Pages

Friday, August 29, 2014

Graduation Day Maklang Syamimi

Last weekend kami balik kampung Perlis lagi, sebab nak attend graduation day Maklang Syamimi on Monday di Jitra, Kedah (Dip of Accountancy from Politeknik Jitra). 

Since graduation on Monday, sempat lagi kami ke Wang Kelian (lagi). Kalau first time masa raya haritu tak beli apa sangat since gerai banyak tak bukak, kalini agak macam-macam mommy beli, including ride Shazrie Iman yang dah memang mommy berkenan since first visit. Heuheu. (Will upload the photo once Iman dah boleh duduk the ride :p)

And here the photos during the graduation day di Dewan Wawasan, Jitra.





Bear besar for Maklang Syamimi. Beli dekat Wang Kelian dengan harga yang suppppppppppppper duppppppppppper cheap!

Nak dijadikan cerita, lepas je keluar dari hall, as usual nak bergambar family. Time tu Shazrie Iman dah mula nak meragam nak susu tapi memandangkan tengok turn sekejap je (orang kedua or ketiga kalau tak silap) so mommy hold dulu sambil-sambil try distact Iman dengan macam-macam cara. Tapi boleh pulak, orang yang before kami tu berjanggut gila nak sudah! Padahal 2 orang je tapi lama betul. Posing itu tak kena, ini tak kena. Dah lah photographer tu pun tak berapa profesional, nampak kelam kabut hish bengkak je hati mommy. Last-last bila dah turn kami nak bergambar satu family, Iman dah tak boleh tahan meragam! Taktaulah apa rupa gambar kami huhu. Takut pulak nak tengok bila dah siap nanti :p

Anyways, congratulation Maklang!

Thursday, August 28, 2014

Bila Stop Pantang Makan

Pantang 44 hari dah lepas. Tapi kite still berpantang makan, breastfeed punya pasal. Sebab kite lagi rela pantang makan daripada berjoget kena layan anak meragam tak sedap perut huhu. 

Nak kata pantang betul-betul tu tak lah.. Cuma kite lebih berhati-hati before melantak. Agak-agak tak yakin je, mesti tanya ibu or mil boleh makan ke tak. Mana yang berangin memang kite elakkan especially teh. Dah lah suka minum teh o and tak berapa gemar minum horlick. So asyiklah minum milo panas, siang malam! Kopi tak boleh sebab takut air susu kurang.  Tu pun kadang-kadang mengelat minum mocha :p. Teh tarik? Wuwuwu lama tak pekena mamak.

Makan pedas? Uih tak boleh nak resist kalau dah tekak Melayu tu. Cuma kurengkan sikit. Tapi kadang-kadang terover jugak lepas tu anak poo-poo semacam, rasa bersalah.

Selain makanan pedas, apa-apa yang masam pun kite cuba elakkan, termasuklah air oren. Pernah tu terlupa, boleh pulak minum air sunquick. Effectnya, anak sakit perut. Sejak daripada tu, kalau agak-agak bosan minum air masak, kite akan bancuh sarsi or ribena or sirap. Tapi paling tak berenti sirap lah. Padahal sebelum ni tak suka sirap. Sampaikan hubs cakap dia yang rasa jemu tengok kite tak sudah-sudah beli sirap ros huhu.

Carbonated drinks? Big no. Tapi kalau dah dehydrated sangat, curi-curi jugak minum 100plus seteguk dua :p.

Ais! Uihh yang ni memang pantang sakan.. Selain tak nak effect kat baby, kononnya tak nak buncit. Tapi siapa boleh tahan wehh nak-nak kalau cuaca memang panas bedenting. So kite buat camne, cheat dengan cara masukkan air dalam peti sejuk biar dia sejuk-sejuk kuku.

