Pages

Thursday, November 27, 2014

Meals and Iman

Hari ni genap 7 bulan 7 hari usia Shazrie Iman.. Dah sebulan lebih intro makan. Dalam tempoh ni, macam-macam jadi. Sembelit, cirit-birit, alergi, makan banyak, kurang makan or even tak nak makan langsung huhu.

Awal-awal, memang kami cuba 4 days rule. Sayur and buah. Steam. Buat puree. No express food eg nestum or ready made food, no garam - memang itu impian kami laki bini. Tapi, memandangkan kami tinggal dengan family (mertua) dan kerap balik ke rumah family sendiri (2-3 hari or lebih dalam setiap minggu), kami terpaksa mengalah, demi menghormati parents masing-masing. Yelah, cucu pertama, semua pun excited nak bagi makan. (Kami dapat bertahan daripada disuruh makan seawal 4 bulan pun dah cukup bagus huhu). Kalau tak bagi, tetap akan disuap belakang-belakang kita. So, daripada jadi macamtu, lebih baik depan kami sendiri, atleast kami tahu and if anything happen, boleh recall sendiri.

So, daripada makan puree buah-buahan or sayuran je, terus ke bubur nasi berlauk. Maksudnya bubur nasi + kentang carrot broccoli mixed vege (tak kisah part yang ni) + ikan bilis. Bukan ikan bilis je, ayam, udang, even dengan sup daging pun pernah ok! Memang sedap-sedap makanan anak mommy. Dah takde 4 days rule. Hari-hari lain-lain.

Kesan daripada makan makanan macam-macam, Alhamdulillah takde apa yang pelik.. Cuma, ada yang Shazrie Iman alergik! Dah tu tak tau part yang mana; ikan bilis or ayam (still tengah nak find out tapi rasanya ikan bilis). Takpayah nak terkejut sangat la sebab hubs pun memang sensitif bab-bab makanan ni. Genetik hukhuk.

Yang sembelit tu, pasal makan apple. Makan banyak, minum kurang. Ya! Part ni Iman ikut mommy - tak suka minum air masak! Haha. Kau bagilah air masak, 2-3 suap yang pertama je nak. Then next, luekkan balik. Dah tu, mana tak sembelit! Bagi makan ubat, cirit pulak. Yela 2-3 hari punya isi tak keluar habis, sekali keluar, melambak. Dah melambak, bau melantong pulak. Takpelah nak.. Janji sihat :)

Lagi satu perangai Shazrie Iman ni, perasan dah besar! Kalau dibuat puri, tak berapa nak. Suka yang ketul-ketul sikit. Lagi sedap, yang kita dah kunyahkan, sumbat kat mulut dia. Haaa bertambah-tambah macam kebuluran hahaha. So, better bagi dia makan guna tangan daripada sudu (Penat je daddy siap belikan Munchkin spoon yang boleh bubuh makanan sekali tu. Dah la mahal! Pakai berapa kali je. Hishh). Tapi bila Iman poo-poo nampak hasil macam tak berapa hadam, so Iman suka or tak, mommy tetap blend makanan Iman cuma tak lah lumat-lumat..

Kalau dia tak nak makan, buatlah action kite nak makan jugak, confirm bukak mulut. Kalau dah kenyang pun, kalau tengok kita makan, dia nak tumpang sekunyah jugak... Mungkin dia rasa makan berjemaah lagi tambah selera kut.. Anak, anak..

Yes, maybe some parents akan condemn. Tapi pada kami, anak penting, hati dua-dua parents pun penting. Kalau berkeras nak didik anak kita dengan cara kita, at the same time kena ingat, parents kita didik dengan cara diorang pun, hasilnya dah nampak kan? 

Sunday, November 23, 2014

Summer Infant Deluxe Super Seat

Bumbo seat, anbebe seat, mega seat. Ni semua dalam satu kategori. Yang paling famous of course bumbo seat. Mulanya mommy tak nak beli seat ni sebab fikir tak perlu kut (bukan must have item). Tambahan pulak bukannya boleh pakai lama, tak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Sekali tiba-tiba tengah surfing, boleh pulak mommy terjumpa dua seat yang menggoda jiwa huhu : Mamas Papas Baby Snug and Summer Infant Deluxe Super Seat.

Bila dah diusha-usha, harga both dekat Malaysia dalam RM300++. Ok actually mommy lagi berkenan dengan Super Seat sebab banyak function and boleh pakai dalam tempoh yang lagi lama (boleh buat booster seat). Mommy gigih cari dekat amazon kalau kat US serious murah dalam RM150 je! Grrr.. Yang terkilannya, ada kawan hubs pergi holiday kat US tapi dah balik pulakk, terlambat sekentut je nak kirim dia huk.

