Pages

Tuesday, December 23, 2014

Sedondon


Location : Padang Besar.
Baru balik dari Hatyai singgah sat.
Baju tu beli dekat Asian Trade Night Market, Hatyai.


Hatyai, Shazrie Iman Datang!!

Tonnes of photos. Bole muntah.

As for family vacation, kami ke Hatyai for 4 days 3 nights.. Me and hubs dah pernah pergi with family in laws few weeks after kami kahwin (celebrate new year 2012). So kalini bawak my family pulak, and Shazrie Iman :).

Masuk through Sadao-Bukit Kayu Hitam. Jumaat pulak tu. So orang memang padat gila! Beratur panjang tak tahu berapa jam nak sudah. Memandangkan kami malas nak beratur, so guna 'ejen' untuk skip the line, ala-ala express lane gittew and lalu border like a boss haha. Kata orang, ada duit semua boleh.. So sediakan jelah duitnya ya..

While waiting 'ejen' tolong uruskan 'express entry'

Kami tak drive masuk Siam sebab tak berani nak bawak Estima abah tu. Dah season, risau pulak pape plak jadik dekat Thailand. So, we decided naik pengangkutan awam je (van Commuter tu) dengan orang local.. Sebab nak jimat haha. Kalau charter mahal kut.. Boleh save RM150++. Betul, tak tipu. 

Stay dekat hotel yang sama kami stay dulu, Hotel Regency. Senang, dah tau.

Aksi Shazrie Iman dalam hotel.

Jalan pun bawak tempat yang sama. Tapi adalah few tempat yang kami tak pergi dulu, sempat singgah jugak.. Cuma yang pasti, wajiblah kan naik tuk-tuk.. Yang kesian nya, Shazrie Iman mabuk bila naik tuk-tuk! How we detected? Dia akan senyap. Berkerut. Tak pun, tertidur. Kelakar lah Iman ni :p.

Muka berkerut
 

Nampak tak betapa mabuknya si kecik itu. Melepek je. Haha

Kalini kami dapat pergi Floating Market. Masa first time pergi dulu, tak sempat pergi Floating Market (dia ada masa weekend je, which kami tak sempat nak pergi!). Tapi still bukan rezeki kami nak experience the real Floating Market, since musim hujan, and jeti tenggelam air (diorang buat permenant jeti..).
Pintu keluar masuk parking tuk-tuk actually.
Tuk-tuk parking sini then kita berjalanlah ke Floating Market..
See.. Tu lah tapak asal Floating Market.. Tapi taknampak pun jeti sebab dah tenggelam..
Don't worry. Walaupun Floating Market tenggelam, still ada jual-jual dekat atas darat.
Ni sakan pilih bekas air je sebenarnya..

Family photo. Minus sorang lagi adik tak dapat pergi since exam.

Our little family

Muka budak ceria sebab tak naik tuk-tuk.
 Selain Hatyai, kami ke Songhkla jugak (haruslah kan, bukannya jauh pun..) Kami chartered satu van. We were so lucky sebab driver yang kami hire tu memang sangat peramah and rajin je layan kami. Paling bagus, dia akan uruskan pembelian tiket semua. Pendek kata, highly recommended! Next time memang nak cari dia lagi. Harap-harap jumpalah..

Antara tempat kami pergi di Songkhla : Songkhla Aquarium. Ikutkan kite, memang tak heran pun nak pergi tempat macam ni. Tu sebab dulu tak datang pun sini. Tapi family rajin je masuk, tempat orang katanya so nak tengoklah kan apa ada dalam. Apa yang boleh dikatakan, Aquaria KLCC WAYYYY better daripada sini. Dah lah tiket mahal! Tak berbaloi dengan apa yang dibayar. Cukuplah sekali ni datang, tak mo lagi.

