Pages

Sunday, March 8, 2015

Mom & Baby Expo at IDCC

Dah lama tak pergi baby expo sebab konon-kononnya dah takde apa nak beli (then takut kalau pergi, duit habis ntah ke mana beli ntah pape huhu). Tapi mengenangkan baju Shazrie Iman banyak dah tak muat, kenalah jugak pergi.. (Eleh buat ayat macam tak rela je padahal suka sakan).

Ni first time pergi baby expo dekat IDCC. Kami ikut gps je nak pergi sana.. IDCC ni bangunan baru rupanya. Dia macam 1 building shopping mall which belah bawah untuk lot-lot kedai. Tak completely siap pun lagi.. Located dekat tingkat belah atas (if not mistaken tingkat 6 or 7) so siapa nak pergi, better parking dekat carpark atas. Tak payahlah nak rebut-rebut bagai nak parking dekat bawah sebab leceh nanti nak pergi IDCC. Dah lah nak naik lif berjanggut nak kena tunggu huhu.

Komen hall, ok besar. Selesa. Organiser pun pandai susun booth tak padat. Nak bawak stroller pun ok sebab ruang antara booth besar. Cara susunan booth pun tak serabut. So much better daripada dekat Midvalley. PWTC memang awal-awal da out! Then, siap ada sediakan nursing room. Me likeyy :).
Kalau bab booth yang jual, standard lah sama je lebih kurang dengan baby expo lain.. Harga tak sure sebab datang untuk cari baju Iman je, tak usha sangat barang lain..

Hasil untuk almost 2 jam?

Orang yang tak rela kononnya, tapi beratus gak habis. Tiada dalam gambar : Bra 2 helai and washable breastpad

Cukupla baju Shazrie Iman buat masa ni. Pakai yang ada dulu sampai lusuh. Huhu

Friday, March 6, 2015

Toothbrush

Gigi dah 4 batang, makan dah macam-macam, tapi still tak consistent berus gigi Iman. Toothbrush dah ada lama, since Iman ada 2 batang gigi (using Lesson 1), toothpaste je tak intro kan lagi sebab takut awal sangat nak bagi dia telan toothpaste. Tu sebab tak consistent beruskan gigi *alasan tah pape*

Memikirkan kang ada tak pasal-pasal gigi rosak, mulut pun dah bau tak sedap, so cepat-cepat pegi carik toothpaste. Pilih flavour orange since Iman suka makan oren.

Next mandi, bagilah Iman berus gigi letak cetoet ubat gigi. Since Imann dah ada 4 batang gigi, mommy upgrade to Lesson 2. Mula-mula masukkan berus gigi dalam mulut ok. Tapi bila dia dah rasa ubat gigi tu, terus dikeluarkan berus gigi tu. Huh! Tak sedap! *agaknyalah kut*. Sampai ke sekarang dia tak nak. Takkan lah nak beli ubat gigi baru dah tu yang ada ni sape pulak nak pakai? Maka, mommy pun bersilat bagai setiap kali nak paksa Shazrie Iman berus gigi. It is for your own good sayang. Kalau dimanjakan, kang rompong, siapa yang malu?

Yang pasti, mommy jadikan Cikne (aunty belah ibu) as idola bab-bab berus gigi. Her kids (my cousins) dulu, ko dah tidur mati macam mana pun, Cikne akan heret anak dia pergi toilet, untuk berus gigi. Hebak tak hebak la kan.. Kagum betul. Nak jugak jadik camtu! Tapi tak sure pulak gigi my cousins sekarang macamana. Tak pernah pulak nak dibelek. Will check later.

Since Iman pegang berus gigi pun tak nak especially kalau ada toothpaste, kena tunggu Iman dah boleh pegang sendiri baru mommy akan upgrade ke Lesson 3.

Baby Training Toothbrush

There are 4 stages in cleaning baby's teeth.

First : Finger brush

Well, kalau tak guna berus ni, guna kain pun boleh.. (Nurse dekat KK suruh guna kain basah je). Rub lembut dekat lidah baby and gums, untuk bersihkan sisa-sisa susu.. Baby kan menyusu je, kadang-kadang tu sampai lidah warna putih.

