Pages

Tuesday, February 18, 2014

BSP (Blood Sucrose Profile)

Terima kasih untuk result MGTT second time yang tinggi (Fasting : 4.8mmol/L, After 2h : 8.9mmol/L!), secara automatiknya, kenalah hadap BSP pulak.. Untuk BSP ni, kena 4 kali cucuk jari ya.. Kita jadi penderma darah pulak kali ni. First cucuk semalam at 10pm, kena pergi klinik untuk post dinner. Since first time, jadi takut gila nak makan sepanjang hari semalam. Haha. Memang control gila. Makan sikit je, yang sihat-sihat. Minum pun tak cuit langsung air berperisa! Sepanjang hari teguk air putih hahaha. Sepatutnya last makan (start puasa) 2 jam sebelum test, so dalam pukul 8 malam. Tapi takut punya pasal, last makan pukul 4.30ptg! Tuh pun makan nasi arab *siap...* sebab ayah mertua tapau bawak balik dari Saba. Balik dari first cucuk, terus balun nasi goreng pataya. Kebulur lah katakan.. Huhu. Pastu sambung balik puasa..

Tadi, pagi-pagi dah bangun. Asalnya sepatutnya hubs yang hantar pergi klinik. Tapi kesian tengok dia kepenatan lately kerja teruk, tak sampai hati nak paksa kejut, so pergilah sendiri.. First time sampai tepat pukul 8am (time amik nombor) huhu. Tapi memang bernasib baik gila kali ni, sampai-sampai terus dapat parking (side parking) padahal banyak lagi kereta before tak dapat parking. Sebab apa, thanks to kereta comel Kelisa, muat nak park tempat kecik (Kete before semua besar-besar) *Happy*

Awal-awal pun orang dah ramai.. Dapat nombor yang ke 52 you... Kusangkakan tunggu sekejap je lepas amik nombor tu, tapi dalam setengah jam jugak, baru dipanggil. Tu pun still tak dapat another copy buku pink, nurse tak jumpa. Nurse suruh terus pergi lab. Dekat kaunter lab pulak, punyalah ramai umat manusia! Before ni ada 2 kaunter lab, 1 kaunter untuk ibu-ibu mengandung/ dengan baby, 1 lagi kaunter untuk klinik am. Tapi kenapa tah kali ni bukak 1 kaunter je, so semuanya tertumpu. Faham-faham jelah kalau patient dari klinik am semuanya orang-orang tua, mak-cik pakcik, nyonya apek, uncle aunty, jadi serabut kaunter tuh! Nak beratur untuk masuk toilet (urin) pun panjang. Luckily kite tak perlu urine test, just darah je so takpayah nak join beratur. Huhu.

Dah lah orang ramai kerumun dekat kaunter tu, pastu staf lab tu pun panggil nama orally, tak guna nombor! Dah payah nak kena duduk diam-diam tekun pasang telinga takut-takut nama kena panggil. Dekat setengah jam jugaklah menunggu, baru sampai turn untuk cucuk 2nd time (fasting).

Lepas je dah cucuk, terus masuk bilik 14 pulak. Dekat bilik ni, kena lagi cucuk. Kalau untuk BSP, cucuk hujung jari je and nak darah dalam setitik, yang ni darah kena ambil dalam setiub kecik! 2 kali pulak tuh! Sebab nurse yang amik darah tu tak berapa pro kut. Mula-mula amik dekat lengan kanan, sampai bengkak you lengan I, hasilnya tak cukup. So kena cucuk pulak dekat lengan kiri.. Nasib badan mak la nampaknya, berkorban kena cucuk sana sini bagi darah demi baby..

So dalam pukul 9.10am baru setel untuk 2nd, nurse bagi masa sekejap untuk makan, before kena sambung puasa balik untuk cucuk kali ketiga pukul 11am. Plan asal nak balik rumah sementara nak tunggu pukul 11, tapi since nurse suruh jumpa dietitian pukul 10am, yang kebetulan available untuk haritu, so decide stay je dekat klinik.. Pergi lah gerai sebelah klinik tu untuk beli air mineral sebotol and roti sebungkus.. Makan just untuk alas perut je *still cuak* haha. Pasal dah kebosanan, pukul 9.35am dah pergi dekat tempat dietitian..

Kusangkakan ada bilik proper untuk dietitian, rupanya dia duduk dalam bilik mesyuarat je.. Masa sampai tu, dah start consultation untuk first group ibu mengandung. So kite kena tunggu turn for next group lah. Lepas dah setel group ibu mengandung tu, dietitian tu setelkan few patient makcik pakcik yang kencing manis dulu, baru ke group kedua ibu mengandung.. Dah dekat pukul 11am jugaklah.

Untuk group kedua ibu mengandung, ada dalam 7 orang kut (including me) yang join the session. Not sure yang lain-lain tuh umur berapa, tapi dari pandangan mata kite ni, semua dah pangkat hakak-hakak kut.. Tapi, rasanya semuanya pregnant anak first, sebab semua blur-blur. Taktau lah nampak je muka tua sekali umur lagi muda or sebaya or what. Haha. Tapi yang pasti, semuanya debab-debab!! Cuba bayangkan kalau before pregnant pun berat masing-masing lebih daripada 60kg (berat kite yang mengandung 7 bulan lebih ni), berapa pulak berat dorang sekarang ni? Huhu. Dorang semua dah kenal satu sama lain (kenal gitu-gitu je kut) tapi nampaklah dorang dah berbual and selesa sama, so tinggallah kite duduk keseorangan.. Hehe.

The dietitian, Encik Anuar, nampak muda lagi.. Late 20s or early 30s camtu, tapi he's good in his work. Good in giving explanation and answering the questions. Dalam sesi ni, the dietitian terangkan cara pemakanan yang sepatutnya bagi ibu-ibu mengandung, especially yang GDM macam kami ni.. Huhu. Satu ayat dia yang memang betul kena dekat kite : "Kalau MGTT dah tinggi, maknanya memang kamu ada diabetes, walaupun BSP kamu normal. Jangan salahkan MGTT. BSP tak reliable sangat since kamu akan cuba sebaik mungkin untuk control makan (cheating) untuk dapatkan result yang cantik. Padahal kalau hari lain, makan je sekehendak selera." Hahaha TRUUEEEEE!

So, kami dinasihatkan untuk kawal pengambilan karbohidrat dan gula sepanjang tempoh pregnant.. Adalah dia beri hand out tentang jadual pemakanan yang betul and portion yang sepatutnya diambil. Maybe I'll upload about it later. Tapi yang pasti, untuk kite, kite kena kawal berat badan naik dalam 250g seminggu (2kg sebulan).

Another 'good news lah sangat', ibu GDM ni 50-50 untuk ada diabetes after bersalin (Type 2 diabetes).. Ah sudah! So nanti after 6 weeks delivery, kena repeat minum air gula lagi *nanges*

Other pesanan dietitian, cuba challenge ourselves untuk tahu kadar 'kandungan' gula dalam badan kami. Maksudnya, yelah tipulah kalau kite boleh kawal nafsu daripada tak makan makanan manis-manis seperti cinnabon, caramel sticky dessert, krispy kreme (Ok tipu. Contoh yang dia beri macam coklat, aiskrim etc). Nak makan boleh. Tapi cuba try test. Maksudnya lepas dah makan certain portion makanan manis tu, buat test macam BSP, which puasa untuk 2 jam, then try tengok kandungan gula dalam darah after that. Kalau still in range normal, maknanya kite boleh untuk makan makanan tersebut sebanyak portion yang sama. (But of course still kena kawal, bukan boleh balun sesuka hati). But if result exceed normal range, maybe kena kurangkan portion makanan manis tersebut sampailah kite dapat normal range.. Tak dapat normal jugak, faham-fahamlah. Jangan bermimpi lagi untuk makan. Haha. (Ni yang buat teringin nak beli device sendiri untuk check glucose content dalam darah ni.. Huhu)

Dalam 15-20minit, session pun setel.. Kena abeskan cepat-cepat since kami nak kena cucuk kali ketiga pulak. Lepas dietitian dah tulis-tulis something dalam buku pink (luckily kite yang first sekali dia tulis), laju-laju turun kaunter lab untuk cucuk. Heuheu. Kali ni dah lengang, ada dalam 4orang je dekat kaunter tu.. So tunggu tak lama, terus kite kena panggil.. Sudah je cucuk kali ketiga ni (post breakfast), laju-laju pulak balik. Heuheu. Tapi tapau dulu makanan siap-siap sebab tahu kalau balik rumah still belum ada makanan lunch since still awal..