Ok la, maybe takde rezeki Shazrie Iman. Mommy diam je dulu. Agaknya kalau dah nama setan tu, mulalah mencucuk huhu. Mommy sampai mimpi-mimpi ok! Kalau dah mimpi tu, alamatnya kenalah beli. Kang ada yang mati celik *hamboih*

So, esoknya mommy terus mintak satu igshop yang uruskan imported items from uk and us quotekan harga. RM263, not bad! Terus mommy place order and bayar deposit. Eta dalam bulan 10. So sedang elok Shazrie Iman 6 bulan.

Tunggu punya tunggu, item tak sampai-sampai, ada problem dengan shipment. Mula-mula boleh lagi tunggu. Tapi bila dah nak masuk middle November, mommy dah tak keruan. Bukan apa, Shazrie Iman dah 7 bulan! Silap-silap dia dah pandai duduk, barang tak sampai lagi. Alhamdulillah owner igshop tu baik hati dia offer refund duit. (Mommy takde marah-marah pun tau sebab tahu ni antara benda di luar kuasa dia).

Bila dah tau boleh refund, cepat-cepat mommy usha satu igshop yang ada buat promo seat tu. Memang rezeki mommy, promo tu tinggal 1 unit left so mommy dengan gelojohnya terus nak huhu.
Dan tadi, dalam tempoh 3 hari, dapatlah apa yang dihajatkan.. COD dekat Midvalley. Sanggup tu ajak nenek datang dari Rawang semata-mata nak amik seat idaman huhu.

Ni lah dia seat idaman mommy.. Harga paling murah mommy dapat, RM200 sahaja.. Murah gila ok!
Ehem! Khusyuk nampakkk.

Thursday, November 20, 2014

Shazrie Iman Goes to Cameron Highlands

Ke pantai sudah, ke water theme park pun sudah. Kalini kita ke Cameron Highlands pulakk (18-19hb). Mommy memang dah lama nak ajak daddy ke tempat sejuk sebab saja nak testing power Iman dengan suhu rendah (padahal tiap-tiap malam tidur berair-cond). Ok tipu, mommy sebenarnya dah tak tahan nak pakaikan Shazrie Iman sweater-sweater yang ada heheh.

So finally, dapat pun menggayakan sweater-sweater tersebut.. Tidur semalam je.. Musim hujan, so boleh tahan sejuk jugaklah. Luckily Iman ok je, lagi banyak tidur and makan ada lah. Huhu.

Kami dapatlah pergi beberapa tempat wajib : Pasar sayur (Kea Farm), strawberry park, lavendar garden. Ladang teh tak sempat! Sebab dah tutup sobs.

Selain tu for the first time mommy and daddy masuk Time Tunnel, tu pun Mak Ngah yang ajak. Berkali-kali datang Cameron tak pernah pun pergi huhu. Not bad.. Sebab betul-betul mengimbau kenangan zaman kecik-kecik *ewah*. Will bring Shazrie Iman again someday sebab sekarang ni dia tak faham lagi. Tak boleh nak gebang "Ha ni la mainan mommy daddy masa kecik-kecik dulu" "Ha ni la etc etc etc" mesti Iman bosan nak dengar hahaha.

Ni nenek beli masa Iman baru 3 bulan. Iman dah 7 bulan baru pakai. Huhu
With daddy, masa dalam Time Tunnel. Since sejuk, Shazrie Iman elok je dalam Pognae


Depan ladang strawberi
Nenek dengan atok nak jugekk
Di Lavendar Garden. Time ni Iman dah tidur
Sakan bergambar naa sebab semua pun first time datang sini.
Ni nak tunjuk daddy punya kasut sedondon dengan sweater. Ceh


Kami sakan bergambar sampailah Lavendar Garden ni tutup huhu.
Lagipun final pit stop before turun..
Walaupun satu hari, kami puas berjalan (kecuali tak dapat pergi ladang teh) sebabnya amannn je. Mana taknya, dah lah bukan cuti sekolah, hari biasa pulak tu (Isnin-Selasa) so memang takde orang la.. Huhu. Tapi yang kurang syok, pasar malam pun takde so malam-malam memang takde aktiviti la, duduk bergulung dalam gebar dekat hotel huhu (and duit pun jimat :p)

Saturday, November 15, 2014

Demam

Ke klinik lagi kita (12 Nov 2013).. At first tak plan nak ke klinik sebab ubat demam Fepril still ada. Previously kalau makan ubat tu sekali dua, demam kebah. Tapi kalini dah 4 kali suap, takde tanda nak susut pulak.. 


