Pages

Sunday, April 27, 2014

Introducing...

Alhamdulillah..
Hari ini, 27 April 2014, cukup seminggu bayi kami dilahirkan. Pada hari ketujuh ni jugak kami berjaya pilih nama baby kami..
So, introducing..



Few hours after dilahirkan

Shazrie Iman bin Shairazi
Tarikh lahir : 20 April 2014 (Ahad),
Bersamaan dengan 20 Jamadilakhir 1435H
Minggu : 40w
Cara kelahiran : SVD with episiotomy (Foley ballon catheter induction)
Masa lahir : 8.59malam
Berat : 3.2kg
Panjang : 47cm
Kelahiran normal
Cucu sulung kedua belah keluarga

Shazrie Iman, semoga sentiasa sihat dan ceria, jadi anak yang baik, mendengar kata dan menyenangkan hati semua orang..

P/s : Kuasa veto untuk pilih nama baby dapat dekat the daddy since baby boy. Bagi can. Huhu. 

Baby Bouncer

The most popular baby bouncer among parents mestilah Fischer Price's. So far kami tak plan lagi nak beli bila and brand apa. But, thanks to Makngah sebab belikan my baby the bouncer :). So, takyah mommy and daddy beli dah..


Syok lettew.. Siap ada vibration lagi.. 

Thursday, April 17, 2014

BSP 6th and Final Check up!

Final check up! Maknanya final bsp and final datang klinik kesihatan before bersalin. Sabtu ni nak tak nak kena serah diri dekat hospital.

So, as usual, pagi ni hubs hantar pergi klinik.. Kalau datang klinik malam tadi untuk buat bsp kite boleh dapat jadi orang yang first sekali *proud*, tak tau lah kenapa or memang sengaja kk nak 'kenakan' kite final visit ni, umat manusia ramai gila! Paling ramai dalam sejarah kite pergi ulang-alik klinik selama ni. Punya ramai sampaikan first time kena berdiri kejap lepas amik nombor, sebab seat penuh. Luckily nak tunggu kena panggil untuk first kaunter tak lama, by 8.40am dah kena panggil untuk pergi lab.

Dekat lab pun Alhamdulillah, tak lama menunggu. Kira by 9am, dah setel. Yang buat tak tahan tu, masa nak tunggu turn untuk jumpa nurse, untuk cek perut. Tunggu punya tunggu, pukul 10 lebih baru kena panggil kut. Selalunya pukul 10am dah setel and boleh balik kejap sementara tunggu for next bsp. Ini tidak. Takpe-takpe, fikir positif je yang ni final visit :p. Lepas da cek semua, Alhamdulillah semuanya normal, nurse suruh jumpa doctor pulak untuk scan.. 

Kalau dah kata kena jumpa doctor tu, maknanya kena queue lagi lah. Tengok buku dalam bakul depan bilik doctor, punyalah setimbun. Tapi luckily turn kite takdelah lama sangat nak kena tunggu. Daripada result doktor scan semuanya dalam keadaan elok dan sepatutnya, dengan estimation berat baby 3.15kg?! Huhu. Saje tanya doctor, kalau dah semua ok takde masalah still nak kena serah diri ke Sabtu ni. Jawapannya haruslah kan.. Huk.

Last-last, pukul 12 baru setel?! Tak pernah-pernah setel pukul 12pm. Tunggu hubs sekejap, terus beli makanan lunch before nak kena puasa lagi another 2 hours - last punyaa. Ntah kenapa mata ni mengantuk sangat, lepas je makan terus tertidur! Ha.. Kalau dah terus tertidur tu, dengan kurang minum air, faham-faham jelah, bsp next tu terus melonjak naik, paling tinggi dalam rekod! Time ni memang dah lantak kau lah.. Tinggi ke, rendah ke, aku tetap kena serah diri jugak. So dah takde perasaan :p.

And again, bukan pagi je, petang tadi pun kk saja nak 'kenakan' kaw-kaw. Selalu dalam 15minit dah setel. Ni dekat sejam baru setel?! Dah tak terfikir positif time ni huhu.

So overall result for final check up : 

Bsp Fasting (3.7), Post breakfast (3.7), Post lunch (7.4), Post dinner (4.1)
Berat still maintain 65.5kg
Blood pressure and hb ok
Uri and air ketuban ok

Mudah-mudahan dipermudahkan.. Mil siap readykan air selusuh and me myself buat air yassin untuk buat minum-minum. Cuak jangan cakap, makin terasa. Tapi at the same time tak sabar nak baby keluar :)

Wednesday, April 16, 2014

Persediaan Untuk Berpantang

Plan asal memang nak cari set berpantang yang dah siap.. After pilih punya pilih, dah plan nak beli set Nona Roguy sebab rasa simple je and tak perlu nak makan banyak pil hohoho. Tapi, kalau dah anak Puan Nora yang memang berpantang betul ikut kampung dulu, ibu tak setuju.. Ibu kata tak feel la kalau tak berparam pilis bagai.. Untuk dalaman pulak, ibu kata jangan nak malas-malas, time ni lah kena jaga betul-betul telan semua yang patut. Pulak dah.. So, untuk memuaskan hati ibu, kite tukarlah plan kepada tradisional.. Heuheu. 

Daripada kononnya nak makan satu pil je, jangan mimpilah ye.. Ibu dah siap tempahkan air kunyit and jamu tak hingat panggil apa tapi rupa and bau dia memang 'jamu habis'. Semua ni penangan cousin yang kebetulan tengah berpantang and amik tu semua. Bila dah tau ada orang boleh siapkan, ibu laju jelah order. Huk. Tak cukup dengan tu, ibu suruh cari lagi pil-pil yang bersesuaian. *Habislah kau...*

So, sebagai anak yang mendengar kata ewah, kite pun usha and study balik set-set berpantang.. Usha punya usha, tak jumpa yang bersesuaian dengan kehendak kite. Kalau ada yang set luaran dah ok, dalaman pulak tak ok. Ada yang kite rasa dalam set tu tak diperlukan so rugi je kalau beli satu set tapi tak semua pakai. Hubs dok suruh beli set Tanamera memandangkan ada kawan dia (perempuan) ada post gambar dekat ig dia beli set Tanamera. Try jugak study set Tanamera tu tapi ada antara barang yang ada dalam set tu kite dah ada.. Tak mahu lah.. Plus dia takde set untuk dalaman (kalau tak silap). Just ada teh herba je.

Oh sebelum tu rasanya patut listkan apa barang yang kite dah ada and tak diperlukan if dalam set :

- Tungku besi (untuk mommy). Pakai mak mertua punya.
- Tungku baby (ibu dah belikan)
- Bengkung. Dah beli dekat Mumdreams. Lagipun ibu ada bengkung Sendayu Tinggi. So boleh pakai jugak,
- Herba untuk mandi. Dah beli dekat Mumdreams jugak. And kata mak, tok ada siapkan jugak dari kampung.

So, mana-mana set yang dah ada menda-mende tu and tak boleh nak beli ala-carte, kite dah tolak tepi. So skop dah tak banyak nak pilih. Jadi kite decided nak beli set luaran Sari Ayu sebab dia dah cukup ada param pilis tapel and minyak telon baby. Pulak tuh dah siap dalam bentuk losyen(?) so rasanya senang nak apply tak payah nak bancuh-bancuh. Baca review orang pun banyak yang puas hati. Tapi masalahnya pulak agak payah nak cari Sari Ayu ni. Try jugak usha toko-toko jamu (?) tapi tak ketemu :p. Nak tengok dekat Mydin, tak berkesempatan lagi nak pergi. Dekat online ada.. Tapi tak rasa nak beli online, nak tengok depan-depan dulu baru puas hati :p.