While waiting the driver tolong queue belikan tiket 
Aquarium ni kena masuk serentak. So kena tunggu kejap untuk kumpulkan a group.  Tak lama, kejap je..
Dia make sure semua orang yang ada time tu masuk serentak sebab mudah nak buat tayangan. 
Baru-baru masuk terus posing sini, before kena panggil masuk auditorium untuk tengok vt
Dalam auditorium. Saat-saat sebelum tayangan start. Bila tayangan start je, Shazrie Iman taknak duduk diam.
Sudahnya, mommy bersila melayan Iman merangkak dalam gelap dekat belakang.
Nampaknya a big NO nak tengok wayang buat masa ni. Huhu.
Paksu tengah melayan Iman tengok ikan. Nampak tak air keruh tu? Serious tak menarik langsung!!
Nampak macam no maintainance. Taktaulah duit tiket mahal-mahal bayar tu depa buat apa
Nak lagi dahsyat? Ha seeeee nampak tak... Grrr. While waiting for persembahan yang hebat sangatlah katanya..
Persembahan, bolehlah.. Tapi nak tengok dalam keadaan macamni? Tak bernafsu langsung!

Dekat gift shop. Tak boleh amik gambar sebenarnya, so kena tegur huhu.
Punyalah banyak sign depa bubuh kami boleh tak perasan. Haiyoo..
Posinglah kan before balik.. Buat cukup syarat..

Next, Samila beach. Dekat sini kami bergambar and makan..
Fefeling dating. Ceh. Mak pakai selipar je sebab penat dah pakai wedges.

Ala-ala Singapore gittew
Budak tadak mood
Tempat wajib bergambar sebab lagenda depa.
Tapi kite tak bergambar pun, Shazrie Iman tidur.
Tidur lah sangat.. Tidur kejap je.. While waiting for depa yang bergambar dekat tugu mermaid,
kami tunggu amik angin laut..

Lunch. Tepi laut. Makanan pun sodapp. Shazrie Iman tidoq.
Tempat wajib kalau dekat Songkhla : Tang Kuan Hill. Haa dekat sinilah yang memang betul-betul buat kami rasa the driver very the recommended Nora bagi 5 bintang. Sebabnya, mula-mula sampai, dia tengok ramai orang beratur so dia expect akan amik masa yang lama and tak berbaloi pulak nak tunggu (pada dia). So kami bincang-bincang, cakap takpelah next time datang je baru naik. 

Meanwhile, kami turun jugak sebab nak main dengan beruk (ntah pape activity). Dia actually aktiviti menghabiskan duit beli makanan yang dijual kat tepi-tepi tu untuk bagi beruk makan. Memang ntah pape. Tapi kalau dah dengan family, fun weh.. Beruk kat sini jinak (lah sangat). Ganas, kebulur macam tak pernah makan. Ala-ala macam dekat Bali tak ingat apa nama tempat. Ok lah kalau nak local punya, dekat Bukit Melawati.

Tengoklah depa bukannya takut. Siap panjat sebab tak sabaq nak makan. Ceh
Yang belah kiri tu group mengada-ngada. Takut, tapi nak jugek bergambor dekat-dekat...
 Tengah kami sakan main dengan beruk, tiba-tiba the driver (sorry Mr Diver, I tak tau nama u!) datang kat kami and bagitahu the line dah clear so kami boleh je nak naik. Rupa-rupanya dia tolong ushakan line.. So, dia tolong belikan tiket and dapatlah la familia naik cable car ke atas..

Kat atas takde apa pun, just a temple. Tapi dapatlah tengok view Songkhla dari tanah tinggi..




View Songkhla from thee top of Tang Kuan Hill
Before naik van nak gerak balik Hatyai
On the way back to Hatyai, kami mintak Mr Driver singgah temple ada patung Buddha baring. Walaupun cuaca agak tak berapa mengizinkan due to hujan, kami turun jugak bergambar. Huhu. Tapi memang luck, masa kami bergambar tu hujan ada ampun lagi. Kami settle je, hujan punyalah lebat gila! Nasib baik sempat. Huhu

Sanggup berpayung. 

Ada lagi tempat lain kami pergi : Asian Trade Night Market, Greenway Night Market, Kimyong Market etc etc tempat wajib pergi tapi malas nak cerita huhu. Ohya, ada satu tempat baru kami singgah : Central Festival Mall Hatyai. Melayankan daddy yang nak pergi sangat.. Kalau mommy, bila dah travel, tak heran sangat nak pergi shopping mall. Lagi prefer market or bazaar. Barulah local kononnya *poyo*.

