Pages

Saturday, July 2, 2016

Pengalaman Pertama Scan dengan 3D/4D Scan Malaysia di Poliklinik An-Nisa

Daripada first pregnancy dah tau pasal service provided by 3D/4D Scan Malaysia ni : where a group of sonographers provide scanning service only di beberapa tempat, based on appointment. Boleh baca detail dekat web dorang : 3D/4D Scan Malaysia. Tapi tak pernah try since buat scanning + check up dengan gynae.

Kalini rasa nak sangat try. Plus tengok harga pakej yang jauh lagi murah daripada pergi scan dengan gynae. Kalau dengan gynae, scan 2D je dah RM200 (termasuk antenatal check up + consultation yang biasa-biasa, which dah dapat dekat KK). Kalau nak 3D/4D scan, kena tambah lagi RM100++ (tak ingat latest rate berapa. So boleh cecah dalam RM400 jugaklah untuk sekali check up, yang scan around 5mins, not exceed than 10mins.

Kalau ikut pakej 3D/4D scan Malaysia ni, baru RM 120 untuk sekali scan 3D/4D (tapi takde antenatal check up lah) and RM 220 untuk pakej sekali dengan detail scan 2D. Kalau tengok perbandingan, memang jauh beza. Dan memandangkan memang dah monthly check up dengan KK, so rasanya tak perlu lagi nak buat check up sekali lagi dengan gynae (belum nampak sebarang keperluan). Kalau dulu pun jumpa gynae memang semata-mata untuk buat 3D/4D scan. Yang menguatkan lagi nak try scan dengan dorang, sebab banyak baca review mostly bagi positif feedback (tak tahulah kalau ditutupkan mata untuk jumpa yang negatif), plus polisi dorang yang akan bagi :
1) free scanning kalau tak dapat capture muka baby.
2) money back guarantee kalau gender salah. 
So why not kite try, kan?

Dah bincang dengan hubs, hubs pun setuju. Dan memandangkan tak pernah try 2D detail scan, saja nak buat kalini, sebab nak tahu macam mana rupa detail scan tu. Huhu. So kami amik pakej yang RM 220. Dan kami pilih di Equine, Poliklinik An-Nisa, yang paling dekat dengan rumah.

Pasal bulan puasa, kononnya nak lah scan time malam, bila dah berbuka. Jadi, agak limited slot yang ada. Tambahan pulak, last minit booking. Tu pun lagi seminggu nak raya haha. Nak scan tau gender dulu sebelum raya kononnya :p. Time pun memang cantik untuk buat detail scan, around 22 weeks. 

Kalau ikut dalam booking form, untuk pakej 3D/4D scan + 2D detail scan, kena book 2 slot. Maknanya 40min. Memandangkan dah last minit, memang dah takde slot yang sesuai/available 2 slots yang berderet. Jadi kite book 1 slot je and mesej customer service dorang untuk dapat advice (sama ada kena book 2 slots yang berderet jugak). Tapi rupa-rupanya memadai book 1 slot (maybe sebab dah limited availability). Cuma perlu bagitahu/remind dekat sonographer pakej apa yang kita ambil dan dorang akan extendkan masa sekiranya diperlukan. Alhamdulillah.. So nak bagitahu dekat sini yang customer service dorang sangat membantu (cuma kalau weekend memang takde reply/lambat kut sebab masa mesej hari Ahad, hari Isnin pagi-pagi baru dapat response.

Dan semalam merupakan tarikh appointment kami (30/6), jam 9malam. Kami datang agak lambat sebab melayan Shazrie Iman yang meragam dulu. Mulanya nak tinggalkan dia dengan Tokma/aunties since nanti kalau bawak dia sekali, daddy tak boleh nak fokus, kena melayan Iman plus dia memang tengah tidur. Tapi boleh pulak dia terjaga around 8.30malam, pastu cranky nak dengan mommy je. Aiyooo. So terpaksalah bawak jugak. Dah pukul 8.45pm baru keluar rumah. Dah la keluar rumah agak lambat, rupa-rupanya daddy belum readykan duit. So mencari pulak ATM.. Dan tambah malang, ATM yang ada sepanjang perjalanan nak ke klinik semuanya out of service aiyooo.

Tengok jam dah 9.05malam. So singgah dulu klinik untuk buat registration and tanya ada berapa patient lagi sebelum kite. Ada 2 patients. Nasib baiklah pembantu klinik dekat kaunter tu baik je, so kite buat registration and bagitahu nak keluar jap untuk pergi ATM/bank (cerita lah drama sikit pasal dari tadi pergi ATM semua tak boleh, tu yang terlambat huhu). Dah register, sambung balik cari ATM and Alhamdulillah, walaupun beratur agak panjang tapi kami berjaya la jugak kan keluarkan duit haha. Dah lah banyak kereta sebab masing-masing nak keluar isi minyak since minyak naik harga harini! Aduhai dugaan..

Sampai-sampai klinik semula, hampir 9.45malam.. Tanya pembantu klinik tu, nasib baik turn kite memang belum sampai. So duduk lah dulu. Masa tu ada sorang lagi ibu mengandung yang tengah tunggu turn jugak. Kite expect turn dia dulu (tak perasan masa buat registration dia dah ada ke tak). Sekali, dalam 5minit duduk, nama kite yang kena panggil dulu.. Kami pun masuk bilik dalam 9.50malam..

Our sonographer adalah Miss Irene. Chinese, muda orangnya. Cakap Malay agak fasih cuma still pelat lah sikit-sikit. Bagitahu dia pakej yang kite book so dia pun mulalah gelek-gelek perut kite.. Miss Irene sangat ramah dan jangan risau, dia terangkan semuanya mengikut kefahaman yang mudah (tanya hubs senang faham tak sebab memandangkan kite biologist so lagi lah cepat tangkap apa yang dia terangkan, plus siap tanya certain things ikut term biology *bukan nak poyo ye, cuma nak tahu and applykan apa yang sedia tahu huhu*). Dan as sonographer berpengalaman, dia tahu lah macam mana cara nak pujuk baby untuk bergerak untuk dapatkan angle yang cantik.

Mula dengan 2D detail scan, dia terangkan satu persatu apa yang perlu, tunjuk bahagian-bahagian mana yang perlu tengok dan bagitahu normal ke tak. Normal range berapa dan kalau tak normal rupa dia macamana. Mana yang patut dikira, dia kira. Tulang ada berapa, jari ada berapa, berapa jarak mata yang sepatutnya, apa rupa bentuk yang sepatutnya, keluar masuk saluran darah ke jantung, ke ginjal, dan lain-lain. Seriously dah tak ingat setiap gambar yang ada dalam cd tu untuk apa. Ingat sikit-sikit je. Sebab banyak sangat! Sepatutnya record suara dia senyap-senyap haha (sorry, hp/camera tak boleh guna dalam bilik ni, ada tampal notis).

Antara gambar/bahagian yang discan dan diukur.

Bermula dengan kepala/tengkorak.



Jantung.


Kira berapa chamber yang ada (normal 4).
Warna biru and merah tu menunjukkan pergerakan darah keluar/masuk jantung (rasanya merah stands for oxygenated and biru deoxygenated)



Pastu tulang temulang semua dikira. Kaki, tangan (kiri kanan), panjang tulang belakang, tulang tongkeng. Then dekat both ginjal pun diperiksa keluar masuk darah (macam dekat jantung). Sorry malas dah nak upload gambar haha.

Last sekali, baru Ms Irene check gender (saja la tu nak bagi surprise). Awal-awal bagitahu dia yang kitorang laki bini jangkakan lelaki lagi. Tapi bila dia dah cek, it's a girl! Kite macam tak percaya je, siap tanya dia betul ke few times. Ms Irene cakap, iya.. Betul.. Ni ha burger dia, sambil kira and tunjuk lapisan-lapisan dalam scan tu (rasanya the labias kut).