Mula-mula memang decide nak pantang makan sampai Shazrie Iman 6 bulan, bila dia dah boleh intro makan. Tapi, angan-anganku musnah belaka bila hari raya puasa yang lepas!! Sebabnya, kalau 10 rumah beraya hidang tak air teh o, carbonated drinks. Ais sah-sah la wajib. Apelah pilihan yang mak ada selain teguk je apa yang dihidang.. Kalau dah hari-hari pergi beraya rumah orang camtu, kenalah jugak kite merasa. (Jemu jugak asek minum air putih bekal sendiri). Start minum sikit seteguk dua tengok anak macam ok, minum secawan pulak. Tengok ok je, bercawan-cawan lah gamaknya. Last-last, dah tak ingat pantang-larang semua pun balun haha. Alhamdulillah,  mungkin anak dah ready takde lah meragam. Cumanyaaa babailah perut yang nak kempes ramping kerempeng. Huk.

Tuesday, August 26, 2014

Current Skill : Calling 'Daddy'

Surprisingly, tengah main-main dengan hubs ptg tadi, Shazrie Iman sebut "Daddy" !! *Imagine daddy's proud face here*

Hat ni yang mommy sentap ni. Kite yang dok cebuk bontot dia kalau bebe, susukan dia kalau haus, tidurkan dia kalau ngantuk, daddy pulak yang disebut dulu. Ceh!

Thursday, August 21, 2014

First (Not so) Formal Event

Yesterday, daddy brought us to satu majlis sambutan hari raya di Sime Darby Convention Centre. Eventhough at first mommy a bit reluctant to tag along sebab risau Iman meragam and spoil the mood during the event (plus mommy shame-shame cat nak jumpa daddy's circle of friends yang ni huhu), but Alhamdulillah... Iman well behave throughout the event! Dari awal sampai, hinggalah ke penghujung, tak meragam langsung, kecuali time hall gelap, Iman taknak duduk nak didukung maybe sebab rimas kut? Takpe dukung kejap, no problem..

Tips? Maybe he got enough sleep sepanjang siang tu and sempat tidur on the way ke sana and, masa dekat event bila agak-agak dia nak menyusu mommy cepat-cepat bagi. Huhu. Happy tummy, happy baby, happy mommy!

Bila Iman tak meragam, mommy pun apa lagi, bedal lah segala makanan yang ada huahua. Nampaknya next time no need to hesitate nak bring along Iman dalam formal event. Mudah-mudahan well behave macam semalam :)





And........

Tara.. Dulu pernah cakap dekat semua orang, dalam banyak-banyak artis, kalau jumpa dia ni je yang kite akan amik gambar. So kire ni words come true laaa. Huhu


Sepatutnya mommy dok sebelah daddy tapi pasal orang ramai tunggu turn nak bergambar, end up we separated. Mcm takbest plak depa dua dok tengah-tengah huhu.


p/s : Iman well behave pun mommy tetap serabai bersilat nak handle haha.

Monday, August 18, 2014

Flawless Skin : Confidence for a Close Up Photo

Ape ni? Oh nak amik gambar ye

Control macho sket. Senyum comel-comel.

Daddy nak tumpang sekaki

What ever lah mommy. Malas dah.




Tak cukup lagi tu





Kalini memang dah malas nak layan. Bonyok benyek.

Location : Rumah nenek umi masa engagement day Ain n Iza.
Date : 16th August 2014

Current Skill : Masukkan Jari Kaki dalam Mulut

Today, Shazrie Iman achieved another skill : Masukkan jari kaki dalam mulut. Tapi sekali jela buat. Tu pun masa nak bersiap lepas mandi pagi, sebelum pakai pampers. Maybe sebab takde pampers so senang sikit nak tarik kaki tu ke mulut :)

Kata orang tua-tua, kalau baby buat camtu maksudnya nak adik. Now? Not yet dear Shazrie Iman sayang.. Awak pun mommy bersilat lagi nak uruskan. Haha. 