So other option, mintak tolong ibu usha kan sekali dekat Rawang.. Tapi last-last ibu bukan belikan yang Sari Ayu, dia belikan yang macam kat bawah ni :

Brand Air Mancur. Ada param, pilis, tapel. Traditional enuff?? Yang pasti, RM30 hengget sahajerk..
Ibu kata dia jumpa yang ni, so dia beli jelah.. Alahai ibuku, kite baru nak memudahkan dia tak payah nak bancuh-bancuh, tapi dia beli yang kena bancuh jugak.. Takpelah.. Dah ibu rajin..

So untuk luaran dah setel. Untuk dalaman pulak. Jamu and air kunyit dah ada. Since ibu suruh cari lagi jamu lain, kite decided nak try pil Sendayu Tinggi sebab dalam banyak-banyak brand yang kite usha, Sendayu Tinggi lah yang ada beberapa jenis botol jamu, which each bottle ada fungsi lain-lain. Plus, Sendayu Tinggi boleh beli asing-asing, tak semestinya one set..

Luaran sudah, dalaman sudah. Whatelse? Untuk berganggang / bertangas pulak. Yang ni ibu yang nak carik. So kite serahkan jelah pada ibu.. Kite pn xtau apa yang perlu.. Huhu

Mudah-mudahan dapatlah abeskan semua yang dibeli, especially jamu. Biar mantop sket lepas beranak nanti :p.

Persediaan Menyambut Orang Baru

Barang semua dah setel. So, next adalah readykan bilik. Since berpantang dekat rumah parents dekat Rawang, so rasanya untuk dekat sana tak payah nak pening-pening, tau lah ibu siapkan. Tapi does'nt mean tak perlu kemas yang dekat rumah in laws ni. Kalau dekat Rawang, for sure guna bilik Kakde sebab dekat tingkat bawah. Kalau dekat Serdang, apa lagi, bilik sendiri la sebab memang dah dekat tingkat bawah, depan sekali pulak tu :p.

Sebenarnya sebab utama nak kemas bilik bukanlah nak bawak baby masuk heheh. Tapi lebih kepada malu nanti kalau ada tetamu datang menjenguk bilik untuk tengok baby or mak baby :p. Yela.. Bilik bukannya cantik.. Kecik je, sarat dengan barang pulak tu.. Selama ni punyalah tertutup rapat bilik tu tapi sekarang dah takde pilihan, nak tak nak kena open room lah. Huhu.

So, apa yang perlu dibuat :

- Re-organize semua barang and buku/novel especially meja kerja hubs : documents and such.
- Lap semua perabot and tingkap. Bukan kata perabot, dengan dinding bilik kite lap. Huhu.
- Uruskan semua wayar yang berselirat. Almaklumlah dalam bilik ni semua lengkap. Pc hubs and printer dah tentu. Speaker set hubs, Unifi decoder, Astro decoder, mini fridge, projektor! Semua lengkap lah! Belum masuk lagi wayar-wayar charger, lampu tidur, lampu study. So semua tuh kena organize elok-elok. Huhu.
- Tukar langsir.
- Tukar cadar. Siap beli cadar baru masa ada sale Jusco. Daripada RM149.00 dapat RM44.70 heh.
Pasang mosquito net dekat tingkap for double protection from nyamuk hehe.
- Buang sawang yang ada.
- Bersihkan kipas and air-cond.
- Mop and sapu lantai of course.

Jangan kata yang nampak, yang tak nampak (dalam laci/drawer/cupboard) pun kite organize balik haha. Dah alang-alang membersih kata orang.. So mana yang patut dibuang, lesir kan ajer.. Mana yang patut letak dekat stor, kite mintak hubs alihkan..

Untuk bilik, dah setel. Bersih betul (Rasanya kut?). Impian di hati nak pass je dekat hubs, mintak dia yang uruskan. Tapiiiiii.... Hmm better kite yang buat sendiri kut. Huhu. Lagipun saja nak membusykan diri, takdelah terasa menunggu sangat :). *Pastu terus sakit pinggang kan...*

Ha yang ni off topic, preparation bukan untuk sambut baby je, tapi untuk tinggalkan daddy jugak hahaha. 

- Re-organize semua ubat-ubatan dalam satu drawer. Pills/krim/minyak urut/gamat/ubat batuk/chikitekaun/gaviscon/vicks and segala mak nenek ubat diletakkan setempat. Senang kalau hubs perlu nanti sepanjang kite balik Rawang. Kalau tak, hubs taktau mana nak cari. 

- Susun semua dokumen or barang-barang dia and bagitahu dekat mana kite letak untuk sekian-sekian barang. Biasanya kitelah yang tukang cari (Sebab kite je tahu dekat mana dia selalu sepah-sepahkan hihi)

- Penuhkan bekalan air dalam bilik (mineral and kotak). Hubs jenis kurang minum air kalau tak diingatkan or disediakan. So, kalau dah tersedia bekalan air untuk mudah dia capai, taklah risau dia dehydrate nanti.

See. Punya lah sayang bini ni dekat husband kan.. Tak tinggalkan camtu je tau.. Huhu. And to baby, walaupun tak seberapa, harap baby selesa :). Nanti dah tiba masa sesuai, kita ajak daddy pindah ye sayang.. :)


Thursday, April 10, 2014

BSP 5th and Weekly Check up

To make it simple, semua normal untuk check up kalini.. Mommy's weight still maintain 65.5kg. Bsp pun semuanya ok dan rendah : Fasting (3.8), post breakfast (3.7), post lunch (5.4), post dinner (3.4). Mommy's blood pressure and baby's heartbeat pun normal Alhamdulillah.

Kalini nurse ada ajar untuk breastfeed and family planning.. Nurse jugak ingatkan untuk repeat MGTT lepas berpantang and buat pap smear..

Thursday, April 3, 2014

BSP 4th and Weekly Check up

Letih! Tu jelah bole komen untuk pregnant woman with gdm. Buat makin tak sabar nak beranak cepat-cepat *sigh*.

Kalau last bsp boleh terlepas cucuk darah malam, kalini taknak terlepas lagi (Sayang duit RM25 lagipun haha). So pukul 9.30 dah kuar rumah pergi klinik. Tengok-tengok orang ramaiii.. Sebab nurse pulak yang belum sampai.. Ceh. Yang duduk menunggu tu ada lah dah lebih 10 orang. Aduhai... Kena menunggu lama la ni...

Dalam 5min sampai, baru nurse ada and bukak pintu.. So turn dah berterabur, kena berebut-rebut untuk letak buku, ikut siapa cepat dia dulu.. Nasib baik tak lama, dalam pukul 10.20pm kite dah setel..

Tadi, pagi-pagi pergi klinik, amik no. pukul 8.17am.. As expected, dalam pukul 9.05am baru lah dapat 2nd buku pink and terus ke lab.. Kite tak kisah lambat tu, sebab dah biasa. Tapi yang agak membengangkan, nurse dekat bilik 14 tu haishhh. Dia boleh bising pulak, mempertikaikan kenapa dah pukul 9 kite tak start puasa lagi untuk 3rd bsp (pukul 11). Eh hellloooo dah aku dapat buku untuk start 2nd bsp lambat, which is bukan sebab salah aku, kau nak bising pulak.. Pandai-pandailah kite nak adjust time kite kan.. Dah biasa.. Lagipun, bukannya nak makan berat.. Roti and air masak je, tu pun dah bawak bekal siap-siap. Its not a big deal tapi dia pulak yang gelabah lebih. Sabar ajelah..

Time cek perut, semua ok.. Heartbeat baby ok, blood pressure ok, baby dah turun, berat 65.5kg fuhh and dapat pesanan yang sama macam previous.. So by 10am semua dah setel. Nak tunggu sejam dekat klinik, macam malas sebab sorang-sorang. So balik rumah kejap..