Whatever we use, yang penting mesti dalam keadaan bersih.. Kalau boleh, sebelum pakai dalam mulut baby tu, kita rendamla dulu kejap dalam seminit dua dengan air panas as a simple method of disinfection.. Pastu make sure dah suhu normal baru masukkan dalam mulut baby.. Dah sudah pun sama (lebih baik) and keringkan betul-betul..


Second : Lesson 1. Warna kuning.

Sesuai untuk baby yang baru ada gigi dalam 2-3 batang.


Konsep dia untuk baby belajar pegang berus gigi. Material getah, jadi baby boleh gigit-gigit, kunyah-kunyah macam teether.

P/s : Masa ni mesti kena attach ring dekat batang berus gigi tu, untuk elakkan baby daripada terjolok berus gigi ke tekak.

Third : Lesson 2. Warna hijau.

Sesuai untuk baby yang dah mula banyak gigi, lebih 4 batang.


Konsep dia nak ajar baby gerakan memberus gigi yang betul. Material getah jadi baby boleh sambil-sambil tu sakan mengunyah jugak :p.

Forth : Lesson 3. Warna oren.

Untuk bila gigi baby dah penuh/hampir penuh.


Bila baby dah boleh pegang berus gigi dengan baik, memberus dengan betul, dah tak kunyah-kunyah, maknanya dah boleh upgrade sebab material dia bulu (bristles) lembut. Kira first 'real toothbrush'.

P/s : Ring dah boleh asingkan daripada batang berus gigi bila baby dah boleh kawal tangan daripada terjolok ke tekak.

Sama macam first stage, kena pastikan berus-berus gigi dalam keadaan yang bersih dan disinfected dengan cara samada guna sterilizer ataupun rendaman air panas (bergantung pada material).

Good luck mommy! As pesanan Pegion : Good habits of proper toothbrushing right from the first stage of training will help you child to enjoy a lifetime of healthier, stronger teeth!



Well, the exact info as printed on the box, by Pegion :

Lesson 1 : 
For babies from 6-8 months with 2-3 milk teeth.
For baby's first toothbrush, the concept of holding a toothbrush is introduced. The thick and contoured handle makes it easy for baby to grasp. The soft elastomer rubber head is soothing to baby's tender gums.


Precaution : Be certain to attach the shield to prevent toothbrush from becoming a choking hazard. Insert the shield from the head until it's snapped in completely.

Lesson 2 : 
For babies from 8-12 months with 8-10 milk teeth. 
Lesson 2 toothbrush is used as a transition to familiarize babies with the brushing movement when brushing teeth. The soft elastomer rounded heads are soft and tender to baby's gums, while the fine bristles-ends allow cleaning for all teeth as well as in between the teeth.


Note : Atrach the shield during the transition period from Lesson 1 to Lesson 2. Once baby is able to control the handling of the toothbrush, shield may be removed.

Lesson 3 :
For babies over 12 months or when most milk teeth are in.

When most of all of the milk teeth are in, the baby is ready to try  his first real toothbrush with toothpaste. The rounded bristles-ends are soft and gentle to child's gums.

Care : All toothbrushes may be sterilized by either boiling, steam sterilization or sterilizing tablets for rubber material (Lesson 1 and Lesson 2). Lesson 3 can sanitize by pouring hot water over the brush that has been thoroughly scrubbed.


Thursday, March 5, 2015

Late Lunch Like A Boss : Fraser's Hill

It was more to tea-time actually. But with heavy meal. Ceritanya begini, yesterday lepas zohor, ikut atok pergi JPJ Kual Kubu Baru sebab ada urusan. Ada atok, nenek, mommy and Shazrie Iman. Memandangkan dah petang and setakat nak pergi KKB je (from Rawang), which definitely kami takkan pergi tempat best huhuhu, so mommy just dressed up seringkas mungkin and Iman just pakai je baju yang dia pakai kat rumah tu, bersocks sahaja, tanpa kasut. Bawak baju spare pun sehelai romper sahaja, in case tercomot or diaper leaking ke..