Dah setel detail scan, Alhamdulillah semuanya normal (baru kami tahu macam mana rupa detail scan tu huhu), baru proceed ke 3D/4D scan. Untuk yang 3D/4D, as usual lebih focus ke muka.. Tapi memandangkan time tidur baby dalam perut ni (biasalah, lepas berbuka, memang time tidur mommy hoho), so agak payah dia nak tunjuk muka. Tutup bukan setakat dengan tangan, siap dengan kaki ok! Jenuh jugak la Ms Irene nak memujuk biar dia turunkan tangan tu.

Setelah sesi pujuk memujuk, usik mengusik, mommy mengiring kiri kanan, finally ni lah hasil terbaik yang Ms Irene dapat :


See.. Siap ada caption baby kuat tidur lagi. Haha.

Settle dua scan ni, keluar-keluar bilik dalam pukul 10.20pm.. Lama jugak la kan dalam bilik tu, dalam setengah jam. Memang puas kami dapat belek+gelek perut lama-lama. Rasa berbaloi duit yang dibayar :p. Sampaikan anak patient yang sama-sama tunggu tadi cakap 'lamanyaaa' dekat mak dia masa kite keluar dari bilik huhu (Dia cakap slow-slow je tapi kite tetap terdengar).

Tunggu sekejap, then nama kena panggil untuk buat payment dan dapat cd plus printed 3D/4D scan (gambar yang kat atas ni diprint). Masa kami scan dekat gynae, tak pernah dapat pun printed 3D/4D. Tengok dalam cd jela. Huhu.

Selain gambar dan video, dalam cd jugak ada disertakan pdf file report scan. Report dalam few pages.



So, kesimpulannya, memang sangat berpuas hati dengan servis scan group 3D/4D Scan Malaysia ni. Malah, customer service pun tip top:

1. (as stated in the story above)
2. Whatsapp untuk remind ada appointment on the day of appoinment.
3. Then, the next day of appoinment dapat another whatsapp untuk follow up about cd (asking about cd boleh buka or tak and nama stated in the cd/report nama yang betul ke tak).

Poliklinik An-Nisa pun ada buat follow up a day after (dapat call, tapi kite tak perasan, so dorang hantar sms) untuk tanya keadaan dan remind makan ubat. Walaupun kite bukanlah dapat rawatan langsung dari klinik mereka, setakat datang scan je.

Jujur, kite highly recommended and InshaAllah akan ulang buat next 3D/4D scan dengan dorang lagi..

p/s : About baby's gender, memang pernah cakap dulu, tak pernah mengharap pun baby gender sekian-sekian. Both kami ok. Tapi, ada sikit happy la kan kalau dapat baby girl. Sebab mommy boleh shopping barang baby baru banyak! Huhu. And boleh pasang badan betul-betul kasi selim melim sebab boleh jarakkan jauh sikit the next baby. Tapi, takdelah over excited, biasa-biasa je. Kalau orang tanya gender apa pun still tak kan jawab confidently. Yelah, sebab kuasa tuhan masih boleh mengatasi teknologi manusia.. Tak kisahlah, janji kami berdua sihat dan selamat sepanjang pregnancy dan kelahiran nanti. Amin..

Tuesday, June 28, 2016

5 months Antenatal Check up

Appointment 23 Jun, 2pm

Kalau first pregnancy, setiap appointment kena pergi check up pagi. Kali ni dapat appointment petang pulak, me likey! Sebab tak yah nak kena bangun awal berebut dengan orang nak pergi kerja hoho.

And as usual, blood pressure and urine test pass. Hb pun ok. Alhamdulillah.. Risau sebenarnya sebab tengah puasa kan, takut effect dekat urine and hb. Berat pun tak banyak naik (1.5kg per month heuheu) so now dah 55.5kg (yes I know I am whaling myself *sigh*)

Masa nurse check, dia kata now dah 26 minggu. Eh agak terkejutlah kan, takkanlah aku ni dah 6 bulan? Boleh jadi dia salah kira tapi malas nak argue mulanya. Tapi tak boleh tahan, masa dia tengah cek perut, tanya lah jugak. Bagitahu yang kalau ikut kiraan sendiri rasanya baru 21 minggu so macam tak percaya dah 26 minggu. Nasib baik nurse ok je (tak kerek/tak boleh terima). So dia try kira balik. Rupa-rupanya dia kira ikut LMP.. So cakap dengan dia cuba kira ikut due date yang latest doktor betulkan. And yes, kiraan kite betul, baru 21 minggu 5 hari.. Remark dekat nurse tu yang kite punya menstrual cycle tak betul, tu sebab tak boleh ikut LMP..

 Pastu time check perut pun amik masa lama (tu sebab sempat betulkan lagi pasal berapa minggu huhu). Nurse godek-godek sebab tak dapat nak detect heartbeat baby properly using doppler, Hubs tanya cuak tak time ni. Tak, kite tak cuak time ni sebab dapat rasa baby bergerak, and ada je dengar heartbeat baby cuma maybe beat tu tak berapa jelas, doppler tak betul-betul letak dekat area yang tepat so tak dapat nak count berapa beat. Bila nurse kedua try adjust baru dapat. Dan Alhamdulillah, heartbeat baby ok je..

Oh ye, since awal bulan ada minum air gula untuk MGTT, the result normal.. Tapi kite rasa untuk kali kedua minum air gula mesti sangkut sebab walaupun result normal, boleh dikatakan dalam range cukup-cukup makan huhu. Mak dah mula redha kalau kena GDM lagi hukhuk.

Fasting : 5.0 (Normal 3.9-5.8). First pregnancy, first test 3.7
After 2h : 6.0 (Normal 3.9-6.7). First pregnancy, first test 5.7

Expect dapat jumpa doktor untuk scan perut. Nak sangat tahu gender apa walaupun high expectation lelaki lagi. Tapi nurse tak nak assigned kan lah pulak sebab dia kata tak perlu since takde apa-apa masalah yang memerlukan untuk jumpa doktor *sigh*. Kalau takde masalah, normally 28 minggu baru jumpa doktor. Punah harapan huhu.

Tapi try lah jugak nak jumpa doktor jugak dengan guna alasan nak mintak surat pengesahan naik flight (first pregnancy dulu mintak dekat doktor). Nurse tanya nak fly bila, ke mana. Tak pasal-pasal kena tipu sikit, bagitahu nak balik Alor Setar raya nanti. (Tapi takdelah tipu terus ehhhh sebab memang ada plan untuk naik flight pergi bercuti cumanya tak tahu bila dan ke mana. So saja mintak awal-awal, senang). Sudahnya, dia yang ambilkan surat tu dan dapatkan pengesahan doktor. Cehh.. Nampaknya kena pergi private jugaklah untuk scan.

p/s : Dah buat appointment untuk scan Khamis ni. Kali ni tak scan dekat Dr. Ng. Saja nak try tempat lain. For sure will share the experience later.


Monday, June 20, 2016

Happy 3rd Father's Day Daddy Shai!

This entry is specially dedicated to my dear husband. Bukan nak poyo, tapi bagi mengingati segala sacrifice or apa yang daddy dah buat to us, so that bila rasa geram/marah dekat daddy akan-akan datang, entry ni will cherish the memories InshaAllah. Takpun kalau dah makin lama daddy mula demand, mommy boleh recall balik betapa daddy tak cerewet asalnya heuheu. Harap daddy tak baca (I don't think he read my blog) sebab mesti malu gila kalau dapat tau dia baca haha.

1. Walaupun mommy malas nak masak, daddy tak pernah complaint. Daddy akan cakap takpe, jom kita makan kat luar or nak makan apa? Kita tapau/delivery jelah. Ye, kita memang banyak makan kat luar daripada mommy masak. Huhu.

2. Kalau mommy masak tak sedap pun (tawar/masin), daddy tak pernah condemn. Daddy tetap makan dalam kuantiti yang mommy takkan kecik hati huhu.

3. Walaupun mommy malas nak kemas rumah, daddy tak pernah complaint. Daddy siap cakap, ala takpe.. Kalau kemas pun nanti Iman sepahkan balik.. So biar jelah.. 

