Pages

Tuesday, July 21, 2015

Susu Formula : Nutrisi dan Anggaran Harga

Alhamdulillah, dapat fully breastfeed Shazrie Iman sampai umur setahun.. Dengan azam dapat teruskan sampai ke 2 tahun. Tapi tengok milk production macam makin merudum. Memang dari dulu susu tak banyak, cukup-cukup untuk direct feeding kalau pump tal banyak hasil. Tapi sekarang ni rasanya makin berkurangan, or maybe Iman makin banyak minum.

Macam-macam dah try buat. Minum susu Anmum Materna 2x sehari walaupun tak suka susu ku gagahkan jua. Tak jalan. Makan habbatussauda 4biji sehari pun macam tak ada perubahan. Memang takde buat power pumping sebab Shazrie Iman masih kerap minum 2-3jam sekali, termasuk waktu tengah tidur.

Bila dah masuk bulan puasa, keadaan makin merudum. Minum air banyak mana, makan kurma berbiji-biji, still sama. Kalau puasa tahun lepas ok je. Besar kemungkinan susu dah nak kering *sedihnya*

Kalaulah Iman kuat makan and minum air lain banyak, taklah risau sangat. Ni makan memilih. Setakat 2-3suap je nak. Pastu dah. Alhamdulillah suka makan buah tapi rasa still tak seimbang dengan pengambilan karbohidrat and protein. Minum pulak, memang minum air masak tapi tak banyak. Kalau beri air manis, laju je. Huhu.

Bila difikir-fikir kan, nampaknya kena jugak campurkan dengan susu formula, sekurang-kurang nya dapat kenyangkan sikit perut Iman. And dapatlah cover zat yang tak cukup. Kesian betul bila tengok dia menyusu lama tapi hasil tak banyak. Tu sebab berat tak naik. Hmm..

Bila decide nak bagi susu formula, pening pulak kepala. Yelah nak fikir susu apa yang sesuai? Susu mana yang bagus? Nak beli susu ni nak tengok apa? Yang paling penting,  nak ke Iman minum botol? Hishhh susah jugak rupanya! Sebenarnya senang je kalau nak main pick apa-apa brand, tapi bagi kite, atleast kenalah tahu apa yang anak minum, jangan main taram je. Sebab since banyak brand, mesti ada kandungan/formula yang berbeza.

Mulalah operasi usha mengusha.. Dari segi brand, harga dan khasiat.. Ikutkan hubs, nak bagi Karihome. Tapi pada kite, mahal sangat! Kena jugak tengok budget. Lagipun nak try dulu susu lembu, kalau tak sesuai dengan susu lembu, baru shift ke susu kambing.

Sebenarnya ada request sample daripada daripada macam-macam brand. Tapi lambat sangat nak dapat. Tak boleh jadi ni. Silap-silap lepas raya baru dapat. Tak kan nak tunggu. Kena jugak try something dulu.

So, mula buat perbandingan dari segi kandungan khasiat.. Walaupun tak semua brand tapi sekurang-kurang nya banyaklah pilihan.. Apa yang kite focus adalah : DHA, Omega 6, Omega 3, Kalsium dan Iron.

                                           S26 Progress Gold               Anmum Essential                    

        
                                                     Nan Pro                      Dumex Mamil

                                               Enfagrow A+                   Sustagen Junior

                                                 Dugro                              Friso Gold


Kalau dari segi harga pulak, lebih kurang macamni (kena kira dari segi gram)
 

 




Harga ni di Aeon Big Midvalley pada 21/6/2015. 

Fikir punya fikir, finally kite decide nak try susu Dugro sebagai sample yang pertama. Sebab apa :

1) Kandungan khasiatnya bersesuaian dengan keperluan. Memandangkan Shazrie Iman masih dapat minum susu terbaik di dunia (susu ibu), so khasiat yang ada dalam susu ni just untuk top up je and untuk bagi dia kenyang.

2) Harga yang boleh dikatakan murah. Memandangkan Iman first time nak berbotol and minum susu formula, takut dia taknak. So ni kira try and error. Kalau dia taknak, atleast taklah rugi sangat. Boleh je nak try brand lain, kalau dia taknak boleh bagi dekat anak siapa-siapa yang minum susu tu. Tapi kite rasa nak try dengan yang murah dulu. Lagipun sementara je ni, sementara nak tunggu requested sample sampai.