Thursday, August 14, 2014

Current Skill : Meniarap

Alhamdulillah,  tanggal 11 Ogos 2014,  usia 112 hari (3 bulan 21 hari) di rumah nenek Rawang, Shazrie Iman dah pun pandai pusingkan badan dengan sekali pusing without terkial-kial and pandai placing tangan sendiri without any bantuan. *Proud mommy*

Bila da pandai meniarap ni, pantang baring sket, sekejap je badan flipped. Huhu. Pastu tengah meniarap, suka tekupkan muka dekat tilam and jerit kuat-kuat. Takpun jilat-jilat surface tilam tu. Alahai anak..

Mommy dah tak bedungkan Shazrie Iman lagi masa tidur sebab nak bagi Iman rasa free. Lagipun mommy tengok bila tidur siang tak bedung (tapi letak bantal atas badan), Iman still tidur nyenyak and lama without terkejut-terkejut.

Plus, sekarang ni Iman dah mula nak lasak tidur dengan macam-macam aksi. Mommy and daddy (daddy especially) kena mengalah bagi Iman space kat katil lebih sikit huhu. Pastu, bila dah pandai tidur mengiring ni, kami extra cautious. Malam-malam mesti bangun untuk cek position Iman tidur ok tak (takut terlangkup) and dapat bernafas dengan baik tak :)

Rasanya tak lama lagi , mesti kami dah tak boleh tidur atas katil, kena tidur atas toto huhu.

Shazrie Iman caught in action !






Thursday, August 7, 2014

Ramadhan 2014

Alhamdulillah, puasa tahun ni kite dapat puasa penuh hurray! (Not sure pasal breastfeed or effect inject depocon). 

Plus, tahun ni jugak kite tak miss bangun sahur even once (Thanks to Shazrie Iman). Previously biasanya lagi suka makan lewat malam before tidur sebab malas nak bangun sahur huhu).

And, kite survived bertahan puasa penuh walaupun breastfeed! Milk supply cukup je untuk Iman sepanjang berpuasa. Mula-mula risau jugak tak cukup. Dah fikir kalau milk supply merudum, taknak puasa tapi Alhamdulillah rezeki Iman.

Apa yang kite amalkan (no supplement intake), ofcos tak miss sahur. Pastu tak miss makan beberapa biji kurma masa berbuka and bersahur plus minum air sebanyak yang mampu..

Wednesday, August 6, 2014

Dapat Ilham Meniarap?

Few days ni Shazrie Iman dah mula mengiring-mengiring sket tapi tanda-tanda nak meniarap tu belum ada. Maybe berat bontot kut sebab bam-bam sangat. Takpun malas yelah asek nak berdukung je bilanya pulak nak practice meniarap.

Daddy pulak kalau Iman mengiring-mengiring sket, tak boleh tahan nak tunggu, tolong tiarapkan. Daddy kata biar dia belajar "Oh macamni rupanya cara meniarap". Sabo ajelah. (Tapi mak mertua memang cakap hubby memang dari dulu suka tolak adik-adik, tiarapkan dorang masa tengah terkial-kial nak pusingkan badan and claimed adik dah boleh meniarap sendiri. Huhu)

Tapi tiba-tiba yang herannya, pagi tadi Iman terjaga untuk menyusu around 3am. Lepas dah susukan, baringkan semula atas katil tapi Iman dah tak nak tidur semula. Mommy yang tengah mamai-mamai ni biarkan jelah dia (sambil mata separuh terbuka) and nampak Iman macam nak mengiring, giat hayun bontot and berjaya pusing. Wah. *Tapi mommy biarkan lagi*. Iman sibuk pulak nak angkat kepala and tiba-tiba dia  berjaya meniarap! Terus bulat mata mommy yang mamai and kejut daddy nak suruh tengok. *Kami laki bini excited tengah malam*. Tengok jam 3.37am!!

Pastu daddy sambung tidur mommylah yang kena layan Iman tengok Handy Manny gitu gini dekat pukul 5am baru Iman lena balik.