4. Walaupun mommy malas lipat kain, daddy tak pernah complaint setiap kali kena kembur dalam bakul or baju yang menimbun. Daddy siap kata nanti kita beli bakul banyak-banyak so lagi senang nak asingkan baju-seluar-innerwear sorang-sorang. Lagi best, daddy suruh mommy bagitahu Husna (pembantu in-laws) untuk datang rumah tolong mommy lipatkan kain dan kemas rumah. Upah of course daddy yang bayar. (Tapi tak pernah pun sebab at the end mommy yang tetap akan buat). Tambah sweet lagi, daddy siap pernah tolong mommy lipatkan baju berbakul-bakul sebab mommy mabuk pregnant and balik rumah nenek.

5. Mommy jarang bangun awal daripada daddy. Dah tu kuat tidur pulak. Tapi daddy tak pernah complaint/kejut. Paling-paling pun daddy akan kata hamboiiii mak kau ni tak sudah-sudah tidur.

6. Daddy tak pernah (atau sangaaat jarang) suruh mommy ironkan baju. Kalau nak keluar even nak pergi kerja, daddy yang akan akan iron sendiri. Tapi biasanya time pergi kerja lah sebab mommy tak bangun lagi time daddy pergi kerja (Baju daddy takdelah renyuk sangat sebenarnya sebab semua ber'hang', so kalau dah renyuk sangat baru daddy akan iron. Tapi kalau time keluar jalan-jalan ada QC yang akan check. Agak tak sedap mata memandang je, automatik mommy akan suruh daddy bukak balik and ironkan.

7. Daddy selalu belikan surprise present untuk mommy. Bukan setakat time birthday atau anniversary, time saja-saja pun mommy dapat. Tiba-tiba dapat hp lah. Tiba-tiba dapat make up set lah.. Walaupun mommy tak pernah pun bagi daddy apa-apa since mommy tak bekerja, takde fulus. Kalau ada pun mommy bagi, tu pun secara halusnya duit daddy jugak. Sebab mommy guna duit yang daddy bagi. Hoho.

8. Daddy jaraaang cakap tak nak lah kalau mommy ajak pergi mana-mana, walaupun daddy penat kerja. Tapi mommy selalu cakap malas kalau daddy ajak mommy pergi mana-mana huhu.

8. Kalau mommy ajak pergi bercuti oversea/beli barang harga yang mengarut-ngarut pun daddy tak pernah cakap tak boleh/tak nak. Mesti cakap ok, nanti kita pergi/beli. Walaupun hakikatnya mommy tau takkan pergi/beli pun.

9. Mommy pernah ada urusan yang memerlukan mommy tinggalkan Iman overnight (during PAC PTD). Mommy nak tinggalkan Iman dengan nenek. Tapi daddy kata tak perlu, biar daddy je yang urus and jaga Iman. Daddy cuti kerja. Kalau perlu keluar jugak, daddy bawak Iman sekali. And yes, u made it excellently! 

10. Walaupun mommy tak bekerja, daddy tak kekok tolong mommy uruskan Iman dari Iman celik mata bangun tidur, sampailah tidurkan Iman semula (mandikan, masakkan, suapkan makan, cebok/tukar pampers dan segala perkara berkaitan). Nak-nak masa mommy mabuk 2nd pregnancy. Mommy tak perlu pun nak risaukan Iman sebab mommy tahu daddy boleh handle (cuma perlu list down and keep reminding apa yang perlu dibuat).

11. Sama jugak kerja rumah. Kadang-kadang mommy tidur awal dalam keadaan singki penuh, rumah bersepai. Tapi bila mommy bangun esok, singki clear. Jangan kata rumah berkemas, siap sapu dan mop lagi. And mommy bangun tu bila daddy dah pergi kerja.

12. Nak makan western? Mommy ada good cook, which is daddy. Memang bab makan western daddy yang akan masak. Mommy tak pandai.

13. Setiap kali mommy pegang pape time dekat shopping mall, daddy mesti suruh ambil (baju/kasut/handbag). Tapi mommy ni selalunya pegang je lebih. Takdela nak sangat. (Yeah silly me)

14. Mommy tak kerja. Tapi daddy willing je nak stay up malam untuk teman/babysit Iman walaupun esok kerja. Iman jenis tidur lewat atau kalau tidur awal mesti akan bangun tengah malam. Maknanya dia akan berjaga sampai dia mengantuk balik. So kami akan bergilir untuk sama-sama jaga Iman sampai dia tidur. Biasanya mommy yang akan tidur dulu. Bila daddy dah nak tidur, daddy akan kejut mommy untuk take over. Tu pun kadang-kadang daddy akan siap tidurkan Iman without kejut mommy.

15. Kalau ikutkan daddy sebenarnya nak temankan mommy setiap kali check up antenatal dekat KK. Tapi mommy yang tak bagi sebab mommy rasa akan buang masa daddy je, lebih baik daddy kerja. Sebab kalau pergi pun, daddy bukannya boleh buat pape. Nak masuk bilik nurse pun tak boleh. So daripada duduk menanguk tak produktif lebih baik buat kerja yang mendatangkan hasil. Setakat klinik dekat je mommy boleh je ulang-alik sendiri. Tapi kalau mommy minta daddy hantar amik (bila dah sarat or time rasa malas nak drive) or temankan masa Iman check up, daddy ok je tak pernah miss.

So technically mommy rasa daddy lagi romantik dan sweet daripada mommy kut? *Aiyo*. Tapi dengan cara daddy yang tersendiri. 

Thank you sayang for keep trying and being the best for us. Semoga kasih sayang dan kesabaran daddy dalam melayan kerenah isteri dan anak-anak tak akan pudar sehingga ke akhir hayat daddy. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang tak akan pernah putus kepada daddy dan keluarga kita, juga diberikan kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa yang berpanjangan. Agar daddy dapat menyara dan menjaga kami sebaiknya. 

Happy 3rd Father's Day! Mommy dan Shazrie Iman (serta baby) sayang daddy sangat-sangat!!

P/s : The list is in random order.

Thursday, June 16, 2016

Shazrie Iman Cerai Susu

Dari awal tahun memang dah aim untuk stopkan Shazrie Iman susu badan genap 2 tahun. Bukan apa, susu memang tak berapa meriah dari awal. So makin lama susu makin sikit. Kalau susu badan je, dia kurang nak minum air lain, jadi nak berhentikan pun pasal kesiankan dia. Jadi 2 tahun tu rasanya masa yang paling sesuai, selari dengan azam kite/ yang disarankan.

Sebelum fokus ke arah nak stop breastfeed, try usaha dulu biasakan dia dengan susu formula dan botol susu. Tapi kalau dah still susu badan, dia kurang nak. But atleast dah ada alternatif lah kalau nak berhentikan. 

Bila dapat tahu pregnant, dah mula try sikit-sikit petua yang orang banyak cadangkan : letak sos cili, lipstick, kunyit tapi gagal. Maybe tak berapa determine. Yela time letak memang dia tak nak. Kite pun tak berapa bersungguh, kalau malam/ time dia nak tidur tu bagi lah jugak sebab senang dia nak tidur. Kalau bangun pagi pun sama, kalau dia dah bangun, sua kan je. Kite still boleh sambung tidur huhu.

Makin besar perut, air makin kering. Setitik dua je. Plus, kite dah makin sensitif tang breast. Jadi panas hati je kalau dia nak (As I mention here). Jadi memang macam manapun nak kena jugak stopkan dia. Untuk kebaikan kami berdua, termasuk baby dalam perut.

Tak jalan dengan ikut petua je, rasa nak try cara lain pulak. Mintak air /'tangkal' dari mana-mana orang yang reti. Tanya mak mertua kalau-kalau dekat area rumah ada yang pandai, mak pulak tak tau. Tanya ibu, ibu kata dekat kampung dia tahu lah. So dia try mintakkan which kebetulan dia memang ada nak balik kampung. Masalahnya, rupa-rupanya nenek yang kat kampung tu nak budaknya ada sekali. 