Tetapi! Bila dah setel urusan atok yang took less than 20mins, tiba-tiba atok ajak pergi Bukit Fraser! Bukit Fraser dari KKB memang tak berapa jauh, around 50km tapinyaaa kami comottt. Dengan berbaju nipis and pendek, especially Iman, kesian pulak kalau dia kesejukan nanti. Tapi atok ringkas je cakap takpe, sekarang musim panas, so takkan sejuk kat atas tu..

Pukul 4 petang kami bertolak dari KKB. Seperkara mommy ni kalau jalan bengkang-bengkok, mabuk! Memang tak boleh. Biasanya memang akan tidur siap-siap before naik/turun. Tapi pasal rasa nak shishi, tak boleh nak tidur! (Masa berhenti kat petrol station sebelum naik takde pulak rasa nak shishi. Dah suku naik baru lah rasa. Ceh). Penat pejam mata paksa nak tidur tapi tak berjaya. So apalagi, mabuk kepayang la.. Rasa nak muntah, tapi tahan je.. Nenek dok tolong sapukan minyak angin and urut-urutkan kepala, tengkuk, biar angin keluar. Mujurlah Iman tidur nyenyak sepanjang perjalanan, cuma lagi 7km nak sampai baru Iman terjaga. Kalau tak tidur, takut lagi teruk mabuk sebab nak kena layan dia, or worst, Iman pon mabuk sekali. Since dia tidur, bolehlah melayan mabuk tu huhu.

Sampai je atas, terus stop kat toilet awam. Shishi and puked. Haha. First time ni, selalu setakat mabuk pening je. Lepas setel je, fuhh memang legaaa... Barulah boleh menikmati keindahan alam ewah. Suhu? Tak panas, tapi tak lah sejuk sangat. Dingin je, selesa. Bolehlah Iman bertahan dengan baju and seluar pendek dia tu..

Depan toilet pun jadik port nak bergambar. Tah pape..
After first pit stop (toilet), atok terus bawak pergi dekat food court Bukit Fraser, having our late lunch.. Iman mommy just orderkan mashed potato sebab senang haha while kami makan goreng-goreng yang simple.. Ok lah, rasa not bad dengan harga yang ok. Dah lah variety walaupun di puncak.

Budak tak nak duduk dekat baby high chair.
Lepas makan, melayan Iman main dekat nearer playground. Ok nenek and mommy yang over excited sebenarnya, Iman taknak pon tapi kena gak paksa haha.

Posing sikit..






Muka orang kena paksa main.
Dah setel main dalam keterpaksaan, singgah Masjid Sultan Mahmud, then berhenti bergambar dekat tempat wajib kalau sampai Fraser's Hill..







Nenek ngantuk sangat lettew. Huhu
Pukul 6.45 petang kami pun gerak turun.. Luckily Shazrie Iman dah kepenatan so bila gerak je, after susu, dia ketiduran so mommy pun join sekali.. No more mabuk tapi yang kelakarnya, nenek yang mabuk! Sakan pulak tu sampai dua kali berhenti muntah haha. Nak tolong urut-urutkan, tak mampulah mommy. Nak bukak mata pun takut, takut kang ada tak pasal-pasal join sekali wek-wek. So kite pasang telinga jelah kejap before zzz balik. Hehe.

Overall, menarik jugak kalau sekali-sekala buat random trip macamni. Comot, yet fun! So, Shazrie Iman dah sampai Fraser's Hill, walaupun sekejap :).

Sunday, February 22, 2015

First Nebulizer's Experience

Balik daripada kampung , Shazrie Iman selsema. Ada batuk sikit-sikit. Macam tanda-tanda nak demam. Mommy pun bagilah ubat demam and sakit tekak yang memang ada dekat rumah.. Mulanya Iman nampak ok. So, bila Iman ok, mommy pun nak la ikut nenek and atuk pergi Muar, tengok Tok Uncle sakit dekat hospital, without daddy..

Stay satu malam dekat Muar, malamtu, kami semua tak boleh tidur! Sebab Iman merengek je tengah-tengah malam. Batuk makin teruk. Berkahak. Badan pun panas. Luckily mommy bawak ubat-ubatan Iman and coolfever, selain continously tuam badan and kepala Iman dengan air suam. 

