergi Hospital Putrajaya tapi kite tak nak. Yelah referral letter takde, sia-sia je kang pergi sana. So better tunggu je. Luckily dalam pukul 3.30pm dapat call daripada KK bagitau surat dah ready to collect.. Laju-laju kite ajak hubs pergi ambil. Nak tengok rupa 'referral letter tu?

Blurred photo - on purpose
Surat dah ada, plan nak pergi Hospital Putajaya esok. Hubs ajak jugak pergi jumpa my gynae since check up dekat KK macam dah tak reliable sangat (based on my story). Tapi takpelah, nanti dulu kut. Nak settle kan satu-satu dulu...

p/s : Rasa sengal je dekat tempat injection tetanus tuh. Nak baring pun lagi sedap mengiring ke kanan.

Monday, January 6, 2014

Set Bersalin

Okey. Set bersalin memang dah masuk dalam checklist barang. Tak perasan yang rupa-rupanya ada banyak jenis and brand untuk set bersalin ni. Ikutkan kite, memang berazam nak ikut cara dulu-dulu, zaman mak-mak dengan berparam, pilis, bengkung bagai. Memang nak cakap dengan ibu, nak pantang betul-betul punya sebab nak kurus balik semula, kalau boleh lagi kurus daripada before pregnant hehe. Antara set bersalin yang ada jual :

1) Sendayu Tinggi : Amme Complete 60 Days
2) Tanamera Postnatal Care Set
3) Set Bersalin Mak Dara
4) Set Bersalin NR (Nona Roguy)
5) Paket Habis Bersalin Sari Ayu
6) Set Bersalin Atika Beauty
7) ConfineMum Set Premium Leesa Formula
8) Set Bersalin Lengkap Mustika Ratu
9) Set Bersalin Lengkap Biodex
10) Set Bersalin Orang Kampung
11) Set Bersalin Normal Anugerah

Sendayu Tinggi (RM484.50)
6 produk penjagaan dalaman
6 produk penjagaan luar
Korset/Bengkung

6 produk penjagaan dalaman (kapsul) RM34.50 each
- Amme Complete (1-10 hari)
- Amme Complete (11-20 hari)
- Amme Complete (21-30 hari)
- Amme Complete (31-40 hari)
- Amme Complete (41-50 hari)
- Amme Complete (51-60 hari)

6 produk penjagaan luaran
- Amme Heat (Krim herba panas) RM34.50
- Amme Massage (Minyak urut untuk ibu) RM34.50
- Amme Baby Oil (Minyak untuk baby) RM17
- Body Tone (Masker untuk badan) RM46.50
- Tummy Tone (Masker untuk perut) RM46.50
- Pati Herba (Pati gamat, halia dan haruan) RM34
- Menthazil (Rempah sauna/bertangas) RM36.50

Korset/Bengkung RM28

Extra info : Produk, produk, bengkung


Tanamera Postnatal Care Set RM360
2 produk dalaman
8 produk luaran
Korset/bengkung

2 produk dalaman
- Cold Pressed VCO (Virgin coconut oil) RM34
- Teh Herba

8 produk luaran
- Feminine Herbal Wash RM26.50
- Herba Mandian RM26.50
- Minyak Urut Herba RM33
- Firming Herbal Blend Paste (Tapel)
- Calming Blend Paste (Pilis)
- Boreh Body Scrub (Lulur badan herba) RM46
- Brown Formulation Soap (Sabun mandi herba) RM15
- Lavendar Floral Water (Air bunga lavendar) RM36
- Microwaveable Herbal Press (Tungku) RM17 (100g), RM49 (400g)

Korset/Bengkung (RM55)

Extra info : Produk



Set Bersalin Mak Dara RM350
2 produk dalaman
5 produk luaran
Korset/bengkung

2 produk dalaman
- Jamu Mak Dara (serbuk) 1 kotak
- Jamu Mak Dara (kapsul) 2 botol

5 produk luaran
- Losyen Param Ibu Halimah
- Pilis
- Bedak sejuk
- Rempah mandi
- Tungku kukus herba

Bengkung Jamu Mak Dara

Extra info : Produk, produk


Set Bersalin NR RM365
2 produk dalaman
4 produk luaran
Bengkung

2 produk dalaman
- Phytonatal (tablet)
- Akar Herbanika

4 produk luaran
- Herbanika Lulur (serbuk)
- Herbanika Barut (serbuk/krim)
- Minyak Herbanika
- Uncang Cuci

Bengkung NR (RM55)

Extra info : Produk, produk


Paket Habis Bersalin Sari Ayu RM48
4 produk luaran
Bengkung

4 produk luaran
- Param
- Krim tapel
- Pilis
- Minyak telon baby

Bengkung (lilit 5 meter)

Extra info : Review, review


Set Bersalin Atika Beauty RM300
3 produk dalaman
6 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Jamu bersalin 1
- Jamu bersalin 2
- Teh herba tampang

6 produk luaran
- Minyak herba
- Minyak bayi
- Rempah pembersih wanita
- Param
- Pilis
- Tapal

Bengkung Ramping (RM42)

Extra info : Produk


ConfineMum Set Premium Leesa Formula RM350
3 produk dalaman
4 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Tablet Haruan
- Tablet Prawan
- Cotet Emas Uncang

4 produk luaran
- Ginger cream
- Body contour gel
- Minyak telon
- Pek tungku herba

Bengkung Correctuer

Extra info : Produk


Set Bersalin Lengkap Mustika Ratu RM200
3 produk dalaman
4 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Jamu Galian Parem Wangi
- Jamu Pulih Balung Sumsum
- Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno

6 produk luaran
- Tapel Raket Mustika Sejati
- Pilis Wangi
- Bancar Air Susu
- Parem Segar Sumyah
- Minyak Telon
- Ginasih Wash