Kalau before-before ni nak makan takut-takut, tapi lunch ni memang makan ikut suka (but ofcourse ikut portion yang dah diberi oleh dietitian). Tak taulah sebab dah yakin or nak try test or dah kebulur sangat haha. Apa makanan lunch kite? Nasi putih lauk sayur labu masak lemak and udang masak sambal petai (Yums!). Air pulak air limau ais (akhirnya minum jugak air berperisa huhu).

Dalam pukul 3ptg, datang semula KK untuk final cucuk yeay! (post lunch). Kali ni kaunter lab pun lengang, so sekejap jelah menunggu... Akhirnya, treng teng teng.. Inilah result BSP kite.. :

Fasting : 5.1 mmol (Normal < 5.6mmol)
Post breakfast : 4.6 mmol (Normal < 6.7mmol)
Post lunch : 5.6mmol (Normal < 6.7mmol))
Post dinner : 4.1 mmol (Normal < 6.7mmol)

Yeay, semuanya normal!! Alhamdulillah.. Kusangkakan inilah sekali BSP, rupa-rupanya kena ulang lagi chait! Memandangkan result BSP kite ok, so kena repeat after 2 weeks : 3 and 4 Mei pulak.. Adoyai... Kalau yang tak ok, even kantoi merah sekali, kena repeat seminggu lagi. Hoho...

Lepas nurse dah set kan appointment untuk next BSP, kena jumpa doktor pulak.. Before jumpa doktor, kite check dulu blood pressure (111/65) and timbang berat (61.4kg). Masa jumpa doktor, 3 patient GDM sekaligus. Doktor just review back result kami.. Untuk kite, lepas. Tapi untuk 2 ibu mengandung lagi, tak lepas sebab sorang tu kantoi merah 1, sorang lagi kantoi merah sampai 3!

Then, kena pulak jumpa pakar.. So set pulak date nak jumpa pakar.. Memandangkan next bsp kite 3 and 4 Mac, so plan asal nurse nak set kan dekat date yang sama untuk jumpa pakar. Sekali bila dah cek-cek date, full pulak jadual pakar untuk 4 Mac tu.. Nurse terpaksa set other appointment untuk next check up kite ke 26 Feb, which next week sebab nak adjustkan untuk jumpa pakar sekali..

Apa boleh buat, nampaknya tiap-tiap minggu lah kena datang klinik...



Friday, February 14, 2014

3D/4D Scan for Second Time

Since dapat call untuk pergi KK next week, terus ajak hubs pergi O&G by this week. So, tadi pergi dengan hubs. Tunggu agak lama sebab sampai-sampai Dr Ng still tak masuk lagi, padahal dah pukul 11.15am! Lepas 10 orang patient, baru turn kami *jenuh tunggu*. Takpe-takpe, maybe ni last jumpa Dr Ng sebab decide nak bersalin dekat Hospital Serdang je, so stick check up dengan KK jelah...

Bila dah turn kami, as usual, Dr Ng akan tanya condition mommy and baby, and scan.. Kalau last visit muka baby tak clear sangat, harap-harap kalini dapatla tengok jelas. Tapi nampaknya bukan rezeki kami lagi.. Hukhuk. Nampak muka baby, tapi kurang jelas. Sebab apa, sebab baby asyik bergerakkkkk je. Bergerak, mengunyah. pastu tak sudah-sudah menguap! Haha. Macamana nak tengok jelas. (Nampak sangat baby kuat makan and tidur, macam mak nya. Kuikui)

Tang muka tak jelas, tapi tang tuut, jelas gila! Haha. Dr Ng tunjuk mana part penis and 'telur', memang nampak terang dan jelas, dah tak boleh nak pertikaikan lagi anak lelaki ke perempuan. Hehe. 

Ni lah genital part yang clear gila. Haha

Eventhough muka baby tak berapa jelas, tapi bak kata hubby, bibir baby ikut bibir mommy, tebal! Haha. Kite cakap apa, "He's gonna be a good kisser" Opssie" :p. And Dr Ng lagi sekali stresskan yang dagu baby ikut dagu daddy. Ish buat tak sabar nak tengok combination muka kami in real! *Sabar sabar, few weeks lagi*

Itu saja.. So, total cost for today : RM200 (RM150 scan + RM50 consultation)

Thursday, February 13, 2014

Suspect GDM???

Ok. Siang tadi dapat call daripada Klinik Kesihatan Seri Kembangan, bagitau pasal result MGTT tempohari and resultnya adalah tinggi (lupa nak tanya berapa tinggi)!! Oleh itu, dengan segala hormatnya, kite dijemput untuk hadir ke KK bagi menjalani ujian BSP (Blood Sugar Profile) plak Duh....

Nurse yang call bagitahu serba sikit pasal prosedur BSP ni. And appointment kite dipercepatkan daripada bulan Mac ke Isnin dan Selasa depan (17 & 18 Feb). Diringkaskan, kite kena puasa (2jam sebelum amik darah), pastu datang klinik Isnin malam kol 10pm untuk amik darah 1st. Then hari Selasa kena ulang lagi puasa and amik darah 2nd start pukul 8am, ulang lagi pukul 11am and last pukul 3pm. 

Ok sekarang dah tak senang hati. No more Krispy Kreme, Cinnabon, Auntie Anne's, Caramel Sticky Dessert dan segala makanan sedap dan manis yang sewaktu dengannya :(. Air masak sahaja ya nampak gayanya (Boleh ke?? :p)

Tapi jauh di lubuk hati (ewah) kite rasa false alarm je ni.. Sebab apa, sebab kite still tak puas hati dengan air gula yang kite minum aritu which terlalu manis! Adakah dorang terlebih bancuh, lalu meng-effect result MGTT kite? Hmmmm.... Kite tunggu jelah result BSP ni..

p/s : GDM - Gestational Diabetes Mellitus

Thursday, February 6, 2014

Third Trimester Sickness?

Ohyeah.. Selain as in my previous post, I discovered another sickness :

1. Swollen leg. Ibu yang perasan kaki dah membengkak masa balik rumah last weekend. Pasal kaki sendiri, so tak reti nak bezakan. Tanya hubs, baru la hubs perasan yang memang kaki dah membengkak (and mula la jadi bahan kutuk dia ceh). Tapi hubs sangat baik hati, tolong urut-urutkan kaki walau tanpa disuruh :) and time tido dia yang tolong letak bantal untuk tinggikan kaki. Kalau ikut kite, ngantuk je terus tidur. Takdelah nak setting-setting bantal bagai. Haha. I love u sayang!

2. Perut mengenyam gilaaa. Sebelum ni takdelah gatal sangat. So sapu minyak (Bio-Oil, ni je minyak yang dah ada dekat rumah hihi), tu pun kadang-kadang je bila rajin and teringat. Tapi sekarang ni, kena tonyoh banyak-banyak setiap kali lepas mandi. Itu pun boleh mengenyam juga. Tak tertahan betul. Takut sangat nanti perut buruk dengan stretch mark tapi bila dah sampai 'seru' kegatalan tu, boleh galak tergaru jugak.