Alhamdulillah,  suhu maintain turun tapi kenapa ntah Shazrie Iman sepanjang malam tak boleh tidur. Tak selesa agaknya.. Sabar ajelah mommy, dengan bantuan nenek berjaga layan Iman. Lepas subuh barulah Iman tidur..

Esoknya nenek nak bawak Iman pergi klinik,  tapi faham-faham jelah kalau dah CNY, memang payahlah nak jumpa klinik yang bukak. Keadaan Iman pun ok, tak demam cuma batuk and selsema,  so mommy cakap takpelah, nanti bila dah balik Serdang baru bawak Iman pergi klinik..

Bila dah dekat Serdang, keadaan Iman sama. Dah tak demam. Cuma batuk and selsema. Tapi kesian bab batuk, especially time tidur, berkahak sangat dengar.. So we decided nak bawak Iman pergi klinik.. Hajat di hati nak pergi usual paed tapi tak bukak lagi, so kami bawak pergi klinik dekat Equine..

Jumpa doktor, doktor yang sama masa pergi dulu : Dr Ramesh cakap kena neb.. sebab nak tolong cairkan kahak dia.. Well, if Dr said so, merasa lah Iman neb seusia 10 bulan.. Huhu. Tapi bab nak pegang tu yang payah. Daddy yang pegang Iman while mommy umpan Iman dengan hp biar stay still. Tak lama pun kena neb.. Dah sudah, Dr cek semula breathing Iman through stethoscope,  and bagitahu yang Iman kena datang lagi esok untuk neb lagi..


Punyalah payah kami nak biar dia duduk diam. Ni lah reaction bila tak diumpan hp
(Mommy nak jugak tangkap gambar huhu) Slacked betul hp mommy tadak bateri.
Ubat-ubatan. Banyak ubat maknanya?
Banyak kali berperang nak bagi Iman makan ubat *sigh*

Update : Dah pergi klinik harini. Bukan Dr. Ramesh, Dr lain, lupa nama. Dah cek-cek, Dr kata tak perlu neb lagi, just teruskan makan ubat..

Thursday, February 19, 2015

Cuti-cuti Raya Cina

Chinese New Year usually kami cuti lagi sakan compared to Hari Raya sebab tokey-tokey cina cuti panjang. Bila tokey cuti, kedai tutup, daddy hopkosla tak boleh nak buat kerja sangat. So kita pun joinlah sekali depa cuti huhu.

This year, kami ikut family hubs balik Perlis sebab my family takde any plan since abah kirija.. Kalau da dekat Perghlih tu, sudahnya berjalan jela. Berjalan sakan!!

Sampai Perlis (around 4 am), rehat kejap, tengahari kami 'belayar' ke Langkawi, tidur semalam. (15-16/2). Huhu.

Tengah tunggu feri di Jeti Kuala Perlis. Masa ni Iman tidoq
Di Langkawi, selain pergi tempat wajib Haji Ismail and Idaman Suri, sempatlah jugak berjalan ke Dataran Lang and naik cable car for the second time..

Iman jakun tengok burung besaq
Sempat posing dalam cable car
Mengenang nasib. Huhu.


Pengalaman paling tak best, kami kena tax! Ok, pasal kena tax tu memanglah kan sebab tidur semalam. Yang buat tak puas hati tu, kami beli sikit je tapi kena tax banyak compared dengan family yang lain yang beli pinggan mangkuk berkotak-kotak. Bila kami dah bayar, barulah dia perasan yang dia salah kira. Curse you akak kastam! *Panjang cerita malas nak elaborate tapi yang pasti, mak serik nak masuk Langkawi lagi dalam masa terdekat. Tunggulah few year later, bila dah betul-betul tak ingat hal ni*

Balik daripada Langkawi senja, the next morning melintas border pulak ke Hatyai! Tidur sana semalam (17-18/2) walaupun kalau ikut perancangan high possibility balik hari je (but still pack beg and bawak)

Masa baru sampai. Tengah nak usha hotel untuk check in
Kalini Iman tak mabuk tuk-tuk. Tapi still tak happy time naik. Huhu
Since baru je bulan 12 aritu pergi Hatyai, so takde apa pun mommy nak shopping.. Setakat food hunting jelah. Tapi yang tak bestnya, Hatyai ni kalau pergi hari biasa, boring rupanya sebab banyak tak bukak, tak meriah. No wonder kalau weekend orang padat sebab kalau nak pergi weekdays takde apa sangat.. Nasibaik jugaklah baru pergi, kalau tak mommy sedih jugak kut huhu.

