Pages

Wednesday, June 24, 2015

Current Development at 1 year 2 months

Benarlah, baby memang cepat betul membesar. Lebih-lebih lagi bila menghampiri/dah umur setahun. Sampaikan 'lost track' exact time bila baby mula pandai buat sesuatu. However, mommy try jog down perkembangan Shazrie Iman at 1 year 2 months for future reference :

1) Dah pandai melambai. Ni as early as 1 year dah reti.. Tapi ikut mood. And kadang-kadang tu, orang lain dah habis babai-babai, dia baru je babai. Ceh.

2) Nak bersalam. Kira kalau orang sebut perkataan 'salam', sambil hulur tangan, high probability dia akan sambut. Salam yang siap cium tangan tu. Selain tu kalau kata give me five (sambil buat action tersebut) dia akan balas.

3) Pantang dia rasa dia berjaya buat sesuatu, contoh tutup pintu, dia akan tepuk tangan sendiri. Nak suruh orang puji pandai lettew.

4) Rajin betul 'mengemas'. Bukan toys, tapi barang-barang kite. Jenuh mommy nak mengemas.

5) Reti dah nak mintak sesuatu daripada orang. Example, bagi remote dekat kite, tu maknanya nak suruh bukak cartoon favourite dia iaitu Timmy Time. Kalau tiba-tiba datang dekat aunties/toksu,  maknanya nak suruh bukak video dekat hp. (Sebab diorang rajin bagi Iman tengok video dekat hp. Kalau mommy, sorry la eh)

6) Tak boleh nampak sandal dia. Mesti amik and mintak orang pakaikan. Takpun acah-acah nak pakai sendiri. Nak ajak keluar la tu maksudnya..

7) Memilih makanan. Makanan/minuman yang tak berkhasiat, laju je datang balik dekat kite nak mintak suapkan lagi. Cuba bagi air masak ke, or nasi, berperanglah mommy nak bagi makan tetap tak nak bukak mulut. Grrr.

8) Dah tahu kalau daddy balik kerja, terus kejar mintak dukung. Kalau daddy nak keluar naik kereta and dia nampak, alamatnya boleh melalak lah dia nak ikut.

9) Dah mula menconteng. Tapi setakat ni dekat kertas yang mommy/daddy bagi je dulu. Advance sikit, conteng cadar katil *huaa* or tangan kaki dia. Harap tak sampai ke dinding. Tapi daddy dah gigih belikan crayola crayon. RM30 sekotak ok! Beli sebab non toxic and washable. Tapi nampaknya Iman lagi berminat patahkan crayon tu daripada menconteng.  Sabo ajelah.

Shazrie Iman's first hasil seni. Using highlighter pen (28/5/2015)
10) Suka main dengan kucing! Dekat rumah nenek memang ada kucing. Dekat rumah wan kucing taktau malu datang. Tapi pasal Iman suka main kucing and kucing tu pun rajin melayan main, so non official jadilah kucing belaan huhu. Terkekek-kekek ok gelak kalau kucing tu beraksi. Kucing pun nasib badan la kena gomol, smack down or tarik ekor dengan Iman. Pasrah je muka masing-masing. Tapi yang bagusnya, so far kalau bagi kitten, dia tak usik pulak. Maybe tau kut baby lagi kucing tu.

11) Suka dengar azan. Kalau dekat rumah, dia tengah buat pape, dengar azan dekat tv, akan pergi depan tv tu and tekun dengar sampai habis tak gerak-gerak.

12) Ni recently. Dah pandai tadah tangan untuk baca doa (mainly doa makan). Bila baca Bismillah je, terus tadah tangan. Tapi tak sempat doa nak habis, dia da sudah. Dah tu bukan mula makan je. Almost setiap kali nak suap dia makan dia akan tadah tangan. Sekali je baca dah la nak oii..

13) Dah mula cantum-cantumkan megablocks dia. Kalau bagi shape sorter pun, dah tau yang that shape boleh masukkan dalam lubang cuma bukan lubang shape yang sepatutnya. Atleast he got the idea.

Rasanya tu je lah kut perkembangan Shazrie Iman at the moment. Still, mommy ada lagi yang mommy nak achieve :

1) Buat flying kiss. Walaupun takde kepentingan tapi benda ni macam 'wajib' baby reti buat.

2) Mengembur dah reti. Nak ajar kemas balik barang-barang. Atleast toys megablocks dia. Penat tunjuk tapi belum berjaya.

3) Suap makanan sendiri dalam mulut. Kadang-kadang tu macam kucing dah! Makan yg berterabur. Eii geram jela budak ni! Penangan suka main dengan kucing la ni.

4) Pegang cawan/ sipping cup sendiri. Maybe sebab Iman tak minum botol so tak reti. Lagipun dah manja sangat orang dok pegangkan..