Harini sepanjang hari takde langsung tanda-tanda Shazrie Iman nak meniarap. Kecewa. Apa dapat mimpi tengah tidur suruh meniarap pagi-pagi buta ke nak? Huhu

Shazrie Iman's Second Plane Ride

Kalau dulu masa baru-baru lepas berpantang Shazrie Iman dah naik flight ke Langkawi untuk pergi bercuti dengan nenek atuk, kalini Iman naik flight lagi, (tapi Malaysia Airlines pulak) untuk balik kampung Perlis berhari raya.

Kami decide nak balik beraya Perlis naik flight sebab kesiankan Iman untuk travel jauh naik kereta, Johor Bahru-Arau. Lagilah kalau raya, mesti jem. Nanti nak berenti-berenti pun payah sebab confirm hentian akan penuh.

Our boarding pass
Kalini flight awal pagi lagi, pukul 7.20am. Sampai Serdang dari Johor pukul 2.30am. Mommy memang tak tidurlah sebab sibuk nak repacking luggage. Pukul 5.30am nenek, atuk and makngah hantar kami ke KLIA. (Masa pergi Langkawi mommy sempat mandikan Iman, tapi kalini Iman tak mandi sebab tak sampai hati nak kacau tengah nyenyak tidur. Just tukarkan pampes je. Baju memang da pakai yang proper huhu)

@KLIA tengah tunggu gate bukak. Muka budak kena bangun pagi, tak mandi.
Before naik flight, tukar pampes siap-siap, nak biar Iman selesa lebih. Huhu

Alhamdulillah,  walaupun Shazrie Iman ada meragam sikit (sebab nak susu and mengantuk), tapi bila dah take off and sampailah airport Alor Setar (sampai rumah Nyang dekat Arau actually), Iman tidur je dengan nyenyak eventho flight agak bising dengan suara baby lain yg menangis tak berenti huhu. Kalini kami still dapat seat yang ada kosong kat row yang sama : extra selesa.

Wefie. Wajib :p
Muka Iman malas nak layan mommy
Mood baik

Bila dah take off, ni la rupa Shazrie Iman terbongkang tidur huhu.
Harap-harap next time Shazrie Iman still behave dalam flight ok? Maybe dah boleh bawak Iman naik flight yang perjalanan lebih 1jam. Vacation please daddy? Huhu.

p/s : Walaupun infant tiket MAS cheaper than Airasia,  tapi dapat bantal and selimut.

p/s/s : Shazrie Iman still tak pakai infant seat belt. Dapat pakaikan kejap je pastu dah mengelasor, tak boleh duduk diam.

Monday, August 4, 2014

A Day Before Raya 2014

Alhamdulillah, kalau tahun sudah beraya berdua and tak pernah terlintas pun tahun ni akan beraya bertiga, it happened! :). (Dapat tahu pregnant lepas raya tahun lepas. Ehem ehem!)

Raya tahun ni giliran kampung mommy dulu, so beraya di Johor Bahru hoyeahh! Raya hari Isnin tapi Sabtu malam (26 Julai 2014) baru gerak balik kampung dengan ibu abah semua, sampai rumah atok Bak or Buyut pukul 4.15 am!

Hari Ahad pulak (27 Julai 2014) mommy daddy sibuk berjalan pusing JB (Mommy lepas rindu huhu). Dari pergi JPO ke City Square, nak imbau kenangan zaman muda mudi kononnya. Ok tipu, cari kasut raya daddy yang nak sepasang dengan Shazrie Iman. So berbuka puasa sekali dekat EL Migos (my favourite to eat pasta in JB).

Tak cukup siang merayap, malam tu Shazrie Iman keluar lagi dengan mommy daddy nenek makngah and paksu pergi Pandan Uptown, nak cuci mata and poket katanya, tengok jualan lelong tapi takde hasil langsung sebab orang ramai sangat tak sempat nak pilih-pilih plus kesian dengan Shazrie Iman kepanasan (tapi sempat jugak tertidur dalam dakapan mommy dalam sesak-sesak tu - the power of babywearing :p). 