Depan Central Festival
Dekat negara orang, depan bustop pun nak posing.. Cuba dekat negara sendiri..
Another family photo. Dekat lobby hotel before check out.
Overall, we had fun. Dah nama vacation, tak fun apa guna kan huhu. Cuma nya as first Shazrie Iman's international trip, kami agak kalut dari segi preparation and packing luggage. Penyudahnya, Pognae kami bawak, stroller pun kami bawak. Hubs siap beli hipseat specially for this trip just in case Iman tak nak duduk both, nak berdukung. Beli yang biasa-biasa je, so of course kami extra extra cautious while babywearing with that hipseat. (Time ni jugaklah tau kenapa hipseat tak ergonomic, in the term of sakit badan bila pakai lama-lama!). Tapi at the end, Shazrie Iman chosed Pognae.. So next time dah tak perlu nak bawak the rest.

Alhamdulillah, sepanjang trip Iman really behaved. As usual, tak leceh nak layan, tak meragam, kecuali dia nak susu and takde tempat sesuai untuk bagi. Huhu.

Next vacation please!

Tuesday, December 16, 2014

Current Skill : Merangkak

Lama kami tunggu Iman pandai merangkak. And finally, lagi 4 hari nak masuk 8 bulan, Iman pandai pon! Walaupun agak lambat berbanding baby lain, tapi still dalam range yang normal. Agaknya nak pandai before berjalan ke Hatyai huhu. Cumanya, kalau dulu mommy selalu dengar orang kata baby akan pandai merangkak gostan, tapi so far Iman takde pulak merangkak gostan. Ke depan je..
Bila dah pandai merangkak, Iman pun secara tak langsung dah reti duduk.. And duduk pun Alhamdulillah so far Iman takde lagi terlentang ke belakang. Steady je..

Next milestone : bertatih. Dalam firasat mommy, Iman pandai jalan lambat jugak kut.. Takpelah, daripada mana ntah mommy pernah baca stated that, lagi lama baby merangkak, lagi rangsang otak jadi pandai. Its ok baby, take your time.. Mommy and daddy will not pressure you.. :)

Monday, December 15, 2014

After Few Dramas : Shazrie Iman First Passport

We both love to travel, tak kisahlah dalam atau luar Malaysia. Walaupun mungkin ada sesetengah new parents agak keberatan nak bawak anak kecil travel, kami ok je.. Alhamdulillah Shazrie Iman pun boleh dikategorikan baby yang tak banyak ragam and travel friendly,  so lagi ligatlah kami berjalan huhu.

And InshaAllah, this Friday will be Iman's first international trip.. Tak jauh, Hatyai je.. Tapi, mestilah tetap perlukan passport.. Mak ada bagitahu yang Iman kalau buat border pass pon ok since husb lahir dekat Perlis, sebab lagi murah. Tapi dah alang-alang buat jelah passport, next time nak travel lagi, senang..

Tapi, proses nak pergi buat paspot, bercinta betul kami laki bini. Semuanya silap mommy sebab boleh rak terfikir nak join atok nenek pergi renew paspot dekat Kuala Kubu Baru padahal masa tu kami balik Rawang. Boleh tak terfikir langsung kut! Kalau ikut, dah setel dah. Dah la dekat situ tak ramai orang (compared JPN area kami)

First day, kami try pergi dekat Kajang, nombor habis. Yelah dah pergi pun lewat, sampai dekat pukul 11pagi.. Day second, memandangkan Selangor cuti due to Hari Keputeraan Sultan Selangor, so kami pergi Putrajaya dulu. Masa dekat Putrajaya tu punya lah berpusing-pusing. Mula-mula pergi dekat precinct Diplomatik sebab last time kami renew passport dekat situ, tapi takde.. Rupa-rupanya dah pindah ke Precinct 3.. Still, tercari-cari juga sebab bukan exactly located dekat JPN, tapi dekat Menara Tulus, another building opposite to bangunan JPN *sigh*. Dah berpusing-pusing, as expected, nombor dah habesss. Grrr. Takpe, takpe. Since hubs free, and hubs pun kebetulan nak renew driving license GDL,  so we decided to cuba nasib dekat UTC Pudu..