5) Kekal duduk dekat car seat sepanjang perjalanan. Setakat ni dia nak duduk dekat car seat and selalunya tertidur. Tapi kalau dia wide awake tu, walaupun dah distract macam-macam, kalau dia rasa perjalanan lama sangat, mulalah dia meragam nak keluar.
6) Toleh setiap kali orang panggil nama dia. Payah betul!! Nak kata tak dengar, dengar je. Nak kata tak tahu tu nama dia, tak mungkin. Berbuih hari-hari sebut nama dia tak panjang, pendek. Tapi dia saje bolayan. Grrr.

Ni antara milestone yang mommy nak capai dalam masa terdekat. Yang advance lagi, kena tunggu masa yang lebih sesuai.

Monday, June 15, 2015

Farm in The City at Equine

Berangan nak bawak Iman pergi any zoo or safari dah lama (parents yang over sebenarnya :p) tapi hold dulu, tunggu Iman dah pandai jalan baru nak bawak.

So bila Iman dah pandai jalan and ada masa free, kami pun bawak Iman pergi tempat paling dekat dengan rumah kami : Farm in The City di Equine. Daddy yang selalu usha tempat ni, katanya dia konsep kampung and haiwan semua open cage, tu yang excited lebih nak pergi.

Sedikit sebanyak mengenai Farm in the City :

Lokasi : 
Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Masa : 
10am-6pm (Isnin, Rabu - Jumaat) 
9.30am-6pm (Sabtu, Ahad, Cuti Umum)
** Tutup setiap hari Selasa

Harga tiket (Sila tunjuk Mykad and Mykid):
RM32 untuk dewasa, kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas (Normal RM48)
RM27 untuk kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah dan ketinggian melebihi 90cm, juga untuk warga emas (Normal RM38)
Percuma untuk kanak-kanak bawah 90cm 

Since Shazrie Iman cenonet lagi so kami just bayar untuk 2 tiket dewasa sahaja.. Jimat duit daddy. Huhu.

Maklumat lanjut boleh tengok dekat Facebook Official depa.

Kami pergi hari Ahad and cuti sekolah (maybe), jadi orang agak ramai.. Maksud ramai tu, carpark dekat dalam penuh sampai kena park dekat belah luar. Serious kami tak expect orang ramai datang. Tapi kereta jelah banyak.. Dekat dalam tu tak terasa pun padat.. maybe sebab kawasan dia yang agak besar. Memandangkan tutup pukul 6petang, and kami budget dalam 2 jam dalam tu, so kami masuk dalam pukul 3petang..

Timing agak cantik sebab masuk-masuk, ada bird show.. Mulanya excitedlah nak tengok tapi pasal mommy dengan daddy je yang excited, Iman takde perasaan pun (mungkin belum faham plus baru kena paksa bangun tidur) jadi kami tengok bird show tu sikit je, pastu mula bergerak ke aktiviti seterusnya.. Tambahan pulak, position bird show tu tak berapa sesuai. Takde stage and tempat duduk. Orang kena berdiri kerumun tengok. So siapa yang lambat, tak berapa nampak lah dihalang dek orang depan. Pulak tu dia memanjang, so kalau instructor tu explain (walaupun guna pembesar suara) dekat penonton belah kanan, yang belah kiri ni tak akan dengar or nampak apa pun. Camtulah sebaliknya. Dorang patut improvise dekat part ni. 

Macamnilah keadaan time tengok bird show tu.
Time ni, instructor tengah explain dekat audience belah kiri,
so kami yang belah kanan ni memang tak dengar langsung
Betul, konsep farm ni terbuka and ala kampung. So expectlah rupa ladang dekat kampung macam mana. Tapi still selesa, ada je cafe and tempat untuk minum and makan-makan ringan.. Haiwan (pets) boleh pegang, and beri makan. Jangan risau, ada je penjaga haiwan yang akan jaga and terangkan sedikit sebanyak mengenai haiwan tu (bahaya/tak etc)

Ada jugak reptiles (ular etc) insects (scorpion, tarantula etc), tapi of coursela dalam cage yang bertutup.


Malas nak cakap banyak, tepek gambar jelah antara aktiviti yang Iman buat dekat sana.

Feeding the birds
Burung atas kepala ni jinak. Nak bagi Iman pegang tapi dia tak reti duduk diam pulak

Yes, its real sayang..


Kantoi screen shot video huhu. Tapi this kambing haa sangat jinak woo.
Jinak sampai mommy yang menjerit takut haha



By 5.30pm, kami pun keluar daripada farm ni.. Masa keluar, ada staf yang hulur sijil untuk Iman. Idea yang bagus! So, Iman dapatlah sijil yang pertama dalam hidup :).

Sebelum balik, sempat shopping souviner dekat gift shop. Pulak tu ada dapat voucher RM5 bila spend RM30 and above dekat gift shop, so haruslah digunakan ye dak. Tak beli apa pun, beli benda wajib fridge magnets and topi Iman..