3. Sakit pinggang and sakit belakang. Tak boleh nak jalan lebih sikit, dah mula sakit pinggang. Duduk pun kena bersandar and dengan postur yang betul. Kalau tak, sakit betul belakang. Hubs lah jadi mangsa untuk tolong urutkan. Tapi faham-faham jelah, bila kite mintak tolong dia urut time dia busy buat kerja lain or tengah tidur, cuit je lebih. Bukan urut. Boleh bikin sakit hati jugak :p. Tapi sabar jelah.. Dah orang nak tolong tu tak payah nak bising-bising sangat :p. Luckily masa balik rumah ibu, terjumpa si ladybird. Lepas ni senang dah. Suruh hubs guna menda ni je.. 

Thank you puppy! (as in Minions Despicable Me short video :) )

4. Berjalan ala mak buyung. Haha. Ni another bahan lawak hubs. Dia kata gaya kite berjalan ni dah macam mak-mak mengandung (Haruslah, dah mak ni memang mengandung! haha). Sendiri nak tengok, macamana pulak la kan.. So kite imagine macam kalau pregnant Sims (game) berjalan. Memang ada 'style' haha. Maybe I need to ask hubs to record a video gaya kite berjalan. Untuk kenangan.. Hehe.

5. Pusat semakin tersembul! Pusat kite jenis ke dalam. Tapi bila dah perut makin membesar, makin tegang, makin tersembul keluar. Dah tak boleh nak cover-cover lagi kalau pakai baju or dress yang material boleh nampak pusat terkeluar. Kadang-kadang tu 'redha' jela.. Malas dah nak adjust-adjust untuk cover. Huhu.

6. Kuat tidur. Before ni memang kaki tidur pun..:p. Tapi sekarang ni lagi lah kuat! Pantang baring sikit, mesti terlelap. Punya dahsyat tu, eventhough da tidur for 2 hours plus, terjaga around 2 hours, boleh tidur balik.. Hish dah tak tau nak control camne.


Oh just nak update :p, haritu pergi Tesco Puchong, terjumpa mittens and booties brand Pureen, 6 pasang (3 pasang mittens and 3 pasang booties) RM 9.90 sahaja! Lagi murah ok daripada dekat expo! So mommy apa lagi.. Sapu lah... Huhu. Now, dah cukup dah, dah boleh nak strikethrough

Mittens and booties

Wednesday, February 5, 2014

Fifth Appointment (7th Month)

Check up harini kena repeat MGTT, so kena puasa and minum air gula lagi! Hubs anta pagi-pagi since tak nak dah drive sendiri :p. First time rasa orang tak berapa ramai masa sampai. Maybe awal lagi kut.. So proses pun tak lama, tunggu sekejap je dalam 15min dah kena panggil untuk amik darah before and minum air gula. Dulu rasa takdelah hazab sangat nak perabihkan air gula secawan tu. Tapi kali ni perghhhhh rasanya pekat gila kut!! Sampaikan tanya nurse sama ke tak sukatan glukos dulu. Nurse kata sama je tapi ntah kenapa tah rasa siksa betul nak minum sampai habis. Dah lah tak boleh nak bilas dengan air masak (lupa bawak!) dalam 2 jam. Aduhai...

Lepas dah minum air gula, as usual pergi urin test and blood test before jumpa nurse bilik 11. Harini nurse lain pulak, tak sama macam last month. And I think she's better than yg last month. Harap-harap stick dengan dia la sampai beranak. Huhu. Berat kite dah 60.3kg ya... Sudah cecah itu nombor enam.. Huhu. Blood pressure rendah tapi still dalam range normal. Hemoglobin count turun! 10.5 - thanks to tak makan pills and kerang hahaha. Nasib baik nurse tak bising cuma dia hairan kenapa turun (of course tak bagitahu dia yang kite tak makan pill huhu) and suruh try tukar cara pemakanan pill : Iron an hour before meal, obimin an hour after meal. Then suruh perbanyakkan makan hati ayam, ikan bilis, ikan laut, jambu batu (i loike!) etc instead of kerang je.. 

Heartbeat baby normal and position Alhamdulillah, masih cephalic. Oye, bermula hari esok, dah kena record time baby kicking ya... Kena catat dalam buku pink setiap hari, 10 kali within 12 jam (9am-9pm). Tanya jugak nurse macamana nak tau movement yang mana nak kira, sebab yela kadang-kadang kite rasa baby mcm kicking, tapi kadang-kadang macam bergolek-golek, susah nak compare kan. Nurse kata buat masa ni kira je any movement. Bila dah masuk 32 weeks baru kena betul-betul alert untuk kicking sahaja.. Harap-harap mudah lah.. 

Then jumpa Dr untuk repeat scan. Dr sangat muda.. Rasanya lebih kurang umur kite or lagi muda kut? Time scan, Dr cakap menda yang sama, position baby cephalic, tapi still ada possibility untuk tukar position. Mudah-mudahan tak lah.. Saja tanya Dr tu macamana nak maintainkan position baby camtu je tapi dia pun tak tahu haha. Dr just cakap kena banyakkan berjalan kut.. :). Baby jangan nak pusing-pusing lebih-lebih ye.. Dr tanya dah tau gender ke, kite cakap lah dah. Dia kata boy, and serentak dengan tu kite pun cakap lelaki. Haha. So memang confirmlah lelaki kut. 3 kali dah ni scan cakap lelaki... :p

Setel minum air gula, setel jumpa nurse, setel jumpa Dr and scan. Next, jumpa dentist plak. Bahagian dental dekat tingkat atas, orang tak ramai.. Tak sampai 10 orang. Tapi time nak register tu amik masa jugak lah.. Tak tau kenapa staff yang register tu lama sangat nak isi card kite. Yang pasti, jumpa dentist lagi cepat daripada proses register. Tak sampai 10 saat kut! Baring dekat kerusi, dentist belek-belek gigi kiri kanan atas bawah sambil cakap apetah dekat nurse sebelah dia (dental term), nurse tu catit-catit dekat card kite then tadaaaa siap! Haha. Kite siap tanya nurse dah setel ke? Sebab pelik kejap gila! :p

Setel semua, tinggal 10 min je lagi untuk cukup 2 jam and amik darah after. Tunggu lah kejap. 10.45am kena panggil, amik darah and as usual nurse kata kena tunggu dalam 2 minggu untuk tahu result (harap-harap normal lah!). Lepas tu amik pill (lagi!) and tunggu hubs datang amik..

Suka check up kali ni sebab tak menunggu lama. Sampai dalam kol 8.15am, 10.50am dah setel. Sementara tu macam-macam buat so tak terasa sangat...

Oye, ada satu cerita pelik berlaku :p. Sementara tunggu hubs, pergi dekat gerai yang ada sebelah klinik untuk beli air nak buat bilas tekak yang tak sedap kena telan air gula. Masa nak bayar, cashier budak perempuan (I think she's younger than me) mintak no phone? Pelik ok! So tanya lah untuk apa. Dia kata untuk berkenalan. Hahaha. Nak tak nak, bagi jelah. Terfikir nak bagi fake number, tapi tak sampai hati la pulak.. So bagi jela number betul.. Dia kata nanti dia msg/ miscall. Kite iye kan ajelah *Still blur sebab pelik sangat!*

Hubs sampai-sampai terus cerita dekat hubs. Hubs kata maybe dia nak jual any MLM products kut e.g Shaklee, Herbalife etc.. Oh ok.. Make sense jugak. Takpelah kite tunggu jelah ye.. :)

Sunday, February 2, 2014

Box Baju and Toiletteries Baby

Cakap dekat hubs after this dah boleh cari kelengkapan lain eg bakul beg baldi and such. Tapi kalau mommy's bag memang tak plan nak beli.. Pakai jelah beg yang sedia ada yang banyak tu.. Hubs kata kalau pakai 4-wheel luggage pun takpe, lagi senang, sorong je.. Well, make sense. Tengoklah nanti, bergantung pada keperluan yang nak dibawak. Tapi rasanya tak perlu bawak banyak-banyak sebab hospital pun dekat sejengkal je.. Kalau ada pape tak cukup, boleh mintak hubs or sape-sape bawakkan kemudian.. Huhu. So, focus pada baby bag je. Dah ada few yang berkenan. Tinggal nak tunjuk hubs je.