Dalam kol11.30 am datang balik.. Kalini dengan hubs sebab kununnya dah hujung-hujung ni biarlah hubs temankan.. Plus dia tengah free takde kerja and untuk cucuk kalini bukannya lama pun, sekejap je.. Dalam 5min da setel huhu. Lepas je cucuk, terus tapau makan lunch as usual before start puasa lagi untuk cucuk petang..

Petang, boleh pulak jam-jam nak pergi klinik (pukul 3.30pm), hujan lebat gilaaa. Kereta pun penuh dekat tempat drop off, apetah lagi parking. So terpaksalah hubs turunkan kite, kite meredah hujan sket and dia tunggu dalam kereta je.

Lepas dah cucuk dekat lab, sekali lagi nurse bilik 14 menguji kesabaran. Boleh pulak dia silap panggil no., orang yang kemudian dari kite kena panggil dulu. Dalam 4-5 orang pulak tu! Eh hangin aku. Daripada kalau tak sekejap je dah setel, dah drag masa. Bila dah kena panggil, dah masuk dalam bilik tu baru tau kenapa. Nurse tu menggelabah! (Nurse yang sama pagi tadi). Buku atas meja bercampur-aduk. Depan mata kite ok dia boleh tersilap-silap buku, nak tulis pasal kite dekat buku pink orang lain. Kite yang perasan and tegur yang dia tersilap buku. Haiyooo..

And tambah bengang, kusangkakan dah setel bsp xyah nak buat lagi (or paling busuk pun as usual, 2 minggu lagi). Rupa-rupanya sangkaanku melecet, kena ulang lagi bsp, minggu depan pulak tu?! Padahal result kalini sangat ok. Aduhaiiiii. Taktaulah nurse tu yang memandai or memang protokol (dia bagi reason sebab due dah makin dekat so kena kerap buat). Pasal dah bengang sangat, boleh tak terfikir nak masuk bilik 11 untuk tanya betul ke tidak. Nak taknak, pasrah jela labuuu.

Result bsp kalini : 5.1 (post dinner), 4.3 (fasting), 3.7 (post breakfast), 6.4 (post lunch). Walla!


Wednesday, April 2, 2014

Infant Carseat or Carrier Carseat

Setelah sekian lama dok belek-belek nak beli stroller apa *insert mommy tears and sesi pujuk-memujuk hubs which finally kalah jua haha*, finally we decided to buy one of Sweet Cherry's collection.. (Why? Will share about it when we already buy it) Tapi belum nak beli lagi pun.. Huhu. Stroller still in our pending list, nak beli bila baby dah keluar. Tapi we have to make the decision because kami nak beli infant carseat.. So kena lah tengok jugak stroller yang compatible..

Kalau beli Quinny, mommy dah usha nak Maxi cosi cabriofix divine denim. Tapi pasal nak beli Sweet Cherry je,  kami beli infant carseat Berlington CS28, which the only one yang compatible dengan stroller pilihan kami..

Sejarah nak beli carseat ni, kami siap pergi gudang Sweet Cherry yang dekat Seri Kembangan tu okeh.. (Sebab dekat je lagi pun huhu). Pergi dengan harapan boleh la belek-belek semua collection yang dorang ada. Nama pun gudang kan.. But unfortunately, takde pun any sample.. Cuma boleh pilih-pilih through gambar je.. Ada 2 file gambar untuk dibelek dekat waiting room office dorang. The price pun takdelah dapat kurang mana.. Harga lebih kurang dengan dekat Jusco jugak, or maybe Jusco lagi murah kut kalau ada promo or sale. Lagi sedih, tak semua in stock. Macam infant carseat yang ktorang nak, takde pun dalam stok. Kena jugak usha Jusco haha.

Kalau kat Jusco ni, faham-faham jelah, tak semua collection ada dekat 1 tempat. Fortunately kami dah usha few Jusco so tau dekat mana yang ada infant carseat pilihan kami, which the nearest Jusco Balakong @ Cheras Selatan.. So, tadi kami terus ke sana semata untuk beli.. Memang kami bernasib baik sebab kebetulan orang Sweet Cherry memang ada dekat situ, so boleh la kami tanya-tanya banyak benda (berbanding kalau dengan promoter Jusco).

And tara... Inilah dia infant carseat untuk baby kami.. Warna purple.





Ikutkan mommy nak color biru or hijau. Baby boy katakan.. Tapi ada color ni je pun.. So beli jela.. The price Rm179. Entah kenapa yang ni takde discount. Yang lain semua ada discount. Takpelah still cheaper compared to Maxi cosi *Obviously*.. Boleh nak statik tak bergerak or ayun-ayunkan..

Oh the reason why I think we need to buy this thing earlier sebab memang kite nak ajar anak duduk dalam carseat. So kata orang, melentur biarlah dari rebungnya heh. Plus, kite akan balik berpantang dekat Rawang after keluar hospital. Walaupun tak berapa jauh dari Serdang-Rawang (about 45mins) tapi kite takut kite tak biasa or tak reti sangat pegang baby untuk tempoh lama camtu. So better ada carseat untuk letak baby (instead of atas sebab keselamatan)

Harap baby nak duduk dalam ni.. Otherwise kena beli yang lagi mahal la. Eh? :p

p/s : Next carseat mommy berkenan betul dengan Cosatto. Sebab color dia boleh bikin ngences! :p

Monday, March 31, 2014

Beg Hospital

Setelah berkali-kali try untuk packing beg hospital, akhirnya ready pun!! Haha. Punyalah payah nak pack sebab barang-barang lain punyalah sakan beli, barang untuk beg hospital terlupa! Dengan ada few barang yang tak beli, nak pinjam je dari ibu eg kain batik and stokin, tapi dan-dan lama gila tak balik rumah Rawang untuk ambil. Sebab apa, sebab hubs busy kerja, or kami busy shopping barang baby. Ada tu, ibu pulak yang tak bagi datang sebab krisis air haha.

Try jugak google checklist mommy to be yang lain. Ada yang simple, ada yang agak banyak jugak barang yang dorang bawak. Maybe bergantung jugak dekat hospital kut.. Since plan nak bersalin dekat Hospital Serdang, and kebetulan ada kawan hubs yang bersalin dekat hospital yang sama around a year ago, so dapatlah tanya dia sikit sebanyak barang apa yang penting untuk disediakan.. 

Ada orang asingkan beg ibu and beg baby. Kite? Alah sekalikan ajer walaupun plan asal ingat nak lah beli beg baby.. Huhu. Sebab bila kite pack barang kite, muat je nak sumbat sekali dengan baju-baju baby. So buat apa nak asing-asingkan. Takut nanti leceh pulak nak bawak beg banyak-banyak. Cuma, kite asingkan lah antara baju baby and baju kite.. Lets peek what's inside my hospital bag :

Satu bahagian beg letak keperluan mommy.
Separate by zipped pocket, letak keperluan baby pulak..
As ramai mak-mak dah bagitahu, penting untuk asingkan pakaian baby untuk keluar dari labour room, yang hubs kena bagi pada nurse masa kite masuk labour room. Kite yang cheapskate ni :p pack kan keperluan tu dalam paper beg je.. Paper bag free yang dapat kenduri kawen orang. Heuheu

Takyah susah-susah ber beg bagai. Kasik paper beg ni je dah cukup, pastu nurse nak rembat (biar betul nurse nak rembat?? :p)  or buang paper bag tu pun dah tak kesah.. Huhu
 What's inside this free paper bag?

Complete set pakaian baby..



So inilah dia yang perlu diangkut ke hospital nanti.. Ada jugak siapkan bakul untuk bekalan makanan (atas pesanan orang-orang). Bakul tu pun pinjam ibu punya. Heh.

