Pages

Wednesday, May 13, 2015

Mothers Day di Singapura

Last weekend kami balik JB untuk attend cousins weddings. Memandangkan hubs tak banyak kerja, jadi dia ajak ke Singapore a day after the events. Mulanya kite tak nak pergi sebab passport kami tak cukup 6 bulan! Sipi sangat. Expired 7 Nov, and tarikh yang kami plan nak masuk tu 10 May. Kalau naik flight memang confirm tak lepas.

Tapi at the same time, ibu and abah pun ajak pergi Singapore sebab diorang dah berkurun tak jejak tanah temasek. Last masa anak dua orang kut. (Back then kami ada saudara mara stay sana tapi now banyak dah pindah Malaysia). For us, last kami masuk Singapore masa tu berdua lagi, tahun 2013 untuk delayed celebration for 1st anniversary. Tapi tu pun setakat pergi USS, day trip.

Bila ibu and abah yang ajak pergi Singapore, kenalah re-consider sebab kesian pulak dekat diorang. Nak renew passport memang tak sempat. So tanya sana sini whether lepas ke tak untuk masuk Singapore with our passport validity. Kalau ke Hatyai, lepas je since through land entrance so we expect the same rules may apply to Singapore.

Bila tanya few JB friends and cousin yang memang bekerja di Singapore, diorang kata lepas, ok kami terus plan itinerary and stay.

Bab hotel, hubs setelkan. Kami stay satu malam je di Geylang. (Boleh baca review di sini). Itinerary and direction kite yang uruskan. Tak sempat pun nak plan proper, just listkan je beberapa main attraction and how to get there by mrt. (Kami memang dah biasa plan last minute macam ni, main redah je bila dah sampai huhu)

MRT
Menggunakan perkhidmatan MRT sepenuhnya, lebih memudahkan berbanding di KL. Sebab kita beli satu tiket ke tempat yang dituju sekali je, then just tukar tukar line train. Sama macam di Hong Kong dan Guangzhou.

Kami sempat merasa 2 keadaan yang berbeza : Naik mrt pada hari hujung minggu dan hari biasa. As expected, hari hujung minggu orang lebih lengang dan relaks. Bila dah hari biasa, memang padat dan nampak diorang agak rushing. Kadang-kadang, kita yang tourists ni pun terikut rentak yang sama pulak huhu.

In juga merupakan kali pertama Shazrie Iman naik perkhidmatan train macam ni. Tapi, dia masih tak faham pape.. Ada pengalaman yang tak best berlaku dalam ni yang buat kite agak kesal and agak serik dengan sikap segelintir Singaporean. Dalam keadaan yang sesak, dengan kite babywearing Shazrie Iman, of courselah terlanggar ke tercuit ke dah jadi adat. Masa tu kite baru naik train and nak duduk dekat seat yang abah dah reservekan. Dalam keadaan train yang baru nak bergerak, pastu seat pulak ngam-ngam nak duduk, secara tak sengaja kaki/kasut Iman tercuit sikit je auntie/nenek (chinese) yang duduk sebelah kiri seat. Dia punya marah, perghhh mengalahkan apa. Kite dengan tenang cakaplah kite mintak maaf and jangan risau, kasut ni bersih (Iman belum pandai jalan kut time tu so memang bersih) tapi dia tak boleh terima. Membebel-bebel. Eh... Pakkal jelah dekat tempat orang and kau tu tua, kite ni ingat lagi adab-adab. Kalau tak memang dah menjawab je apa yang dia bisingkan tu. So cakap jelah sorry-sorry (dalam intonasi ah malas aku nak layan kau). Rasa nak je tempelak cakap kalau dah tak boleh nak tercuit sikit, tak payah naik public transport Berbuku je hati.

Betapa ngam-ngamnya seat dalam MRT tu.
So, excuse the poking moking lah khenn. Grr
Babywearing vs Stroller
Yes, sepanjang perjalanan memang babywear Iman je. Mudah nak bergerak. Cuma memandangkan Iman dah semakin bersemangat dan kite pulak tak gemar nak back carry, so agak meletihkan di situ.

Cuma dari segi observation, kalau nak bawak stroller pun ok. Most of the places stroller friendly. Tapi kalau bab nak menyelit dalam train yang sesak (hari weekdays) tu agak mencabar jugak rasanya. So maybe next time will re-consider to bring stroller. Kalau jalan tempat santai, guna stroller. Dalam train, babywear je, stroller bungkuih. Hehe.