Bengkung

Extra info : Produk


Set Bersalin Lengkap Biodex ~RM990.50
9 produk dalaman
9 produk luaran
Bengkung
Stokin
Fat Burning Belt

9 produk dalaman
- Supremix RM90
- Susu IGC RM98
- Tight La Honey RM59.90
- Liquid Manja Prune RM58
- Beautea RM35
- VG Max RM32.90
- Bio Collagen RM28
- I Cover RM49.90

9 produk luaran
- Feminine wash RM18
- Minyak telon RM12.90
- Tungku bayi/muka
- Tuala wanita
- Tungku Herba RM58
- Herba V-Gin RM28
- Bio Spa Salt RM16.90
- Aura Meriyan RM128

Lain-lain
- Bengkung kain RM38
- Stokin Biodex RM38
 - Fat Burning Belt RM128

Extra info : Produk


Set Bersalin Orang Kampung RM160
3 produk dalaman
6 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Kapsul Kacip Fatimah
- Ubat Periuk
- Jeli Gamat

6 produk luaran
- Seri Lulur
- Seri Pilis
- Seri Susut
- Minyak telon
- Minyak gamat
- Minyak merah

Bengkung

Extra info : Produk, produk


Set Bersalin Normal Anugerah RM 199
1 produk luaran
6 produk luaran

1 produk dalaman
- Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah

6 produk luaran
- Minyak Telon Anugerah
- Minyak Pilis Anugerah
- Losyen Sejuta Khasiat Anugerah
- Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
- Mandian Sauna Herba Anugerah (6 uncang)
- Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah

Lain-lain (tak termasuk dalam set normal)
- Minyak Selusuh Anugerah
- Herba Tangas (6 uncang)
- Tungku Herba Batu Lava Anugerah (untuk ibu)
- Tungku Herba Batu Lava Anugerah (untuk bayi)
- Bengkung

Extra info : Produk, produk


Plan nak yang lengkap luar dalam and still tradisional : ada param, pilis, bengkung bagai. Barulah feel berpantang heuheu. Kalau makan-makan, sebaiknya nak yang dalam bentuk pil, taknak minum-minum. Senang sikit nak telan. Takut kalau jamu yang minum-minum ni tekak kembang semacam je nak minum huhu. Apa-apa, kena bincang dengan ibu mana yang better..

Sunday, January 5, 2014

Baby's Drawer

Sebelum beli barang-barang baby, kena fikir dulu mana nak letak barang-barang especially pakaian baby nanti.. Kena ada satu tempat khas untuk elakkan daripada bercampur dengan baju-baju kami yang memang dah sedia banyak :p so nanti takdelah terselit sana-sini and susah nak cari hehe.

Bila usha-usha blog, antara tempat simpan favourite : bakul. Ok, betul. Dulu memang rajin nampak makcik-makcik or cousin-cousin guna bakul untuk simpan barang-barang baby diorang. Nampak sangat convenient untuk letak dekat tepi ibu masa dalam pantang. Semua reachable dengan tangan masa nak handle and siapkan baby. Pastu kalau nakbergerak sana sini (balik kampung other side), just angkat je bakul tu masuk dalam bonet kereta, abes cerita. Tak payah nak kemas-kemas beg bagai.

So, I need a bakul/bekas yang muat untuk letak barang-barang penting baby. Tapi rasanya nak cari yang bertutup, so nampaklah kemas sikit, takdelah nampak isi perut bagai... And yang paling penting nampak stylo (gedik). Hihi. Buat masa ni tak ternampak and tak terusha lagi mana-mana target. Sebab apa, sebab kepala lagi ligat fikir second item : drawer.

Drawer or almari laci rasanya lebih praktikal untuk simpan barang/pakaian baby yang kecik-kecik kiut-miut tu untuk tempoh yang panjang. Kira kalau fikirkan mobility, bakul or bekas dah ok. Tapi takkan sepanjang masa nak letak dalam tu.. So, pada kite drawer ni lah tempat penyimpanan terbaik.. Nak beli almari hamboi over benor huhu..

Target kite nak cari yang :
- Rekabentuk simple. Dapat color putih pun style jugak ala-ala english ghittew. Tapi kalau tak, color pape pun boleh...
- Size sedang-sedang. Bilik kitorang bukannya besar.. So nak kena cari saiz yang muat nak bubuh dalam bilik kitorang.
- 4 or 5 tingkat laci. Kalau 3 ke bawah rasanya macam sikit sangat, macam tak muat je nanti nak letak baju napkin bagai.. Tinggi sangat pun takmau.
- Material? Tak kisah. Takpayahlah nak berkayu solid bagai, yang guna papan biasa pun kite ok.. Janji..(point bawah)
- Murah. Memandangkan bukan nak pakai dalam jangkamasa yang lama, rasanya kualiti tak penting sangat, asalkan harga tu murah or kata orang item with reasonable price.

Since ada pergi Ikea untuk makan meatballs, sempatlah usha bahagian drawer. Belek punya belek, jumpa satu yang paling menepati ciri-ciri yang kite nak :

Source : e-Catalog IKEA 

TARVA
Size : (Lebar) 79cm, (Dalam) 39cm, (Tinggi) 129cm.
Material : Pine wood.
Price : RM399.













Drawer >3 laci yang paling murah dalam banyak-banyak yang ada dekat situ. Walaupun bukan color putih, tapi hubs kata color ni lagi style. Takpe-takpe, kite usha-usha dulu..

Other option, nak usha dekat kedai-kedai perabot biasa je, mana tahu ada yang lagi murah.. Plan nak pergi macam Cavenzi tu semua tapi tak sampai-sampai lagi. Kebetulan semalam ada keluar pergi buat few urusan sikit dekat SS, so singgah lah satu kedai perabot area situ. Usha-usha dalam kedai yang sempit tu, semuanya RM450++ ok! Lagi mahal.. Try tengok katalog pulak, tak banyak yang ada. Tapi ada satu dua yang menarik perhatian kite :


Harga, yang 4 tingkat (kiri) RM250, yang 5 tingkat (tengah) RM300. Kalau ikutkan, memang lagi murah daripada Ikea. Tapi material dia cardboard.. Yang kalau kena air, boleh kembang-kembang tu. Kira, tambah sikit lagi, dah dapat yang Ikea punya, yang material lagi elok.. Hubs pun cakap macam tu..