Pasal bakul barang baby, kite decide nak beli bekas yang bertutup. Kalau dulu-dulu tengok mak-mak simpan dalam bakul je, rasa macam tak best lah pulak tak bertutup. Yela takut terkotor ke berhabuk ke or tak berapa sesuai nak angkut sana-sini naik kereta (since ada possibility ulang-alik Rawang-Serdang). Nak beli kotak bertutup, hubs kata tak sesuai, takut material kotak tu effect baju baby, plus kalau kena hujan or basah, kotak tak waterproof. So we stick to bekas plastik. 

Dalam kepala, kite nak beli satu bekas plastik besar (Macam tak sedap je dengar 'bekas plastik'. Ok kite tuka ke 'box' hehe) yang boleh muatkan kelengkapan pakaian baby and satu box kecik untuk toiletteries. Tapi hubs suruh beli 2 box yang sederhana instead of 1 box besar. Reason hubs :

1. Boleh asingkan dua keperluan. Cthnya 1 box untuk letak baju-baju je. 1 lagi untuk letak napkin, towel etc. So bila nak cari, senang and tak bercampur.

2. Kalau isi semua dalam 1 box besar, susah nak amik baju yang bahagian bawah. End up akan selongkar and bersepah. Compare dengan 2 box sederhana, so takdelah 'dalam' sangat kalau nak amik baju bahagian bawah.

3. Tak berat kalau nak angkat, especially kalau mommy nak angkat-angkat (dari dalam rumah ke kereta and sebaliknya). Boleh buat 2 trip, which is better daripada angkat 1 box yang besar dan berat dalam 1 trip.

4. Box yang semi transparent. So boleh nampak bahagian dalam, senang nak cari baju yang kite nak, takdelah terkorek-korek sana sini. Mulanya tak setuju yang transparent sebab nanti orang boleh nampak isi dalam, macam tak best especially kalau bersepah haha. Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak apa yang hubs cakap tu. Hehe. So kite layankan aje hubs, biar dia yang pilihkan..

So, akhirnya box yang menjadi pilihan hati hubs :

2 box untuk pakaian, Box atas tu untuk toiletteries. Nampak je box atas tu gedabak compared yang bawah. Padahal takdelah gedabak sangat.. Muatlah untuk sumbat segala perkakas sepatutnya.. *teknik amik gambar yang salah* heh.

2 box pakaian : 1 simpan napkin, towel and kain bedung. 1 lagi simpan pakaian.. Lets have a peek inside the boxes :p


Box 1
Box 2

Isi dalam toiletteries box
Box baju tu ikutkan harga 1 dalam RM20 kut. Tapi kitorang beli time sale dekat Giant, so dapat lah 1 dengan harga RM10.. Murah sajo.. Kalau box toiletteries tu mahal sket, and takde diskaun pulak. But stil below RM20 (Tak ingat exact price and malas nak korek resit :p).

Ikutkan mommy nak color biru since banyak barang dah color biru. Tapi faham-faham jelah kalau daddy dah suka color hijau.. Tu yang semuanya hijau.. Takpe-takpe.. Bila baby girl nanti biar mommy pulak yang pegang kuasa veto nak pilih color. Hehe.

Buat masa ni kite simpan dulu dalam boxes ni je ya.. Sementara tunggu proper drawers idaman hati huhu.

Friday, January 31, 2014

29 weeks!

Happy Chinese New Year! *tetibe*

Bangun harini, as usual check hp. Ada notification dari one of my pregnancy apps, bagitau yang kite already reached week 29! Oh gosh.. Pejam celik pejam celik, tak sangka dah nak dekat dah... Seminggu lagi dah mula dengan angka 3 pulak (30weeks). Terus cakap kat hubs nevesnyaaaa.. Huhu. So, apa perkara menarik yang berlaku sekarang ni :

1. Baby dah mula mengeras! Taktaulah betul ke tidak 'term' mengeras ni, tapi yang pasti, perut rasa tak selesa. Kalau tengah duduk tu, kena duduk menegak je. Rasa macam baby tengah mengeliat, tapi dalam tempoh yang lama (few seconds)

2. Constipation, or sembelit! Previously kite bukanlah orang yang kena hari-hari or tiap-tiap pagi 'melabur' hahaha. Walaupun makan banyak serat etc. Sekarang ni, boleh dikatakan hari-hari kena! Pastu payah pulak tu! Punyalah makan macam-macam buah including pisang berkoyan-koyan tapi tetap tak smooth *Sigh*

3. Jerawat di badan. Muka tak kena, tapi belakang badan mak aihhhh.. Boleh dikategorikan teruk. Memang dari awal hubs pernah cakap belakang badan banyak naik jerawat tapi ingatkan biasa-biasa je.. (Tak nampak lah katakan..). Bila ada balik rumah ibu last weekend, ibu perasan and tegur.. Ibu kata sama macam dia dulu pregnantkan Boy, badan 'kotor'. Kira pembawakan budak.. Nanti bila dah deliver, bersih balik.. Tapi ibu kata dia lagi teruk, 1 badan kena. Now, bila tengok-tengok balik, dekat area leher and dada dah ada sikit-sikit. Tak puas hati ini ke yang dikatakan jerawat yang sama macam dekat belakang badan, mintak hubs amikkan gambar bahagian belakang macamana rupa dia. Memang teruk!!! Harap sangat lah hilang nanti bila dah bersalin..

4. Mengidam pulut ayam : completed! Semalam masa tengah jalan-jalan cari makan dekat Sg. Besi, terjumpa warung jual pulut ayam. Hubs belikan sampai 3 bungkus! Mana tak, punyalah lama dah mengidam nak makan pulut ayam. Nak balik Perlis, semata pulak kan.. Hubs pernah search dekat internet, dia kata ada warung area Kg. Baru ada jual pulut ayam. Tapi masalahnya, bercinta kami nak ke sana. Kite ok lagi, faham-faham jelah orang lelaki.. Kang meradang dengan jem and nak carik parking. Huhu. Tu yang bila dah terjumpa dekat Sg. Besi, terus 'borong', eventhough tak tau rasa dia macamana :p. Rasa dia ok. Kira kalau bila-bila teringin nak makan pulut ayam, boleh lah.. Dah tau spot mana nak cari.. Harga pun standard, RM5. Sekali rupa-rupanya harini mak mertua memang dah plan nak buat pulut ayam! Haha. Bila dah dapat tu, makan tak sudah.. Dari semalam, bawak ke harini, seharian melantak pulut ayam! Melantaklah kau puas-puas. Nak sangat kan.. Huhu.