Balik dari Hatyai sampai rumah Tok around pukul 3 petang, pukul 6 lebih gerak balik KL. Punya sakan kan..

Wednesday, January 28, 2015

9 months : Corus Paradise, Port Dickson

Ke Port Dickson lagi kitaaa.. Tapi kalini berempat je : Mommy, Shazrie Iman, nenek and atok.. Mana tak, pergi time hari biasa.. Yang lain kerja/sekolah.. Atok nak bawak Iman swimming punya pasal..

View from our balcony

Shazrie Iman yang excited check in apartment

Stay 1 malam, as usual free and easy je.. First time datang PD on weekdays, bosan rupanya. Tak meriah. Even gerai-gerai jual barang/makanan dekat Telok Kemang pun banyak yang tutup..

Sakan main pasir
Hamboi.. Mentang-mentang mommy biarkan..
Takpe, sel-sel otak tengah berhubung
Baru beli dekat Telok Kemang, test drive dulu dalam apartment
Kalau dulu pergi Primaland Iman takde swimming suit, and pakai neckfloat, kalini Iman pakai pelampung biasa.. Saja kononnya da besar huhu.

Atok and nenek yang rajin melayan Iman
Sebelum terjun kolam.
Mommy tak sure macamana atok bole capture gambar b&w.




Iman kena buli dengan atok
Well, overall we had fun! By afternoon dah gerak balik. Tapi tu pun bukannya nak terus balik. Bawak atok meronda kawasan dulu (IOI City Mall) since atok tak pernah sampai lagi. Tapi sekejap je.. Tak sampai sejam kat situ.. Layanzz.

Sunday, January 25, 2015

Tragedi Jari

Tersepit Laci (22/1)

Kitchen adalah salah satu fave spot Shazrie Iman. Standard la kadang-kadang kena mintak tolong Tokma tengokkan Iman while mommy mandi ke, sidai baju ke, etc and biasanya Tokma ada dekat dapur. Kalau tak main fridge magnet yang melekat dekat fridge tu, menda lain yang dia suka buat, bukak tutup laci kabinet. Selalunya memang kami akan tengok and jaga daripada jari tersepit or dia ambil menda bukan-bukan daripada laci (Tapi Iman tak berapa interested, yet! untuk selongkar barang dalam laci kabinet tu) tapi entah macam mana on that day, for the first time, one of his tiny jari tersepit! Meraungnye Ya Allah bukan main.. Mommy yang dari dalam bilik (tengah kemas bilik time tu) bergegas ke dapur sebab terkejut. Huhu. Takde pape kecederaan pun.. Tapi yelah, mestilah sakit.. Dah la jari tu halus je.. Lagipun dengan tambah first time kena lagi, mesti dia terkejut. Nasib baik tak demam.. Tapi yang pasti, still nak main dekat laci tu, tak reti rasa serik *sigh*. Kalau ikut mommy, nak je diikat semua laci-laci (yang reachable) tapi harus diingat oii tu bukan dapur hang, jangan sesukati nak buat macam dapur sendiri hukhuk.

Tersepit Daging (23/1)