So far, still rasa nak usha-usha lagi dekat kedai perabot lain. Mana tau ada promo, yang jenis cardboard tu dapat bawah RM200 (boleh dapat ke? Huhu). Kalau tak, rasanya Ikea's the last choice lah kut...?

Saturday, January 4, 2014

Shocking Baby

Memandangkan bengkel besi hubs betul-betul dekat sebelah rumah in laws, bunyi bising tu memang kite da imun.. Biasalah, dengan bunyi mesin welding, mesin spray cat and yang paling kuat mesin potong besi. Pernah jugak hubs tanya ok ke baby dalam perut dengan bunyi bising.. Kalau duduk dalam rumah tu, ok lagi.. Takdelah hunyi tu kuat sangat, tak direct. Lagipun baby selamat inshaAllah dalam amniotic fluid, bunyi-bunyi kurang sikit. Bengkel pun bukanlah sepanjang masa memekak and kite pun bukanlah sepanjang masa ada dekat rumah.. Kira bunyi tu acceptable lagi..

Dari segi pergerakan baby pun kite dah mula boleh agak masa-masa dia aktif and tak.. Setakat ni kalau time dia tak aktif sangat (maybe tengah tidur kut), kalau bengkel bunyi bising, takde lah baby tiba-tiba terkejut. Kira kalau dah memang time dia tak aktif, bising macamanapun, still sama je..

Ntah macamana, nak dijadikan pengalaman, semalam kami nak keluar kejap buat few urusan. Sebelum keluar, hubs singgah tengok pekerja dia dekat bengkel. Kite pun menyebok ikut sekali. Kebetulan time kami baru je sampai dekat, pekerja hubs pun mula buat kerja potong besi.. Bunyi je, baby yang tengah duduk diam dalam perut terus bergerak secara mengejut, sampaikan kite pun terkejut dengan tindakbalas baby. Cepat-cepat kite bergerak masuk kereta, usap-usap perut untuk redakan baby terkejut kononnya :p. Kesian baby.. Terkejut ya..

So, satu pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri, jauhkan diri daripada bunyi-bunyi yang boleh dikategorikan kuat sampai boleh buat baby terkejut.

Friday, January 3, 2014

Antenatal Class : Importance of Antenatal Exercise & Kegel Exercise

Kepentingan senaman ketika hamil dan selepas bersalin :

1) Menguatkan otot-otot lantai pelvik dan otot-otot abdomen yang akan digunakan ketika proses melahirkan anak.

2) Menguatkan otot-oto yang akan memberi postur yang baik ketika mengandung dan selepas bersalin.

3) Mencegah masalah-masalah sengal/sakit pinggang.

4) Dapat mengawal kesakitan/bertenang dan merehatkan oto yang digunakan ketika peringkat pertama proses kelahiran.

5) Mengurangkan sakit serta bengkak kaki ketika mengandung.

6) Meningkatkan aliran darah ke seluruh badan.

7) Mengekalkan kesihatan ketika mengandung.

8) Menguatkan kembali otot-otot abdomen dan lantai pelvis yang telah regang dan kendur ketika mengandung dan selepas bersalin.

9) Mengembalikan kelangsingan badan selepas bersalin.

Pelvic Floor Muscle (Otot Lantai Pelvik)

1) Terdiri daripada beberapa lapisan otot dan tisu elastik yang memberi sokongan kepada rahim, pundi kencing, saluran kencing, faraj dan dubur.

2) Sebab-sebab otot lantai pelvik lemah :
- Kehamilan dan kelahiran.
- Kekerapan meneran ketika sembelit.
- Selalu mengangkat barang berat.
- Terlalu gemuk.
- Penambahan hormon sewaktu menyusukan anak dan menopause.

3) Kesan-kesan otot lantai pelvik lemah :
- Incontinence (Tak boleh control pundi kencing. Senang terkencing kalau terbersin or ketawa ect)
- Otot faraj kendur.
- Prolapse (Organ peranakan kendur dan jatuh).

Kegel Exercise (Antenatal dan Postnatal)

1) Position : Baring boleh, duduk boleh, time berdiri pong boleh..
- Kecutkan/kemut saluran dubur seperti menahan nak bebe, kecutkan faraj dan saluran kencing seperti tahan kalau nak terkencing, tarik ketiga-tiga saluran ke dalam.
- Tahan seberapa kuat yang boleh selama 10 saat or dalam kiraan 10.
- Slow-slow lepaskan kemutan dan relaks.
- Ulang slow-slow sebanyak 10 kali.
- Lakukan step yang sama dengan lebih cepat sebanyak 10 kali (tak patah tahan).
- Peringatan : Jangan tahan nafas masa buat senaman dan jangan ketatkan otot abdomen dan punggung.

All this information are based on the handouts from Pusat Aktiviti Komuniti KK Serdang as attached below.


Antenatal Exercise

What I learned during personal antenatal class with Kak Roseniza (Jurupulih Perubatan Anggota) Pusat Aktiviti Komuniti KK Serdang.

Breathing Technique (Diaphragmatic)
1) Cara yang betul untuk bernafas, yang boleh membantu menguatkan otot dada and peparu, boleh menolong untuk relaks dan kurangkan keletihan.
- Inhale through nose and exhale dekat mulut.
- Position : Berbaring, dengan kedua-dua tangan letak dekat atas antara dada dengan perut, relaks je. Kaki pulak naikkan kedua-dua belah lutut.
- Penuhkan bahagian perut. Maksudnya, bila bernafas tu, perut kite yang kembung, bukan dada.
- Cuba exercise tarik nafas (berbaring, kaki dengan position yang sama) sambil angkat kedua-dua belah tangan ke atas kepala slow-slow, ikut tempoh kite inhale (jangan lupa penuhkan angin ke perut), then exhale sambil tangan turun ke tepi badan semula (dalam keadaan relaks).
2) Bernafas secara pendek-pendek : boleh bantu untuk kurangkan rasa sakit contraction.