Thursday, January 30, 2014

So It Is Not Mommy's Fault.. :p

An interesting fact captured from one of local newspaper (BH if I'm not mistaken)


I can imagine what my final weight before deliver. Tak payah nak terkujat sangat lah nanti.. Heuheu

Tuesday, January 28, 2014

Shopping (Lagi?!) di One Utama

Balik rumah ibu weekend ni saja ajak berjalan ke One Utama.. Lagipun Angah nak ke KLCC. Daripada ke KLCC, lebih baik lah ke OU. KLCC tu tak boleh nak beli apa sangat! :p. Bila dah plan nak ke OU, berhajat nak ke Toys R' Us, since hubs kata Toys R' Us kat OU besar compared to dekat Midvalley. Bukan nak carik toys (not yet ofcos!:p) tapi nak survey travel system.. Tapi malangnya, kecik je.. Banyak jual toys.. Dah lain berbanding yang hubs imagine. Location pun dah beralih. (Kami jaraaaaang pergi OU. Besar sangat! Kalau pergi pun just untuk tengok wayang). Better lagi yang dekat Midvalley. Agak kecewa di situ. Tapi, bukan kami pulang dengan tangan kosong. Biasalah, macam orang lain jugak, selagi tak beranak, selagi tu lah kalau pergi mana-mana mesti nak jugak usha barang-barang baby, then terbeli. Dapat beli satu pun jadik :p. So kami termenyinggah Jusco and terbeli (ter lah sangat) all these items :

Hooded towel, nappy pants, nappy pins and liquid cleanser. Price satu-satu tak ingat, malas nak korek resit. Tapi total RM 64.35. All items, except towel ada discount.

Yes! Bertambahlah barang yang boleh di strikethrough daripada checklist :

Baby towel
Nappy pants
Nappy pins
Bottle organic cleanser


Untuk nappy pants, ibu kata sehelai cukup since dah ada cloth diaper, so boleh guna jugak dengan reusable napkin.. Plus takut nanti hujung-hujung, mak pak ni malas dah nak bernapkin bagai, pakaikan pampers saje! (Harap-harap taklah.. Kena cekalkan hati demi berjimat-cermat. Boleh ke? Huhu). Untuk liquid cleanser, main beli je since tak pernah jumpa botol kecik. Biasanya yang botol besar-besar or refill packets. Kite fikir buat apalah nak beli besar-besar sedangkan tak selalu pakai (due to azam nak breastfeed).

Ohye, again, nenek belikan baju lagi untuk cucu! 


Terima kasih nenek.. Makin bertambah lah baju baby.. Huhu

Sunday, January 26, 2014

First Gifts for Baby!



Tadaaa.. 1 jumpsuit, 1 romper and 1 long pants.. Dari Neksu, or Granny Su? (Hubs' youngest aunty, which we call her Maksu). Neksu memang saje nak beli color pinky-pinky (maybe sebab mommy banyak beli color biru - dah nama nak dapat anak lelaki.. hihi) so that biar variety sikit.. Lagipun baby kecik-kecik lagi tak kesah sangat pun kan.. And memang kena pakai masa dalam pantang pun sebab saiz alahai comelll sangat! :p

Terima kasih Neksu.. :)

Saturday, January 25, 2014

7th Maternity & Children Expo Jan 2014

Expo yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Time expo dekat PWTC few weeks ago, takde pengalaman so tak reti nak start nak membeli.. Kalini dah boleh bayang dah macamana and apa yang nak beli.. Honestly, quite put some high expectation untuk expo dekat Midvalley ni since kami pernah pergi masa November lepas. Bila tengok participants pun, ada few well known brands yang join, especially our main target : Graco. So kononnya suruh lah hubs ready pocketly and mentally hahaha. Tapi malangnya, tak seperti yang kami expect.. Tak variety sangatlah, tak sama macam November punya.. Kami plan nak usha playpen, collapsible baby bath tub and travel system Graco tapi satu pun tak berhasil. Kami tak jumpa collapsible baby bath tub yang dah di-aimed. Playpen tak banyak choice (ni takpe sebab saja je gedik nak usha.. Mommy nak co-sleep dulu for few years :) ). Dekat booth Graco, memang ada few travel system tapi takde yang 3-wheel.. Dah tanya, dorang kata dorang memang takde yang 3 wheel.. Keciwaa.

Tapikan.. Tak best-tak best pun, 2 kali kite pegi youuuu.. Haha. Mulanya pergi hari Jumaat (sebab dah tau weekend confirm ramai orang) tapi kami sampai dah agak lambat since hubs habis kerja lambat. Orang boleh tahan ramai jugak, tak macam masa pergi expo PWTC dulu. Maybe sebab dah lambat kan.. Ada yang parents lepas kerja terus pergi ke.. Tak kisahlah tuh. So, sampai-sampai, tawaf semua hall dulu baru nak membeli. Ada lah beli sikit-sikit tapi tak belek sungguh-sungguh sebab nak 'scan' dulu heuheu. Yelah, ku sangkakan expo sampai pukul 10, or atleast 9.30pm, sempatlah masa yang ada nak tawaf 2 kali..Rupa-rupanya pukul 9pm tutup daaa... Tak sempat lah mak buyong ni nak tawaf kali kedua. Dekat-dekat pukul 9pm tu booth dah mula kemas-kemas. Nak belek-belek pun dah tak syok.. Walaupun takdelah nak beli apa sangat, tapi bila plan dah lari, jadi hilang terus mood. Bergenang lah jugak mata ni *mengada-ngadanyaaaa!!*. Time kami nak keluar tu, pintu hall pun dah tutup, just lalu 1 pintu kecik. Huhu. Nasib baik tak balik dengan tangan kosong malam tu. Ada jugaklah hasil kami sikit.. :

Sepasang RM 5. 3 pasang RM 10. Kalau ikutkan nafsu nak amik lebih. Hihi.
1 item RM 3 kut.. Dapat sepasang mittens and 2 topi :)
Hasil tangkapan dekat booth Pureen. Baju/seluar selai RM 8. Beli 7 helai (3 pasang + 1 baju). Topi RM 5. Mittens and booties sepasang RM 5. Total : RM 71
Barut ibu dah belikan banyak and pesan just cari 1 or 2 helai lagi.. So beli lagi 2 je, 1 helai RM 5.

Total for our 1st visit : RM 100 ngam-ngam

Balik, fikir punya fikir, cakap dengan hubs rasa macam nak pergi lagi expo tu sebab tak puas hati huhu. Tapi memandangkan hubs kerja, plan nak ajak adik ipar, Syamimi. Kira kalau Syamimi free and nak, pergi lagi sekali. Tapi kalau dia tak free, tak pergi pun takpe.. Sebab seriously takde lah dah aim apa-apa.. Cuma saja nak memuaskan hati sendiri :p.

Maka, dengan izin suami dan kerajinan adik ipar, kite pergi lagi Midvalley tadi! Untuk ulang tawaf yang tergendala semalam. Haha. Orang, memang ramai... Ramai dengan orang, pastu tambah lagi bersesak dengan stroller baby. Ramai yang usung stroller bukannya ada budak. Tapi untuk letak barang-barang shopping diorang. Tak considerate betul.. Stroller dah lah bagak-bagak. Macam-macam perangai manusia.. Huhu. Tapi pergi harini pun banyak sauk baju jugak! Macam dah kena rasuk dengan hantu baju pun ada. Wahaha :p.

Sepasang RM 10. 4 pasang RM 30. Apelagi, sapu....

Ni baju versi bodek mak ayah. Haha. Sehelai RM 20. 3 helai RM 50. Material ok, printing pun cantik, kira high quality lah. Ada jumpa jual online 1 helai RM 23, 6 helai RM 100. Nasebaik beli.. Huhu
Rompers lagi! 3 helai RM 20. Sapu jugak.....
Baby hooded towel. Dapat RM35.

Actually untuk towel, hajat di hati nak beli yang set 2 or 3 helai, murah sikit. Tapi kalau dah set-set macamtu, tak boleh nak pilih-pilih.. Kena terima je apa yang ada.. Mommy ni pulak cerewet. Dalam 1 set ada 1 yang tak berkenan, terus tak nak. Last-last beli la ala-carte walaupun a bit pricey compared to set :p. Dalam banyak-banyak, berkenan yang ni sebab tema dinosour huhu. Plus dia bercorak, tak macam kebanyakan towel, just ada gambar dekat hood dia je, the rest plain. Nantilah bila baby dah rasmi baru tunjuk part yang bercorak tu :)

So total damage untuk our 2nd visit : RM 135.