Baca subtitle atas rasa macam ngeri je.. Its more, nak sepit (or ketip?) kuku then tersepit kulit jari sket. Mommylah punya pasal! Mommy tak selalu sepit kuku Iman due to ketidakberanian plus sight yang bermasalah huhu. So biasanya yang sepit Toksu or daddy. Tapi pasal few days ni daddy and toksu rak berkesempatan,  mommy plak dah tak tahan sangat kuku Iman panjang!!, muka da calar balar. Dengan keberanian since first time ritu try sepit kuku succeed,  nak lah sepit kuku Iman lagi sekali, while Iman tengah syok main toys. Ntah macamana, tersalah aim  and tersepit kulit Iman (dah aimed baik punya, tapi Iman boleh pulak tarik tangan dia..). Iman menangis, tapi tak lah seteruk tersepit jari semalam. Mommy cepat-cepat dukung Iman bawak keluar main buaian dekat taman sebab nak pujuk huhu. Sambil-sambil tu, try stopkan darah yang keluar. Ya Allah..Darah banyakk sangattt. Tak nak berhenti! Daripada nak settlekan sendiri taknak bagitahu Tokma, last-last mommy mengadu jugak dekat Tokma, sebab dah cuak sangat darah taknak stop! Habis kena baju, seluar, toys Iman (Iman relax je, tak nangis, sakan sambung main). Bila dah bagitahu, Tokma terus suruh pergi amik minyak gamat (ha'ahhhhh macamana boleh tak teringat nak sapu minyak gamat.... sengal!). So mommy amik kapas muka, bersihkan darah, sapu dengan minyak gamat, and tampal plaster.. Fuh!. Betullah darah baby belum pekat lagi. Agen bekukan darah pun tak banyak, tu yang lambat darah nak stop. Sejak daripada tu, mommy sumpah taknak sepit kuku Iman lagi, no matter how long!!

Digigit serangga (24/1)

Ya, 3 hari berturut-turut Iman kena tragedi jari. Hari ketiga, malam, while mommy and daddy syok tengok Maharajalawak Mega tema karot komedia. Iman memang tengah main, duduk elok sebelah mommy. Sambil tengok tv, mommy layan Iman main, bukannya leka sangat tengok tv.. Tapi ntah macamana, dalam few seconds mommy alihkan mata dekat tv, tiba-tiba Iman meraung. Mommy tengok ada satu serangga dekat jari telunjuk Iman tangan kanan. Cepat-cepat mommy tepis-tepis tangan Iman tapi serangga tu melekat!! Haaa mommy terus la gelabah bagi dekat daddy sambil jerit-jerit, lompat-lompat, menangis cuak *buruk rasanya kalau nak dibayangkan semula*. Daddy yang blur mula-mula tak dapat tangkap apa yang mommy cakap, cepat-cepat cabut serangga tu daripada jari Iman and hisap jari Iman, takut ada bisa. Banyak kali jugak daddy hisap-buang-hisap-buang. Agak-agak dah sudah, mommy pujuk Iman and bagi susu, Iman terus tertidur (dia memang dah mengantuk sebenarnya).

Kami laki bini bincang-bincang kejap, and atas advice father in law through whatsapp, (masa tu semua orang takde dekat rumah sebab pergi hantar pengantin ke Johor, tinggal kami sekeluarga kecik je huhu), we decided nak pergi klinik, takut melarat or jadi lebih teruk since kami taktau apa nama serangga yang dok kepit jari Iman tu. 

For the first time pergi klinik tengah-tengah malam, pukul 12. Ayah yang cadangkan pergi klinik 24 jam dekat Bandar Putra Permai. Kami siap bawak serangga tu pergi klinik hokeyyy, tunjuk dekat doktor.. Tapi hopkos doktor tak kenal apebenda binatang tu, dah dia bukan entomologist huhu. Doktor kata tak perlu injection, just bagi few ubat including paracetamol (pain killer) takut-takut dia rasa sengal and tak boleh tidur malam. Kami kena pantau within 24 hours if ada sebarang rashes or demam or problem in breathing, then kena rushing pergi klinik semula. Alhamdulillah, Shazrie Iman baik-baik sahaja.. Mungkin sebab daddy dah completely keluarkan bisa (kalau serangga tu berbisa). 

Apa yang menghairankan, sepanjang mommy main dengan Iman, tak nampak sekor pun serangga tu ada. Ntah dari mana dia wujud, boleh ketip jari halus anak aku. (Shazrie Iman baru belajar pointing and touching using jari telunjuk, so semua benda nak dicuitnya). Kurang ajar betul. Dah tak pasal-pasal Maharajalawak Mega kemana, tengah-tengah malam pergi klinik. Iman dah kena gigit,  kami dah balik dari klinik, baru lah nampak beberapa ekor serangga tu. Apalagi, daddy dengan perasaan berdendam, terus nyahkan saja mereka huhu.

Unknown serangga. Nampak tak ujung kepala dia tu. Tu la yang dok ketip jari Shazrie Iman sampai taknak lepas. Best sangat agaknya.

