Pages

Wednesday, November 5, 2014

Sakit Mata aka Sakit Bontot

Semuanya gara-gara Makngah Syifa! Hukhuk.

Khamis lepas, Makngah Syifa balik kerja awal sebab dapat mc sakit mata. Ah sudah. Kena bawak lari Iman cepat-cepat. Tapi memandangkan ada hal hari esoknya, so takpelah Jumaat baru balik rumah nenek Rawang.

Unfortunately,  tak sempat melarikan diri, within a night,  Iman dah berjangkit.. Tapi sebelah mata je, mata kanan. Mulanya tak expect jugak sebab tak nampak berair, tak merah. Pagi tu masa suapkan Iman makan, ada nampak taik mata dekat mata kanan dia.. So bersihkan jelah. Tengahari bila hubs pulak layan Iman, dia pun buat benda yang sama. Tapi masa tu dia baru bangun tidur yang sejemput, so maybe sebab tu bertaik mata.

Menda betul-betul confirm bila Iman bangun dari long nap. Nampak mata dia dah bengkak sikit, merah. Kite pun bingkas kemas beg sebab hubs nak hantar cepat-cepat ke Rawang, tak nak makin melarat.

Sementara bersiap tu, Mak suruh titis breastmilk dekat mata Iman. Ye tak ye jugak, boleh tak teringat pasal petua tu. So kite pun titis lah dekat both eyes..

Bingkas-bingkas pun, pukul 6 jugak baru keluar rumah (maklumlah, dengan nak packing beg, nak kemas bilik lagi.. kang kalau ditinggalkan macamtu je sendiri pening kepala bila balik semula nanti :p). Masa nak keluar rumah tu, hubs tanya nak pergi klinik ke.. Kite tak kisah nak pergi ke tak sebab sementara tu boleh letak breastmilk je dulu. Kalau tak reda jugak, kite pandai-pandai lah ajak nenek pergi jumpa Dr. Tan. Tapi bila hubs fikir-fikir balik, dia nak bawak je pergi klinik terus so takde lah dia risau nak hantar kami ke Rawang nanti sebab atleast dah ada ubat..

So, again, in the same week, kami jumpa Dr. Chia..  Dr. Chia nampak je Iman masa kamu baru masuk bilik dia, terus dia dah tahu. So dia bagi ubat titis mata je.. Tapi doktor bagitahu yang Iman macam nak demam bila dia cek suhu. So dia suruh standby ubat demam..

Memandangkan tak bawak ubat demam, kami patah balik rumah untuk amik. Bukan setakat ubat demam, segala ubat Iman yang ada dekat rumah tu kite bawak. Huhu. Then barulah gerak semula balik Rawang..

Sampai Rawang, nenek terkejut sebab tak bagitahu nak datang pun. Nenek pun apelagi, happy sakan lah. Without worry about berjangkit :p.

Some of the photos Iman sakit mata :







Update : Mommy and daddy pun berjangkit dari Iman. Yang paling teruk, mommylah. Tapi Alhamdulillah, lepas pergi klinik, terus recover within a day. 3 November (Isnin) kami semua dah sihat..

No comments:

Post a Comment