Balik, bila dah tengok semua barang, baru perasan baju baby dah banyak sangat ni. Huhu. So memang dah kena stop daripada beli baju/pakaian. HAVE TO!

Barang-barang yang dah boleh strikethrough daripada checklist :

Baju shortsleeve + seluar pendek
Baju longsleeve + seluar panjang
Baju lubang-lubang (pendek)
Baju lubang-lubang (panjang)
Jumpsuit
Romper
Topi
Barut
Bedung/swaddle blanket
Blanket/receiving blanket
Bib (Buat masa ni satu cukuplah kut.. Baby boleh lap-lap lagi guna towel/handkerchief



Dah banyak barang especially regarding pakaian dah ada. Tinggal nak cari few eg mittens booties lagi sepasang dua and towel lagi satu. Lepas ni boleh focus pada barang-barang lain including mommy's :)

Friday, January 24, 2014

Adab Menyambut Kelahiran Bayi

I need to compile this for our reference. Kena belajar and prepare sama-sama dengan hubs so that nanti takde yang tertinggal or kurang sempurna. 

1. Diazankan dan diqamatkan.
    - Azan di telinga kanan.
    - Qamat di telinga kiri.
    - Tak perlu kuat-kuat.. Sekadar berbisik..

Dilakukan supaya dijauhi bayi daripada gangguan syaitan dan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

2. Tanam uri dengan segera.
    - Baca Bismillah dan selawat semasa membasuh uri.
    - Boleh basuh macam tu je (dengan air yang mengalir) or,
    - Basuh dengan garam dan asam gelugur pun boleh
      (basuh-lumur-bilas, ulang sampai bersih) : Tujuan untuk 
      menghilangkan bau hanyir uri dan elakkan uri berbau 
      busuk so that dapat halang daripada binatang (eg anjing) 
      hidu and korek tempat uri ditanam untuk makan.

    - Basuh hingga hilang darah dan kotoran.
    - Dah cuci, bungkus terus dan tanam segera.
    - Tanam di tanah yang keras (susah untuk binatang korek/kais),
       cukup dalam untuk elak daripada binatang kesan.
    - Berselawat semasa tanam.

3. Menamakan anak.
    - Sunat diberi nama yang bawa makna baik, haram nama yang bawa
      makna buruk.
    - Sunat dinamakan pada hari ke-7 kelahiran atau secepat yang boleh.

4. Ditahnikkan.
    - Tahnik : Kunyah buah kurma dan letakkan sedikit rasa di dalam
       mulut bayi.
    - Ambil sedikit kurma yang dikunyah dengan jari telunjuk dan
      masukkan ke dalam mulut bayi dengan gerakkan perlahan-lahan ke
      kanan dan kiri mulut bayi (langit-langit) agar menyentuh seluruh
      mulutnya.
    - Sebaik-baiknya dilakukan oleh orang yang soleh supaya
       memperoleh keberkatan.
    - Lebih utama kalau bapa sendiri yang buat.

Dilakukan bertujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal daripada menyebut perkara-perkara yang tidak elok.


5. Mencukur rambut anak.
    - Cukur seluruh rambut anak. Bukan sedikit atau sebahagian.
    - Sunat dilakukan pada hati ke-7 kelahiran.
    - Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi sebaiknya oleh orang
      soleh atau ahli keluarga terdekat.
    - Dimulakan dari sebelah kanan.
    - Rambut yang dicukur ditimbang dan disamakan dengan nilai perak
       atau emas (current). Nilai tersebut hendaklah disedekahkan
       kepada fakir miskin.
    - Rambut yang dicukur dan telah ditimbang hendaklah ditanam.

Digalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 

6. Melakukan akikah.
    - 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak
       perempuan.
    - Selain kambing, boleh dilakukan penyembelihan ke atas binatang
       ternakan lain seperti lembu, kerbau atau unta (berbeza
       bilangan/portion).
    - Sunat dilakukan pada hari ke-7 kelahiran, atau bila-bila masa
       sebelum anak aqil baligh.
    - Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling.

Dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah supaya mendekatkan anak kepada Allah. Tambahan, sebagai tanda kelahiran anak kepada orang sekeliling.

7. Mengkhatankan anak.
    - Wajib mengkhatankan anak lelaki, juga kepada anak perempuan.
    - Boleh dilakukan bila-bila sebelum aqil baligh untuk anak lelaki. Bagi 
      anak perempuan, sebaiknya dilakukan ketika anak masih kecil.

Dilakukan untuk melindungi diri daripada pelbagai penyakit, selain membersihkan diri daripada kekotoran.

Other than that...

8. Memberi ucapan tahniah.
    - Sunat mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang baru mendapat 
      anak.
    - Disarankan menghulurkan buah tangan (eg hadiah atau duit) ketika 
      berkunjung melawat bayi.

Bertujuan untuk menunjukkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh anak baru.

Credit : 1, 2, 3

Surah Amalan Ketika Hamil

1. Surah Al-Fatihah
    - Untuk terang hati dan kuat daya ingatan.

2. Surah Luqman
    - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya.

3. Surah Al-Hujurat
    - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati (anak).

4. Surah At-Tawbah
    - Untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri daripada maksiat.

5. Surah Maryam
    - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh.

6. Surah Yusuf
    - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

7. Surah Yaasin
    - Untuk ketenangan hati dan anak jauh dari godaan iblis dan syaitan.

8. Surah An-Nahl
    - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Wednesday, January 22, 2014

Pemangkin

Caught hubby scrolling down my photos zaman tuk kaduk :p in the Facebook's albums and asked him why. His simple answer : "Time ni nampak kurus sangat.. Tak macam sekarang". I just like "Errr..." *Speechless*

Yes. I gained a lot of weight after married life. Previously I was 43kg only! (BMI Underweight with my height 154cm). Eventhough I tried so hard to reach 45kg so that my BMI normal, I loved my figure. Slim and slender (except for some buncit part haha but still, I can cover it :p), easier to purchase any type of dresses and beautiful blouses. I can wear a lot of choices including body con dress!  And finally I achieved that 45kg before getting married, still in good figure.

I dunno whether there is a curse on a married lady - to put on weight! :p. Few months after being puan, I keep gaining weight, till 49kg! Common words (or ayat sedapkan hati je? huhu), because we are in happy state. Bahagia, senang hati.. Tu sebab gemuk. I thought so. Haha.

Eventhough I only gained 4kg from my previous weight, my size of figure affected. My choice of clothes were limited. No more body con dresses and super fit jeans. I had to wear loose blouses to cover up my extra fat and need to buy new jeans since my current jeans were torn at the 'kelengkang' part - sebab kau gemuk, paha besar. So bila jalan, paha bergesel, lama-lama seluar pun terkoyak. Okay memalukan :(.

Now, I gained another extra 10kg since pregnant, which my latest weight is 58.15kg (27weeks)! I am okay with that actually because hey I am carrying our baby and amniotic fluid! Plus I need to eat extra portion for the baby inside *ok alasan* but when I found out hubby adores me more with 43kg, I know I need to do something (Thats the sign babe. Ni baru 27 weeks. 40 weeks berapa pulak berat kau?)

So my resolution now is to lose all extra fat and target back to 43kg. My only chance is during confinement. I hope I can survive with a strict do and don'ts so that I can achieve my target - InshaAllah. Demi suami tercinta *bersemangat!* :)

Tuesday, January 21, 2014

4D Scan

Semalam pergi check up dengan my gynae dekat Kuchai Lama.. First time pergi klinik malam. Biasanya pergi siang. Klinik ni siang malam sama je ramai. Cuma kalau pergi malam, senang sikit nak dapat parking. Kalau siang, perghh.. Tak pusing few times, tak sah!