Lepas balik dari uptown, bukan reti terus balik. Pegi ngeteh dulu pulak dekat mamak pekena roti tisu nasi goreng kampung omnomnom dah kenyang baru balik rumah. Time dekat mamak Shazrie Iman dah tersedar dari tidur sebab nak join sekali huhu.

Dah balik ngeteh, Iman still bulat mata. Penat pujuk suruh tidur tapi tak mahu. Sudahnya, pukul 3.30pagi dia baru terlelap! Pecah rekod tidur paling lambat. Dah lah sok nak beraya. Aduhai anak.. Sabo ajelah.

p/s : Masa pergi Pandan Uptown, mommy dukung Shazrie Iman dalam SSC and klipkan fan. Not sure kenapa, kami jadi perhatian orang sekeliling. Maybe orang JB jarang guna fan kut sebab yang bawak dalam stroller pun takde letak fan pun. Kalau dekat KL, dah memang menda wajib. Kadang-kadang satu tak cukup, sampai dua fan on serentak (Kami ada 2 jugak tapi gilir-gilir pakai huhu). Harap kami beri ilham dekat parents yang nampak untuk belikan anak dorang fan and pakai. Kesian dekat babies and kids yang kepanasan. Peace! :)

Saturday, August 2, 2014

Talking to The Mirror

Takde video. Tak terfikir nak record! However I have this :







Thursday, July 31, 2014

Aidilfitri 2014 di Perlis

Lepas beraya tak berapa sakan di Johor, kami semua balik kampung daddy pulak di Arau, Perlis. Nama je balik beraya, tapi tak beraya langsung! (Hmm pergi beraya rumah Toklong je. Tu pun duduk sekejap je pastu dah gerak ke Kangar)

So apa aktiviti kami? Pergi Padang Besar untuk makan pulut ayam and megi tomyam siam. Pergi Kangar untuk makan char kway teow. Pergi Simpang Empat untuk makan bihun sup Sa'adan. So pendek kata kami jalan-jalan cari makan jelah. Celup-celup and laksa Kedah dekat Kuala Perlis je tak dapat nak makan sebab tak sempat nak pegi.

Tengah malam pergi ngeteh char kway teow.
Dah lah open air. Memang tak senonoh.
Selain tu, Shazrie Iman sempat pergi border Siam nun kat Satun sebab gi shopping kat Wang Kelian huhu.

Dekat border Siam : Wang Kelian


Orang lain sibuk pilih nak makan pulut ayam, kami sempat posing.
Punyalah kami busy berjalan je tak jejak tanah rumah, sampaikan sepanjang dekat Perlis, sekali je Shazrie Iman didodoi untuk tidur dekat bouncer. Yang lain semua tertidur dalam kereta. Kalau tau, takyah susah payah bawak bouncer naik flight. Ceh.

Wednesday, July 30, 2014

Aidilfitri 2014 di Johor

Biasanya Shazrie Iman yang bangun dulu and kejutkan orang. Tapi pasal semalam tidur lewat, dia yang bangun paling kendian, lepas semua orang dah bersiap-siap.

Hasil tak cukup tidur, meragam lah apa lagi.. Dah comel-comel pakai baju melayu sedondon kaler royal blue 1 family, tapi Iman tidur je. Time tok-tok sibuk bagi ucapan, Iman sibuk nak tidur. Time orang bagi-bagi duit raya, pergi beraya sana sini, Iman tidur je.. Nasib baik still dapat duit raya hahaha. Tapi mommy lah rugi sebab time orang pergi melawat kubur, mommy tak dapat join sama (Rasanya kalau Iman tak tidur pun mesti ibu tak bagi pergi jugak kut sebab Iman kecik sangat lagi)

Raya pertama sempatlah beraya 6 rumah. Dari rumah Buyut ke rumah buyut Su (tak sure apa gelaran huhu) di Kangkar Tebrau ke Pasir Gudang (1 rumah) ke Permas Jaya (1 rumah) and ke BBU (2 rumah). Malam pulak pergi ke Kota Tinggi pulak untuk beraya 1 rumah. Puas Shazrie Iman beraya daripada pagi sampailah ke tengah malam.

