Bumbo seat, anbebe seat, mega seat. Ni semua dalam satu kategori. Yang paling famous of course bumbo seat. Mulanya mommy tak nak beli seat ni sebab fikir tak perlu kut (bukan must have item). Tambahan pulak bukannya boleh pakai lama, tak berbaloi dengan harga yang dibayar.
Sekali tiba-tiba tengah surfing, boleh pulak mommy terjumpa dua seat yang menggoda jiwa huhu : Mamas Papas Baby Snug and Summer Infant Deluxe Super Seat.
Bila dah diusha-usha, harga both dekat Malaysia dalam RM300++. Ok actually mommy lagi berkenan dengan Super Seat sebab banyak function and boleh pakai dalam tempoh yang lagi lama (boleh buat booster seat). Mommy gigih cari dekat amazon kalau kat US serious murah dalam RM150 je! Grrr.. Yang terkilannya, ada kawan hubs pergi holiday kat US tapi dah balik pulakk, terlambat sekentut je nak kirim dia huk.
Ok la, maybe takde rezeki Shazrie Iman. Mommy diam je dulu. Agaknya kalau dah nama setan tu, mulalah mencucuk huhu. Mommy sampai mimpi-mimpi ok! Kalau dah mimpi tu, alamatnya kenalah beli. Kang ada yang mati celik *hamboih*
So, esoknya mommy terus mintak satu igshop yang uruskan imported items from uk and us quotekan harga. RM263, not bad! Terus mommy place order and bayar deposit. Eta dalam bulan 10. So sedang elok Shazrie Iman 6 bulan.
Tunggu punya tunggu, item tak sampai-sampai, ada problem dengan shipment. Mula-mula boleh lagi tunggu. Tapi bila dah nak masuk middle November, mommy dah tak keruan. Bukan apa, Shazrie Iman dah 7 bulan! Silap-silap dia dah pandai duduk, barang tak sampai lagi. Alhamdulillah owner igshop tu baik hati dia offer refund duit. (Mommy takde marah-marah pun tau sebab tahu ni antara benda di luar kuasa dia).
Bila dah tau boleh refund, cepat-cepat mommy usha satu igshop yang ada buat promo seat tu. Memang rezeki mommy, promo tu tinggal 1 unit left so mommy dengan gelojohnya terus nak huhu.
Dan tadi, dalam tempoh 3 hari, dapatlah apa yang dihajatkan.. COD dekat Midvalley. Sanggup tu ajak nenek datang dari Rawang semata-mata nak amik seat idaman huhu.
Ni lah dia seat idaman mommy.. Harga paling murah mommy dapat, RM200 sahaja.. Murah gila ok! |
Ehem! Khusyuk nampakkk. |
No comments:
Post a Comment