Tunggu dekat sejam jugak baru kena panggil.. As usual Dr Ng akan tanya condition and akan scan.. Before ni scan 2D je.. Tapi saje tanya dengan Dr pasal scan 4D, bila sesuai nak buat since kalau dekat Klinik Mediviron Serdang, dia suggest minggu ke 27.. Dr cakap nak sekarang pun dah boleh.. Tapi dia nak tengok dulu position baby..

Mula-mula Dr Ng scan 2D dulu, ukur apa yang patut (kepala) and tunjuk tulang belakang and paha.. Dr tanya dia dah pernah bagitau gender kan before ni. "Yup, its a boy" :). Tapi kite mintak Dr double confirm kan haha (takut kang beria beli barang and baju baby untuk baby boy, sekali yang keluar girl, dah lari tune pulak :p). Dr ok je.. Siap buat lawak confirm baby boy. Kalau baby girl, dia kasik check up untuk arini free of charge haha. Punyalah over confident Dr Ng ni :p. So dia tengok dekat bahagian genital and confirmkan memang baby boy.. Siap tunjuk mana burung, mana telur (haha!) tapi kite tak dapat nak faham apa yang dia tunjuk tu, tak boleh nak imagine *sengal*

Then Dr tengok balik kepala baby untuk buat 4D. Dr kata position kepala baby dekat sangat dengan rahim, tapi dia cuba tengok boleh nampak tak muka baby. Nampak! Tapi tak berapa jelas sangat..

Sneak peek.. :)
Subhanallah.. Dengan teknologi sekarang, before bersalin dah boleh tengok muka baby kite.. Walaupun tak jelas, tapi hey thats our baby! Yang selalu 'berenang-renang' dalam perut mommy :). Time scan ni, baby behave je.. Not sure tengah buat apa tapi mata pejam and dua-dua belah tangan pegang pipi kiri kanan. Tidur kut.. How cute!! :). Dr kata dagu ikut dagu daddy *sambil usha dagu kite and dagu hubs haha*. Tengah godek-godek, tiba-tiba baby bukak mulut! Besar pulak tu.. Menguap agaknya hihi. Dr yang excited lebih. 2 kali baby bukak mulut :o. Dr still try godek-godek lagi untuk dapatkan image yang lagi cantik. Lagi sekali baby buat surprise, senyum dekat kami. Baby tahu ye kami tengah skodeng dia.. Hehe. Unfortunately, time baby senyum tak sempat nak record.. Sekejap sangat. Tak ikhlas ye.. Takpe-takpe.. Mommy daddy boleh tunggu :). 

Nampaknya takde rezeki kitorang nak dapat image yang sharp since muka baby dekat sangat dengan rahim.. Dekat sangat macam muka tertepek, pastu hidung pun penyek je masa tengah scan tu kalau tengok dari view depan. Haha. Takpelah. Untuk kalini, apa yang nampak tuh dah cukup.. Nasib baik baby still nak tunjuk muka dia, tak malu-malu.. :)

Lepas dah scan, Dr nak bagi injection tetanus. Kite bagitau yang kite dah dapat injection dekat klinik kerajaan, so Dr cancel. Kite tanya Dr pasal hospital yang biasa dia refer dekat patient and costs.. To simplify, here's the point :

1. 2 hospital : Hospital Tung Shin (dekat dengan Pudu) and Hospital Pantai KL

2. Dr Ng sendiri yang akan ada masa kite deliver.

3. Cost for normal delivery : Hospital Tung Shin RM 3000, Hospital Pantai KL RM6000 (Gila mahal!)

4. Cost ni all included. Termasuk untuk baby (paed) post delivery. (Tak tanya detail apa yang included tu. Dr just cakap lebih kurang macam ni)

5. Kalau ceaser hmmm Dr tak bagitau pasal cost sebab dia kata kite takde risk untuk ceaser (Mudah-mudahan Amin!)

6. So kite tanya Dr, macamana nak tahu sama ada delivery normal or ceaser. Dr kata, biasanya pasal size and position. Size baby terlalu besar or position songsang/melintang. 

7. Dr kata jangan risau pasal size baby sebab kami dua-dua kecik hehe. So far berat baby ok je, semua normal.. Cuma kena kawal makan, jangan makan menda manis-manis sangat, boleh buat baby besar. Dr shared his latest experience, sambut baby 5.7kg ok!! Super besar! Dia pun terkejut, first time dia sambut (ceaser) baby besar tu. Hehe

8. Pasal position pulak, so far position our baby pun ok.

9. Dr siap bagitau yang biasa orang risau bersalin dekat swasta, takut gynae sikit-sikit nak ceaser (Betul. Pernah dengar pasal ni). Kalau dengan dia, jangan risau.. Dia akan cuba macamana sekalipun untuk normal delivery. Dr siap cakap, kadang-kadang tu ada patient dah tak tahan sakit sangat, terus nak mintak ceaser. Dia tak bagi. Kira ayat dia lebih kurang camni lah "Buat apa nak ceaser. Kalau awak dah rasa sakit dalam beberapa jam, tahan jelah lagi sikit.. Manatahu dalam 2 jam lagi, baby pun keluar.. So buat apa awak nak keluar duit untuk ceaser..". 

10. Tapi kalau kena ceaser jugak, on the spot kite nak transfer ke hospital kerajaan pun takde masalah.. Dia faham kalau ceaser dekat swasta high cost.

Hmm tu je kut, yang kite ingat. Bila dengar pesan Dr pasal jangan makin manis-manis, hubs apa lagi.. Itulah yang dia tekankan sangat-sangat. Tak bagi kite minum air manis, suruh minum air putih je.. Tapi masalahnya, yang manis tu yang sedap! Huk. Baru je few days before cakap dengan hubs nak makan Original Glazed Krispy Kreme lah.. Cinnamon rolls Cinnabon lah.. Caramel Sticky Dessert Domino's.. Huish semuanya memang manis tak hengat! :p. Nampaknya macam tipis je harapan nak dapat. Heuheu. Kena pujuk hubs slow-slow :p.

Pasal hospital pulak, bila dengar Dr Ng cakap macamtu (pasal ceasarian), buat kite rasa yakin. And kalau ikutkan, lagi bagus kalau dia yang ada time kite nak deliver since dia memang dah tau my history from the very beginning. Selesa and dah biasa dengan dia. Tapi the problem is, 'Hospital Tung Shin' hahaha (Hospital Pantai excluded lah kan.. Huhu). "Bersalin dekat mana?"  "Hospital Tung Shin". Alamak.. Nama dia ke-chinese-an sangat.. Hehe. Orang lain kalau boleh bukan main nak An-Nur lah.. Az-Zahrah lah.. (Nama Islamic kononnya) kite pulak, lain peginya :p. Lagi satu, the location itself. Oh noooooooo.. Memang jem nak pergi situ. Dari arah Masjid Jamek jem. dari arah Jalan Sultan Ismail or Jalan Bukit Bintang lagi lah, gila-gila jem. Kang ada kite dah tak tahan nak terberanak, tersangkut dalam jem. Huhu. So, nak consider pun, ishhhh.. (Hospital Serdang jelah ye gamaknya kite.. Huk)

Dr suruh datang lagi after few weeks, around 10th Feb. Rasanya time tu baru boleh dapat better image 4D - hopefully! Sebab mommy tak puas.. Nak tengok baby lagi. Hehe. Dapat 2 kali 4D pun cukup :). Teringin nak buat detailed scan 2D sebenarnya, tapi hubs kata tak perlu. Tak berani nak bantah or tanya-tanya lagi 
-.-