Nasib baiklah memang ada kenduri kahwin cousin dekat JB 14hb bulan lepas. Alang-alang dah balik JB, singgah ke kampung (Batu Pahat) untuk bawak Iman jumpa nenek tu. Nenek tu selawat and baca ayat-ayat (tak tau ayat apa) sambil kunyah bonglai (macam kunyit). pastu sembur ke kepala Iman dan dekat breast kite dua-dua belah, sambil Iman perhatikan. Pastu dia buat benda yang sama (selawat dan baca ayat) dekat roti coklat kegemaran Iman (nenek memang dah pesan bawak pape makanan yang dia suka makan). Roti tu kena perabiskan. 

Sebelum balik, nenek pesan suruh kite sapu asam jawa dekat breast setiap kali kalau dia nak. Pastu bertabahlah untuk 2-3hari, jangan sekali pun bagi dia mengempeng. Huhu. 

And yes, memang kena tabah habis. Siang ok lagi. Bila malam tu, Ya Allah.. Menguji betul. Dia merengekkkk je susah nak tidur. Kesian pun ada. Sampai bertekak dengan hubs sebab hubs dah tak sampai hati. Memang ikutkan nak je bagi, tapi mengenangkan untuk long term, keraskanlah jugak hati. Pulak tu Iman pandai, botol susu dia tak nak, maybe tanda protes. Tak nak dia dehydrated, kite siapkan air sirap, letak dalam straw cup. Nasib baik dia minum jugak, agaknya dah kehausan huhu.

Ada jugak selak-selak baju. Tapi bila nampak / bau asam jawa, dia tak jadi. Tutup balik. Terpaksalah mak tepek asam jawa siang malam sampaikan gatal haha.

Genap 3 hari 3 malam, Alhamdulillah.. Iman dah tak merengek lagi.. Tidur pun dah senang. Botol masih belum nak minum sangat tapi dah mula la minum sikit-sikit. Kite tetap jugak bancuhkan susu letak dekat tempat yang dia selalu main, biar senang dia nak capai kalau dia nak minum. Tapi banyak buang gitu jelah. Nasib baik susu murah nak oiiii.. Kalau susu mahal, mahu makan hati jugak tengok setiap kali susu curah balik dalam lubang singki huhu.

Dan sekarang ni, dia dah ok. Setiap pagi memang akan minum sebotol susu 90ml (kadang-kadang tak habis jugak). Petang and malam pun dah mula nak biasakan dia minum susu (Mommy target sehari dapat 3x 90ml pun ok). Time-time lain memang sirap jelah. Air lain tak nak. Air masak yang dia ok je nak minum masa sebelum ni pun, dia dah tak nak. Kena usaha lebih untuk galakkan dia minum air masak balik lah nampaknya.

Bab selak baju pulak, masih ada. Tapi jarangggg sangat. Bila kadang-kadang tu tiba-tiba dia teringat, dia akan datang untuk selak dan tengok. Tapi jarang lah.. Seminggu sekali pun belum tentu. 

Bila Iman dah betul-betul cerai susu, maknanya tercapai lah azam kite nak susukan Iman sampai 2 tahun. Diam tak diam, tak sangka dapat cecah. Alhamdulillah. Harap-harap untuk second baby dan seterusnya pun ada rezeki yang sama.

Nota : Tangkal di sini bukan bermaksud benda-benda yang syirik tu. Tapi lebih kepada air penerang hati yang memudahkan Shazrie Iman untuk lebih bersedia untuk berhenti daripada terus nak mengempeng. Takdelah sampai dia boleh demam. At the same time, untuk kite jugak so that hati tu lebih kuat dan cekal dalam proses nak cerai susu tu.

p/s : The interesting part is, that nenek is actually nenek yang jaga kite masa ibu berpantang, dan juga yang stopkan kite susu badan almost 28 years ago (Kite stop susu dalam umur 2 tahun jugak). So tak tau lah umur nenek tu berapa sekarang. Semoga umur dia panjang, kalau boleh sampailah kite nak stopkan susu untuk anak yang last hahaha.

Shazrie Iman's Current Habit

Budak bertuah. Tak kira masa atau tempat. 
Kadang-kadang tu kiri kanan tangan untuk each lubang. *Tepuk dahi*

Wednesday, June 8, 2016

Perut (Almost) 5 months pregnancy

Untuk kali ni, dah nak masuk 5 bulan baru ambil gambar baby bump.. Dah bukan bump dah, memang dah terbonjol buncet huk. Bukan pasal tak excited, tapi tak berkesempatan je. Yelah kite memang kureng bab nak capture gambar, lebih-lebih lagi selfie. Kalau amik gambar pun, lebih kepada amik gambar anak. Tapi tu pun boleh kira berapa kali jer amik. The rest, hubs yang lagi suka capturing memories. So kalau tak sebab dia yang rajin amikkan gambar, memang takdelah gambar kami huk. That's why tak banyak gambar hubs, sebab takde siapa yang rajin ambilkan gambar dia kalau tak yeye. Huhu.

Eh bebel panjang pulak. Sebenarnya saja nak simpan gambar posing pegang perut pertama yang kite ada untuk kali ni. Huhu

Tapi tu pun tak berapa jelas (jauh) dan blur!! Aiyo
Yang ni versi jelas sikit lah, on the next day. See, dah nampak double chin, ketiak berlipat, lengan sado. Tapi rasanya semua ni belum pregnant pun memang dah ada * Menyedihkan*


InshaAllah kalau rajin and ada kelapangan, will take photos every month after this.

Balloonimals at IPC

Baru 2 hari puasa dah gatal kaki nak keluar rumah huhu. Hubs nak ke Ikea beli barang. Alang-alang, ajak ke Ikea Damansara instead of Cheras sebab boleh ke Rawang rumah nenek untuk sahur sana (senang mak takyah masak :p).

Setel shopping Ikea, buka puasa dekat The Curve. For the first time ever buka puasa kat luar tak perlu booking, just walk in gitu je sebab orang takde langsung! (Tak plan pun nak buka on time dekat restaurant sebab biasanya kami akan alas perut dulu dengan something, which in this case dah ready dengan karipap Ikea dan mineral sebotol, dah reda orang-orang kat restaurant baru kami akan makan proper meal).  Padahal masa kami tengah pilih-pilih nak makan dekat mana dah dekat pukul 7. Maybe masing-masing still mood nak berbuka dekat rumah kut.. Kitorang je yang tak menyempat haha.

Meh tepek sikit apa kitorang buka semalam. Di Pancakes House of Paddington (PHOP), tried out dorang punya special promo during Ramadhan.

Seriously tak ingat apa meal set ni. The name ala-ala India la so makanan memang Indian style.
The set complete from appetizers to desserts, including drinks.
And the price murah!


Mana Shazrie Iman? Ha tu haa ada melingkar atas sofa layan tab. Yes, kami a bit spoil kan anak dengan tab kalau time makan. Tapi bukan first choice. Akan bagi any toys dulu yang dibawa. Tak jalan, bagi pen/pensel dengan kertas bagi dia menyonteng (kalau teringat nak prepare siap-siap dalam handbag). Tapi Iman ni ganas sikit bab menyonteng. Kang habis dengan meja kedai tu dia conteng. So kena under supervision jugak. Last resort baru bagi tab. Otherwise, dia takkan duduk diam, nak pusing satu kedai makan tu or melompat-lompat atas kerusi or nak duduk bawah meja. Memang mencabar. So tak nak orang lain rasa tak selesa (kami of course tak kesah nak melayan), kenalah jugak bagi umpan.


Dah kenyang, sebelum ke carpark, menyinggah jap ke IPC sebab nak bawak Shazrie Iman layan belon. Tapi mak paknya yang lebih sebab Iman dah mengantuk!. Nak turunkan dari stroller biar dia berjalan pusing-pusing sendiri pun tak mau dah. Ceh.