Overall, seronok untuk bawak anak yang dah reti and faham untuk ajar tentang haiwan and bagi dorang merasa pegang and main. Tapi untuk Shazrie Iman, hmmmm nampaknya daddy kena bawak lagi la huhu.

Bye! Kami akan datang lagi!
Dah ada bukti, orang tak percaya lagi dah pergi, tak tahulah khenn :p

PD Re-stay

Masa Iman 9 bulan, nenek and atok ada bawak Iman pergi swimming dekat Port Dickson -here- . Last week (13 June), Iman pergi lagi dekat tempat yang sama cuma kalini dengan Wan and Tokma pulak.. 

Walaupun pergi sekejap, sampai dah malam pastu esok dah check out, Iman sempat jugak berendam dalam swimming pool pagi before check out tu. Or pendek kata, datang Port Dickson ni memang semata-mata nak bawak Iman swimming dekat pool. Ceh. Tak kesahlah nak, atleast dapatlah daddy bersantai and berehat sekejap daripada kerja..

Memandangkan masa singkat je, takde aktiviti apa yang dilakukan melainkan swimming, dah tu masa pergi bawak Iman swimming pun kami bertiga je, so tak sempat nak bergambar bagai.. Yelah dengan orang ramai almaklumlah cuti sekolah, nak cari tempat nak letak barang lagi, nak jaga barang lagi, memang tak nyempatlah kan. Pulak tu bawak hp daddy je and letak pulak dekat dalam waterproof pouch, so few gambar ni je mommy captured.

Daddy sebok bersihkan kolam
Ni je gambar yang ada. Huhu

Perkembangan swimming Iman, Iman dah berani nak swim (assisted by daddy) without using any float. Just pegang chest dia je, gaya swimmer professional (lah sangat) dah ada :p. Nantilah ye Iman, Iman dah besar sikit mommy enrolkan swimming lesson :). 

Tuesday, June 9, 2015

Asb Ting!

Antara perkara sunat menyambut kedatangan ahli baru dalam sesebuah keluarga adalah bersedekah. Maknanya kalau kita melawat bayi baru lahir (sunat), selain ucapkan tahniah kepada ibu bapa (sunat), kita boleh jugak bagi hadiah ataupun duit.. Alhamdulillah rezeki Shazrie Iman, banyak dapat duit. Pulak tu, few months after lahir, hari raya. So lagi banyaklah collection Iman sebab dapat jumpa sedara mara atuk nenek yang ramai.

Mommy memang dah plan sejak Iman dalam perut, semua duit Iman kami akan masukkan dalam akaun bank. Tak kira lah duit raya or duit orang beri, In Sha Allah, mommy and daddy tak akan guna sesen pun selagi belum terdesak and akan masukkan semuanya dalam akaun Iman sendiri. Nak mengajar Iman menabung lagipun.

So setelah berfikir-fikir, mommy decide nak bukakan akaun ASB untuk Iman. Senang sebab mommy pun rajin masukkan duit dalam ASB mommy so, nanti bolehlah buat sekali. Mulanya mommy ingat dah setahun baru boleh buka akaun anak, tapi rupanya boleh buka seawal umur anak 6 bulan..

For future reference, untuk memudahkan, apa yang perlu dibawa untuk buka akaun (selain duitlah hopkos), si pembuka akaun (parents) perlu bawa :

1) Salinan I/c salah sorang parents. Kalau si ibu yang bukakan akaun, so I/c si ibu sahaja. And nanti cop jari si ibu yang diperlukan.

2) Salinan surat beranak si anak. Mykid takyah.

Dah ada 2 salinan ni, nanti sebelum amik nombor boleh lah mintak borang dari kaunter.. Kaunter akan tanya untuk siapa so cakaplah untuk anak. Ohya, selain dekat bank, akaun ASB boleh juga dibuka di mana-mana post office.

Setelah bertangguh-tangguh, finally tadi mommy berjaya juga bukakan akaun untuk Iman.. Borang dah lama ambil. Salinan pun dah lama buat. Tapi tak menyempat je nak pergi bank/pejabat pos. Nasib baiklah driving licence mommy nak mati. Tu yang uruskan sekali ASB Iman..


Dah ada akaun ni senang lah nak masukkan duit raya Iman..

Wednesday, June 3, 2015

Baby Steps!

Shazrie Iman dah mula melangkah 3-4 tapak dalam seminggu. And finally, Alhamdulillah, tanggal 3 Jun 2015, genap Shazrie Iman 1 tahun 1 bulan 2 minggu, dah boleh berjalan..! And the best thing is, macam saje je dia nak tunjukkan dekat mommy and daddy dulu, time tu takde siapa dekat dalam rumah. So excited and gelak sakan lah kami laki bini..