What can I say, it was a mighty-huge mistake to go to UTC Pudu. Dekat parking je dah berdrama. Ntah berapa lama kami cari parking yang super duper limited, dah penat-penat tunggu, kereta lain sedap-sedap masuk! Twice ok! Twice!! Second time tu kami siap hon lagi bagitahu Hilux yang nak masuk parking yang kami dah tunggu lama, dia dengan selambanya nak jugak masuk parking tu!! Melayu, lelaki. Geram tak geram kan. Rasa macam nak #=@/%+& je muka dia. Kite bukan apa, anak tengah tidur.. Dah lah time tu tak attach carseat dlm kereta, so tak boleh nak tinggal. Kalau tak, boleh je kite turun dulu untuk check nombor ada lagi ke tak.. Tapi pasal dah geram sangat, kite keluar je kereta sambil dukung anak, dengan docs including surat beranak Shazrie Iman (masa tu tak dapat mykid lagi) dalam tangan, kite turun je. Dari turun kereta sampai dah lepas jauh, kite perati je driver Hilux tu. Pandang bagi tembus punya. Nak biar pandangan yang haunted dia sepanjang malam. Driver tu memang tak keluar dari kereta dia. Takut lettewww... Huhu. Yang pasti, mak yang gembeng ni dah bergenang air mata.

Tu first drama. Second drama, nak naik lift. Malaysian memang masih kurang sikap bertimbang rasa, especially kepada ibu-ibu mengandung/dukung anak. Dengan handbag yang berat di bahu, tangan dukung anak 6kg yg ketiduran,  jari-jari tangan kanan pegang handphone (untuk update anything from/to hubs), jari-jari tangan kiri pegang docs yang gedabak, so can you imagine, how disaster I looked on that time. Tapi sorang manusia pun takde rasa prihatin (ini I dont really mind) siap berebut lift lagi dengan aku! Lift tu dah lah berjanggut nak tunggu. Tahap janggut tu, kite yang turun kereta dulu ni, tak sampai-sampai tempat JPN, hubs yang dalam kereta, cari parking, dah dapat parking, dah sampai dulu JPN. See, how suffer I am?! Time tu memang kite marah sangat-sangat! Walaupun dapat jugak naik lift tu, tapi berbuku je hati ni..

Kemuncaknya, bila jumpa hubs, hubs kata nombor dah habis... Empangan yang disekat-sekat dari tadi pun pecah.. Meleleh-leleh air mata time tu, memang dah tak boleh nak tahan! Dah tak peduli dengan orang sekeliling yang nampak huhu. Cakap dekat hubs, kite nak pergi kereta. So kite tunggu jelah dalam kereta while hubs setelkan driving license dia. Memang silap besar lah.. Tobat aku taknak datang UTC Pudu lagi.

And finally, today, kami berjaya buat passport Shazrie Iman di Putrajaya.. Pagi-pagi dah pergi, orang pun tak ramai lagi. Surprisingly,  for babies rupa-rupanya buat dekat kaunter khas, bukan kaunter yang sama dengan orang lain.. So I wasn't so sure whether sepanjang perjalanan kami selama ni, yang nombor habis tu, including kaunter khas or not. Rasa menyesal pulak tak nak tanya dekat kaunter amik nombor tu. Yelah mana lah kami tau kan sebab bila dah sampai, tengok notis nombor dah habis, teruslah patah balik. Sabar ajelah..

Hasilnya!

First gambar paspot Iman, taken a day before majlis cukur jambul, at age 5 months

So now Shazrie Iman dah boleh travel.. Hurrayyyyy!

p/s : For babies/kids, RM150 for 5 years. 