Bila dapat tau anak jiran yang umur 2 tahun demam panas mulanya suspect denggi tapi tiba-tiba tak tau pulak kenapa, yang pasti panas gila cecah 44degree! Sampaikan nak sawan and tengah tunggu nak kena amik air tulang belakang *eh panjang pulak cite* so kami laki bini decided nak bawa je pergi klinik, try ubat demam lain..

Tambah-tambah, Iman makan tak berapa selera. Dah tu asek poo-poo je. Setiap kali makan, tak lama tu akan poo-poo. Hish risau! Ada kata maybe nak tumbuh gigi tu sebab demam. Berak-berak pulak sebab nak ringan kan badan untuk merangkak. Hmm whatever it is, let just bring him to clinic. Tiba-tiba jadi paranoid macam abah huhu. Ibu kata abah paranoid gila kalau anak demam. Demam sikit, terus bawak klinik. And yes, sampai ke cucu pun. Sikit-sikit ibu akan call tanya khabar, sebab abah suruh tanya. Selagi tak bawak pergi klinik, abah keep on pesan suruh pergi.

So, tadi pergi klinik, doktor check suhu 38.1degree, lebih kurang suhu kami cek dekat rumah. Tekak merah. Tapi takde apa perlu dirisaukan sebab just demam yang normal.. And paed kata it lasts for 4-5 days. Aduhh.. Janganlah lama-lama sangat nak oii. Risau tauu. Perut pun senang kembung. Tu sebab agaknya asyik poo-poo, sebab digestive system terganggu..

And instead of fepril, kalini dapat ubat lain. Alhamdulillah,  dua kali makin, Shazrie Iman dah kebah.

Muka budak demam nak jumpa Doktor. 
Ubat baru. No more fepril after this.

Wednesday, November 5, 2014

Sakit Mata aka Sakit Bontot

Semuanya gara-gara Makngah Syifa! Hukhuk.

Khamis lepas, Makngah Syifa balik kerja awal sebab dapat mc sakit mata. Ah sudah. Kena bawak lari Iman cepat-cepat. Tapi memandangkan ada hal hari esoknya, so takpelah Jumaat baru balik rumah nenek Rawang.

Unfortunately,  tak sempat melarikan diri, within a night,  Iman dah berjangkit.. Tapi sebelah mata je, mata kanan. Mulanya tak expect jugak sebab tak nampak berair, tak merah. Pagi tu masa suapkan Iman makan, ada nampak taik mata dekat mata kanan dia.. So bersihkan jelah. Tengahari bila hubs pulak layan Iman, dia pun buat benda yang sama. Tapi masa tu dia baru bangun tidur yang sejemput, so maybe sebab tu bertaik mata.

Menda betul-betul confirm bila Iman bangun dari long nap. Nampak mata dia dah bengkak sikit, merah. Kite pun bingkas kemas beg sebab hubs nak hantar cepat-cepat ke Rawang, tak nak makin melarat.

Sementara bersiap tu, Mak suruh titis breastmilk dekat mata Iman. Ye tak ye jugak, boleh tak teringat pasal petua tu. So kite pun titis lah dekat both eyes..

Bingkas-bingkas pun, pukul 6 jugak baru keluar rumah (maklumlah, dengan nak packing beg, nak kemas bilik lagi.. kang kalau ditinggalkan macamtu je sendiri pening kepala bila balik semula nanti :p). Masa nak keluar rumah tu, hubs tanya nak pergi klinik ke.. Kite tak kisah nak pergi ke tak sebab sementara tu boleh letak breastmilk je dulu. Kalau tak reda jugak, kite pandai-pandai lah ajak nenek pergi jumpa Dr. Tan. Tapi bila hubs fikir-fikir balik, dia nak bawak je pergi klinik terus so takde lah dia risau nak hantar kami ke Rawang nanti sebab atleast dah ada ubat..

So, again, in the same week, kami jumpa Dr. Chia..  Dr. Chia nampak je Iman masa kamu baru masuk bilik dia, terus dia dah tahu. So dia bagi ubat titis mata je.. Tapi doktor bagitahu yang Iman macam nak demam bila dia cek suhu. So dia suruh standby ubat demam..

Memandangkan tak bawak ubat demam, kami patah balik rumah untuk amik. Bukan setakat ubat demam, segala ubat Iman yang ada dekat rumah tu kite bawak. Huhu. Then barulah gerak semula balik Rawang..

Sampai Rawang, nenek terkejut sebab tak bagitahu nak datang pun. Nenek pun apelagi, happy sakan lah. Without worry about berjangkit :p.

Some of the photos Iman sakit mata :







Update : Mommy and daddy pun berjangkit dari Iman. Yang paling teruk, mommylah. Tapi Alhamdulillah, lepas pergi klinik, terus recover within a day. 3 November (Isnin) kami semua dah sihat..