Excited jalan sampai seluar londeh pun dah tak kesah dah

p/s: Nampaknya mommy dah underestimate Iman. Mommy expect Iman lambat lagi jalan, dalam setahun setengah (macam mommy heheh). You go boy! *Proud mommy*


Monday, June 1, 2015

Short Trip to Kuantan

Last weekend, Shazrie Iman ikut nenek, makngah dan mommy ke Kuantan. Tujuan utama sebenarnya untuk pergi ke kenduri kahwin di Kemaman. Tapi memandangkan Kuantan tak jauh dari Kemaman and cousin mommy pulak ada duduk di Kuantan, so kami stay di situ je untuk satu malam.. Pergi berempat je, the rest tak dapat ikut since kerja.

The only hero yang 'temankan' ladies trip kami.
Dekat rumah cousin mommy, walaupun ramai second cousins Iman, tapi semua dah besar-besar (2 tahun ke atas) so Iman main sendiri-sendiri je, belum turn nak main lasak macam dorang, Huhu. Luckily second cousin, Asyraf ada few toys yang Iman layan, so senang mommy. And boleh dikatakan dekat rumah cousin ni Iman full dengan aktiviti bermain

Toys favourite Iman. Sampai mommy kena ganti bateri Iman buat main tak lepas-lepas. Huhu.
Bawak main dekat luar, naik ni pulak. Iman agak jakun sebab tak pernah naik basikal.
Siap join abang-abang swimming dalam kolam cetek.

Malam kami stay, cousins mommy ajak pergi makan seafood dekat Pantai Remis pulak. Tapi malangnya, sepanjang orang mentekedarah, Iman lena tidur atas meja. Bila orang dah nak balik baru lah dia bangun. 

 

Sedara sebelah nenek. Tak complete ni,,
Esoknya, kami pergi ke Kemaman untuk attend the wedding.. Honestly, mommy tak kenal pun siapa punya wedding, or even tuan rumah tapi nenek kata sedara, anak paksu nenek yang kahwin. Takpelah, kite layankan jelah kenal ke tidak pengantinnya huhu.

Dalam perjalanan ke Kemaman. Iman duduk carseat actually tapi masa ni nak susukan kejap.
Dekat rumah pengantin. Baju ni aunty Rini beri pada Iman. Mommy suka!
 Dari majlis, sedara yang lain ke Kuala Terengganu pulak. Memandangkan kami hanya berempat, and atuk and daddy tak bagi melencong ke tempat lain, so kami pun geraklah balik.. Tapi tak direct jugak, sempat belok ke Kuantan semula untuk ke Teluk Cempedak :p. Saja amik angin pantai kata nenek..

Iman bergaya dengan rayban nenek baru belikan.
Kalau dah dekat laut, tak main air, tak sah. Walaupun mommy takde bawak swimming suit Iman, Iman tetap tak miss cepuh air main ombak. Nasib baik Makngah rajin melayan. Kalau tak, tak merasa lah Iman sebab mommy malas. Haha. Thank you Makngah..



Dari pantai Teluk Cempedak, kami terus gerak balik ke Rawang.. Alhamdulillah perjalanan ok-ok je..

Sebenarnya memang dah lama mommy ajak daddy ke Kuantan, nak ke Cherating sebab dah berkurun mommy tak kesana. Daripada mommy pregnant kut ajak daddy baby moon ke sana, tapi tak kesampaian sebab busy. So, dalam trip ni, walaupun sekejap and tak ke Cherating pun, atleast sampailah jugak hajat mommy nak ke Kuantan.. Next memang kena ajak daddy pergi bercuti dekat sini.

1st Birthday Present

Mommy tak tahu nak beli apa untuk birthday Shazrie Iman yang pertama ni. But of courselah toys kan, ikut pilihan sesukahati. So dari mommy, mommy belikan Iman Bilingual Learning Table Leapfrog. Advance birthday present sebab awal mommy dah belikan heheh.


Dari daddy pulak, mommy request (see, mommy yang over) belikan Iman Vtech Grow and Go Ride On since Iman jakun sangat main dekat rumah orang (second cousin actually). Balik-balik dari Kuantan, mommy terus ajak daddy singgah Midvalley untuk belikan belated present ni. 

Tengok dari gaya Iman main, harap Iman suka la eh.. Daddy kata pasni setahun takyah beli hadiah (yela sangat..)


Untuk future reference mommy : Leapfrog RM150, Vtech RM250. Rezeki kami dapat beli harga yang lebih murah.

Wednesday, May 27, 2015

Nose Cleaner/Aspirator

Zaman dulu-dulu (nenek cerita) kalau anak selsema, nenek akan sedut dari hidung anak-anak. Kalau anak lelaki sebaiknya si ibu yang buat and kalau anak perempuan, si bapa. Ntah dari mana nenek dapat teori ni mommy pun tak tahu.

Mommy pernah je sedut manual hingus dari hidung Iman. Walaupun ada perasaan geli, tapi demi anak, kurelakan juaaaa.