Ikutkan kite sebenarnya nak bawak barang banyak-banyak.. Mana pernah packing barang sikit kalau travel.. Macam-macam nak bawak. Tak payah cakap pasal travel, kalau nak balik Rawang untuk 1 malam pun beg penuh haha. Tapi since tak nak nampak 'meriah' sangat untuk beg hospital, so kite try sebolehnya untuk bawak sepenting yang mungkin. Kalau ada pape yang tak cukup, kenalah ada runner amikkan dekat rumah. Nasebaiklah dekat je rumah-hospital. Cuma nasiblah dorang jumpa ke tak. Mana-mana yang dikira penting memang kite dah letak dekat tempat yang mudah orang nak cari..

Untuk checklist, boleh tengok dekat sini 




Checklist Beg Hospital

For mommy's stuffs
- T-shirt (2)
- Kain batik (3)
- Bra (2)
- Longpants (1)
- Tuala mandi (1)
- Stokin (2 psg)
- Pad 1 pek overnight (16 pcs)
- Disposable panties (17 pcs)
- Disposable bra pads (3 psg)
- Washable bra pads (2 psg)
- Selipar bilik

Toiletteries
- Body wash
- Shampoo
- Toothbrush + toothpaste
- Facial wash
- Getah rambut
- Hand sanitizer
- Minyak panas (krim mustajab)

Keluar hospital
- Baju berbutang depan (1)
- Sweater (1)


For baby's stuffs
- Seluar and baju lengan panjang (1 psg)
- Seluar panjang and baju lengan pendek (1 psg)
- Jumper (2)
- Barut (4)
- Kain bedung (1 hooded, 1 tak)
- Mittens & booties (2 psg)
- Topi (2)
- Sapu tangan (1)
- Wet wipes (1 pek = 70 pcs)
- Newborn pampers (10pcs)
- Botol susu kecik 
(Atas nasihat beberapa mak-mak, incase susu takde or sikit masa baru-baru bersalin. Yang ni kena sembunyikan, jangan bagi nurse nampak. Nanti kena marah/buang huhu)

Beg masuk labour room
- Seluar and baju lengan panjang (1 psg)
- Barut
- Bedung
- Mittens & booties (1 psg)


Bakul makanan
- Thermos (air panas boleh mintak nurse)
- Kurma
- Kismis
- Biskut
- Milo 3in1
- Air zam-zam

Tuesday, March 25, 2014

Bermulalah Weekly Check up

Tanggal harini, dah masuk 36weeks! Pejam celik dah nak beranak dah aku ni. Pasni kalau orang tanya berapa bulan, dah boleh jawab 'Tengah tunggu hari' *Berangan* Haha.

So apa yang 'menariknya' kalau dah 9 bulan ni, kena lah mengadap klinik tiap-tiap minggu. Aduhai.. Takpelah.. Janji boleh monitor baby and mommy ok ke tak..

Untuk harini, Alhamdulillah semua ok.. Urine ok, blood pressure ok, berat dah naik 64kg, heart baby ok, position cephalic and surprisingly, hb dah 12.1%!. Wow first time exceed 12, biasa cukup-cukup makan je.. Tak sesia sental jambu batu je hahaha. Tapi pasal previous bsp result ada sangkut satu, kena jugaklah jumpa doktor untuk review.. Nasib baik doktor ok je, tak bebel apa just suruh check back makan apa yang bagi result sangkut tuh and kawal pemakanan...

Nurse yang cek pun bagi pesanan yang sama macam previous.. Keep continue kira baby movement and kalau ada any signal nak beranak, cepat-cepat pegi spital..

As expected, by 10am everything dah setel and boleh balik and sempat tapau roti telur bawang and teh ais. Hamboi. Huhu

Boleh tak kalau rasa nak beranak cepat-cepat? Sebab dah tak larat rasanya dengan pergerakan terbatas. Huhu. Tapi takpelah baby. Selagi belum betul-betul ready nak melihat donia, duduk lah dalam perut mommy ye nak... Huhu

Monday, March 24, 2014

Perut Dah Jatuh?

Minggu ni balik JB setelah sekian lama tak balik (Almost 1 year kut?! Last balik pun tak ingat. Tapi lebih drpd 9 bulan lah sebab memang takde balik langsung sepanjang preggy). Ni balik sebab cousin kahwin.. Balik pun dengan ibu abah and angah je.. Hubs tak ikut sebab kirija!! Huk. Asek kirija je hubs ni. Still tak dapat jugak Quinny I hukhuk.

Since sepanjang preggy takde balik, meaning ni first time jumpa sedara-mara dengan perut yang memang dah sarat tiba masa nak pop :p. So masing-masing sibuk tanya common question : gender anak, ok ke preggy, bersalin and berpantang dekat mana, etc. Bagi macam-macam tip for physical and mental :p. And ayat yang paling famous : perut dah turun or jatuh. Tak lama lagi la ni.. Huhu. Seriously I didnt get any idea dengan term dah 'turun' tu sebab rasanya masa sama je rupa bentuk perut. Tapi hubs kata dia pun rasa perut dah turun sebab nampak macam dah ke bawah. Tudia laki I pun pandai 'tengok' youu :p

Most epic, makcik cleaner indon dekat Hentian Pagoh pun sempat mengomen perut dah turun dah dekat sangat nak beranak ni *sambil buat muka seolah-olah memang dah nak terberanak aku ni* Haha. I hope one day I'll understand and boleh usha perut ibu mengandung lain sama ada da turun or tak :p.

Tuesday, March 18, 2014

BSP 3rd and Regular Check up

BSP lagi! Semalam terlambat 15 minit pergi klinik, nurse dah balik. Haha. Pastu boleh tak terfikir nak pergi klinik swasta untuk buat glucose test. Just fikir pasal pharmacy je. Tapi manalah ada pharmacy yang bukak lagi after 10pm.. Sudahnya, sangkut 1 test, kuciwa puasa tak berbaloi :p, balik dari klinik tutup tuh terus sental makan banyak haha.

Tadi, seawal 7.40am dah kuar rumah. Tapi pasal jem and jalan 'mengelat' yang selalu lalu nak pergi klinik dah kena halang dengan batu, pukul 8.08am jugak baru dapat amik no.. Ntah kenapa, harini ramai betul patients, especially yang bawak babies, compared yang lepas-lepas kalau datang time-time macamni. So dekat pukul 9am jugaklah baru dapat pergi lab untuk bsp and urine test..

After pergi lab, pergi bilik 14 untuk nurse check bsp result yang ada so far. Tapi pasal malam tadi punya tak ada, takde guna jugak. Huhu. Time ni lah baru nurse tanya kenapa tak pergi buat je test dekat klinik.. Serious tak terfikir! So dia suruh pergi buat malamni dekat mana-mana klinik or pharmacy.. Noted!

Then, as usual, buat regular check up. Berat 62.75kg. Blood pressure ok, position baby still cephalic, heart rate cantik (kata nurse :p). Then antara pesanan nurse :

1) Make sure beg dah ready.
2) Jangan lupa bawak buku pink pergi mana-mana.
3) Kalau ada tanda-tanda eg keluar darah/air/sakit cepat-cepat pergi hospital.
4) Kalau dah bersalin, mintak suami datang klinik (bawak buku pink) untuk bagitau.
5) Since balik kampung (Rawang je pun haha) so hubs kena pergi klinik kesihatan sana jugak untuk bagitau. Nanti akan ada nurse datang rumah.