Family with Royal blue theme *Sila tengok muka Shazrie Iman*

Us with Buyut

Shazrie Iman with Buyut
Cubaan family potrait yang tak menjadi

Gambar yang paling berjaya. Huk.
Raya kedua pulak, balik Pontian and Batu Pahat, beraya rumah sedara sebelah nenek. Agaknya pasal dah penat sangat plus tidur tak puas sejak beberapa hari, nak dijadikan pengalaman semua orang, time dekat Pontian, first time Iman mengaruk macam hape! Menangis tak henti. Bagi susu taknak. Agah tak jalan. Dukung tak heran. Sampai nenek pun mati akal tak tau nak buat apa lagi dah. Mommy dah join Iman sekali menangis huhuhu (Camnilah kalau orang cengeng :p). Last-last, dah penat agaknya, try sua susu untuk kali yang taktau ke berapa, nak pun minum. Pastu tidur tak hengat donia. Hishhh anak, anak.. Buat cuak semua orang je :p.

Dari Pontian ke Batu Pahat Iman tidur. Dah sampai kampung kat Batu Pahat (Punggor, Rengit), lagi sekali Iman dengarkan suara dia dekat semua orang huhu. Bila dah bangun, mommy and nenek mandikanlah Iman sebab kesian mesti tak selesa dah berjalan dari pagi, pasni nak balik ke KL pulak. Start dari nak mandi sampailah ke dah siap pakai baju, Shazrie Iman menangis 1 rumah dengar. Dah takde dah good boy time ni huhuhu.

Finally, dari kampung Batu Pahat, kami gerak balik KL around 9.30malam.. Dapatlah beraya berapa biji rumah je sebab beraya 2 hari je kat Johor.

Sebelum gerak beraya, di kampung Kangkar


Jangan terpedaya dengan muka comel tu. Bila mengaruk, nenek pon cuak! Huhu

Dalam kereta pun jadikkk..

Dekat rumah Nyang Teh

Dari Johor, kami beraya kat Perlis pulak. Tapi tak beraya ponnnnn. Berjalan adalah. Will write in another entry.

p/s : Sejak kes Iman mengaruk pasal tak cukup rehat and tidur, mommy and daddy really concern about nap time and keselesaan Iman. Make sure tidur on time. Serik taknak jadi lagi haha.

p/s/s : Iman dapat banyak duit raya wooo. Tak kira lagi tapi memang banyaklah. Huhu.

Tuesday, July 22, 2014

Sudah 3 bulan!

Pejam celik, sekejap je rasanya Shazrie Iman dah 3 bulan. Sebelum beraya, kita kena pergi klinik dulu untuk cucuk!

Appointment sepatutnya pagi, pukul 8am. Tapi memandangkan kami terr overslept, pukul 2petang baru pergi..

Orang, as usual lah tak pernah nye tak ramai.. Bila dapat nombor, tak lah jauh sangat. TETAPI lama gilaa menunggu. Iman sempat menyusu dua kali, siap bebe lagi! Dah sejam lebih, anak pun baru je terlelap, baru lah kena panggil. Grrr

Nurse tanya kenapa tak datang ikut appointment. I cakaplah I ada hal (heheh). Nurse boleh nak bising pulak cakap lain kali ikut time appointment (Hek eleh. Ko apehal. Kalau orang ada problem/masalah/hal penting takkan tak boleh excuse. Janji datang, kan. Sakit pulak hati kite. Tapi kite diam jelah kat nurse tu huhu)

Alhamdulillah, tumbesaran Shazrie Iman normal. Berat sekarang dah 6.3kg. Panjang 60cm. Lilitan kepala 40cm.

Time inject, macam biasa, Shazrie Iman menangis sikit je, pasal terkejut agaknya. Lepas tu dah diam. Senang :).