Tapi, bila dapat tau ada alat yang boleh membantu : nose cleaner atau dipanggil juga nose aspirator, terus mommy sambar satu. Ada banyak jenis and banyak brand sebenarnya (harga pun pelbagai, yang mahal, yang murah). Tapi mommy beli brand Pegion je, murah.. Beli dah lama. Lepas beli, Iman takde pulak selsema so tak dapat nak testing power. Sampailah beberapa hari lepas.. Fuh, senang je rupanya! (minus nak kena handle anak biar duduk diam). Bila nampak hasil, puas betul! Tapi takdelah mommy kerap buat.. Sehari 2x je, lepas mandi sebab rasanya time ni hingus cair sikit, lagi senang nak sedut.



Apa yang mommy suka dengan Nose Cleaner Pegion ni :
1) Senang nak pakai sebab dia ada tube panjang. Flexible dengan nak handle anak bergerak-gerak lagi.
2) Senang nak set up, senang nak bersihkan. The parts bole steam sterilized, kecuali botol.
3) Paling best, ada case. Senang nak simpan dan nak bawak pergi travel.

Two main parts, neatly keep in clear plastic container. Ready to go!
Kena simpan ni. Kalau terbuang, senang nak refer.
So sekarang, alat ni alat kegemaran mommy sebab boleh menyenangkan hidup. Wajib bawak bila travel. 

Monday, May 25, 2015

Hotspring Sungai Klah

Atok memang nature lover. Pantang ada tempat yang dirasakan menarik, atok akan pergi survey dengan nenek. Bila pada atok seronok nak bawak family, dia akan bawak anak-anak yang lain, and of courselah Shazrie Iman yang lebih diutamakan.. 

Plan nak ajak ke Sungai Klah memang dah lama. Cuma tak berkesempatan je.. Pasal atok dah beria sangat nak ajak, so kami sekeluarga pun pergi lah ke memenuhi hajat atok semalam. :p

Mengenai Sungai Klah, ia merupakan satu tempat rekreasi semulajadi di bawah pengurusan Felda. So kalau nak pergi sana, memang akan lalu area perumahan orang Felda. Dan yang menarik, sebelum nak masuk ke kawasan mandi-manda tu, siap dapat merasa naik tram yang ditunda oleh traktor yang biasa digunakan untuk pertanian! *Jakun*

Atas tram. Jarang-jarang sekarang ni kalau bercuti dapat lengkap semua
Ada 2 jenis tempat berendam dekat sini : Air panas dan air sejuk. Sejuk tuh bukan lah sejuk sangat, standard air swimming pool.. Kalau panas pulak, ada pelbagai suhu, daripada yang kita boleh berendam, sampailah ke 100degree. 

Dekat pool yang suhu normal, memang luas. So tak terasa penuh dengan manusia :p. Siap ada slides yang bukan kanak-kanak je boleh main, dewasa pun boleh. Atok siap bawak Iman main ok.. :)

Malas nak cerita, tepek gambar jelah.



Dah besar sangat la tu tak nak orang pegang,
nak swimming sendiri..
Muka orang tak puas mandi tapi dah kena ajak balik.
Nasib baik dia tak menangis.

Dah puas mandi dekat pool sejuk, sesi berendam dekat kolam air panas pulak.. 

Air panas memang Iman suka lah...

Since ada spot yang suhunya mencecah didih, so boleh rebus telur and makan.. Depends pada kita nak telur boiled macamana, dekat situ ada panduan ewah. Jangan risau, semua disediakan dekat situ. I mean dijual. So sediakan jelah duit (tak mahal, harga biasa-biasa) dan perut yang kelaparan lepas berendam.

Nenek acah-acah cek telur rebus dia.

Sedikit sebanyak about Sungai Klah from my point of view, in random thoughts:

1. Memang semulajadi sebab dikelilingi pokok-pokok. Sejuk and menghijau je.
2. Jarak dari car park ke pool takdelah jauh sangat. Still boleh jalan kaki. Tapi tak merasalah naik tram-traktor :p
3. Parking kereta kena bayar. Entrance fee pun ada. Tapi tak ingat pulak berapa. Harga ok-ok je, tak pricey. 
3. Tram tu free ye. Boleh ulang-alik banyak kali kalau tak puas naik. Haha
4. Nak bawak stroller boleh je, cuma jalan agak bumpy.
5. Food memang tak boleh bawak masuk, dia akan cek beg. Tapi rasanya for kids/babies dikecualikan. Kami haritu bawak je few foods, and lepas. Sebab dia cek tak strict sangat, tak macam dekat Sunway Lagoon.
6. Ada sediakan pondok-pondok. Tapi kalau nak duduk bersepah pun boleh. Bawak jelah tikar memasing.
7. Ada kiosk jual makanan tapi kami tak beli sebab dah smuggle makanan sendiri :p. So taktau dari segi harga.
8. Terlupa bawak few barang renang, especially pelampung anak? Don't worry, ada jual. Harga pun tak cekik darah.
9. Toilet and shower jauh ye. Di hujung duniaaa..
10. Since ada kawasan air panas yang suhu tinggi, tolong awasi anak anda sentiasa. Kang ada yang terebus sekali *Ayat kejam*.
11. Pemakaian, don't worry. Takdelah wajib kena pakai swimming attires.. Boleh je pakai pape yang bersesuaian.. 
12. Walaupun konsep dia macam ala-ala mandi dekat sungai, jangan risau, ada lifeguard sedia berkhidmat.