Leg Exercise
1) Untuk bantu relaxkan otot pinggang, melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan bengkak kaki/kejang.
- Satu lutut naikkan, satu lagi lurus. Naikkan kaki yang lurus ke atas slow-slow then turunkan semula. Ulang beberapa kali.
- Then tukar kaki sebelah pulak. Ulang dengan jumlah kiraan yang sama macam kaki sebelah.
- Naikkan kedua-dua lutut. Gerakkan/jatuhkan (?) kedua-dua lutut slow-slow ke sebelah kanan. Tegakkan semula. Then ke sebelah kiri pulak. Ulang untuk beberapa kali dengan jumlah kiri dan kanan sama.

Abdominal Muscle Exercise
1) Untuk mengetat dan menegangkan otot perut yang telah regang dan kendur. Boleh buat kalau sakit pinggang.
- Position : Berbaring, kedua-dua belah lutut naik.
- Tangan tegak, cuba untuk pegang lutut dengan angkat kepala slow-slow. (Macam buat sit up..)
- Ulang beberapa kali.

Senaman Tulang Belakang
1) Untuk kuatkan tulang belakang.
- Position : Berbaring, tangan dua-dua letak kat sisi, dalam keadaan relaks. 
- Angkat punggung dan pinggang setinggi yang boleh slow-slow, then jatuhkan semula slow-slow.
- Ulang beberapa kali.

Pelvic Tilt Exercise (Pinggul)
1) Untuk kuatkan otot abdomen dan otot punggung. Boleh kurangkan risiko sakit pinggang dan membantu membentuk posture yang betul.
- Position : Duduk bertinggung.
- Punggung tonggekkan, tarik nafas sambil tangan dua-dua ke belakang (otot belikat kendur). Exhale masa tangan ke depan (otot belikat tegang). Ulang beberapa kali.
- Tegangkan dua-dua tangan ke depan plak, dan tarik balik ke dada (relax). Ulang few times. 

Senaman Peha/Kelengkang
1) Untuk relakskan otot dekat kelengkang. Pinggang pun boleh..
- Position : Macam bersila, tapi tapak kaki bersentuh antara kedua-dua belah. Serapat yang boleh ke arah badan.
- Tangan slow-slow ke depan, sentuh lantai sejauh yang boleh (dua-dua tapak tangan lekap ke lantai).
- Then tarik balik and relax. Ulang few times. Kat sini nanti rasa celah kelengkang kite macam tegang.

Position or Support Time Delivery
- Berbaring, lutut naik dan dijarakkan (or bahasa kurang sopannya : terkangkang. Huhu). Tangan kanan pegang ankle kaki kanan, tangan kiri pegang ankle kaki kiri.
- Naikkan kepala untuk tengok perut. Time ni hubs support belakang badan. Tarik nafas pendek-pendek untuk kurangkan rasa sakit contraction.
- Bila dah dapat arahan untuk push, tarik nafas dalam-dalam, then push masa exhale.
- Warning : Jangan sekali-kali angkat punggung..

Itulah antara exercise yang telah diajar.. Ada jugak tanya Kak Roseniza macamana nak exercise guna yoga ball memandangkan kami ada 1. Her short and simple technique : 

Exercise With Yoga Ball
- Duduk atas yoga ball then golekkan ke kiri, kanan, depan, belakang. (Sebenarnya hubs da ajar sebab dia tengok dekat youtube tapi kite yang malas nak buat huhu. Hubs memang da banyak kali bising suruh belajar dekat youtube macamana nak exercise dengan yoga ball tapi kite ni yang tak buat-buat :p).
- Ha yang ni best. Duduk berteleku dekat yoga ball tu, hubs urut slow-slow dekat tulang tongkeng dengan gunakan tapak tangan onto skin with the aid of any suitable oil..

Other important tips that I learned :
- Since suka tidur mengiring (kita suka tidur mengiring ke kiri), make sure jangan stick pada satu belah je. Ubah-ubah position so that baby can freely move inside the tummy. Untuk elakkan high risk kepala baby teleng (Nauzubillah.. Mintak dijauhkan..).
- Alas perut dengan bantal untuk elak beri tekanan dekat perut.
- Jangan tidur menegak. Boleh bagi stress pada pinggang and tulang belakang. Letak bantal dekat bawah lutut untuk bagi support.
- Kalau nak bangun dari baring, jangan terus bangun. Mengiring sikit sambil siku tampung berat badan dekat tangan, slow-slow then baru bangun tegak. Untuk elak daripada sakit pinggang.

Kak Roseniza sempat pesan banyakkan berjalan and aktif.. Any exercise boleh buat including cycling cuma jangan terlalu paksa sangat.. Buat ringan-ringan je.. Jangan terlalu risau, inshaAllah dipermudahkan. Aminn.. Ada jugak dia komen pasal air selusuh sebab pernah je kite dengar yang ada nurse bising and tak bagi patient minum air selusuh. Pada dia boleh je sebab air tu bukannya apa-apa.. Sebagai salah satu ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin je..

p/s : Actually ada video from my videoman tapi malu nak upload sebab nampak dugong sangat! Heuheu.

And ni handout yang diberi oleh Pusat Aktiviti Komuniti KK Serdang..