Then jumpa doktor pulak untuk scan.. Tanya doktor berat baby berapa, 2.7kg. Mudah-mudahan tak exceed 3kg masa labour :). Yang kelakar, doktor tanya dah tahu kan anak lelaki? Jawablah dah. Pastu doktor golek-golekkan stick tu, memang nampak gila bibird. Doktor pun tergelak sebab serious jelas! :)

By 10.08am, semua dah setel.. Nak tunggu next bsp, ada dalam sejam lebih, malas pulak nak stay sorang-sorang dekat klinik tak buat pape. So, decide balik rumah, sempat lah kemas-kemas bilik yang bersepah and readykan hubs minum pagi.. Dalam kol 11.38am baru datang balik, cucuk jari and balik semula..

Before balik, singgah tapau nasi goreng ayam (teringin!:p) dengan air sirap limau untuk buat lunch.. Dah lunch, sambung semula puasa and datang semula klinik around 3.30pm.. Hubs nak temankan tapi kite tak bagi, takut-takut terlama pulak, kang dah ganggu jadual kerja hubs.. So better pegi sendiri je..

Setel lah semua bsp untuk harini.. Tapi still hutang 1 lagi (post dinner). And the results bagus-bagus huhu :

Fasting : 4.1
Post breakfast : 4.1
Post lunch : 6.3

Malam, nak tak nak kena lah pergi klinik untuk buat post dinner BSP.. Since dah ada nama dekat Klinik Mediviron, nak shoot kat situ terus, senang.. Pergi sorang-sorang je sebab hubs kena kerja pulak malam ni.. Dia suruh tunggu dia balik tapi since by 10pm dia tak sudah kerja lagi, pergi jelah sendiri.. Lagipun bukannya jauh pun.. Dekat sejengkal je :p.

Kusangkakan tak payah jumpa Doktor, just cucuk je depan kaunter pendaftaran tu :p. Rupa-rupanya kena jugak jumpa doktor, doktor yang buatkan.. Luckily time datang tu memang klinik kosong, takde patient langsung, so terus masuk bilik doktor.. Doktor yang sama masa kena masuk air dulu tu :p.

And the result, dengan dukacitanya : 6.7! Haiyaaa dekat border lagi.. Habislah... Tapi malas dah nak fikir/ Biar jelah.. Dah nak beranak pun haha.. Lagipun bukanlah tinggi sangat pun.. Just dekat sempadan :p

Ohye, untuk bsp kalini, ada pengajaran sikit. Iaitu, jangan sekali-kali terlepas bsp dekat klinik kesihatan! Sebab apa, buat dekat klinik swasta, kena sampai RM25 hokey untuk sekali cucuk!!! Boleh makan McD sampai kenyang :(. Taktau kenapa pricey sangat (or klinik yang kite pergi ni je cekik darah) padahal tengok mudah je nak buat. Dah lah jari yang kena cucuk tu sengal lebih berbanding buat dekat klinik kesihatan. So masa ni lah rasa betapa bertuahnya check up dekat klinik kesihatan. Free woo haha.

9months Sickness

Bukan nak merungut, tapi betullah kata orang, once kita dah experienced sendiri kendong anak dalam perut, kita akan lebih appreciate dengan mak-mak di dunia. Huhu. Penat, yes memang penat. Nak bergerak, duduk bangun susah. Nak berjalan susah. Letih, sakit kaki, sakit pinggang, sakit belakang tak kira masa. Kaki jangan kata, bengkak dah macam kaki dinasor. Rasanya bukan kaki je kut, tangan pun dah susah nak genggam. Jerawat dekat belakang badan dah naik ke leher and tepi-tepi muka. Tunggu masa je nak penuh satu muka. Harap-harap taklah sebab nanti bertambah comot muka mak buyung ni :p

Kalau tengok dari segi berat badan, dah hujung-hujun ni berat naik sikit-sikit, tak mendadak. Sebab kurang makan! Hurmm kurang makan dari segi portion. Tak boleh nak makan banyak-banyak sangat dalam satu masa, nanti boleh heartburn. Once dah pedih ulu hati, lagi lah buat apa pun rasa tak sedap tekak. So better makan sikit-sikit, tapi kerap..

Tidur malam, memang dah susah. Ok bukan malam je, tidur bila-bila siang malam pagi petang haha. Susah dari segi apa, ke kiri salah, ke kanan salah, telentang lagi la salah. Semua serba tak kena, tak selesa. Baby dah penuh dalam ruang yang ada. Pastu bergerak-gerak kicking bagai. So bila tersilap position je, or baby aktif sangat, aduiii terasa betul sakitnya. Nak-nak kalau terkena tulang rusuk. Boleh nak termenitis jugak lah air mata. Kalau rasa kaki baby macam 'tertekan' dekat certain part, urut-urut mintak dia jangan mengeras dekat part tu. Kadang-kadang suruh hubs yang pujukkan. Tapi sekarang ni, baby dah mula menekan-nekan ke bawah, maybe dah nak masuk lorong kut. So lagi lah terasa sakit dia. Belah atas perut rasa kaki tengah menunjang. Belah bawah ari-ari pulak rasa sengal semacam.. 

Kadang-kadang terfikir, kalau sekarang ni dah sakit macamni, boleh ke aku nak tahan rasa sakit nak bersalin nanti. Arghhh serious nervousssss. Mudah-mudahan dipermudahkan lah semuanya...






Saturday, March 15, 2014

Update Keperluan Yang Dah Dibeli

Selagi tak beranak, selagi tu ada je barang yang nak dibeli.. Nasib baiklah baju/pakaian baby dah boleh tutup buku huhu. So we more focused on keperluan am lain untuk baby and mommy.. Pantang pergi mana-mana, tak kisah lah Jusco ke, Aeon Big ke, Giant ke, or even Econsave, kalau sempat beli, beli apa yang perlu.. Since mommy dah tak berapa larat nak jalan banyak-banyak, lama-lama, so mana yang berkesempatan, capai jelah...

Antara barang yang dah dibeli : 


Hair brush (RM7) , infant cotton buds(RM2.80), wet tissues (RM16.90), nail clipper (RM6.90) and grooming sets : powder, syampoo, lotion and shower bath (RM8.50). Grooming set tu memang saja beli travel pack punya (paling kecik pulak tu :p) sebab nak test dulu.. Takut-takut baby tak sesuai then tak rugi nak tukar yang lain. Lagipun, manatau orang bagi banyak as hadiah.. Huhu perasan pulak, macam ada je orang nak beri :p


Baldi (RM6.59), kids hanger (RM3.59) and newborn pampers (RM27.90). Untuk kite pun ada lah beli sikit-sikit as persediaan such as disposable panties (RM7.50), overnight pads (RM12.95 for 2packs of 16pcs) to replace maternity pads and a few new tshirts (RM15-RM19 selai), long pants (RM14.99) and panties (RM20 untuk 7 helai). Semua cari yang murah-murah je hehe. Saja beli baru since hubs suruh beli :). Oye, water spray beli dekat Daiso (RM5). Nak cari color hijau takde pulak so beli jela color biru.. Lari tema huhu.

Total perbelanjaan : RM208.62

That's all for my record now! Barang almost complete. Lega sikit hati. Maybe after ni boleh pack bag hospital pulak :).

Tuesday, March 11, 2014

"Berat tak nak bawak perut tu?"

Just a short story to share :p.

Out of the blue, tengah kemas-kemas katil after tertidur tengahari tadi, hubs tanya :
"Berat tak nak bawak perut tu?". 
Hahahaha. Tergelak jap sebab tiba-tiba je kan.. 
"Kenapa tanya?" 
"Ntah. Sebab nampak macam berat je bila time bongkok2 (nak betulkan cadar).. Nak bangun pun susah" Hehehe.
"Hurmm berat jugak la.. Tu sebab selalu sakit pinggang, sakit belakang. Jalan banyak-banyak pun mengah"
Dengar kite cakap camtu, ntah angin apa datang, terus hubs kata takpe, dia yang kemaskan katil *Campak-campak bantal semua, bentang comforter elok-elok* :p

Bukan tu je, tiba-tiba tadi lepas lunch pun hubs yang tolong cucikan pinggan. Selalunya kite yang cuci. *Touching* Hehe.