Bekas jari yang diketip
Well, nampak sangat walaupun parents sendiri yang jaga, still berlaku perkara-perkara macam ni. Makes me wonder macamanalah kalau kita mintak orang lain tolong jagakan, especially kalau dia jaga lebih daripada seorang (nursery). Hmm..

Friday, January 23, 2015

The Day As A Tourist

Sejak Shazrie Iman lahir, susah daddy nak bagi mommy keluar berdua dengan Iman. Kalau dah nak sangat pun, dekat-dekat je macam dekat Alamanda, Mines and IOI City Mall. Ikutkan mommy ok je kalau nak berjalan jauh sikit berdua (walaupun ada jugak rasa cuak di hati) tapi pasal hubs dah tak bagi, akurlah kite..

But finally, dapat jugak mommy merasa! Tu pun sebab dah 'terpaksa'. Sebabnya, mommy nak jadi tourist guide, bawak labmate foreigner dah nak balik negara asal.. Walaupun daddy keberatan, tapi dapat jugak mommy ladies day out bertiga, Iman teman.. Dengan syarat, kami tak boleh pergi Central Market or Petaling Street, which actually dah termasuk dalam senarai tempat 'must go'. Takpelah.. Turut jelah.. Huhu. (Ikutkan daddy, nak je dia ikut. Tapi pasal kerja, kenalah tinggal.. Huhu)

Menara KL/KL Tower
Tujuan pertama, Menara KL! Last mommy pergi naik menara, dalam 10 tahun lepas? Lama gila. Now dah ada open sky deck ok! Mommy excited nak pergi tapi tak boleh since ada Iman.. 13 years and above je boleh pergi dekat open deck.. Nampaknya memang dah berkedutla baru mommy dapat naik.. Tu pun kalau time tu berani lagi.. Huhu. Sudahnya, terpaksalah mommy berdua dengan Iman tunggu dekat yang indoor sementara Shela and Safiya enjoy kat open deck. Huk. 

Tips bawak baby : 
1. The easiest way of course by babywearing.. Tapi kalau nak bawak stroller pun boleh..

2. Please make sure bawak something yang baby boleh masuk mulut untuk hisap since tekanan dalam telinga masa nak naik lift boleh buat baby tak selesa. (Sama macam naik flight).
Mommy memang ada bawak biskut untuk Iman tapi tak sempat nak korek dalam beg. So mommy bagi je Iman hisap jari. Alhamdulillah both masa naik and turun Iman ok je :).

P/s : Sebenarnya Shazrie Iman lagi advance daripada daddy sebab daddy tak pernah pun naik KL Tower sepanjang hidup! Kesian daddy.. Nanti kite pergi bawak daddy pulak ok?

With Safiya, my lovely labmate from Nigeria,

Mommy selfie dengan Iman sementara tunggu Safiya and Shela enjoy themselves at open deck. Ceh.

Shazrie Iman yang eksyen tak gayat.

Muzium Diraja
Tujuan kedua, Muzium Diraja (Istana lama). Actually tujuan asal nak pergi Muzium Negara. Tapi kami terbelok kat sini dulu huhu.Yang ni jangankan Safiya, and Iman, mommy and Shela pun first time datang sini. Huhu.

Masa kami melawat, ada pameran khas dekat bangunan satu lagi.. Dekat pameran ni je yang boleh amik gambar. Kalau dalam istana tu tak boleh nak bergambar..

Tips bawak baby :
 1. Again,  babywearing makes life easier. Stroller tak boleh bawak masuk, kena tinggal kat luar. Lagipun dalam istana tu bertangga..

2. Since kena tanggalkan kasut, so nak mudah, pakailah kasut/sandal sarung je.. Senang nak tanggal, senang nak pakai balik..

P/s : Ni pun nak kena bawak daddy, nenek, atok, and lain-lain sebab dorang tak pernah pergi jugak. 