Seronok? Boleh lah.. Especially kanak-kanak. Iman sampai jari kecut-kecut pun kalau boleh tak nak keluar dari pool lagi. Tempat pun bersih dan terjaga. So kalau kata nak pergi sekali tu, why not? Cuma not too soon. Hewhew.




Wednesday, May 13, 2015

Review Hotel Fragrance Geylang, Singapura

Apa yang agak sukar dekat Singapore ialah mencari average hotel. Tak banyak pilihan especially dekat strategic location yang berdekatan dengan stesen mrt memandangkan kami akan bergerak menggunakan perkhidmatan awam (mrt). Kebanyakan hotel dekat Singapore sama ada jenis backpackers atau yang pricey, 4-5 bintang ke atas, dua-dua bukan pilihan kami.

Dengan last minute plan (book hotel just a night before, through Agoda), tak banyak hotel yang sempat hubs survey plus of course limited availability. So main amik je mana yang dirasa ok. Kami stay di Hotel Fragrance, Geylang.

Review Hotel Fragrance Geylang
Masa kami book, dapat harga RM 170per night. Kami book 2 bilik.


Lobi. 
Kecil je. Tapi bersih dan selesa. Ada dua lift.

Eee peha besaq! Nak tunjuk reception counter kat belakang tu.
Belah kiri ada sediakan PC. Bilik takde free wifi ye. Nak kena beli.
Belah kanan pulak, dua bijik lif.
Staf.
Mesra. Diorang ni tengok je muka macam Melayu, tapi jangan perasan! Diorang tak reti and tak faham bahasa melayu. So sila speaking.

Bilik.
- Air conditioned,  ada water heater, tv, kettle, mini bar (yang ni tak berapa confirm. Tak ingat!!)
- Kecil je. Cukup untuk 1 katil queen dengan side tables kiri kanan. 
- Takde closet, ada besi untuk sangkut hanger. Provide 3 hanger. 
- Ada meja solek dan bangku. Kettle boh kat sini.
- Walaupun kecil, bersih dan sangat selesa untuk kami 3 beranak. 
- Ada juga standard bottled toiletteries and 2 botol mineral free labelled hotel itselves.

Lokasi.
Jarak dari stesen mrt terdekat takdelah jauh sangat, dalam 600meter kut. Boleh pilih sama ada untuk jalan dekat pedestrian path atau lalu deretan kedai. Both dekat dengan area kereta yang banyak (tak sunyi). 

Kalau lalu pedestrian path, agak gelap untuk malam, kalau lalu kedai plak, most of them non halal restaurants so expect the 'ambience'. Pilihan di tangan masing-masing. As for us, kami lalu je dekat deretan kedai tu.. Jalan jelah laju-laju, buat tak nampak apa yang tak patut. Huhu.

Tu kalau nak naik mrt. Kalau nak naik bas pun dekat je nearest bus station. Rasanya stesen Geylang la kut. Lagi dekat dari nak ke stesen mrt.

Makanan halal dekat je.. Lorong sebelah. Mulanya memang akan confius sebab signboard ada, tapi bila tengok macam restaurant chinese. Ya, betul, dia terletak dalam restaurant chinese tu, kira macam sewa section dalam restaurant ala foodcourt tu. Jangan risau, ada tanda halal dan pekerja pun melayu Singaporean. Makanan bergoreng (petang-malam je) ada, lauk pauk pun ada. Bukak 24 jam yang penting dan harga berpatutan (standard macam dekat Malaysia tapi have to expect lah dalam Singapore Dollar). Air bancuh takde ye. So kalau nak minum air, sila beli kotak/tin yang jual dekat restaurant chinese.

Mini mart pun dekat je and running by muslim (sebab dia ada company travel and tours yang ada pakej umrah haji)

Kata orang, untuk last minute plan, tempat yang kami stay ni ok sangat sebab boleh dikatakan strategik.

Mothers Day di Singapura

Last weekend kami balik JB untuk attend cousins weddings. Memandangkan hubs tak banyak kerja, jadi dia ajak ke Singapore a day after the events. Mulanya kite tak nak pergi sebab passport kami tak cukup 6 bulan! Sipi sangat. Expired 7 Nov, and tarikh yang kami plan nak masuk tu 10 May. Kalau naik flight memang confirm tak lepas.