Sunday, March 9, 2014

Maternity Photoshoot!

Daripada awal-awal pregnant, memang dah teringin nak amik gambar tayang perut haha. Ok, maternity photoshoot. Ala.. Saja-saja nak bergambar proper dengan hubs dengan perut memboyot, untuk buat kenang-kenangan..:p. So, memang taknak buat awal-awal, nak buat bila dah sarat, baru real haha. Keinginan ni disokong kuat oleh adik and ibu pulak tu.. Dorang memang galakkan amik gambar so lagi lah menggeletis kite nak buat! Haha

Memandangkan tujuan asal saja nak bergambar proper, so takdelah plan nak amik professional photographer bagai.. Just nak amik gambar sendiri-sendiri je, takde budget. Haha. Ok bukan takde budget (boleh je nak paksa hubs kuarkan duit *ok kejam* haha).. Cuma taknaklah spend unwisely sedangkan just untuk suka-suka.. So, my plan asalnya nak mintak tolong bf adik ipar, Syifa untuk amikkan gambar since he is an amateur photographer.. Lokasi angannya nak dekat Bukit Tinggi since tak pernah pergi sana dengan hubs.. Dah bagitahu Syifa yang nak mintak tolong amikkan gambar je, tak payah edit bagai apatah lagi print. Nak free haha tapi kami akan tanggung semua cost nak ke Bukit Tinggi tu. Mulanya hubs tak berapa setuju. Kata hubs kita amik gambar sendiri je, guna tripod *agak menyedihkan* haha tapi lepas dah pujuk-pujuk hubs sikit, finally dia setuju..

Since tau hubs tak berapa ikhlas, plus kami pun takdelah rapat dengan bf adik ipar tu, so a bit segan kalau nak posing-posing depan dia, kite pun try lah cari alternatif lain, usha-usha groupon livingsocial etc.. manatau ada promo photoshoot yang murah-murah.. Nampaknya memang ada rezeki mak buyung ni :). Usha punya usha, memang ada few promo tapi yang paling menarik hati kite, yang kite jumpa dekat livingsocial ni :



Kenapa tertarik yang ni? Sebab dia ada few pakej and price berbeza, bergantung pada masa (weekdays/weekends) and location (outdoor/indoor). Kite tak kisah outdoor ok, indoor pun ok. Yang paling penting, bila dah tengok hasil kerja diorang, ada je maternity photography and ramai je customer Melayu yang diorang pernah shoot.. So yakin lah sikit sebab maknanya diorang dah biasa deal with Malays, tahu apa yang sesuai etc :).

 Bincang-bincang dengan hubs, hubs setuju.. Hubs kata murah gila hehe and suruh pilih outdoor photoshoot.

So, dengan harga RM40 (price for limited time), kami choose outdoor photography for 1 hour, which includes :
- 10 copies 4r printed photo
- 30 digital copies

Murah kan?? Kalau nak hire bf Syifa pun rasanya high cost jugak compared to this promo (sebab nak sponsor semua :p). Ni siap ada printed photo tu.. Original price untuk pakej ni after dah check dekat website dorang, around RM250. Uishh banyak tu boleh jimat..

Lepas dah beli kupon, laju-laju terus book date untuk photoshoot.. Since kite dah sarat and tak banyak free weekend (banyak kenduri kahwin), so nak pilih tarikh seawal yang mungkin. Luckily memang ada rezeki kami, nearest available slot 9 Mac, pukul 5.30pm-6.30pm.. Tarikh ok, masa pun cantik sebab dah petang-petang, takdelah kena berjemur tengah panas :p. 

So, tadi petang, kami pun pergi ke Bukit Jalil Park.. First time pergi sini hihi. Kami sampai awal sikit so tunggu lah kejap our photographer.. Tepat 5.30pm, the photographer pun sampai, Jason namanya.. 

Kami memang cakap awal-awal kami tak pandai berposing. With some guidance from Jason, bolehlah kami ada gaya-gaya sikit, ikut jelah apa yang dia suruh.. Huhu. Dia tak banyak cakap, cakap pun slow and lembut je. So buat kami rasa selesa dengan dia (Kalau orang yang talkative sangat, kekok jugak kut haha). 

The making of...

Model in action *lah sangattt*

Kalau tengok gambar orang lain (google), ada yang semangat siap bawak props macam-macam. Kami simple je (or pemalas/tak creatif?? :p) so just bawak diri je. Baju pun pakai simple-simple, dengan muka comot. Ok tipu takdelah comot, adalah touch up sikit-sikit tapi faham-faham jelah kalau dah berpeluh bahang, malas dah nak touch up lagi. Lantak kau lah... Hehe. Lagipun dah kata nak bergambar saja-saja, so kena stick niat asal la huhu.

By 6.20pm lebih kurang, after dah shoot dekat beberapa area, Jason tunjukkan gambar-gambar yang dah ditangkap.. Seriously, memang daripada awal kami tak put high expectation dengan hasil. Asalkan ada gambar kami berdua yang proper, dah cukup. Tapi daripada preview tadi, well, we gonna have a beautiful photos..:). Kena tunggu within 10 working days then we can choose our photos, mana yand nak diprint..

Tak sabar nak tunggu hasil tangkapan tadi. 

Tuesday, March 4, 2014

BSP Second Time, and HBA1c Result

Sebagai ibu mengandung yang 'bertuah', kenalah repeat BSP after two weeks.. (Luckily fortnight, bukan weekly. Huhu). Ala sebenarnya memang dah start kena check fortnight pun since dah masuk 8 bulan.. Cuma yang terasa nya, since appointment lari, terus jadi kena datang klinik every week. Nasib baiklah klinik tu dekat je and kite ni tak bekerja. Kalau tak payah jugak nak curi-curi masa or apply-apply cuti ke..

Kalini memang tak cheat diet langsung. Makan je apa yang rasa nak makan (but still kawal) sebab nak try tengok result. Untuk semalam, pukul 7.15 dah dinner, makan je nasi, siap minum air kelapa lagi. Haha. Pergi klinik pukul 10pm, lengang. Ada 2-3 orang je, tak macam previously. So sampai-sampai, tak sempat nak panas bontot duduk, dah kena panggil.. And jeng-jeng-jeng.. Merah!!! Hahaha. Actually ngam-ngam 6.7, tapi nurse dah tulis guna pen merah. Haishhhh.. Terus menyesal tak control diet, sebab macam tak best je tengok dakwat merah tu :p. Terus hilang mood. Tambah-tambah pulak hubs dah bising-bising membebel, risau baby besar. Huhu. Tapi balik-balik tu, terus tapau and sental hot burger daging special 1. Haha.

Tadi pagi, pergi sendiri klinik since nak ulang-alik. Sebelum pukul 8am dah keluar rumah. Biasanya ok je tak jem, tapi tadi for the first time stucked dalam jem dekat depan area South City tu. Rasanya mesti sebab pagi tadi hujan, so semua orang malas-malas or overslept, pastu lambat keluar pergi kerja. Kalau sebelum ni dalam 5min dah selamat sampai klinik, kali ni dekat 25min jugak la kan... Hishhh..

Nasib baik sampai-sampai, ada parking walaupun jauh ke belakang and kena jalan jauh sikit. Tak kisah lah, janji ada parking. Dah park, jalan laju-laju. Amik nombor dalam pukul 8.20am... Tunggu punya tunggu, pukul 9am baru nombor kena panggil. Without dapat buku satu lagi, terus ke kaunter lab untuk check 2nd BSP... Luckily kat kaunter lab tak ramai orang, so sekejap je dah kena panggil and my second result 4.6.. Fuh... Hehe.