Thursday, December 11, 2014

Big Bad Wolf 2014

Kalau BBW 2013 beli buku berkaitan pregnancy and parenting (tapi tak baca sangat pon, poyo je lebih haha), tahun ni memang dah aim nak pergi shopping buku untuk Shazrie Iman..
So, bila BBW tahun ni buat 24 hours for few days, kami tak lepaskan peluang untuk pergi.. Semalam baru berkesempatan pergi pukul 10malam, bawak sekali Mokde and Paksu for the first time.
Taknak cakap banyak, memang mak meroyan sakan tengok buku-buku Iman. Pantang nampak, semua aku nak sapu hoho. And hasilnyaaa jeng jeng jeng :


P/s : Yang ni kena ingat kalau lain-lain kali nak pergi next BBW. Kalau nak pergi untuk cari buku babies semata, try usha dulu dekat exit after cashier. Sebab semua buku babies dah ditempatkan setempat kat situ ok!!  Kalau mak tau, takyah susah-susah cari sana sini dalam hall yang besar tu untuk korek buku for babies yang best. Tau terus pergi bahagian yang babies tu, boleh pilih dengan lagi tenang. Lagi banyakkk choices! Grr...

Friday, December 5, 2014

Jatuh Katil

Sedih! Mommy baru ingat nak keep record bersih tak nak anak mommy jatuh katil. Tapi jatuh jugak huaaa

Ceritanya begini, semalam balik daripada keluar, as usual Iman tidur so mommy baringkan dekat katil position biasa tidur malam. Selalunya mommy akan stay terus dalam bilik or kalau nak keluar bilik, mommy akan kepung keliling katil dengan bantal. Tapi semalam, lepas baringkan Iman, mommy keluar bilik. Dah tu, just kepung tepi Iman je, dekat kaki mommy tak letak bantal. But I swear, Iman memang nyenyak tidur 2-3 kali mommy jenguk.

Ntah macam mana, tiba-tiba dengar Shazrie Iman meraung dalam bilik. Berlari mommy (padahal mommy memang dekat depan pintu bilik) terus raba-raba kat lantai for few second cari Iman (sebelum daddy switch on the light - usually, we never leave Iman alone without switch on the bed light). Iman tengah tertiarap dekat atas karpet meraung.  Kesiannya anak mommy!!

Mommy amik Iman, terus peluk and pujuk-pujuk sambil ligat tengok ada any injury and at the same time selak ape yang patut untuk susu kan Iman. Masa ni memang mommy dah melalak sama join Iman nangis hukhuk. Daddy pulak cek-cek dekat area Iman jatuh takut-takut ada barang yang bahaya sebelum join mommy belek Iman. Dapat susu, Iman terus senyap.

Bila Iman dah sudah, baru nampak 'hasilnya'. Dekat atas kening belah kanan ada bekas karpet. Maybe Iman jatuh tersembam tu yang dahi melecet. Nasib baik ada karpet, atleast kurang sikit 'dentuman' kepala Iman dekat lantai.

Lepas jatuh tu, Iman macam tak semangat je.. Terkejut plus sakit agaknya. Mommy upah tengok Disney Channel pun Iman duduk diam je tengok macam takde perasaan, lepastu tidur. Bila Iman dah tidur, mommy sapu minyak gamat then sepanjang malam tidur dalam hug mommy and daddy.

Harap-harap ini first and last. Kesian anak mommy.

P/s : Bukan mommy and daddy je berlari ke bilik masa dengar Iman meraung, satu rumah ok! Huhu.

Thursday, November 27, 2014

Meals and Iman

Hari ni genap 7 bulan 7 hari usia Shazrie Iman.. Dah sebulan lebih intro makan. Dalam tempoh ni, macam-macam jadi. Sembelit, cirit-birit, alergi, makan banyak, kurang makan or even tak nak makan langsung huhu.

Awal-awal, memang kami cuba 4 days rule. Sayur and buah. Steam. Buat puree. No express food eg nestum or ready made food, no garam - memang itu impian kami laki bini. Tapi, memandangkan kami tinggal dengan family (mertua) dan kerap balik ke rumah family sendiri (2-3 hari or lebih dalam setiap minggu), kami terpaksa mengalah, demi menghormati parents masing-masing. Yelah, cucu pertama, semua pun excited nak bagi makan. (Kami dapat bertahan daripada disuruh makan seawal 4 bulan pun dah cukup bagus huhu). Kalau tak bagi, tetap akan disuap belakang-belakang kita. So, daripada jadi macamtu, lebih baik depan kami sendiri, atleast kami tahu and if anything happen, boleh recall sendiri.