So.. What we did in the short 1 day 1 night in Singapore?

Merlion Park

Tempat tourist wajib pergi. Where the famous tugu singa pancut air located haha. Orang memang ramai sebab tak lama kami sampai tu, ada pertunjukan laser (but please do not put high expectation on the show) so kami join the crowd, duduk menunggu sambil-sambil suapkan Iman makan, tukarkan pampes jam-jam tu pulak dia nak melabur and ambil gambar dekat tugu famous tu..


Duduk suap Iman makan sementara tunggu laser show
Uishh ni tempat wajib bergambar ni..
Cuma tak buat aksi kuar air dari mulut je :p
The laser show.

Gardens by The Bay
Hmm indah khabar dari rupa kut. Kalau dalam gambar, memang cantik rupa dia. Tapi kalau tengok depan mata, biasa-biasa je.. Pulak tu gelap, just bergantung pada few spotlight. Taktaulah pasal kami dah lewat ke apa so banyak lampu dah tutup tapi kalau ikut operating time, memang sampai lewat malam. Tak faham di situ.

Pastu kononnya nak la jugak cari cafe untuk minum-minum ke, tapi sorry ye, takde. Ada fancy restaurant and bar je kut. Telan liur banyak kali jelah..

Maaflah, ni je gambar yang elok. The rest, hampeh.
Walaupun ada DSLR, apalah guna tanpa speedlight
Walaupun ada speedlight, apalah guna tanpa bateri.
Hoho
*Iklan* My 2 heroes..

Bugis Street
Ala-ala Petaling Street kut? Or Central Market? Hmm tapi memang tempat nak beli souviner. Harga kalau tak tengok dia puna matawang (compared to RM), memang murah. 10 SGD boleh dapat 4 / 6 tshirt kut.. So depends pada apa jenis souviner yang nak dicari, semua ada dekat sini. Harga pun macam lebih kurang sama je antara setiap stall.. Tapi tak salah kalau nak cuba tawar menawar..

Bergambar dulu before masuk..
Tengah sakan pilih souviner
Sebelum Iman strike nak tidur. Huhu

S.E.A Aquarium, Sentosa Island
Ikutkan abah nak masuk USS. Tapi pada kami, kalau nak masuk USS, memang perlukan 1 hari khas, tak sesuai untuk short trip ni. Yelah dahlah harga tiket mahal, kalau masuk sekejap je macam tak berbaloi.

Instead, kami masuk ke S.E.A Aquarium sebab Iman dah mula kenal ikan (or he said 'tish') so kalau masuk aquarium atleast dia akan tahu. Actually ada dua jenis 'tempat tengok ikan' di Sentosa Island ni. Underwater World dan S.E.A Aquarium. Both kami belum pernah masuk tapi secara ringkas, kite bezakan antara dua ni (melalui penerangan ringkas daripada staf kaunter tiket)

1) Underwater World terletak di Siloso Point. S.E.A Aquarium di RWS, dekat je dari seberang (Vivocity)
2) Since Siloso Point jauh ke dalam Sentosa Island, untuk pergi-balik ke Underwater World kena naik Sentosa Express (macam monorail). S.E.A Aquarium ada dua option, sama ada naik Sentosa Express or jalan kaki melalui Boardwalk seberang jambatan.
3) Underwater World attraction lama. S.E.A Aquarium baru punya.
4) Underwater World ada dolphins. S.E.A Aquarium tadak.

Tu je secara ringkas. Nanti kalau kami dah pergi both, baru boleh buat review from our POV.

As for us, kami pergi jalan kaki lalu Boardwalk. Agak jauh dan penat disitu (tu sebab balik pilih naik Express je hahaha) so kalau siapa malas, lebih baik naik je Sentosa Express. Jangan risau, dia ada berbumbung, dan ada travelator, tapi bukan sepanjang perjalanan tu, dia sekerat-sekerat. But still sangat membantu untuk relaks kan kaki dan keting :p.

Sebelum bergerak menyeberangi Boardwalk
Travelator yang dikatakan. 
In between travelator, so kenalah dukung..