Before bagi injection, nurse tanya injection yang 2 bulan anak ada demam tak, ada bagi makan ubat tak. Kite cakaplah tak demam. Tapi kite ada bagi makan ubat right after balik klinik sebab nurse yang bagi tips. Nurse kalini kata jangan bagi ubat kalau tak demam. Bagi hanya bila anak macam dah nak demam. Pulak. Confuse betul kite. Dorang ni macamana, belajar tak tally ke?

Tapi kite ikutkan jelah cakap nurse tu, tak bagi makan ubat. Lagipun nak tengok, last month Iman tak demam pasal makan ubat siap-siap or memang tak demam. Sebab nurse kata kalau injection kalini tak demam, anak tak akan demam untuk injection yg sama 5 bulan nanti. Cuma kite tuam sikit dekat bekas injection tu sebab taknak bengkak/keras macam last month.

Setakat semalam and harini, nampaknya Shazrie Iman ok je, takde nampak tanda-tanda tak sihat. Harap-harap tak demamlah.

Tuesday, July 15, 2014

Shazrie Iman Sakan Shopping Raya

Last weekend (12th and 13th July), kami sekeluarga stay dekat apartment near Hotel Dynasty sebab nenek and atok nak shopping raya kat KL huhu. Mana lagi kalau bukan Jalan TAR and SOGO.

Hari Sabtu, pagi-pagi daddy dah balik Serdang sebab kerja. Maknanya, mommy berdua dengan Shazrie Iman je yang akan ikut nenek atuk aunties and uncle pergi shopping. Mommy chose nak baby-wearing since stroller confirm-confirm payah nak bawak bersesak-sesak. Before ni mommy tak pernah baby wear Iman lagi, daddy je so mommy berguru dulu dengan daddy thru whatsapp haha.

After zuhur, baru kami keluar and pergi SOGO.  Jem, perkara biasa.. Manusia ramai, apa nak heran.. Dalam SOGO,  kami berpecah ikut kaki masing-masing and mommy pergi floor baby and kids untuk shopping baju Iman. Betullah kata orang dah ada anak dah tak heran nak shopping barang sendiri.

Tengah mommy sibuk belek-belek baju, Iman nak tidur.. So mommy tidurkan Iman dulu and continue shopping. Walaupun free hand since dah bw, agak payah nak pilih-pilih and selit-selit dengan orang ramai. Yelah depan pikul anak, belakang pikul beg Iman (taknak bagi orang pikul sebab takut Iman bebe ke kang payah nak tukar). Tangan kiri dah penuh dengan barang yang nak dibeli. Ada tangan kanan je untuk belek-belek. Luckily halfway, makngah datang and tolong pegangkan barang and bayarkan.. Masa ni mommy baru tau kenapa mak-mak suka sangat shopping dekat SOGO sebab banyak betul pilihan pakaian baby untuk umur macam Iman. Bila sale, memang jauh beza harga dengan yg asal. Mommy rambang mata kalau kaya raya dah grab semua arghhhh!


Few times adjust kepala Shazrie Iman biar sandarkan kepala ke tepi tapi tak nak, nak mendongak jugak. 

Pastu boleh pulak mommy lupa nak amik gambar hasil shopping. Semua dah buang tag dah cuci :(. Resit pun dah selamat.. Huk. Tapi lebih seratus jugaklah mommy habiskan duit daddy untuk beli kemeja long sleeve selai, collared t-shirt selai, jeans selai, stokin 4 pasang. (Itu je??). Ikutkan mommy nak borong banyak-banyak tapi fulus yang tak banyak.

Lepas berbuka dekat food court SOGO (time ni daddy dah datang berbuka sama), kami sambung ke Jalan TAR pulak. Niat dihati mommy nak cari baju raya sepasang color kuning tapi pasal orang sendat sangat, tak sampai hati tengok Shazrie Iman tak selesa,  panas, berpeluh, dengan meragam nak tidur, last-last sempat jalan sikit je dah balik semula dekat SOGO minum-minum dekat The Loaf sementara tunggu yang lain. Iman, dah selamat tidur dekat daddy (Daddy take over bw). Balik apartment malam tu semua pengsan kepenatan haha.