Main gate. Masa kami datang, lengang! Maybe sebab weekdays and bukan musim tourist datang melancong (memandai je ni :p)
Di perkarangan Istana Negara (lama) which now dah jadik Muzium Diraja.
Ni dalam pameran in the next building. Aircond tak on, panas hokey
'Singgahsana. Tak sangka apa yang kite tengok dalam drama melayu hitam putih dulu-dulu sama je huhu. 
Pergi berempat. Tapi gambar bertiga je (sorry Shela!) sebab bergilir amik gambar. Dahtu pakai satu hp je sebab hp kite kokak, bateri kejap dah kong. Takpelah, janji main character (Safiya) ada.

Since keluar dah lewat, pergi dua tempat ni je dah pukul 3 lebih. Pasal perut dah kelaparan tak lunch lagi, kami decided nak terus pergi lunch and tangguhkan plan tempat yang lain.. Pergi lunch dekat Midvalley,  terus pulang sebab dah lewat petang. Daddy tak bagi balik lambat.

And guess what, nak sangat merasa drive jauh dengan Shazrie Iman kan, haaa sangkut dalam jem teruk on the way balik tu! Dahlah peak hour orang balik kerja petang Jumaat, dahtu ada treler melintang tengah jalan! Iman dah mengaruk-ngaruk nak tidur. Stress mak! Tapi finally tidur jugak, lepas dah berpuluh-puluh lagu mommy nyanyi nak dodoi. Serik! Ok tipu. Serik nak keluar time peak hour je. Drive berdua rasanya ok je lagi.. *Degil*


Tuesday, January 13, 2015

Mykid

Masa Shazrie Iman lahir, kami tak dapat maklumat about MyKid. Ada dengar yang Mykid ditangguhkan dulu tapi tak tau sampai bila. Few weeks after buat surat beranak, barulah mommy study and tau yang rupa-rupanya application for Mykid dah on balik..

Thinking of we love to travel a lot, so Mykid is a must have. Baru few times bawak je dah nak membelacan. Ini kan years. Memang kena kerah daddy pegi buat. Lebih-lebih lagi raya nak naik flight. Payah woo nak bawak gabak-gabak tu.

Kesilapan kami, taktau yang kalau buat dekat cawangan kecil, tak dapat on the spot. Daddy pergi buat dekat tempat yang sama daftar surat beranak Shazrie Iman, sebab orang tak ramai. Pulak tu surat beranak dapat on the spot, so expect the same way too on Mykid. Rupa-rupanya kena tunggu minimum 3 bulan ye!! Grr kalau tau, sanggup I pergi Putrajaya, terus dapat tak payah nak menunggu.

After months of waiting, finally the Mykid pun siap.. Mommy call dulu tanya sebab last time pergi and tanya still tak siap lagi *sigh*

Now bak ayat favorite nenek, Shazrie Iman dah boleh terbang ke langit hijau (sebab mommy da tak payah nak susah-susah bawak surat beranak gedabak tu ke hulu ke hilir)

Sunday, January 4, 2015

Berendam di Sungai Gabai

Melayan kesukaan atok yang nak jelajah semua sungai-sungai yang ada dekat sekitar Selangor ni kononnya, kami pergi berkelah di Sungai Gabai.. Walaupun taklah berapa jauh daripada area kami, tapi ni first time mommy sampai sini. Kalau Sungai Tekala and Sungai Congkak tu pernah lah sampai. Padahal dekat-dekat je, punca yang sama rasanya (eh yeke?)

Sampai dah petang, so mandi pun tak lama.. Tapi sempatlah jugak Iman mengecutkan diri mandi air sungai yang sejuk, for the first time! Mula-mula dia bising je sebab air sejuk. Yelah budak manja ni kan mana nak mandi air sejuk.. Kat rumah asyik mandi water heater je. Kadang-kadang je bagi mandi air sejuk. Tu pun bukan main merengek. Tapi bila dah lama direndamkan dalam air sungai tu, naik syok pulak dia. Bukan setakat main tepuk-tepuk air, siap turun slide semulajadi lagi. Malu-malu kucing konon mula-mula tu eh... Ceh.

Before dicelupkan dalam air
Nampak tak budak tengah syok sendiri tepuk-tepuk air.
Aksi mencabar Iman! Huhu


Mommy percaya, mesti lepas ni ntah ke mana ceruk sungai lagi atok akan bawak Iman. Layankan jela.. Aktiviti beriadah lagipun, sihat badan :)