Whatever it is, memang sangat kreatif dan memerlukan masa yang lama untuk plan dan set up belon-belon ni. Sebab sangat cantik dan teliti okay. Harap jangan ada yang sabotaj atau budak-budak nakal pegi letupkan belon-belon tu sudah..

Saturday, June 4, 2016

Floria 2016

First time kite pergi Floria masa tahun 2009. Rasanya tu tahun pertama Floria diadakan. Zaman belajar, of course pergi dengan kawan-kawan :). Semangat nak bergambar je lebih huhu

Throwback sikit gambar lama masa mommy kurus :p.
Actually ada lagi sorang, Shela (yang ambil gambar)

Then the next year, 2010 pergi lagi. Tapi kalini pergi bertiga, Shela and hubs. But of course tahun ni kawan je ok dengan hubs haha. Bukan friendzone, cuma masih dalam stage berkawan kata orang *poyo*

Ok. Gambar ni poyo. Tapi ni je gambar yang ada (me and hubs)

Lepas tu, takde dah nak pergi Floria. Malas. Panas. Dah takdela pergi semata nak bergambar bagai. Sesi gambar-bergambar ni dah lepas. Mungkin pasal faktor usia hohoh. Sampailah ke tahun ni, 2016.. Nama pun dah upgrade Floria Diraja (?) Lebih kurang gitu la namanya.. Sebab utama nak pergi sebab hubs terlibat sebagai kontraktor untuk Floria kalini. Berminggu-minggu dia dengan projek ni. Ada tu sampai ke tengah malam ok!. So saje lah nak bagi support walaupun kena bayar jugak. Ceh. Plus, nak bawak Shazrie Iman berjalan tengok bunga-bunga and lampu-lampu kononnya.. Macamlah dia dah faham haha.

Asalnya nak ajak nenek dengan atok sekali since diorang tak pernah jejak pun mana-mana Floria. Tapi pasal atok nenek macam takde masa je nak datang, so kami pergi jugak tiga beranak. Tu pun second last day (3/6) baru berkesempatan. 

Masa nak pergi tu dah petang. Hari pun mendung semacam. Dah 50-50 nak pergi. Yelah, dia kan outdoor. Kalau hujan, payah pulak. Tapi bila fikir-fikir balik, nekad jelah pergi. Lagipun kite nak buka puasa so boleh berbuka dekat situ (ye baru terhegeh-hegeh nak mengganti puasa).

Dekat one of pintu masuk

And memang pun hujan.. Tapi time tu kami dekat foodcourt, kite tengah berbuka. Agak lebat.. So sambil makan, sambil tunggu hujan reda. Ngam-ngam hujan reda (gerimis sikit-sikit), kami pun mulalah gerak semula..

Tengah tunggu time nak berbuka, di food court
Ada cats expo tapi tak dapat nak masuk sebab dah tutup. Tak perasan dia tutup awal. Kalau tau, pergi situ dulu sebelum pergi makan. So kami divert kan tujuan ke petting area (rabbits). Berkira-kira jugak sebab nak masuk kena bayar (serious tak ingat berapa!) And bayaran tu rasa macam tak berbaloi je kalau untuk setengah jam (tempoh unlimited tapi mesti lah kami takkan lebih dari setengah jam dalam tu). Tapi memikirkan nak try bawak Iman, biar dia merasa, pejam jela mata masa bayar tu huhu.   

As expected, Iman tak hingin pun masa mula-mula masuk. Bukan setakat nak berkepit, jejak kaki dekat lantai/tanah pun tak nak. Tapi kite paksa jugak. Dah bayar nak oii. Tengah dalam proses paksa memaksa, ada pulak rabbit yang friendly,  usik-usik kaki Iman. Dah kena usik tu, mula lah dia syok, barulah dia nak turun nak main-main dengan rabbit tu. Tapi setempat jelah. Takkesah la, janji takdela duit entrance fee rugi camtu je hoho. 







Bila one of rabbit dah mula mesra alam. Ada vid actually tapi tak ambil pulak dr hp hubs.
Kalau rajin update, masukkan the vid.
Masa kami dalam petting area tu, hujan turun lagi. Takdelah lebat, tapi bolehlah nak dijadikan alasan kena beli payung. Nasib baik Iman dalam stroller, senang kami nak bergerak. And yes, tak sampai setengah jam, kami dah meneruskan perjalanan pusing-pusing Floria dalam keadaan gerimis.

Malas nak cerita panjang, ni antara gambar yang daddy sempat snapped. Hujan on off. Tapi lebih banyak tak hujan.

Mommy orang Johor, so wajiblah bergambar dekat sini, kononnya..



Dengan payung yang baru beli
Tempat ni famous. Kalau orang pergi sini mesti wajib bergambar dekat sini.
So mommy pun nak lah jugek sekeping...

Pusing punya pusing, dalam sejam kami dalam tu, kami pun balik..

So kesimpulannya, dalam gambar-gambar dah tunjuk yang Iman tak amik port pun dengan Floria ni. Haha. Whateverlah anak. Kita cuba lagi tahun-tahun hadapan, kalau ada kerajinan :)

p/s : We were so lucky hujan setakat gerimis je. Tu pun on off. Dekat KL, area Sungai Besi especially hujan lebat gila siap dengan ribut ok! Fuhh nasib baik lah Putrajaya tak sampai macam tu.

Wednesday, June 1, 2016

Minum Air Gula Grrr!

2 minggu lepas (to be exact, 18th May), pergi KK untuk monthly check up 4 bulan. Pergi sendiri je sebab malas nak mintak hubs hantar. Iman tinggal rumah mak mertua. Alhamdulillah, semua normal. Badan pun makin semangat :p, 54kg!! 

Masa nurse check, dengan gatal mulutnya kite boleh pulak pergi tanya pasal gdm (ibu yang pernah ada gdm in previous ada potensi untuk tidak ada gdm in the next pregnancy tak). Bila dah ditanya soalan macam tu, baru nurse terperasan yang kite belum minum air gula lagi. Kite cakaplah perlu ke, sebab masa dulu pun gdm detected during 8th months so tunggu jelah masa dah third trimester huhu. Dia kata perlu, as a pre caution. Aduhai.. Sikit sebanyak menyosal den tanya haha. Tapi takpelah, for the sake of the baby, kurelakan juaa *ayat sedapkan hati*.

Mulanya nurse nak schedulekan masa bulan puasa, sekali buat time apooinment 5 bulan. Tapi kite tak nak, sebab macam sayang je nak korbankan sehari puasa (padahal tak tahu lagi mampu ke tak berpuasa penuh tahun ni). So dia setkan appoinment untuk minum air gula hari ni (1 Jun). 

Datang pagi tadi sendiri sebab kalau pagi, Iman belum bangun lagi. So hubs boleh la tunggu rumah, tak payah nak kejutkan dia. Lagipun datang semata nak minum air gula je. As usual, sebelum minum air gula, kena ambil darah dulu setiub. Dannnnn tibalah hazabnya menelan secawan air gula yuckk!!! Dekat 2 tahun tak hadap. Lama jugaklah nak perabiskan secawan tu. And boleh pulak last teguk rasa nak muntah. Dengan nurses yang dalam bilik tu pun takut kite muntah haha.

Dah minum pagi tu, sempat pegi tapau nasi lemak (teringin pulak nasi lemak dekat tasik) and balik rumah tengok anak dan laki huhu. Iman baru jugak bangun so kite siap-siapkan lah dia and pergi KK semula ngam-ngam time sepatutnya untuk ambil second tube darah.. Setel!

Berdebau nak tunggu result masa appointment 5 bulan 23hb ni. Harap-harap semuanya ok ok je (padahal banyak melantak benda manis) huhu.