As usual, masuk bilik 11 pulak untuk record result. Nurse dah kata ada possibility untuk kena check BSP weekly since dah ada 1 merah. Aiyooo.. Tamau wooo.. So pujuklah nurse taknak, lagipun merah tu belum lebih daripada sempadan, ngam-ngam je. Haha. Nurse tu lembut hati, dia kata ok kite tengok dulu result yang lagi dua macamana.. Huhu.

Since tahu previously ada ambil darah untuk test HBA1c, so tanyalah nurse result dia apa cerita.. Godek punya godek cari result, 5.1% sahaja - which is normal. Hurray!! Hehe. See... Nampak sangat yang kite ni pandai jaga pemakanan sepanjang kehamilan <- ayat kerek dekat hubs. Hahaha.

Oye, memandangkan sepatutnya kena jumpa pakar last week tapi pakar takde, nurse suruh tanya kaunter 20. So mak buyung ni pergi lah beratur dekat kaunter 20 (dekat area klinik am) dengan pakcik-pakcik uncle-uncle makcik-makcik semua yang beratur untuk dapatkan date next appointment dorang.. Bila dah tiba turn, kite bagilah tahu pasal hal kite and nurse tu terus bawak buku pink kite masuk bilik pakar?.. Alhamdulillah, pakar suruh kite jumpa dia terus harini, tak payah nak set-set appointment bagai (Ala... Sebab kite dah sarat... Kalau tak mesti kena buat appointment jugak...). Cuma masalahnya, sebelum jumpa pakar, kite kena check up as usual : urine test, hemoglobin test, blood pressure, check perut etc. Ah sudahhhh.. Kena repeat process! 

Nasib baiklah orang boleh dikatakan tak ramai, so sekejap je proses.. And nasib baiklah memang ada bawak bekal air mineral and roti sardin sebungkus, so sempatlah nak makan before BSP test pukul 11am.. And the results for today :

Blood pressure : ok
Berat : 61.7kg (je?)
Baby ok. Position still cephalic. (Maintain ok baby!!)
Kaki dah nampak bengkak sikit (nurse kata) huhu
Hb : 11 ! Hurray! (Walaupun tak makan pil iron and kerang. Huhu)

Untuk proses tu semua cepat je dah setel. Yang panas hatinya, time nak tunggu pakar tu, lama gilaaaaaaaaaa. Sejam lebih kut?! Kalau menunggu tu memang ramai patient tengah tunggu turn, ada ampun lagi. Ini tidak. Nombor tak bergerak-gerak! Sampaikan akak yang duduk sebelah pun dah panas hati, duduk komplen dekat kite. Haha. Yelah, bilik doktor lain nombor tak putus-putus kena panggil. Ni sepanjang tunggu daripada awal, takde kena panggil pun masuk bilik tu. Heran ok.. Kalau busy, rasanya tak payah lah kut nak amik patient.. Adoi.. Nasib baiklah kite ni memang kena tunggu turn bsp pukul 11am, dah alang-alang. Kalau orang yang semata-mata macam akak yang duduk sebelah, tak ke hangin satu badan. Huhu.

Finally, turn akak tu sampai.. And after few minutes, turn kite pulak kena panggil (Around 11.20am). Masuk-masuk bilik pakar (FMS or Family Medical Specialist), pakar tu lembut je tutur kata. Terus sejuk hati, cair. Macam dah kena mandrem pun ada. Haha. Ala.. Takde apa pun jumpa pakar.. Dia just update je tanya pasal keadaan diri, tengok buku pink, tanya dah jumpa dietitian ke belum.. Pastu check-check perut.. Sambil check, dia tanya nak bersalin dekat mana.. Kite cakaplah Hospital Serdang je.. So dia pesan,bersalin dekat hospital, jangan dekat rumah sebab ada je orang yang taknak bersalin dekat hospital.. Don't worry doctor, confirm-confirmlah kite bersalin dekat hospital. Hehe. Tengah doktor tekan-tekan perut, baby pun bergerak. So doktor macam excited pulak haha. Mesti baby dah pening sebab kena tekan-tekan beberapa kali untuk hari ni. Hehe.

Dah check perut, doktor bagilah few pesanan lagi including teruskan kiraan baby and cepat-cepat ke hospital kalau baby kurang gerak.. Then make sure bersalin on time edd, jangan lebih since kandungan ibu GDM ada high risk untuk tiba-tiba baby tak bergerak (Mintak dijauhkann Ya Allah....). So, tak sampai 10minit, setel jumpa pakar. Itu je.. Tak faham apa kepentingan jumpa pakar sebab rasanya macam sama je jumpa doktor, or even nurse. Hurmmm entahlah..

Lepas jumpa pakar, laju-laju pergi kaunter lab untuk 3rd BSP test.. Since just makan roti and air mineral, haruslah result rendah kan... (4.3). Sebelum balik, jumpa nurse lagi untuk maklumkan yang dah jumpa pakar then pulang....

Pulang, ambil hubs, pergi lunch omnomnom makan dengan sedapnya. Huhu. Sementara tunggu pukul 3pm, sempat lah tidur kekenyangan hahaha.

Pukul 3pm, pergi klinik untuk final BSP for this round :p. And yeah, my result ngam-ngam 6.7! Heuheu. Jumpa nurse untuk set appointment, luckily nurse tak kata kena buat weekly, which my next appointment will be another 2 weeks yeay! Dah penat nak ulang-alik klinik setiap minggu :p

And yes, still kena cucuk-cucuk BSP lagi on that date. Selagi tak beranak. Urghhhhh


Sunday, March 2, 2014

Motherhood Expo KLCC 2014

Yes! Expo datang lagi. Most probably ni expo last yang kite pergi kut sebab the next one if not mistaken on April, takut dah lewat sangat nak prepare-prepare lagi mana yang patut. So, memang target kalau boleh nak settlekan semua yang pending, or atleast make it almost complete.

Sepatutnya plan nak pergi Jumaat (28 Feb), taknak pergi weekend *faham-faham jelah kenapa*. Tapi hubs banyak pulak kerja, habis lambat.. But still, hubs ajak jugak pergi after dia habis kerja, katanya untuk usha-usha dulu apa yang ada, mana yang sempat. Then pergi lagi on weekend. Dah macam pergi expo dekat Midvalley lepas, pergi 2 kali. Huhu. 

Actually pergi 2 kali ni ada kelebihannya.. During first visit, kite boleh usha-usha dulu.. Tengok-tengok apa yang ada.. Then boleh beza-bezakan price antara booth, or even dekat online.. So kite boleh budget apa nak beli and berapa ongkosnya..:p. Second visit boleh terus serbu booth mana and beli yang patut je.. Tapi, ikut kerajinan lah sebab kena datang 2 kali kan.. Dengan duit minyak, duit parking, duit tol (kalau nak lalu SMART :p), duit makan minum lagi :p. Tapi since banker tak kesah, I on je.. Huhu.


So, yes. During our first visit on Friday, since kami sampai pun dah lewat, tak sempat nak round semua.. But sempat jugaklah usha booth and apa barang yang ada.. 

Hari Ahad, kami datang lagi.. Berbekalkan wang dan list di tangan, yang dah siap buat comparison harga huhu, kami pun serbu ke booth yang patut.. Nasib baik hall KLCC besar and luas. So walaupun orang ramai, tak nampak lah sesak semak. Still selesa nak gerak-gerak. Cuma kalau kat certain booth yang kecik tapi jual banyak barang, mencabar jugak lah nak pilih-pilih and tanya-tanya..