Dalam S.E.A Aquarium,  well, lebih kurang macam Aquaria KLCC tapi apa yang lebih menarik, dia ada 1 part aquarium yang saaaaangat besar, macam panggung wayang. Dekat situ actually tempat buat show tapi masa kami masuk, tak kena time. But still ramai je orang duduk lepak-lepak termasuk kami, minum air makan jajan layan Iman merangkak bebas sana-sini dekat situ.

Malas nak cerita, tepek jela gambar.

Sebelum masuk. Abah beli 1 whole softcopies gambar ni
(30pcs, different backgrounds and pose)
dengan harga almost RM100 ok!

Budak ngada-ngada tetiba nak berputing




Tolonglah abaikan lovebirds dekat depan tu...
Sebenarnya nak tunjuk akuarium besar macam saiz panggung wayang..
Takde gambar lain dah, ni yang paling ok
(The rest, video, malas nak upload)
So, besar tak?? Besar baq angg
Ok, yang ni dah bukan dalam S.E.A Aquarium, 
tapi sempatlah kan posing sekejap buat kenang-kenangan... :p




Lepas dari Sentosa Island, kami terus gerak ke Woodlands, seberang selat Tebrau, naik bas ke Larkin, dan pulang ke KL!! Penat gila tapi rasakan, nak sangat merayap kan.. Weddingnya sikit (tak sikit, 3 weddings kami pergi) tapi melencongnya yang lebih. Heuheu.

Ok, sebenarnya tak rancang pun and percutian singkat ni takde kena mengena dengan tajuk, tapi since masa kami pergi tu Mothers Day, so kite acah-acah jelah sambut Mothers Day dekat sana.. Huhu.

Wednesday, May 6, 2015

Krabi Getaway!

Kalau dulu ke Krabi untuk honeymoon, kalini kami pergi lagi bawak Shazie Iman dan keluarga! Hubs lah yang beria-ia nak bawak family ke resort yang kami stay masa honeymoon dulu. Since hubs belanja, siapa yang tak nak pergi, kan huhu. 

Kalau ikutkan kite, ofcourse nak naik flight. Tapi pasal kami dah decide tarikh agak lambat, and pulak tu hari pekerja kut?! so flight tiket memang mahal gilerrrr sampaikan sorang dalam RM900 return. Gila ke apa. Pergi Guangzhou dulu pun RM600 je. So, dalam keterpaksaan, the only option yang ada, travel by car lah. Perjalanan jauh kut dari KL-Perlis. Then dari Bukit Kayu Hitam kami chartered van Commuter muat untuk 11 orang including driver. Dah lah perjalanan dari KL-Perlis tu je dah amik masa, dari Sadao nak ke Krabi tu pun dalam 4-5 jam lagi. Walaupun selesa je, tapi hooo tobatlah mintak ampon banyak-banyak tak mahu lagi. Penat!!

Yang lagi memeritkan, kami sangkut jem nak masuk border je dekat 2jam!! Ya Allah... Time tu memang menyumpah je dalam hati. Tapi apakan daya, kena harung jugaklah. SERIK OII. Banyak lagi benda tak best jadi tapi takmau ingat dah, so terus ke part best je.

Kami pergi 10 orang dewasa, 1 kanak-kanak which is Shazrie Iman. Maternal side, ada atok dengan nenek je. Paternal side, tokma, aunties and toksu. Sorang kawan tokma pun ikut. Semua yang kami bawa first timer ke Krabi. So memang kami laki bini uruskan semua and jadi planner. Since resort yang kami stay : Aonang Krabi Tipa Resort memang betul-betul dekat pantai Aonang, senang dari segi nak makan and shopping souvenirs, dorang boleh pergi sendiri. Kami just rancang aktiviti sahaja.

My both heroes di Ao Nang
Elephant riding

Since kami chartered van, so kami just mintak driver bawak pergi tempat elephant riding. Yang tak bestnya bila pergi sendiri ni, limited ticket, sebab dia utamakan orang yang memang dah beli tiket siap-siap dari counter travel & tours. Dah lah harga pun takde beza beli dekat kaunter (free pick up lagi dari hotel masing-masing) dengan kalau beli on the spot dekat tempat tu. Nasib baiklah tempat yang kami pergi tu boleh berlebih kurang so dia boleh selitkan kami 10 orang ni (4 gajah), tu pun untuk yang setengah jam je.