Monday, May 16, 2016

Junior Pianist In the Making

Dekat rumah ada drum, simbal dan xylophone. Memang Iman suka main. 
Haritu (14/5) ada pergi rumah nenek umi, saja try kan organ yang ada dekat rumah nenek umi tu. Tak sangka Shazrie Iman reti main walaupun first time! Huhu


*Tolong abaikan suara-suara latar*

Daddy kata kena keluarkan balik lah organ daddy yang tah kat mana simpan. 

Thursday, May 12, 2016

2nd Birthday Present

Since tahun ni takde birthday party, mommy request daddy belikan Shazrie Iman few presents for replacement. Ok nampak sangat mommy yang over. Nasib baik daddy ok je, nak melayan huhu.

Antara hadiahnya ialah :



And tool set dari Ikea. Actually mommy plan nak belikan yang siap pretend play punya. Tapi tiba-tiba balik dari Ikea, Iman dok main. Tak perasan daddy ada belikan rupanya.

Belum cukup lagi sebenarnya. Mommy ada satu lagi hajat nak belikan Iman :p. Drum set sebab Iman memang suka main drum. Tapi nanti la dulu. Hold dulu kasi drum yang ada dekat rumah (beli masa Iman baby lagi) betul-betul jahanam. Huhu.

Happy birthday sayang! Main elok-elok noohhh

Wednesday, May 11, 2016

Morning Sickness

Sampai sekarang still tak faham kenapa di panggil morning sickness sedangkan  bukan pagi je alahan ni ada, biasanya seharian!

Betul orang kata, tak semua pregnancy akan sama dari segala segi, termasuk alahan. Masa first pregnancy dulu lain. Untuk yang second ni lain. Antara alahan yang kite rasa untuk kali ni ialah :

Mual dan muntah-muntah.
Yang ni memang tak boleh elak. Tapi tak seteruk dulu, muntah sampai lembik. Tak pasti sama ada sebab kite makan pil Veloxin, atau memang kebetulan tak seteruk dulu. Veloxin tu pun bukanlah ambil hari-hari. Ambil beberapa hari je, tu pun sebab nak kena study untuk interview PTD. Or maybe sebab busy sangat dok fikir macam-macam since masa tu jugak sibuk dengan wedding adik-adik ipar  so kurang lah rasa nak muntah tu (tiap-tiap hari akan muntah. Tapi takdelah sepanjang hari. Certain time je)

Letih yang amat sangat dan cepat mengah!
Seriously takdelah dilayankan sangat or mengada-ngada, tapi memang malas giler nak buat apa-apa. Dari memasak sampailah mengemas. Rasa nak tidur dan baring je sepanjang hari. 

Sentiasa lapar
Setiap sejam dua, mesti kena makan. Tak dapat makan nasi, sumbat pape pun jadi, janji perut tak lapar. Kalau dah datang time lapar tu, jam tu jugak nak kena cari makanan. Kalau tak, rasa nak mengamuk je angin satu badan. Siang ok lagi. Kalau malam, memang boleh dikatakan rutin untuk bangun 2-3 kali sebab lapar sangat! Bangun untuk minum secawan milo dan sekeping roti pun dah cukup.

Sakit badan, sakit pinggang dan sakit belakang
Nak berjalan pun slow-slow (selain pasal sakit badan, kalau lincah sikit je mesti rasa mual). Apatah lagi nak buat kerja rumah or melayan plus dukung Shazrie Iman. Memang tak larat. Sikit-sikit kena mintak hubs urutkan/sapu minyak dekat belakang/pinggang. Sampaikan hubs yang tak berapa rajin nak mengurut sanggup keluarkan balik mesin urut ogawa yang ada, readykan siap-siap dekat satu tempat dalam rumah so that each time kite sakit pinggang, boleh layan diri untuk pakai benda tu, urut badan.

Gatal-gatal badan, terutamanya kaki
Menggaru tak ingat dunia. So sila bayangkan scar yang ada dekat kaki. Jadi buruk dah, nak pakai skirt/shorts pun kena fikir banyak kali pasni :(.

Mucus discharge
Agak teruk! Kena kerap tukar panties (Tak suka pakai panty liner sebab mudah melecet). Kadang-kadang tu boleh gatal-gatal walaupun dah kerap tukar panties. Sampaikan segan dengan hubs sebab asyik tergaru-garu je huhu.

Breast over sensitive
Shazrie Iman still breastfeeding. Susu dah makin berkurang. Bila pregnant lagi lah mula nak kering. Tapi dia suka jer nak bergayut. Kalau dulu ok je, dengan siap sebelah lagi dia buat gentel. Tapi sejak pregnant, rasa nak marah je setiap kali dia mintak. Rasa hati ni panas je, sampaikan rasa dah hilang keikhlasan nak breastfeed tu. So tekad nak ceraikan susu, kalau tak nanti dosa makin menimbun pulak, plus lagi tambah kesian dekat dia asyik kena marah je.

Tu je kut antara alahan/gelagat awal pregnancy kali ni. Kalau dulu anak first, boleh lah layan alahan tu dengan melepek je. Tapi sekarang tak boleh nak dilayan sangat. Tapi Alhamdulillah hubs, family mertua and ibu sendiri banyak membantu, especially hubs. Hubs uruskan rumah dan Shazrie Iman dari awal pagi sampai tidur malam. Tengahari hantar makanan, malam pun sama beli makanan. Kadang tu mintak hubs bawak Iman ke rumah mertua so that terjaga lah dia especially bab makan dan nak melayan main. Ada siap balik Rawang few days sebab mintak ibu pulak jagakan Iman while kite melepek je tidur. 

Dan kebetulan rumah mertua sibuk nak buat majlis kahwin, so tak dapatlah nak rahsiakan awal-awal, tak macam masa first pregnancy dulu. Almost semua kawan mak dan jiran-jiran dah tau yang kite pregnant due to asyik Iman je dekat rumah mak mertua without kite, of course diorang curious mana kite huhu. Dah tak pasal-pasal semua tahu kite mabuk kepayang :p.

Alhamdulillah, masuk je 3 bulan, sikit demi sikit sickness hilang dan boleh hidup normal balik completely bila cecah 14 weeks huhu. I can't imagine kalau next pregnancy (InshaAllah!), dengan dua anak, lagi rupa macam mana agaknya. Huhu.

Monday, April 25, 2016

Shazrie Iman 2nd Birthday

Alhamdulillah.. Pejam celik, dah 2 tahun anak sulung kami.. Kalau tahun lepas, kami ada lah buat makan-makan sekeluarga dengan theme Dinasour untuk celebrate birthday Shazrie Iman, tahun ni pada mulanya mommy dah berangan nak buat makan-makan between families jugak. Nak buat theme Timmy Time kononnya sebab Iman suka betul tengok kartun tu. TAPI... Angan-angan jelah.. Disebabkan keadaan kesihatan mommy yang kurang mengizinkan, mommy tak dapat nak plan pape untuk Iman tahun ni :(

Simple celebration. Ahad 17hb kami pergi makan-makan (secara kebetulan) dekat Tony Roma's Pavilion dengan MakNgah and nenek.




Dan on 20th, pergi family dinner dekat Secret Recipe The Mines je.. Itu pun sebab nak beli kek sepotong.




Beza reaction Iman bila kena nyanyi lagu birthday tahun ni and tahun lepas : tahun lepas menangis. Tahun ni cool je, malu-malu meow. C'mon la mommy.. Iman dah besar, dah nak jadi abang pun kan.. Huhu

Sunday, April 24, 2016

Kucing Wannabe?

Tak sangka pulak dah cecah umur 2 tahun Iman ada kuasa jadi kucing :p.
Bila sel-sel otak berhubung. 
Penangan pengaruh kucing dekat rumah nenek dan tokma.
Biarkan saje wahai anak..


Thursday, April 21, 2016

Buku Pink Kedua

Complete vaccination (except pneumococcal) untuk Shazrie Iman in the morning, mommy dah mula monthly routine untuk buku pink pulak (Baik punya timing kan hoho), in the afternoon . Kira seharian lah melangut dekat KK. Ok tipu, balik lunch and rehat-rehat dekat rumah in laws dulu before datang balik.