Tapi at the same time, ibu and abah pun ajak pergi Singapore sebab diorang dah berkurun tak jejak tanah temasek. Last masa anak dua orang kut. (Back then kami ada saudara mara stay sana tapi now banyak dah pindah Malaysia). For us, last kami masuk Singapore masa tu berdua lagi, tahun 2013 untuk delayed celebration for 1st anniversary. Tapi tu pun setakat pergi USS, day trip.

Bila ibu and abah yang ajak pergi Singapore, kenalah re-consider sebab kesian pulak dekat diorang. Nak renew passport memang tak sempat. So tanya sana sini whether lepas ke tak untuk masuk Singapore with our passport validity. Kalau ke Hatyai, lepas je since through land entrance so we expect the same rules may apply to Singapore.

Bila tanya few JB friends and cousin yang memang bekerja di Singapore, diorang kata lepas, ok kami terus plan itinerary and stay.

Bab hotel, hubs setelkan. Kami stay satu malam je di Geylang. (Boleh baca review di sini). Itinerary and direction kite yang uruskan. Tak sempat pun nak plan proper, just listkan je beberapa main attraction and how to get there by mrt. (Kami memang dah biasa plan last minute macam ni, main redah je bila dah sampai huhu)

MRT
Menggunakan perkhidmatan MRT sepenuhnya, lebih memudahkan berbanding di KL. Sebab kita beli satu tiket ke tempat yang dituju sekali je, then just tukar tukar line train. Sama macam di Hong Kong dan Guangzhou.

Kami sempat merasa 2 keadaan yang berbeza : Naik mrt pada hari hujung minggu dan hari biasa. As expected, hari hujung minggu orang lebih lengang dan relaks. Bila dah hari biasa, memang padat dan nampak diorang agak rushing. Kadang-kadang, kita yang tourists ni pun terikut rentak yang sama pulak huhu.

In juga merupakan kali pertama Shazrie Iman naik perkhidmatan train macam ni. Tapi, dia masih tak faham pape.. Ada pengalaman yang tak best berlaku dalam ni yang buat kite agak kesal and agak serik dengan sikap segelintir Singaporean. Dalam keadaan yang sesak, dengan kite babywearing Shazrie Iman, of courselah terlanggar ke tercuit ke dah jadi adat. Masa tu kite baru naik train and nak duduk dekat seat yang abah dah reservekan. Dalam keadaan train yang baru nak bergerak, pastu seat pulak ngam-ngam nak duduk, secara tak sengaja kaki/kasut Iman tercuit sikit je auntie/nenek (chinese) yang duduk sebelah kiri seat. Dia punya marah, perghhh mengalahkan apa. Kite dengan tenang cakaplah kite mintak maaf and jangan risau, kasut ni bersih (Iman belum pandai jalan kut time tu so memang bersih) tapi dia tak boleh terima. Membebel-bebel. Eh... Pakkal jelah dekat tempat orang and kau tu tua, kite ni ingat lagi adab-adab. Kalau tak memang dah menjawab je apa yang dia bisingkan tu. So cakap jelah sorry-sorry (dalam intonasi ah malas aku nak layan kau). Rasa nak je tempelak cakap kalau dah tak boleh nak tercuit sikit, tak payah naik public transport Berbuku je hati.

Betapa ngam-ngamnya seat dalam MRT tu.
So, excuse the poking moking lah khenn. Grr
Babywearing vs Stroller
Yes, sepanjang perjalanan memang babywear Iman je. Mudah nak bergerak. Cuma memandangkan Iman dah semakin bersemangat dan kite pulak tak gemar nak back carry, so agak meletihkan di situ.

Cuma dari segi observation, kalau nak bawak stroller pun ok. Most of the places stroller friendly. Tapi kalau bab nak menyelit dalam train yang sesak (hari weekdays) tu agak mencabar jugak rasanya. So maybe next time will re-consider to bring stroller. Kalau jalan tempat santai, guna stroller. Dalam train, babywear je, stroller bungkuih. Hehe.

So.. What we did in the short 1 day 1 night in Singapore?

Merlion Park

Tempat tourist wajib pergi. Where the famous tugu singa pancut air located haha. Orang memang ramai sebab tak lama kami sampai tu, ada pertunjukan laser (but please do not put high expectation on the show) so kami join the crowd, duduk menunggu sambil-sambil suapkan Iman makan, tukarkan pampes jam-jam tu pulak dia nak melabur and ambil gambar dekat tugu famous tu..


Duduk suap Iman makan sementara tunggu laser show
Uishh ni tempat wajib bergambar ni..
Cuma tak buat aksi kuar air dari mulut je :p
The laser show.