Shazrie Iman tengah syok tidur, Gambar blur plak, focus dekat makanan huhu.

Esoknya, Ahad, kami pergi GM Plaza dekat Chow Kit. First time ni sampai huhu. As usual, carik barang Iman jelah yang lebih. Dapatlah beli legging 4 helai RM28 (memang dah plan nak carik ni). Harga kat GM ni memang murah daripada kedai luar or beli online (Baby fair excluded :p). Lagilah kalau beli borong. Tapi kalau dalam GM Plaza sendiri, kedai dekat tingkat atas-atas lagi murah compared tingkat bawah-bawah. Nasib baik kami mula dengan tingkat atas.

Dah habis pusing GM Plaza, kami ke Pavilion pulak. Kat sini daddy and mommy punya turn shopping pulak sebab Iman punya kelengkapan raya rasanya dah cukup, kita sambung lepas raya pulak ok? :p

So, puas shopping raya Shazrie Iman?  Huhu.

p/s : Betul kata orang kalau first time bw, mesti sakit pinggang bahu badan. Sakit wooo rasa nak tercabut!

p/s/s : Pasni SOGO akan jadi pilihan tempat untuk mommy shopping baju Iman (kalau ada sale) selain baby expo. Ngehngeh.

Monday, June 30, 2014

Nyang dan Buyut

Sejak lahir, Shazrie Iman dah jumpa Nyang sebab Nyang datang dari Perlis time pantang, memang untuk tengok Iman. Yelah, Shazrie Iman cicit Nyang yang kedua. Cicit yang pertama, perempuan, duduk jauh nun di Sabah. Confirm-confirmlah jarang dapat jumpa. Setakat ni baru jumpa sekali je. So bila Iman lahir, Nyang pun tumpang excited :). Tapi Buyut tak berpeluang lagi nak tengok Iman sebab takde balik Kampung Kangkar (JB) lagi. 

Tapi haritu (27 Jun) ada balik JB berempat dengan nenek and atok (daddy tak ikut, kerja) sebab dapat berita Buyut tak sihat sampai ke hospital (tapi tak warded). Lagipun nak lawat Tok Long yang sakit jugak dekat Kluang. So, dapatlah Shazrie Iman jumpa Buyut :). Kalau belah daddy (maternal grand mom) Iman cicit yang kedua, belah mommy (paternal grand dad), Iman cicit Buyut yang ke-39!! Huhuhu.

Shazrie Iman with Buyut, Hj Md Saleh bin Hj Nahrawi. 
Shazrie Iman with Tok Nyang. Tapi ada jugak Atok and Nenek. Ni during Iman's first visit to kampung Perlis, right after get back from Langkawi

p/s : Kalau ikut maternal (mommy's), Iman cicit yang ke 27. Ikut paternal (daddy's) plak taksure sebab daddy sendiri tak rapat dengan sedara belah Tokwan.




Wednesday, June 25, 2014

Pacifier Introduction

Nenek dah belikan puting untuk Shazrie Iman sejak Iman dalam hari. Saje untuk suka-suka katanya. Tapi Iman tak nak hisap pun.. Diluekkan balik. So simpan jelah. Huhu.

Sejak-sejak akhir ni Iman suka betul buat ni : 


Hisap bibir! Sampai termasuk-masuk bibir huhu. Pantang teringat, mesti nak buat. Kadang-kadang tu, tengah mamai-mamai nak tidur pun still berdecit-decit menghisap. 

Geram (plus saja nak dengki), tadi mommy saja masukkan puting yang nenek belikan dalam mulut time Shazrie Iman ralit menghisap bibir.



Tapi masih gagal :(. Iman tak pandai nak hold puting dalam mulut. Hisap sekejap then terkeluar. Mungkin kena try lagi nanti.