As previous pregnancy, dah 3 bulan baru bukak buku pink. Kebetulan masuk 3 bulan lebih kurang dengan time appointment Iman, so pilih untuk buat pada hari yang sama..

And as usual, pagi tu kena ambil darah dan urine test. Alhamdulillah, Hb ok. cuma urine test tak berapa cantik since kite kurang minum air (pagi tu still ada muntah sikit). Berat, awal-awal dah gomok :( 52.5kg huk!!. 

Masa nak bukak buku pink tu pulak kena lah interview lebih sikit including bab medical history, previous pregnancy and labour dan juga family planning. Walaupun dah mention irregular period, nurse still bagi edd yang ikut kiraan regular period : 4 Oktober. Maybe pada orang lain tak berapa kisah dengan edd tapi kite a bit concern since experience gdm, which sangat bergantung dengan due date untuk tentukan masuk ward (kalau still tak beranak). Kalau ikut Dr Ng (through scan), due date kita 28 Oktober. Kite percaya lebih sikit dengan Dr Ng sebab masa Iman lahir, memang ikut betul-betul due date dia (edd KK bagi 19hb. Since beza sehari so tak kisah sangat). 

Dah check perut, kena jumpa doktor untuk scan pulak.. Masa doktor scan, dia kata perkembangan baby kite tak macam dah 4 bulan (kalau ikutkan dari kiraan nurse). So, kite bagitahu doktor yang kite irregular period dan kalau ikut gynae yang dah scan sebelum ni, kite baru 3 bulan (on that day) dan due date kite 28 Oktober. Doktor setuju dengan kite dari segi 3 bulan tu sebab dia kata memang perkembangan baby nampak on that stage. So doktor berusaha lebih untuk dapatkan angle scan yang membolehkan dia dapat due date yang lebih kurang dengan gynae. (Memang ambil masa jugak lah doktor gelek-gelek dekat perut. Tak macam Dr Ng, sekali letak je dah dapat huhu. Maybe sebab kecanggihan mesin scan tu or kepakaran doktor tu sendiri). Whatever it is, Alhamdulillah, doktor dapat dan beri due date baru yang sama dengan Dr Ng : 28 Oktober 2016..

My next visit to KK will be on 18th May. 

Temujanji 2 Tahun Shazrie Iman

Walaupun semalam birthday Shazrie Iman yang ke 2, kenalah jugak mengadap KK untuk check up dan completekan vaccination. Actually sepatutnya dapat final vaccine masa 18 bulan. Tapi kementerian (kata nurse KK) dah ubahkan final dos ke 2 tahun. So untuk visit kali ni, selain regular check up dan dapatkan ubat cacing, kenalah Iman dapat sedas cucuk huhu.

Untuk dipendekkan cerita, ini perkembangan fizikal Shazrie Iman mencecah umur 2 tahun :

Tinggi : 80.5cm
Berat : 9.5kg 

Walaupun BMI ok dan berat masih berada dalam graf normal, mommy still tak berapa happy dengan berat Iman. Kalau boleh nak lah bambam sikit. So mommy kena berusaha lebih bab sumbat Iman makan *sigh*

Memandangkan Iman dah berumur 2 tahun, tapi masih belum dapat berkomunikasi dengan betul (tak pandai cakap lagi!! or speech delayed which Iman reti sebut few words sahaja eg air, daddy), terus nurse referkan pada doktor. Doktor interview lah sikit sebanyak dan minta kami jawab ujian saringan perkembangan tingkah laku kanak-kanak (M Chat) yang ada dalam buku biru tu. Alhamdulillah, ujian tu Iman lulus, cuma sangkut 1 soalan je tang Iman suka mengelamun (and getting lesser by months). Tapi doktor still referkan pada yang lebih pakar : speech therapist dan kami pilih di Hospital Serdang sebab paling dekat. 

Nota : Walaupun ada surat rujukan daripada KK, still kena pergi Hospital Serdang untuk dapatkan tarikh temujanji pertama. Tak boleh nak buat appointment through call. So a bit payah sikit especially bab nak dapatkan parking. Faham-faham jelah..

Untuk vaccination, for the first time (and last), daddy yang pegang Iman since mommy tengah tunggu giliran kena panggil untuk buku pink pulak. So daddy a bit awkward (takde pengalaman) plus Iman pulak dah lama tak kena inject, so ada lah terkejut sikit masa mula-mula cucuk tu. Nasib baik mommy ada, cepat-cepat tolong hold kaki dan tangan Iman. Menangis? Takdelah.. Iman hero mana menangis.. Menangis pun sikit je sebab terkejut.. Huhu.

Setel injection, pergi ambil ubat cacing (bentuk pil kecil je) untuk dikunyah sebelum tidur.. Risau jugak takut Iman tak nak makan. Tapi ok je dia kunyah, rasa sedap agaknya. Hasil makan ubat cacing, selambak poo-poo esok pagi. Hahaha. Nampaknya kami laki bini kena jugak makan ubat cacing ni setelah berkurun tak makan. Kalau ingat nak pergi beli dekat farmasi lah :p.


Thursday, April 14, 2016

Our First Date! (of Second Pregnancy)

After confirm double line, tak dapat nak agak dah berapa minggu. Ikutkan nak je pergi mana-mana klinik untuk scan but hubs insists nak pergi jumpa Dr Ng terus. So on 3rd March ajak hubs pergi Dr Ng, setelah 2 tahun tak pergi menabung duit dekat sana hoho.

Takku sangka Dr Ng ingat kami lagi. Mana mungkin dia lupa salah sorang patient yang dah melabur banyak dekat dia huhu. Or untuk fikir yang lebih rasional, maybe sebab tak ramai patient Melayu dia, so senang dia nak ingat.

Through ultrasound, the embrio baru 5-6weeks. Masih awal patut pun masih takde rasa mabuk huhu. And it looks fine. Maksudnya, berada dalam rahim, dan dah ada degupan jantung. But still kena datang lagi in another few weeks untuk monitor perkembangan baby plus dapatkan due date.

Nak share gambar scan tapi tak berapa nampak lah sebab doctor print yang belum di zoom. Maybe next time kut?

Dalam 2 tahun tak datang, rate pun dah naik. Kalau dulu untuk consultation RM50, pastu baru ditambah service fee yang lain (scan etc etc). Tapi sekarang, each pregnancy check up akan terus dicaj RM200. Tak termasuk 4D scan yer.. So, untuk first visit ni fee kami RM203, termasuk print gambar 2D scan.

Nasib baiklah tak datang tiap-tiap bulan, datang bila nak scan je. So tak terasa sangat. Cadangkan jugak dekat hubs untuk scan dekat tempat lain, which way cheaper tapi so far hubs masih nak stick dengan Dr Ng. Tak taulah kalau dia berubah fikiran akan-akan datang. Nampaknya mommy kena try usha-usha klinik yang ada ultrasound canggih tapi harga yang lebih ok, tu pun kalau rajin lah kan :p.

We Are Expecting!

Dah lama tak update blog since my last entry. Actually banyak draft tapi tak sempat nak perkemaskan and publish due tu terlalu sibuk dengan urusan dunia hamboih. Dari awal tahun sibuk dengan urusan permohonan PTD (Akan cerita nanti). Then sibuk pulak dengan persiapan majlis perkahwinan adik-adik ipar. Tapi sebenarnya yang lebih tepat, tak dapat nak update blog sebab keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan : morning sickness.

Memang kami plan nak tambah ahli keluarga tahun 2016 ni. (Sebab kalau boleh nak ada 2 anak by 30 heuheu). Tapi takdelah terlalu tekankan memandangkan period kita masih tak teratur (I am a PCOSer, remember. Tambahan pula masih breastfeeding) dan masa nak dapat Shazrie Iman pun bukanlah satu proses yang mudah. Plus, kalau boleh kite ingat nak ada secure job dulu almaklumlah dah tua still jobless huhu. Tapi Alhamdulillah, tak disangka, memang rezeki kami sangat dipermudahkan untuk kalini..

