Pages

Friday, January 24, 2014

Adab Menyambut Kelahiran Bayi

I need to compile this for our reference. Kena belajar and prepare sama-sama dengan hubs so that nanti takde yang tertinggal or kurang sempurna. 

1. Diazankan dan diqamatkan.
    - Azan di telinga kanan.
    - Qamat di telinga kiri.
    - Tak perlu kuat-kuat.. Sekadar berbisik..

Dilakukan supaya dijauhi bayi daripada gangguan syaitan dan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

2. Tanam uri dengan segera.
    - Baca Bismillah dan selawat semasa membasuh uri.
    - Boleh basuh macam tu je (dengan air yang mengalir) or,
    - Basuh dengan garam dan asam gelugur pun boleh
      (basuh-lumur-bilas, ulang sampai bersih) : Tujuan untuk 
      menghilangkan bau hanyir uri dan elakkan uri berbau 
      busuk so that dapat halang daripada binatang (eg anjing) 
      hidu and korek tempat uri ditanam untuk makan.

    - Basuh hingga hilang darah dan kotoran.
    - Dah cuci, bungkus terus dan tanam segera.
    - Tanam di tanah yang keras (susah untuk binatang korek/kais),
       cukup dalam untuk elak daripada binatang kesan.
    - Berselawat semasa tanam.

3. Menamakan anak.
    - Sunat diberi nama yang bawa makna baik, haram nama yang bawa
      makna buruk.
    - Sunat dinamakan pada hari ke-7 kelahiran atau secepat yang boleh.

4. Ditahnikkan.
    - Tahnik : Kunyah buah kurma dan letakkan sedikit rasa di dalam
       mulut bayi.
    - Ambil sedikit kurma yang dikunyah dengan jari telunjuk dan
      masukkan ke dalam mulut bayi dengan gerakkan perlahan-lahan ke
      kanan dan kiri mulut bayi (langit-langit) agar menyentuh seluruh
      mulutnya.
    - Sebaik-baiknya dilakukan oleh orang yang soleh supaya
       memperoleh keberkatan.
    - Lebih utama kalau bapa sendiri yang buat.

Dilakukan bertujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal daripada menyebut perkara-perkara yang tidak elok.


5. Mencukur rambut anak.
    - Cukur seluruh rambut anak. Bukan sedikit atau sebahagian.
    - Sunat dilakukan pada hati ke-7 kelahiran.
    - Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi sebaiknya oleh orang
      soleh atau ahli keluarga terdekat.
    - Dimulakan dari sebelah kanan.
    - Rambut yang dicukur ditimbang dan disamakan dengan nilai perak
       atau emas (current). Nilai tersebut hendaklah disedekahkan
       kepada fakir miskin.
    - Rambut yang dicukur dan telah ditimbang hendaklah ditanam.

Digalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 

6. Melakukan akikah.
    - 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak
       perempuan.
    - Selain kambing, boleh dilakukan penyembelihan ke atas binatang
       ternakan lain seperti lembu, kerbau atau unta (berbeza
       bilangan/portion).
    - Sunat dilakukan pada hari ke-7 kelahiran, atau bila-bila masa
       sebelum anak aqil baligh.
    - Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling.

Dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah supaya mendekatkan anak kepada Allah. Tambahan, sebagai tanda kelahiran anak kepada orang sekeliling.

7. Mengkhatankan anak.
    - Wajib mengkhatankan anak lelaki, juga kepada anak perempuan.
    - Boleh dilakukan bila-bila sebelum aqil baligh untuk anak lelaki. Bagi 
      anak perempuan, sebaiknya dilakukan ketika anak masih kecil.

Dilakukan untuk melindungi diri daripada pelbagai penyakit, selain membersihkan diri daripada kekotoran.

Other than that...

8. Memberi ucapan tahniah.
    - Sunat mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang baru mendapat 
      anak.
    - Disarankan menghulurkan buah tangan (eg hadiah atau duit) ketika 
      berkunjung melawat bayi.

Bertujuan untuk menunjukkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh anak baru.

Credit : 1, 2, 3

No comments:

Post a Comment