Bangun pagi, daddy tanya nak ke mana sempena birthday Iman. Mommy chose Genting! Walaupun hakikatnya mommy yang teringin nak pergi sana dah berjanggut tak pergi huhu. Daddy ok kan aje. Tapinye, tanya and ok je beria. Last-last pukul 3 terperuk lagi dekat rumah. Ceh! Sudahnya, ajak daddy pergi Cyberjaya je sebab ada hal sikit.
Dah setel dekat Neocyber, singgah jap dekat D Pulze, nak minum-minum. Rupanya ada kids indoor playground. At first malas jugak nak masukkan Iman tapi pasal birthday dia, so layankan ajelah.. Harga dia pun murah sesangat. Sejam RM8 kut. Walaupun tempat kecik and mainan pun tak banyak, tapi ok la kan dengan bayaran dia.. Budak besar Iman dah cukup enjoy lettew.. Pergi pulak weekdays, so ada lah budak sorang dua in out..
Dekat Molly Paradise ni, dia ikut time. Paling murah setengah jam RM5. 40min RM6. 50min RM7. Sejam RM8 etc etc tak ingat lepastu. Kita kena beli kad (kredit duit) dekat kaunter and gunakan kad tu untuk masuk. Ada staf yang akan assist. Kalau ikut written rules 1 kids boleh peneman sorang je (due to space constraint rasanya) tapi maybe pasal time kami pergi tak ramai orang, so dia bagi je kami laki bini masuk.. Shoes off, tapi takde rules kena pakai socks..
Mainan yang ada, plastic balls wajib. Then bounce area. Pastu adalah tempat ala-ala untuk kids pretend play : supermarket, school, hospital etc. Yang menariknya, ada disediakan banyak wooden toys.
Kebersihan, ok je. Tapi pasal tak wajib pakai socks, adalah sedikit bau kaki dekat tempat plastic balls.. Toys pun banyak yang dah not in good condition. Ada yang dah tertanggal, parts hilang. Yelah tak semua budak main cermat.
Shazrie Iman seronok je main.. Favourite dia bola-bola la. Penat suruh main tempat lain, tapi balik-balik dia nak main dekat situ jugak.
Sejam dekat dalam tu memang dah puas mommy menunggu. Asyiklah tengok jam tak sudah bila nak cukup masa haha. Tapi kalini Iman bagus sangat sebab dia tak meragam pun nak keluar. Sebelum balik tu mommy sempat shopping lagi sebab Iman well behave :p.
As conclusion, apa yang dibayar tu, setimpal la dengan apa yang ada.. Kalau kata nak datang lagi, boleh je cuma jauh gak la nak ke Cyberjaya semata-mata untuk ke situ.
P/s : Sorry ye Iman birthday Iman kita pergi sini je. Takpe nanti kita pergi Krabi ok?
No comments:
Post a Comment