Beramah mesra sebelum kena tunggang
Mungkin bila dengar setengah jam je mesti tak best. Tapi pada kami, ok sangat! Sebab lengkap dia bawak masuk hutan walaupun tepi jalan je, then tunjuk macamana gajah makan, and siap berendam sekejap dalam sungai! Kalau macam ni, tak payah lah nak naik sejam duduk atas gajah tu, pengalaman still sama. Harga pun murah huhu. 

Jungle trekking kononnya. Hutan tepi jalan
Demo macam mana gajah makan
Rupa Shazrie Iman sepanjang atas gajah.
Berendam sat..
Sempat lagi main sembur-sembur air (tapi takde gambar :p)

Island hopping

Dekat Aonang, manusia punyalah ramai, especially dari Malaysia. Keadaan berbeza betul dari tahun 2012 kami pergi dulu. Dah macam dekat Langkawi, tak terasa dekat Krabi sebab penuh dengan orang Malaysia je. Mungkin sebab cuti panjang kan, banyak tertumpu ke sini. Memandangkan orang ramai, susah nak dapatkan pakej island hopping. Tapi kebetulan kami terjumpa 1 so belasah jelah janji ada. 

Mungkin bot tambahan, so memang tak dapat nak service first class lah. Naik longtail boat yang boleh muat dalam 25 orang so kami combine dengan other families, also from Malaysia. Dulu kami naik speedboat yang memang jauh beza selesa and service tip-top. Ni tukang bawak boat pun tak reti English. So mostly kami pandai-pandai sesama sendiri huhu. 


Beratur tunggu turn nak naik bot
2plus1
Right before naik bot kat belakang tu haaa
First pitstop. Tak ingat apa nama pulau.
Masa ni Iman tidur
Tak lama pastu dia bangun, ha ape lagi main air la
Tak sempat tuka swimming suit dah berkubang
Well behaved atas bot
Selain island hopping, as usual ada pergi snorkel. Yang tak bestnya, boleh pulak orang boat bawak kami pergi snorkel dekat dengan batu karang yang banyak sea urchin aka landak laut. Sudahnya, beberapa orang termasuk makngah Syifa and toksu jadi mangsa. So daripada excited-excited nak snorkel, jadi kureng pulak. Tapi orang yang kena jelah naik atas bot. The rest, including tokma sakan ngendap ikan heheh. Iman time ni duduk dengan nenek je, buat muka kesian dari atas bot.

Mommy dengan daddy sakan snorkel
Muka sedih tak dapat join. Kena duduk atas bot dengan nenek.
Baru sempat tiup pelampung
Sambung lagi main air..

Kalau ikut perancangan kami, nak ke Hotspring tapi boleh pulak driver refused nak bawak kami. Dengan alasan, kalau kami nak pergi situ, dia tak akan bawak kami ke Floating Market Khlong Hae (Hatyai). Eh eh... Sakit hati betul. Nak tak nak, kena pilih satu jelah which kami pilih floating market. Berbuku je dekat hati

Bergambar dulu sebelum gerak balik..
Singgah beli local food. Tapi kite tak beli apa pun..

Di Khlong Hae Floating Market.
Jakun

Ye, sepanjang percutian, kami babywear Iman. Termasuklah masa naik bot. Walaupun mungkin ada beberapa pendapat berbeza mengenai babywearing while riding a boat, for me, ia sangat memudahkan lebih-lebih lagi masa nak turun naik bot dalam keadaan yang mencabar. Tambahan pulak, kalau Iman tengah lena tidur. (Don't worry, I securely wore life jacket, kecuali kalau nak breastfeeding) . Tak boleh nak bayang kalau tak babywear. We owed alot dengan our carrier *pejam mata jela Pognae kena air masin. Sampai rumah cepat-cepat cuci huhu*

Well, kalau dah nama bercuti, mesti lah seronok. Lebih-lebih lagi pergi tempat kami honeymoon dulu. So banyak flashback kenangan manis ewah. Dan yang pasti, setiap percutian ada keistimewaan dan pengalaman tersendiri, walaupun kita dah pergi berulang-kali.

Cakap dengan hubs, nak jadikan trip ke Krabi as trip 'wajib' setiap kali ada pertambahan ahli keluarga *demand*. Tapi yang pasti, mintak hampon banyak-banyak, tak nak road trip lagi. Biarlah ni frist and last. Pheww!