Gardens by The Bay
Hmm indah khabar dari rupa kut. Kalau dalam gambar, memang cantik rupa dia. Tapi kalau tengok depan mata, biasa-biasa je.. Pulak tu gelap, just bergantung pada few spotlight. Taktaulah pasal kami dah lewat ke apa so banyak lampu dah tutup tapi kalau ikut operating time, memang sampai lewat malam. Tak faham di situ.

Pastu kononnya nak la jugak cari cafe untuk minum-minum ke, tapi sorry ye, takde. Ada fancy restaurant and bar je kut. Telan liur banyak kali jelah..

Maaflah, ni je gambar yang elok. The rest, hampeh.
Walaupun ada DSLR, apalah guna tanpa speedlight
Walaupun ada speedlight, apalah guna tanpa bateri.
Hoho
*Iklan* My 2 heroes..

Bugis Street
Ala-ala Petaling Street kut? Or Central Market? Hmm tapi memang tempat nak beli souviner. Harga kalau tak tengok dia puna matawang (compared to RM), memang murah. 10 SGD boleh dapat 4 / 6 tshirt kut.. So depends pada apa jenis souviner yang nak dicari, semua ada dekat sini. Harga pun macam lebih kurang sama je antara setiap stall.. Tapi tak salah kalau nak cuba tawar menawar..

Bergambar dulu before masuk..
Tengah sakan pilih souviner
Sebelum Iman strike nak tidur. Huhu

S.E.A Aquarium, Sentosa Island
Ikutkan abah nak masuk USS. Tapi pada kami, kalau nak masuk USS, memang perlukan 1 hari khas, tak sesuai untuk short trip ni. Yelah dahlah harga tiket mahal, kalau masuk sekejap je macam tak berbaloi.

Instead, kami masuk ke S.E.A Aquarium sebab Iman dah mula kenal ikan (or he said 'tish') so kalau masuk aquarium atleast dia akan tahu. Actually ada dua jenis 'tempat tengok ikan' di Sentosa Island ni. Underwater World dan S.E.A Aquarium. Both kami belum pernah masuk tapi secara ringkas, kite bezakan antara dua ni (melalui penerangan ringkas daripada staf kaunter tiket)

1) Underwater World terletak di Siloso Point. S.E.A Aquarium di RWS, dekat je dari seberang (Vivocity)
2) Since Siloso Point jauh ke dalam Sentosa Island, untuk pergi-balik ke Underwater World kena naik Sentosa Express (macam monorail). S.E.A Aquarium ada dua option, sama ada naik Sentosa Express or jalan kaki melalui Boardwalk seberang jambatan.
3) Underwater World attraction lama. S.E.A Aquarium baru punya.
4) Underwater World ada dolphins. S.E.A Aquarium tadak.

Tu je secara ringkas. Nanti kalau kami dah pergi both, baru boleh buat review from our POV.

As for us, kami pergi jalan kaki lalu Boardwalk. Agak jauh dan penat disitu (tu sebab balik pilih naik Express je hahaha) so kalau siapa malas, lebih baik naik je Sentosa Express. Jangan risau, dia ada berbumbung, dan ada travelator, tapi bukan sepanjang perjalanan tu, dia sekerat-sekerat. But still sangat membantu untuk relaks kan kaki dan keting :p.

Sebelum bergerak menyeberangi Boardwalk
Travelator yang dikatakan. 
In between travelator, so kenalah dukung..

Dalam S.E.A Aquarium,  well, lebih kurang macam Aquaria KLCC tapi apa yang lebih menarik, dia ada 1 part aquarium yang saaaaangat besar, macam panggung wayang. Dekat situ actually tempat buat show tapi masa kami masuk, tak kena time. But still ramai je orang duduk lepak-lepak termasuk kami, minum air makan jajan layan Iman merangkak bebas sana-sini dekat situ.

Malas nak cerita, tepek jela gambar.

Sebelum masuk. Abah beli 1 whole softcopies gambar ni
(30pcs, different backgrounds and pose)
dengan harga almost RM100 ok!

Budak ngada-ngada tetiba nak berputing




Tolonglah abaikan lovebirds dekat depan tu...
Sebenarnya nak tunjuk akuarium besar macam saiz panggung wayang..
Takde gambar lain dah, ni yang paling ok
(The rest, video, malas nak upload)
So, besar tak?? Besar baq angg
Ok, yang ni dah bukan dalam S.E.A Aquarium, 
tapi sempatlah kan posing sekejap buat kenang-kenangan... :p




Lepas dari Sentosa Island, kami terus gerak ke Woodlands, seberang selat Tebrau, naik bas ke Larkin, dan pulang ke KL!! Penat gila tapi rasakan, nak sangat merayap kan.. Weddingnya sikit (tak sikit, 3 weddings kami pergi) tapi melencongnya yang lebih. Heuheu.

Ok, sebenarnya tak rancang pun and percutian singkat ni takde kena mengena dengan tajuk, tapi since masa kami pergi tu Mothers Day, so kite acah-acah jelah sambut Mothers Day dekat sana.. Huhu.