So.. Apa hasil kami : 

From booth Bebelove : Bath tub (RM35, OP RM48), Bath net (RM11, OP RM16), 4in1 mattress set (RM78, OP RM99.90) and another 1 set mattress fitted sheet (RM30, OP RM69.90)

Yes, memang nak cari bath tub. Actually kite target nak First Year's bath tub. Tapi bila fikir-fikir balik, untuk spend RM160+ untuk bath tub sahaja?! ish macam overprice sgt! Padahal pakainya tak berapa lama. Huhu. So end up beli jelah apa-apa janji ada.. And dekat booth ni pun sebenarnya ada pakej RM78 untuk few items. Boleh dapat towel, non-slip mat, potty, bath net tak ingat apa lagi tapi memandangkan kami rasa yang lain-lain tak berapa perlu (yet), so tu beli ala-carte.. 


And kalau tengok harga OP (original price) dengan harga yang kami dapat masa time expo, memang banyak betul bezanya. Tulah untungnya kalau kite shopping dekat expo-expo macamni.. So, our total damage dekat booth ni RM154. But since bayar guna credit card (actually pakai debit card, tapi kena charge on credit card) so jadilah RM157.80...

Selain barang baby, kite target nak cari keperluan untuk kite jugak.. Luckily booth Mumdreams yang banyak jual keperluan mak-mak pun ada, so banyak jugak barang yang dapat dibeli 


Set pengurusan uri (RM25, OP RM30), Bengkung tradisional 2 tali saiz L (RM50, OP RM60), Sarung tungku herba (RM35, OP RM40) and Bunjut mandian herba (2 pieces for RM15)
Set pengurusan uri tu tak target pun nak beli.. Tapi dah terjumpa, and tanya hubs, alang-alang beli jelah (Last set pulak tu). Senang dah complete semua tak payah nak pening-pening. Hehe. Siap ada manual lagi :p. Untuk sarung tungku tu, tungku besi memang dah ada, turun temurun mak mertua punya. Mak memang dah pesan just beli kain untuk balut tebal-tebal.. Tapi pasal dah terjumpa yang instant punya, plus dah cukup dengan herba-herba, apa lagi, angkut jugak.. :p. Bengkung memang nak 2 tali sebab rasanya macam lagi senang nak pakai compared 1 tali. Tapi taktau la kan.. Tak merasa lagi.. Tunggulah nanti dah berpantang, senang ke idok.. :p. (Beli saiz L sebab nak labuh sampai ke punggung)
So, total damage kami di booth ni RM125.

Dekat booth Autumnz pulak :


Washable bra pad (RM12 for 3pairs), disposable bra pad (RM12 for 30pcs), nursing poncho (RM28), nursing bra 3 pcs (RM20, RM20, RM29)
Dengan rasa ruginya, terlupa exact harga beli dekat booth ni!! (Kecuali bra, memang ingat harga berapa :p). Sebab apa, sebab dekat booth ni main bayar gitu je, tak mintak resit (leceh).  Harga yang dekat caption tu bajet-bajet je lebih kurang.. Tapi yang pasti, harga memang lagi murah ofcos daripada beli online.. Kite memang dah bandingkan siap-siap huhu. So, anggaran total damage kami dekat booth ni : RM121

Barang lain yang dianggap must have - kelambu, kan? Try jugak usha kelambu / mosquito net yang ada, ala.. yang macam tudung saji tu.. Tapi tak berkenan dengan color yang ada.. Harga pun yang jumpa RM28. So rasanya takpelah, boleh je cari dekat Jusco or mana-mana. Luckily, before kami nak keluar hall, hubs ternampak menda ni :



Apa benda alah ni? Ini adalah travel bassinette, or bahasa pasarnya, khemah baby yang ada kelambu, boleh bawak pergi mana-mana *haha!*. Ada 2 saiz, 1 yang besar (atas), meemang besar. Rasanya kalau saiz budak-budak kita orang Malaysia ni, boleh pakai sampai lebih umur 1 tahun kut? Kalau yang bawah tu,  kecik je.. Katanya up to 6 months. Tapi tu anggaran mat saleh. Kita yang kecik-kecik ni, boleh pakai lagi lama....

Nampak je menda ni, hubs dah berkenan. Ikutkan hubs, nak beli yang besar. Tapi pada kite buat apa besar-besar.. Makan ruang.. Lagipun bukannya nak pakai lama.. Pakai masa baby je.. Dah besar, takdenya dia nak tidur dalam kelambu, rimas! Lama jugak kami dok belek-belek. Bukan kami, tapi kite. Hehe. Hubs nak je beli. Kite yang mengada-ngada ni fikir rasional patut ke beli. Haha. Tapi memandangkan memang belum ada kelambu, so why not?

Semua dah disumbatkan dalam mini beg hijau (kami pilih warna lime green) tu. Senang nak bawak ke mana-mana.

Percaya atau tak, untuk semua barang yang dekat atas tu, cuma berharga RM40 sahaja! Yes, RM40!!! Actually RM40 tu just harga travel bassinette. Tapi kalau beli, dapat free inflatable mattress (+ fitted sheet + pump). Gila tak murah! Kalau harga asal, 1 set kat atas ni boleh cecah RM300!!, bila convert dari harga pound. (Boleh check dekat website dorang www.koo-di.co.uk). Manalah hubs tak fikir panjang nak beli. Huhu. 

Before keluar hall, kite sempat singgah booth Pureen untuk beli : 

Beli detergent je (RM22 kalau tak silap). Ubat gigi 2 packs tu dapat free..
Another barang yang lupa nak includekan : Medela Purelan Nipple Cream. Beli yang 7g punya je sebab nak try dulu, dengan harga RM25. Rasanya paling murah dapat kalau kat luar RM27..

So, our total damage untuk expo kali ni, yang rupa-rupanya almost 4 jam kami berkampung : RM490.80. Such a big number. Huhu. Tapi Alhamdulillah, banyak barang yang dah boleh strikethrough, we almost ready :)

Sekarang ni, rasanya just nak beli Set Berpantang untuk kite and infant car seat/carrier.. 

Wednesday, February 26, 2014

Sixth Appoinment (8months or 32weeks)

Yeah.. Appointment kali ni agak malang. Malang dari segi apa, yeye je appoinment set arini sebab nak jumpa pakar, tapi last-last pakar tak available, kena attend meeting. Ceh... So check up kali ni ringkas je, tunggu giliran tak lama and tak sampai 2 jam semua dah setel.

As usual, pagi mintak hubs hantarkan. By 8.15am dah amik nombor. Around 20 mins tunggu, dah kena panggil and terus ke lab.. Dekat lab pun orang tak ramai. Ku ingatkan kena buat urine test and hemoglobin count tapi urine test je.. Hb takperlu (Hb hanya perlu buat sebulan 1x, unless dah rendah sangat baru dikerapkan).

By 9am dah tercangok depan bilik 11 untuk jumpa nurse... Dekat sini yang agak lama menunggu, tak tau lah kenapa lama sangat nurse nak panggil. Tunggu punya tunggu, baru lah dipanggil.. So, as usual, check blood pressure ok, berat pun ok (61.5kg). Baby ok and position baby still cephalic (mudah-mudahan kekal la sampai time nak bersalin).

Bila dah check-check and sebelum kena second injection tetanus, nurse sempat pesan dah boleh packing beg and get ready.. Ok, ini seram. Haha. Biasa dengar orang kalau anak first memang dah excited, kemas beg siap-siap, awal-awal lagi. Kite pulak, bukan nak kata tak excited, cuma maybe seram kut.. Yela bila dah kemas beg tu macam dah dekat sangat je nak deliver (still tak sedar diri). Huhu

Itu saja untuk check up kali ni. By 10pm semua dah setel, call hubs untuk ambil dan pulang ke rumah...

Mungkin dah kena start kemas beg. Mungkin. :p