Tuesday, April 21, 2015

1 year Injection

Dah lama tak pergi klinik kesihatan (last masa 6 bulan), mommy yang berdebar lebih sampaikan set alarm 2! Tapi sudahnya, tak jugak sedar haiyoo. Ntah macamana boleh tak sedar ke or alarm tak berfungsi mommy pun tak paham. Lambat pergi klinik gamaknya.

Dah amik nombor, cabut jap pergi beli sarapan. Daddy siap sempat buat kerja haha dah dalam 45minit baru datang balik klinik, tak sure nama kena panggil ke tak.

Dalam 10 minit usha line, nombor pun kena panggil.. Tapi timbang je dulu. Rupa-rupanya nurse kata dia da panggil nombor tadi haha nasib baik dia ok je takde marah or banyak tanya. (Berat : 8.2kg, panjang : 75cm, lilitan kepala : 46cm)

Masa Shazrie Iman nak kena inject mommy cuak je Iman menangis. Yela dah lama tak kena inject. Dah tu ni dia dah besar,  mesti dah bijak sikit bab rasa sakit. Dengan mata mengantuk lagi. Tapi mommy under estimate Iman sebab Iman ok je! Takde menangis punnn.. Cuma ada lah bunyi sikit macam 'eh apa rasa ni', pastu dah. Memang hero!! *Proud mommy, and daddy*

Within less than 45 min, settle! Gerak balik dengan senang hati pergi house hunting. Tak jauh dari klinik, bagi upah susu,  Iman pon tidur..

Next appointment, another 6 months. Harap mommy tak lupa.

Monday, April 20, 2015

Molly Fantasy di D Pulze

Bangun pagi, daddy tanya nak ke mana sempena birthday Iman. Mommy chose Genting! Walaupun hakikatnya mommy yang teringin nak pergi sana dah berjanggut tak pergi huhu. Daddy ok kan aje. Tapinye, tanya and ok je beria. Last-last pukul 3 terperuk lagi dekat rumah. Ceh! Sudahnya, ajak daddy pergi Cyberjaya je sebab ada hal sikit.

Dah setel dekat Neocyber, singgah jap dekat D Pulze, nak minum-minum. Rupanya ada kids indoor playground. At first malas jugak nak masukkan Iman tapi pasal birthday dia, so layankan ajelah.. Harga dia pun murah sesangat. Sejam RM8 kut. Walaupun tempat kecik and mainan pun tak banyak, tapi ok la kan dengan bayaran dia.. Budak besar Iman dah cukup enjoy lettew.. Pergi pulak weekdays, so ada lah budak sorang dua in out..

Dekat Molly Paradise ni, dia ikut time. Paling murah setengah jam RM5. 40min RM6. 50min RM7. Sejam RM8 etc etc tak ingat lepastu. Kita kena beli kad (kredit duit) dekat kaunter and gunakan kad tu untuk masuk. Ada staf yang akan assist. Kalau ikut written rules 1 kids boleh peneman sorang je (due to space constraint rasanya) tapi maybe pasal time kami pergi tak ramai orang, so dia bagi je kami laki bini masuk.. Shoes off, tapi takde rules kena pakai socks..

Mainan yang ada, plastic balls wajib. Then bounce area. Pastu adalah tempat ala-ala untuk kids pretend play : supermarket, school, hospital etc. Yang menariknya, ada disediakan banyak wooden toys.

Kebersihan, ok je. Tapi pasal tak wajib pakai socks, adalah sedikit bau kaki dekat tempat plastic balls.. Toys pun banyak yang dah not in good condition. Ada yang dah tertanggal, parts hilang. Yelah tak semua budak main cermat.

Shazrie Iman seronok je main.. Favourite dia bola-bola la. Penat suruh main tempat lain, tapi balik-balik dia nak main dekat situ jugak.

Sejam dekat dalam tu memang dah puas mommy menunggu. Asyiklah tengok jam tak sudah bila nak cukup masa haha. Tapi kalini Iman bagus sangat sebab dia tak meragam pun nak keluar. Sebelum balik tu mommy sempat shopping lagi sebab Iman well behave :p.

As conclusion, apa yang dibayar tu, setimpal la dengan apa yang ada.. Kalau kata nak datang lagi, boleh je cuma jauh gak la nak ke Cyberjaya semata-mata untuk ke situ.

P/s : Sorry ye Iman birthday Iman kita pergi sini je. Takpe nanti kita pergi Krabi ok?