Antenatal Class

During 5th month check up dekat KK, ada tanya nurse tentang any antenatal class. Tapi pasal bahagian aktiviti komuniti tutup,tak dapat nak tanya apa-apa.. Then, masa datang untuk tanya pasal referral letter, sempat singgah ke bahagian komuniti tu.. Person in charge pun tak berapa pasti, katanya jadual untuk tahun 2014 tak keluar lagi, tapi probability 17 Januari 2014.. So dia mintak detail jela untuk contact kemudian..

Isnin lepas tiba-tiba dapat call daripada KK untuk maklumkan yang kelas will be on 17th Jan.. Seingat kita, kalau tak silap ada tengok kalendar yang 17hb cuti Thaipusam so tanya lah dekat caller, takkan tak cuti kut..? Caller tu pun tak perasan pasal cuti tu.. Yang kite pulak, since tengah mamai-mamai baru bangun tidur heheh, takut pulak nak confirmkan betul-betul, takut kite yang tersilap. Tapi iya kan jelah kelas 17hb tu.. *Bangun tidur terus check calendar and betul cuti Thaipusam. Takpelah, next week 9hb memang ada check up 6 bulan, boleh tanya time tu*

Pastu, petang time tengah lunch dengan hubs and parents dekat Putrajaya, dapat call dari KK.. Bagitau yang betul 17hb tu cuti, kelas kena tukar date ke hari ni, Jumaat (3hb). Kite on je.. Takde pape program pun.. Yang jadi masalahnya, dapat call time tengah kelam-kabut, dengan bunyi sekeliling bising. Dah jadi confuse time kelas pukul berapa.. 9am or 11am.. Sudah! Nak call semula, main line KK, memang unreachable lah kan..

Last-last, hubs cadangkan untuk pegi pukul 9 dulu.. Kalau takde, maknanya pukul 11am.. Aduhai.. Ikutkan memang malas nak buat camtu. Nak pegi KK tu dah satu hal, walaupun dekat je dari rumah, nak kena tempuh jem area depan South City tu.. Yang lagi malas, nak bangun awal! Haha. Tapi bak kata hubs, lebih baik buat macamtu daripada terlepas appointment, lagi payah.. Ok ok..

Pagi tadi, pegi lah sorang pukul 9.. Malas nak paksa hubs bangun sebab instinct ni kata appointment pukul 11. Kira kalau pegi sorang, takpelah. Nasib baik jalan tak jem, smooth je. Mana ntah pegi kete-kete huhu. Dekat KK pun lengang je.. Sampai-sampai, terus tanya dekat bahagian aktiviti komuniti, akak tu cakap appointment pukul 11am! Seperti yang dijangka.. So dia suruh pergi sarapan dulu. Kite balik rumah, dekat lah katekan.. Balik untuk ambil hubs and ajak dia sarapan kat luar :p

Pukul 11am datang balik, kite expect ada few couple yang akan join the class, rupa-rupanya kami berdua je! Personal youuu.. Ala-ala orang kaya ghittew.. Free yang penting. Haha. Tak tahulah kite yang gelabah lebih nak bersalin or orang-orang Seri Kembangan kurang kesedaran nak join kelas-kelas camni..

Jurupulih Perubatan (Anggota), Kak Roseniza (tak pasti cik or puan) yang handle the personal class hehe. Orangnya ramah je.. Mula-mula dia perkenalkan secara ringkas apa yang dia akan ajar sedikit sebanyak untuk kelas ni and kepentingan antenatal exercise.. Dia check kaki ada bengkak ke.. So far, Alhamdulillah tak bengkak.. Then baru masuk ke satu bilik untuk praktikal..

Dalam bilik tu, dia suruh baring atas yoga mat. Hubs ikut sekali untuk belajar sambil jadi my personal videoman hehe. I think I'll blog about what I learned in another post.

Within half an hour, setel! Memang dah diberitahu kelas tak ambil masa lama, tapi tu lah, yang seronoknya kami berdua ja.. Takdelah nak segan-segan. And Kak Roseniza pun ramah, rajin je nak jawab soalan-soalan kami..

Before balik, Kak Roseniza ada tanya dah attend kelas breastfeeding technique ke.. Kite cakaplah tak pernah, ni kelas first yang kite attend.. So dia kata untuk belajar pasal tu, boleh tanya dengan nurse yang selalu kite jumpa time appointment.. Sempat jugak mintak no. phone untuk contact Kak Roseniza untuk simpanan kalau-kalau ada kecemasan berkaitan.. :).

Based on my experience, walaupun mungkin kelas ni tak selengkap mana, tapi sekurang-kurangnya ada perkara baru yang kami baru belajar. Eh, banyak jugak kut.. So, pada kite, memang penting untuk attend any antenatal class especially to bakal ibu bapa sebagai persediaan or pengenalan diri.. Takdelah blur or blank nanti.. Mentally prepared kata orang :)

Thursday, January 2, 2014

Strollers

Sebenarnya stroller tak plan nak beli before baby keluar.. Sebab mestilah tak pakai lagi time pantang tu.. Tapi memandangkan nak beli baby carrier sebab nak mudahkan kami bawak baby kemana-mana, plus nak biasakan baby duduk dalam car seat seawal keluar hospital (plan nye.. sebab kata orang takut kalau tak biasakan dari awal, nanti takut baby taknak), online survey, beli travel system lagi berbaloi berbanding beli asing-asing.. So nak tak nak kena lah jugak survey pasal stroller ni.. (rasanya lagi over fikir pasal stroller daripada baby carrier. Huhu :p)