So, daripada makan puree buah-buahan or sayuran je, terus ke bubur nasi berlauk. Maksudnya bubur nasi + kentang carrot broccoli mixed vege (tak kisah part yang ni) + ikan bilis. Bukan ikan bilis je, ayam, udang, even dengan sup daging pun pernah ok! Memang sedap-sedap makanan anak mommy. Dah takde 4 days rule. Hari-hari lain-lain.

Kesan daripada makan makanan macam-macam, Alhamdulillah takde apa yang pelik.. Cuma, ada yang Shazrie Iman alergik! Dah tu tak tau part yang mana; ikan bilis or ayam (still tengah nak find out tapi rasanya ikan bilis). Takpayah nak terkejut sangat la sebab hubs pun memang sensitif bab-bab makanan ni. Genetik hukhuk.

Yang sembelit tu, pasal makan apple. Makan banyak, minum kurang. Ya! Part ni Iman ikut mommy - tak suka minum air masak! Haha. Kau bagilah air masak, 2-3 suap yang pertama je nak. Then next, luekkan balik. Dah tu, mana tak sembelit! Bagi makan ubat, cirit pulak. Yela 2-3 hari punya isi tak keluar habis, sekali keluar, melambak. Dah melambak, bau melantong pulak. Takpelah nak.. Janji sihat :)

Lagi satu perangai Shazrie Iman ni, perasan dah besar! Kalau dibuat puri, tak berapa nak. Suka yang ketul-ketul sikit. Lagi sedap, yang kita dah kunyahkan, sumbat kat mulut dia. Haaa bertambah-tambah macam kebuluran hahaha. So, better bagi dia makan guna tangan daripada sudu (Penat je daddy siap belikan Munchkin spoon yang boleh bubuh makanan sekali tu. Dah la mahal! Pakai berapa kali je. Hishh). Tapi bila Iman poo-poo nampak hasil macam tak berapa hadam, so Iman suka or tak, mommy tetap blend makanan Iman cuma tak lah lumat-lumat..

Kalau dia tak nak makan, buatlah action kite nak makan jugak, confirm bukak mulut. Kalau dah kenyang pun, kalau tengok kita makan, dia nak tumpang sekunyah jugak... Mungkin dia rasa makan berjemaah lagi tambah selera kut.. Anak, anak..

Yes, maybe some parents akan condemn. Tapi pada kami, anak penting, hati dua-dua parents pun penting. Kalau berkeras nak didik anak kita dengan cara kita, at the same time kena ingat, parents kita didik dengan cara diorang pun, hasilnya dah nampak kan? 

Sunday, November 23, 2014

Summer Infant Deluxe Super Seat

Bumbo seat, anbebe seat, mega seat. Ni semua dalam satu kategori. Yang paling famous of course bumbo seat. Mulanya mommy tak nak beli seat ni sebab fikir tak perlu kut (bukan must have item). Tambahan pulak bukannya boleh pakai lama, tak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Sekali tiba-tiba tengah surfing, boleh pulak mommy terjumpa dua seat yang menggoda jiwa huhu : Mamas Papas Baby Snug and Summer Infant Deluxe Super Seat.

Bila dah diusha-usha, harga both dekat Malaysia dalam RM300++. Ok actually mommy lagi berkenan dengan Super Seat sebab banyak function and boleh pakai dalam tempoh yang lagi lama (boleh buat booster seat). Mommy gigih cari dekat amazon kalau kat US serious murah dalam RM150 je! Grrr.. Yang terkilannya, ada kawan hubs pergi holiday kat US tapi dah balik pulakk, terlambat sekentut je nak kirim dia huk.