Total damage for this visit : RM285 (RM150 for 3D/4D scan including CD + RM85 fish oil + RM50 consultation)

p/s : Balik-balik rumah, hubs terus play cd. Tak sudah-sudah tengok video baby bukak mulut. Hehe *Excited parents to be*

p/s : Current weight : 58.15kg! Oh noooo

Thursday, January 16, 2014

My Baby Bump (26 weeks)

My baby bump (26weeks 6 days). Cukup maju ke depan? :p

Wednesday, January 15, 2014

Additional Breastfeeding Gear

According to my previous post, I listed only 2 things for my breastfeeding gear. Bila dah beli during our visit to Mother, Baby and Kids Expo, which includes other items in the package, baru tersedar yang my previous list tak berapa lengkap. Luckily I got all those additional items included. Kalau tak mesti tak beli and tak sedar kepentingan barang-barang tu. Pastu bila dah nak pakai baru terhegeh-hegeh nak add on. Antara barang yang perlu ditambah in the breasfeeding gear instead of breastpump and milk storage bags :

1) Cooler bag
- Sangat berguna kalau pergi holiday. Boleh bawak breastpump and barang lain yang diperlukan dalam 1 beg. Kemas and tak bersepah/tertinggal. 

2) Ice packs
- Walaupun pergi holiday, mestilah kena pump jugak. So mestilah kena simpan bawak balik. Menda ni penting untuk masuk sekali dalam cooler bag.

3) Milk storage bottles
- Kena ada jugak walaupun dah ada simpanan dalam bag since mudah nak bawak kalau baby nak keluar with others without mommy. (They can bring the cooler bag with ice packs and milk storage bottles - more convenient).

Tuesday, January 14, 2014

Shopping Lagi..

Tengahari tadi tiba-tiba dapat message dari ibu, dia and angah nak pergi Midvalley.. Since kite tengah free and tanya hubs, hubs izinkan pergi jugak.. Hmm hubs pun nak ikut sekali pergi haha. 

Asalnya takde plan pape pun.. Just nak jumpa dorang and pusing-pusing and makan-makan. Tapi terfikir nak pergi cari barang baby sikit sebab based on experience shopping time baby expo aritu, kalau beli sikit-sikit, takdelah terasa sangat duit keluar beratus hihi. Hubs pun setuju so kami pergi Jusco.. Our aimed nak cari barang yang mungkin tak ada or harga lebih kurang time next baby expo this end of month.. Plus kebetulan ada ibu, boleh lah tanya few opinion pasal quantity barang especially baju, including how to choose the right size.. Huhu. 

Tak banyak barang yang kami beli, tapi atleast ada lah few items yang dah boleh strikethrough from my checklist. Nak beli baju-baju, time ni baru realized yang better beli time expo sebab boleh dapat lagi murah.. For example, baju yang kami beli time expo aritu, kami boleh dapat RM 12, per pair. Brand Disney lagi. Bila belek-belek tadi, 1 seluar RM 8.90, 1 baju RM8.90. So kalau 1 pair, dah RM 17.80. Tuh pun brand-brand biasa.. Harap-harap banyak lah pilihan baju murah-murah next expo nanti. Dah tau dah nak borong apa. Huhu.

Barang-barang yang kami beli tadi :


Botol Disney 2 oz (RM 8.90) - daddy pilih, napkin 8 pcs (RM 27.90), powder puff (RM 8.01, before discount RM 8.90) and changing mat large (RM 19.60, before discount RM 24.50) *take note gambar dinosour di situ huhu*

Botol tu, actually plan asal nak beli Avent or MAM, yang branded sikit huhu sebab ada anti colic. Tapi memandangkan dorang takde saiz yang super kecik macam kite nak, so beli jelah dulu botol ni.. Insya Allah, tak anti colic pun ok dengan pantauan ibu hehe. Sebab tak nak ajar baby minum botol sangat.. Beli ni pun untuk baby buat minum air mineral or air madu, buat bilas-bilas rasa.. Kesian pulak kalau asyik sumbat susu je, tak variety huhu. Tapi yang penting, botol ni BPA free..

Total damage kami untuk shopping kali ni : RM 64.40

Barang yang dah boleh strikethrough from checklist :

Botol susu kecik
Changing mat
Powder puff
Napkin (ibu kata 16 pcs dah cukup..)

Before balik tadi, angah bagi socks ni. Katanya beli dekat booth (tak tau booth mana). So, baby got another pair of socks, which not sure from mak ngah or nenek..



Monday, January 13, 2014

Cakar Ayam

Setakat ni, apa yang kite crave nak makan, benda yang common. Tapi ntah angin mana yang datang, kite teringin nak makan cakar ayam! Haha. For me, rare kut! Nak cari pun tak tau. Terfikir dekat mana-mana Hentian RnR mesti ada tapi kami takde pape plan nak pergi mana-mana lalu highway yang ada RnR. Tanya ibu, lagi sedap, suruh cari dekat Melaka. Ah sudah! Takkan nak pergi Melaka semata-mata nak cari cakar ayam! Hehe. Try tanya mak, mak pun kata biasanya dekat RnR lah ada.. Kebetulan time tanya mak tu, ayah on the way balik dari Cameron Highlands.. Mak cubalah tanya ayah kalau-kalau dia ada nak singgah mana-mana RnR, boleh kirim carikan.. Unluckily, ayah lagi 5 minit nak sampai rumah. Haha. Takpelah.. Kemudian je mintak hubs cari kan..

Sekali tiba-tiba, semalam ayah beri 1 bungkus mini cakar ayam! Hehe. Ayah belikan masa on the way hantar adik ipar balik Politeknik Sabak Bernam, terjumpa dekat RnR Sungai Besar (?). Yeay! Dapat pun akhirnya.. :).

And tadi tengah ralit makan cakar ayam tu dengan hubs, tiba-tiba hubs cakap : "Mengidam makan cakar ayam ni, jangan anak nanti tulisan macam cakar ayam, sudah..". Hahahaha! Boleh tak dia cakap macamtu..

Hmm.. Mudah-mudahan taklah.. Baby kena tulisan cantik-cantik since mommy and daddy's handwriting dalam kategori cantik. Okeh?! Kalau tak cantik pun kena praktis bagi cantik. Kalau tak nanti daddy will blame me! NOOO.. Tak nak sampai keluar ayat 'salah ibu mengandung'. Kuikuikui

Babymoon

Dah lama ajak hubs pergi babymoon. Bukan apa, saja nak bercuti berdua, relax-relax, free and easy before bertiga nanti.. Takpayah jauh-jauh, dalam semenanjung pun jadi (hajat di hati nak ke Cherating). Tapi hubs sibuk je, tak menyempat nak melayan. Pasghah jelah cheq.

Dah dinamakan rezeki, tiba-tiba Rini message nak bagi free 1 night stay dekat Hotel Cititel, betul-betul sebelah Midvalley.. Actually dia punya room,  booked for 2 nights untuk babymoon di KL, from Kuching tapi dapat tidur 1 malam je since urgently kena fly back to Kch.

Even though Ahad malam Isnin and of course Isnin tu hubs kerja, tapi pasal dekat je and hubs bole arrange kerja dia ke petang, we decided to take the offer..


Our view, Buildings, traffics and dusts.
So apa aktiviti kami dekat tempat yang boleh dikatakan everyweek melawat kawasan, memang free and easy. Kami check in pun dah lambat, relax-relax je. Turun Mid untuk dinner then naik balik. Konon-konon nak midnight movie pun tak jadi.

Tengah sibuk nak charge hp

Esoknya, after check out terus pulang ke rumah.. Bolehlah assume babymoon untuk kami *sedih* hahaha.