Ciri-ciri stroller pilihan kite :
1) Boleh sekali dengan baby carrier - travel system
2) Tayar/roda 3. Taktau kenapa. Maybe nampak lagi stylo? Huhu. And lagi senang nak cilok-mencilok. 
3) Tayar mati. Few yang 3 roda ni guna tayar yang kena pump-pump (called baby jogger kut?). Taknak. Kang kalau bocor payah pulak.. Guna tayar mati je..
4) Saiz tayar sedang-sedang, takmau besar sangat sampai nampak macam nak lenyek orang. Huhu
5) Senang lipat. Takpayah nak bukak itu ini. Sekali step je.
6) Reclinable seat. Rasanya almost semua reclinable.. Kecuali Quinny dolu-dolu punya.
7) Tak bulky sangat. Kira kalau letak dalam bonet kete tuh takdelah gedabak sangat, makan space banyak.
8) Lagi ringan lagi bagus. Taknak lebih 10kg.
9) Warna selain hitam satu bonus. Tapi kalau takde, color pape pun boleh.. Janji tak terlalu nampak sangat untuk 1 gender (e.g Pink) : for long term usage.
10) Bakul letak barang besar.
11) Kalau complete dengan rain cover lagi bagus. Biasanya kalau brand oversea ada mende ni.
12) Kalau ada child's tray lagi bagus instead of palang biasa, yang boleh tanggal-tanggal. Senang nak letak makanan or barang mainan baby and senang nak tanggalkan kalau taknak rasa menyemak.
13) Reasonable price.

Asalnya nak Quinny heuheu. Tapi as posted before, tak jadi nak brand tu. So mula lah usha brand-brand lain.. Antaranya brand and menepati ciri-ciri yang kite nak :



Berat : 9.7kg
Maximum berat baby : 23kg
Yang best : - Senang gila nak fold. Sekali tarik dengan sebelah tangan je
- Ada parents tray, boleh letak 2 cups
Yang tak best : - Seat tak boleh cuci. Cuma boleh lap dengan mild soap je. Tapi taktau la kan, sekarang ni ada je service dobi professional yang boleh cuci stroller seat. 
- Susah nak carik dekat Malaysia.. Huaaa
Price : Kalau ikut price oversea, tak cecah RM1k (USD279.99)



Berat : 8.5kg
Maximum berat baby : 15kg
Yang best : - Semua boleh cabut. Detachable rear wheels, front wheels, cover, front bar, canopy.
- Boleh cuci tangan.
Yang tak best : - Datang dengan front bar. Taktau ada additional child's tray ke tak.
- Tak set dengan travel system. Tapi ada terjumpa dekat Jusco Rawang and try dengan separate baby carrier (brand Hauck jugak), tengok macam boleh je nak combinekan..
Price : Kalau stroller je, RM799 kut.



Berat : 9.6kg
Maximum berat baby : 15kg
Yang best : - Boleh refer dekat gambar. Yang lain sama je dengan Hauck Miami 3.
Yang tak best : Taktau lah boleh jumpa dekat Malaysia ke tak...
Price : Taktauuuu.


Berat : 7.95kg
Maximum berat baby : 15kg
Yang best : - Color hijau dia cantik!!
Yang tak best : - Sama macam Hauck Viper.
Price : Taktauuuu.

Tuesday, December 31, 2013

Do I Need Breastpump?

Since semua harga barang naik, so berazam nak breastfeed baby je, jimat duit beli susu *alasan poyo*. Haha. Dulu kite, ibu kata memang breastfed je, tak minum susu formula langsung, hatta tak pernah minum botol pon! *bangga dengan diri sendiri huhu*. Lepas je cerai susu, ibu kata kite terus minum air sirap, dari cawan! Haha.

So, anak sendiri kalau boleh nak jugak macam gitu.. Selain menjimatkan, senang and available bila-bila masa ewah! (And of course, sangat-sangat berkhasiat). Cuma harap-harap boleh supply sampai cukup 2 tahun angan-angannya.. Sekarang ni banyak cari info and baca pasal breastfeeding, untuk belajar and tambah semangat. Maybe I'll share about it later.

Yes, I am not (yet) a working mommy. Masih seorang student yang tengah cuba untuk siapkan thesis Master. So, in my case, kite perlu ke breastpump? Tanya ibu, ibu kata perlu.. Untuk pakai kalau-kalau bengkak susu.. And through my readings pun sama.. Antara sebab lain yang buat kite rasa kite perlu breastpump :

1) Tak mungkin kite akan duduk 24 jam dekat rumah. Maybe kite kena keluar untuk buat any urusan. So takkanlah nak tag baby along, kenalah tinggalkan dekat daddy or ibu or mak mertua. So, perlu ada back up susu untuk baby.

2) Once in a while kite mesti akan keluar dating berdua dengan hubs. So, sama macam sebab kat atas hehe.

3) Or maybe atuk or nenek yang nak bawak baby pergi mana-mana without mommy. So, dah ada back up.

4) Kalau tiba-tiba mommy sakit yang boleh effect dekat quality and even quantity susu direct, boleh bagi baby susu simpanan which lebih berkualiti.

5) Susu boleh simpan dalam tempoh yang agak panjang (if in -20deg). So andaikata tiba-tiba supply susu direct dah kering walaupun dah berusaha macam-macam untuk banyakkan tapi tak berjaya, atleast boleh bagi baby minum bekalan susu yang ada sementara nak biasakan dengan susu formula.

So, yes! I need a breastpump! Banyak lah buat study pasal breastpump and how to choose the right one.. Dah study, bincang-bincang dengan hubs nak beli yang mana. Ikutkan hubs of courselah yang paling murah *ceh*. Walaupun ikutkan hati nak yang atleast battery operated, tapi bila difikir-fikirkan, alah kite ni mak duduk rumah je.. Manual dah cukup.. Buat apa membazir.. *isteri mithali*

Usha-usha, banyak recommend brand Medela. Agak pricey compared to other brand tapi bila baca-baca experience orang yang beli murah-murah punya, mesti tak dapat pakai untuk jangkamasa panjang, end up kena beli lagi yang baru. Bila bagitahu dengan hubs macamtu, hubs pun setuju dengan pilihan kite nak Medela Harmony (a bit terpaksa sebenarnya haha)

So, my in list gear to breastfeed  :
- Breastpump Medela Harmony.
- Milk storage bags.