Ok la, maybe takde rezeki Shazrie Iman. Mommy diam je dulu. Agaknya kalau dah nama setan tu, mulalah mencucuk huhu. Mommy sampai mimpi-mimpi ok! Kalau dah mimpi tu, alamatnya kenalah beli. Kang ada yang mati celik *hamboih*

So, esoknya mommy terus mintak satu igshop yang uruskan imported items from uk and us quotekan harga. RM263, not bad! Terus mommy place order and bayar deposit. Eta dalam bulan 10. So sedang elok Shazrie Iman 6 bulan.

Tunggu punya tunggu, item tak sampai-sampai, ada problem dengan shipment. Mula-mula boleh lagi tunggu. Tapi bila dah nak masuk middle November, mommy dah tak keruan. Bukan apa, Shazrie Iman dah 7 bulan! Silap-silap dia dah pandai duduk, barang tak sampai lagi. Alhamdulillah owner igshop tu baik hati dia offer refund duit. (Mommy takde marah-marah pun tau sebab tahu ni antara benda di luar kuasa dia).

Bila dah tau boleh refund, cepat-cepat mommy usha satu igshop yang ada buat promo seat tu. Memang rezeki mommy, promo tu tinggal 1 unit left so mommy dengan gelojohnya terus nak huhu.
Dan tadi, dalam tempoh 3 hari, dapatlah apa yang dihajatkan.. COD dekat Midvalley. Sanggup tu ajak nenek datang dari Rawang semata-mata nak amik seat idaman huhu.

Ni lah dia seat idaman mommy.. Harga paling murah mommy dapat, RM200 sahaja.. Murah gila ok!
Ehem! Khusyuk nampakkk.

Thursday, November 20, 2014

Shazrie Iman Goes to Cameron Highlands

Ke pantai sudah, ke water theme park pun sudah. Kalini kita ke Cameron Highlands pulakk (18-19hb). Mommy memang dah lama nak ajak daddy ke tempat sejuk sebab saja nak testing power Iman dengan suhu rendah (padahal tiap-tiap malam tidur berair-cond). Ok tipu, mommy sebenarnya dah tak tahan nak pakaikan Shazrie Iman sweater-sweater yang ada heheh.

So finally, dapat pun menggayakan sweater-sweater tersebut.. Tidur semalam je.. Musim hujan, so boleh tahan sejuk jugaklah. Luckily Iman ok je, lagi banyak tidur and makan ada lah. Huhu.

Kami dapatlah pergi beberapa tempat wajib : Pasar sayur (Kea Farm), strawberry park, lavendar garden. Ladang teh tak sempat! Sebab dah tutup sobs.

Selain tu for the first time mommy and daddy masuk Time Tunnel, tu pun Mak Ngah yang ajak. Berkali-kali datang Cameron tak pernah pun pergi huhu. Not bad.. Sebab betul-betul mengimbau kenangan zaman kecik-kecik *ewah*. Will bring Shazrie Iman again someday sebab sekarang ni dia tak faham lagi. Tak boleh nak gebang "Ha ni la mainan mommy daddy masa kecik-kecik dulu" "Ha ni la etc etc etc" mesti Iman bosan nak dengar hahaha.

Ni nenek beli masa Iman baru 3 bulan. Iman dah 7 bulan baru pakai. Huhu
With daddy, masa dalam Time Tunnel. Since sejuk, Shazrie Iman elok je dalam Pognae


Depan ladang strawberi
Nenek dengan atok nak jugekk
Di Lavendar Garden. Time ni Iman dah tidur
Sakan bergambar naa sebab semua pun first time datang sini.
Ni nak tunjuk daddy punya kasut sedondon dengan sweater. Ceh


Kami sakan bergambar sampailah Lavendar Garden ni tutup huhu.
Lagipun final pit stop before turun..
Walaupun satu hari, kami puas berjalan (kecuali tak dapat pergi ladang teh) sebabnya amannn je. Mana taknya, dah lah bukan cuti sekolah, hari biasa pulak tu (Isnin-Selasa) so memang takde orang la.. Huhu. Tapi yang kurang syok, pasar malam pun takde so malam-malam memang takde aktiviti la, duduk bergulung dalam gebar dekat hotel huhu (and duit pun jimat :p)