Family Planning
Kami memang plan nak jarak dalam 2-3 tahun so that dapat focus ke Iman dulu, and tak nak jarak jauh sangat sebab faktor usia hukhuk. Tapi kami takde ambil apa-apa ubat/suntikan untuk merancang keluarga, just plan sendiri je (withdrawal/pull out method). Tak berani nak ambil ubat sebab tak nak risk masalah PCOS. Actually dah consult doctor and sebenarnya takde masalah pun nak apply any method cuma kite sendiri yang tak nak.

Since Iman lahir 2014, maknanya 2016 dah boleh try to conceive (TTC). Since irregular period the whole 2015, so dah ada perancangan dengan hubs untuk start over what we did time Iman bila masuk 2016  : jumpa gynae, makan clomid, and ambil Biodex lagi kalau perlu. Memang kami dah bersedia dari segi mental dan kewangan. Cuma kami takdelah nak tekankan mesti nak kena pregnant in 2016, cuma dah boleh bersedia.

OPK Strips
Unexpectedly, 29 December 2015 kite period. Since period, kite terfikir untuk cuba dulu sendiri sebelum jumpa gynae, maknanya using OPK strips untuk tahu waktu subur. Jam-jam tu lah baru beli OPK strips banyak-banyak and mula mencelup. Tapi kite tak buat betul-betul ikut direction. Malas, and nak jimat OPK strips haha. Start celup pun bila dah hari ke 22. Pastu kite celup sekali sehari je, waktu siang dalam lepas lunch. Dan tak hari-hari, ikut gerak hati *ewah* bila nak test. But still, ada test dapat negatif, ada test tak sure negatif ke positif haha. So kami takdelah ikut betul-betul result test tu, still TTC jugak whatever the result was cuma kalau result macam not sure negatif or positif tu, kami make sure mesti try heh. Cuma dengan segannya nak sampaikan di sini adalah memang kena kerap and rajin sikit lah untuk TTC tu sampailah hari ke 34. Phew! (Stop at day 34 sebab beberapa kali try OPK negatif, so maknanya dah time to stop kut)

Early Februari, dapat tahu yang PTD intake 2016 tak boleh tangguh dan tak boleh nak pregnant. Ah sudah. Masa tu macam alamak, larilah plan nak mengandung tahun ni (atleast kena tunggu sampai bulan 5 baru boleh sambung TTC balik sebab urusan proses pengambilan PTD settle by May). Bila dah bincang balik dengan hubs sama ada nak teruskan dengan PTD or tak, kami decide untuk try je.. Taktau rezeki yang tertulis mana satu, kan.. Jadi kite pun meneruskan perjuangan PTD dan tangguhkan dulu bab-bab pregnant ni. Lagipun untuk TTC, the next step kena tunggu datang period dulu.

One fine morning in early March (to be exact on 2nd March), kite terjumpa satu UPT. Entah macamana rasa macam nak try jelah test, sebab malas nak simpan UPT tu. And surprisingly, it turned double line!!! Ya Allah memang tak sangka sangat. Tunjuk dekat hubs dalam perasaan yang eh betul ke ni? Maybe ralat kut sebab kebetulan dua hari sebelum tu kite baru je cabut gigi geraham bongsu so memang banyak gila makan ubat tahan sakit, so takut effect dekat urin. (Sebenarnya mmg takde kena mengena pun, tapi saja je nak buat jadikan alasan since terkejut :p)

Untuk betul-betul pastikan keputusan UPT tu betul ke tak, that whole day tak makan ubat langsung dan malam tu ajak hubs pergi farmasi untuk beli UPT baru. Malam tu jugak terus test dan ya, takde sebarang ralat.

Atas : Test pagi. Bawah : Test malam. 

Ya Allah betapa Allah permudahkan usaha kami kalini.. Syukur.. Mungkin memang rezeki ini yang telah tertulis untuk kami, bukan PTD sobs. Kami ambil keputusan untuk pergi jumpa gynae, Dr Ng untuk further check up sebelum share the news to family members. Will share the story in other entry.

p/s : Time ni belum mabuk lagi, maybe sebab awal sangat.


Wednesday, April 13, 2016

Sepetang di Teratak Tokwan

Dah beberapa minggu atok sibuk sangat nak bawak Shazrie Iman ke Teratak Tok Wan, tapi belum ada kesempatan. Kebetulan ada ke rumah atok, layankanlah jugak hajat atok tu..

Teratak Tok Wan terletak dekat Rawang (I don't remember exact nama tempat), dekat area-area Tesco Rawang. Sebenarnya dia rumah kampung or tanah lot, then ada buat few kolam dengan menggunakan tadahan air semulajadi, air sungai kut. Dikenakan bayaran untuk mandi per head, tapi at minimal fee. Rasanya dalam RM2 je kut. Eh ye ke? Yang pasti below RM5 lah.

Selain kolam, ada jugak disediakan few homestay. Tapi tak tanya lebih la, cuma yang diberitahu homestay memang dah fully book for the whole year 2016. Wow!

Kebersihan kolam dan keadaan sekeliling tak perlu risau. Parking space no problem. Disediakan juga pangkin/ruang rehat, surau, tandas dan shower. Kira memang cukup selesa sangat dan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.

Makanan jangan risau, boleh je bawak. Tapi tak dibenarkan lah nak makan area kolam. Ada juga jualan snek dan minuman sejuk dekat kaunter pembayaran.

Kami datang hari biasa, so takde siapa pun.. Masa baru sampai adalah beberapa budak yang datang dari area berdekatan mandi. Berkubang dengan kawan-kawan, datang naik basikal. Maybe waktu sekolah sesi pagi kut (budak sekolah rendah). Bila dah petang sikit, tinggal kami berempat je. Since atok yang beria ajak Iman, jadi mommy dan nenek biarkan je atok yang melayan Iman huhu.

Mula-mula Iman takut-takut, tak nak masuk kolam.

Dah lama sikit tu, jangan kata pelampung, atok pegang pun tak nak dah.
Nak mandi sendiri. Hamboi..
Dekat sini ada 3 kolam berbeza kedalaman. Kolam yang lebih sesuai untuk kanak-kanak, yang macam Iman mandi. Kedalaman dia paras dada budak 2 tahun (gambar atas)

Then ada kolam yang kedalaman sederhana. Tak pasti berapa dalam, tapi kalau tengok budak-budak yang mandi umur 12 tahun tu, adalah paras dada/bahu diorang.

Kolam yang kedua.
Kolam yang ketiga lebih dalam, sesuai untuk dewasa. (As usual, kedalaman dia bukanlah sama, a bit slanted). Siap ada slides lagi. Tapi masa kami datang still under renovation, so kolam tu ditutup.
Kolam yang ketiga. Rumah kelabu belakang tu la rumah tuan tanah, Tokwan.
Slides yang menghala ke kolam paling besar/dalam.
Atas tanah tinggi sikit tu lah tempat/tangki tadahan air sungai.
Dari situ air disalirkan ke kolam-kolam yang ada.
Kalau ada orang, Tokwan akan bukak saluran paip. Maknanya air akan sentiasa ditop-up (faham-faham jelah bila orang dah mandi-manda, air akan melipah keluar). Bila dah takde pengunjung yang mandi, air akan ditutup semula.

Dari segi kebersihan kolam, ok. Terjaga. Takdelah berlendir/berlumut. Kalau tak, jangan harap lah mommy nak bagi Shazrie Iman mandi huhu. Even sebelum kami pulang, kami sempat berjumpa dengan Tokwan dan isterinya yang mula sibuk mengemas dan membersihkan kolam dan keadaan sekeliling. So memang tempat ni terjaga dan tak perlu risau InshaAllah..

Since dekat je dengan rumah atok, for sure kami akan datang sini lagi. Huhu.

p/s : Ni adalah based pada pengalaman kami datang time takde orang. Kalau time orang ramai mungkin keadaannya berbeza.