Buat masa ni tak perlu beli botol susu lagi kut sebab nak bagi direct je dulu. Takut kalau beri guna botol susu awal-awal nanti baby dah sedap guna botol, tak nak minum direct. Bila dah betul-betul rasa perlu, baru beli botol susu. Sterilizer and warmer pun hold. Kalau setakat sekali-sekala pakai botol, rebus je macam zaman dolu-dolu.. Heuheu. Untuk deep freezer, dekat rumah mertua ada 1 deep freezer besar yang tak pakai *we are so lucky!*. So guna yang tu je *jimat* cuma mintak hubs ready untuk sental and bersihkan betul-betul freezer tu untuk pakai nanti..

Sunday, December 29, 2013

Cincin No More

Baru-baru kahwin je kite rajin pakai cincin or barang hantaran yang lain. Lepastu dah jarang since buat kerja dekat lab, takut terkena chemicals or hilang (since dah terhilangkan cincin merisik sobs!). So biasa pakai kalau hari raya (one set : rantai, bracelet and 2 cincin : cincin tunang and nikah) or attend any wedding or bila-bila teringat nak pakai time pergi mana-mana.

Tapi harini (almost 6 months preggy), nampaknya dah tak boleh nak pakai cincin lagi sebab dah ketat! Jari-jemari dah gemok huhu. Boleh pakai rantai or bracelet jelah, cincin kena simpan dulu..

First Baby's Stuffs

Pregnancy dah masuk 6 bulan, satu barang pun tak beli lagi. Bukan tak excited, cuma tengah tunggu expo.. Kite ada usha yang bulan January nanti ada 2 expo maternity and baby stuffs : 



Dengar kata, time expo ni berbaloi nak shopping sebab banyak promosi and barang murah-murah. Lagipun senang nak buat pilihan under one roof. So alang-alang dah nak dekat, kite plan nak start shopping time tu.. Sementara ni boleh lah buat checklist and survey-survey barang-barang and harga dulu.. Senang nak compare kan nanti.. Bila dah pergi dua-dua expo ni tapi hasil still tak cukup lagi, baru lah sambung shopping dekat kedai-kedai baby stuffs.. Memang geram jugak bila survey-survey, rasa nak beli satu dua barang, tapi tahan jela nafsu, tak nak menyesal di kemudian hari.. Huhu.

Tapi, faham-faham jelah.. Our baby ni cucu first for both sides.. Mestilah family masing-masing excited gila.. Heuheu. So far family mertua kite tak nampak pape lagi. Tapi yang dah mula shopping, ibu! Ibu excited lebih okay.. Pergi mana-mana dia pun sibuk survey and belikan mana yang berkenan dekat hati.. Lagi lah bila dah tau inshaAllah baby lelaki, lagi senang ibu nak kecikkan skop barang-barang dia nak usha. Huhu. Antara hasil yang ibu dah belikan untuk bakal cucu sulung :

Sweater set and beberapa helai barut. Ibu belikan tungku baby jugak but not included in this photo.

Ibu kata dia geram tengok barang-barang baby ni.. Yelah, kan saiz comel-comel je.. Dia pun dah berbelas tahun takde budak kecik dekat rumah and barang sekarang kan tak sama macam zaman anak-anak dia kecik-kecik dulu.. Tu yang sama sibuk shopping hehe. Ni baru permulaan ni.. Taktau lah akan datang macam mana.. Takpe.. Rezeki baby.. Mommy suka! Hehe.

p/s: Yang pasti, adik aka bakal makngah yang bising setiap kali ibu usha barang baby, beli and tak sudah-sudah belek barang tu dekat rumah. Dengan anak sedara pun nak jeles tak hengat. Ntah pape.. Hehe.

Wednesday, December 25, 2013

Womb Delivery : Air Tangan Daddy

Kalau ikut post ni, mommy teringin sangat nak makan roasted lamb shoulder with capsicum, yang hubs buat. Mengada hehe. Barang-barang ada yang dah beli sikit masa pergi Alamanda tempohari tapi kata hubs tak cukup lah pulak.. So semalam time pergi Midvalley untuk beli microwave ibu dekat Harvey Norman, sempat singgah Aeon BIG untuk tambah mana yang tak cukup..

And tadi petang, hubs dah masakkan hurray! Walaupun hubs tak puas hati sebab grill atas plate je, tak grill arang (sebab dah lewat petang and cuaca macam nak hujan), which pada dia tak sedap, tapi pada kite, uihhh hingga menjilat lengan! (Exaggerated :p). Mommy tak kesah.. Asalkan dapat makan kan baby.. :).


Hubs tengah bertungkus-lumus memasak :).

Sebahagian daripada hasil air tangan hubs. Yums!

Hubs bukan setakat masak lamb shoulder, siap ada beef steak lagi.. Dengan grilled vege and coleslaw. Pastu siap ada optional either nak serve dengan black pepper or peri-peri sauce. Kite gorenglah sikit wedges and fries sebagai pelengkap side dishes.. Hehe.

Kami tersangatlah kenyang. Thank you daddy.. Walaupun penat bekerja seharian, sempat lagi layan kehendak mommy and baby.. We love you! Kalau nak lagi, nanti kami mintak lagi ye.. :)

Stroller Quinny vs Sweet Cherry

Petang semalam takde buat apa so temankan hubs pergi bank dekat Taman Equine.. Plan asal ikut sebab nak usha baby drawer dekat kedai-kedai perabot area Equine tu.. Kan ada banyak.. Tapi pasal urusan hubs dekat bank lama sangat, terpaksa cancel plan asal and kami just pergi ke Jusco Equine sebab nak lunch..

Alang-alang dah sampai Jusco tu, lepas makan, before balik sempat lah singgah dekat tempat baby stuffs dalam Jusco.. Saja nak cuci-cuci mata apa yang ada dekat situ.. Tengok baju lah, napkin lah, etc.. Then ternampak strollers, so kami pun usha..

