Pages

Thursday, November 20, 2014

Shazrie Iman Goes to Cameron Highlands

Ke pantai sudah, ke water theme park pun sudah. Kalini kita ke Cameron Highlands pulakk (18-19hb). Mommy memang dah lama nak ajak daddy ke tempat sejuk sebab saja nak testing power Iman dengan suhu rendah (padahal tiap-tiap malam tidur berair-cond). Ok tipu, mommy sebenarnya dah tak tahan nak pakaikan Shazrie Iman sweater-sweater yang ada heheh.

So finally, dapat pun menggayakan sweater-sweater tersebut.. Tidur semalam je.. Musim hujan, so boleh tahan sejuk jugaklah. Luckily Iman ok je, lagi banyak tidur and makan ada lah. Huhu.

Kami dapatlah pergi beberapa tempat wajib : Pasar sayur (Kea Farm), strawberry park, lavendar garden. Ladang teh tak sempat! Sebab dah tutup sobs.

Selain tu for the first time mommy and daddy masuk Time Tunnel, tu pun Mak Ngah yang ajak. Berkali-kali datang Cameron tak pernah pun pergi huhu. Not bad.. Sebab betul-betul mengimbau kenangan zaman kecik-kecik *ewah*. Will bring Shazrie Iman again someday sebab sekarang ni dia tak faham lagi. Tak boleh nak gebang "Ha ni la mainan mommy daddy masa kecik-kecik dulu" "Ha ni la etc etc etc" mesti Iman bosan nak dengar hahaha.

Ni nenek beli masa Iman baru 3 bulan. Iman dah 7 bulan baru pakai. Huhu
With daddy, masa dalam Time Tunnel. Since sejuk, Shazrie Iman elok je dalam Pognae


Depan ladang strawberi
Nenek dengan atok nak jugekk
Di Lavendar Garden. Time ni Iman dah tidur
Sakan bergambar naa sebab semua pun first time datang sini.
Ni nak tunjuk daddy punya kasut sedondon dengan sweater. Ceh


Kami sakan bergambar sampailah Lavendar Garden ni tutup huhu.
Lagipun final pit stop before turun..
Walaupun satu hari, kami puas berjalan (kecuali tak dapat pergi ladang teh) sebabnya amannn je. Mana taknya, dah lah bukan cuti sekolah, hari biasa pulak tu (Isnin-Selasa) so memang takde orang la.. Huhu. Tapi yang kurang syok, pasar malam pun takde so malam-malam memang takde aktiviti la, duduk bergulung dalam gebar dekat hotel huhu (and duit pun jimat :p)

No comments:

Post a Comment