Cakap pasal stroller, tak study pape pun lagi sebenarnya sebab nak lepaskan barang-barang penting dulu especially keperluan masa pantang.. Tapi niat di hati si mommy ni, nak pakai Quinny (dah semestinyalah kannnnnn heuheu). Tapi masalahnya bila usha-usha stroller dekat Jusco tu, kan banyak brand Sweet Cherry, which harga jauh lebih murah daripada si Quinny yang rege ribu-ribu tu.. Hubby pun apa lagi, mestilah dia pilih yang lagi murah, terus reject niat di hati kite nak Quinny.. Dia cakap beli jelah yang murah ni ha.... Ratus je.. Banyak belen, boleh buat macam-macam nanti.. Memang betul apa yang hubby cakap tu.. Tapi kite ni mengada, mestilah tak nak... Huhu. Muncung sedepa jelah lepas tu. (Boleh pulak terjumpa kawan hubs sekeluarga time kite tengah muncung sedepa tuh! Choi!!)

Balik daripada Equine, terus online usha-usha pasal harga Quinny. Ok, Quinny Zapp Extra boleh dapat dalam RM1700++ paling murah dekat satu shopping online barang baby (tak ingat apa). So cakaplah dekat hubs, harga tu dah banyak discount, kira berbaloi lah nak beli (try nak pujuk kununnya..). Hubs diam je.

Then malam pergi pulak Midvalley, sebab nak cari barang sikit.. Sempat lah ajak hubs masuk Toys R' Us, sambung usha stroller lagi. Dekat situ ada Quinny Zapp Extra! Terus tunjuk dekat hubs rupa stroller yang kite idam-idamkan hehe. (Dalam usaha nak menggoda). Hubs belek-belek, try pusing-pusingkan stroller tu. Then hubs try lah nak fold stroller tu tapi tak berjaya. Dah terkial-kial buat camtu camni still tak tahu camna. Kite pun tak tau sebab tak study lagi kan.. Staff pulak takde dekat sekeliling nak panggil nak tanya macamana. End up, abaikan jelah dengan rasa yang agak tak puas hati di situ (hubs tak cakap pape lagi time tu).

Kite teringat ada butik Mamours, official jual barang Quinny. So ajak hubs masuk. Tanya lah retail assistant dalam tu ada tak Quinny Zapp Extra, dia tunjuk yang display dekat depan cermin butik. Pastu dia tunjuk pulak Quinny Zapp Extra 2.0, the latest one. Tanya dia macam mana nak fold and apa beza yang latest ni dengan Quinny Zapp Extra. Rupa-rupanya baru ku tahu kalau Quinny Zapp Extra nak fold kena buka seat dulu, tak boleh lipat sekali while yang 2.0 boleh fold sekali dengan seat.. Dia pun tunjukkan caranya.. Ok, agak complicated di situ, kena ada 3 steps, bukan main tutup gitu je.. Harga? RM2299! Kalini bukan hubs je diam, kite pun terkelu hahaha padan muka.

Malam tu tak puas hati, terus study pasal Quinny. Ikutkan hati mommy yang degil ni nak lah jugak beli Quinny 2.0 tu. Walaupun rege dia umang aihhh. Try la cari yang murah sikit tapi memandangkan yang tu baru, takde lagi yang jual murah.. Nampak kite bersungguh study pasal Quinny, boleh pulak hubs cakap dia nak beli brand yang dekat Jusco tu je...  Tak payah nak beli mahal-mahal... Sama je fungsinya... Hukhuk. Memanglah... Tapi.. Hukhuk.. Terus bergenang mata.. Wuwuwu..

Sudahnya, merajuk dengan hubs, malam tu tak boleh tidur. Sebab fikirkan pasal stroller. Mengada takkkk??  Try lah kite ni pujuk hati.. Hurmmm yelah-yelah.. Kalau hubs dah nak sangat Sweet Cherry tu, boleh jelaaaaaaaaaaaaa (tak ikhlas) sebab dia yang keluarkan duit.. Pulak tuh macam tak berbaloi lah pulak bayar ribu-ribu tapi leceh nak handle bukak tutup. Online la pasal Sweet Cherry, tengok model yang kitorang nampak dekat Jusco Equine tu.. Sekali tengok, rupa-rupanya sama jugak, model yang tu pun kena tanggalkan seat dulu baru boleh fold.. *Ada sinar harapan nak suruh hubs reject Sweet Cherry jugak haha*

Esoknya, bangun-bangun hubs tanya kenapa tidur lambat semalam. Kite bagitahulah tak boleh tidur sebab stroller punya pasal! Heuheu. Pastu laju-laju cakap pasal stroller Sweet Cherry.

Then apa hubs cakap, dia tak kesah brand apa, asalkan pada dia senang nak fold and unfold, kira harga yang dibayar tu berbaloi dengan apa yang kami akan dapat, memudahkan bukan menyusahkan.. Kalau dari segi saiz and berat pulak, pada dia tak kesah. Tapi pada kite bende ni kena amik kira jugak sebab mana tau kite kena handle sorang, kalau berat sangat, susah pulak. And kalau bulky sangat, takut nanti banyak makan space bonet kereta.

So, penyudahnya, hubs suruh usha mana yang paling best ikut apa yang dia nak.. Lega sikit hati kite dengar dia cakap macam tu.. Ada harapan lagi nak tolak yang Sweet Cherry tu haha. Tapi, kalau Sweet Cherry pun, kite fikir boleh lahhh.. Kali ni dah separuh ikhlas nak terima Sweet Cherry :p. Nampaknya kite kena study lebih ni. Graco, Chicco, Peg Perego, Hauck ect. bersedia!

Quinny? Hurmm dah tak nak dah.. Walaupun mungkin mampu, still tak nak sebab harga mahal je lebih tapi tak secanggih dengan stroller yang harga lagi murah yang boleh dapat.