Alhamdulillah, first trial, Iman tak tolak botol and nak minum susu bancuh. Dah intro susu formula, nak kena buat observation pulak :

- Kekerapan membuang dan keadaan fizikal poopoo macamana. 
- Ada sebarang tanda perut kembung tak.
- Keadaan kulit normal or ada naik ruam/allergy tak.

Setakat dah 3 hari try ni, Alhamdulillah semuanya normal. Walaupun Iman tak minum banyak, tak sampai 5oz/150ml sehari (ikut mood dia, kadang-kadang bila diberi dia akan minum, kadang-kadang tu tolak, still nak bf) atleast nampak dia tidur lebih lena. Maybe sebab perut kenyang.

Dari segi botol, since sebelum ni tak berbotol,  so mommy kena assist. Iman boleh je pegang sendiri tapi dia tak reti nak tonggak. Dia sedut gitu je. Takpe slow-slow.. Nanti lama-lama reti lah kan..
Buat masa ni, inshaAllah akan teruskan lagi dengan susu Dugro for couple of months. Nanti dah dapat sample, boleh try susu lain pulak, especially bila Iman dah lebih banyak bergantung dengan susu formula berbanding direct feeding.

Honestly, tak suka susu yang ada 2 brand tapi dari company yang sama. For example Dumex Dugro and Dumex Mamil. Nestle Lactogen and Nestle Nan Pro. Kenapa kena ada camtu? Seolah-olah double standard. So mommy lagi prefer susu yang 1 brand je eg Anmum ke, Enfagrow ke.. Tapi kalau susu Dugro ni jugak serasi, takpelah. Maybe Iman memang jenis tak memilih. Tengok jelah nanti.

Friday, July 10, 2015

PCOS dan Biodex

Pada mulanya agak keberatan nak share (that's why dah sekian lama baru bukak cerita), tapi.... Takpelah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang tercari-cari..

Overview
PCOS ataupun Polycystic Ovarian Syndrome. Satu masalah/penyakit kesuburan yang ramai orang confuse dengan cyst tapi sebenarnya ia berbeza. Sindrom adalah gejala/tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu. Oleh itu, PCOS lebih kepada petanda. Antara PCOS yang biasa dapat dikenalpasti oleh penghidapnya adalah :

1) Gemuk
2) Lebihan bulu seperti lelaki (disebabkan paras hormon androgen yang agak tinggi)
3) Kitaran haid yang tidak menentu. 

Bagi cyst pula, ia adalah satu keadaan fizikal yang wujud dalam ovari, seperti lepuhan atau biji kecil yang hanya boleh dilihat melalui TVS (transvaginal scan/ultrasound). Ia mempunyai saiz yang berbeza dan boleh wujud secara tunggal atau dalam multiple (rantaian/ kumpulan yang banyak). Oleh sebab itu, apabila yang berada dalam bilangan yang banyak, ia boleh mengganggu kitaran haid daripada berlaku secara konsisten.

.....

First period masa berumur 12 tahun. Tapi datang sekali tu jelah, pastu tak datang lagi, sampai umur 13 tahun. Masa umur 13 tahun pun, datang tak tetap. Ada setiap bulan, tapi selalunya 3-4 bulan sekali. Keadaan berlarutan sampai umur 17 tahun. Mulanya kite abaikan je sebab fikir mungkin menstrual cycle baru nak regulate tapi bila dah makin remaja *ewah* mula rasa pelik. 2 kali pergi ke klinik (klinik biasa je, tak terfikir nak jumpa pakar), doktor bagitahu perkara yang sama : normal selagi belum berkahwin sebab hormon tak stabil. *OK Fine*. Doktor cadangkan ambil EPO (Evening Primrose Oil) untuk stabilkan hormon jadi kite pun makan EPO, tapi tak konsisten *Student mana ada duit nak supply tiap kali botol habis*. Nak kata berkesan, tak taulah sebab makan tak konsisten. So masalah berlarutan sampailah 20an..

Bila dah kahwin at mid 20s, few months after kahwin, period still tak regular. Sebagai pasangan yang memang nak anak asap, kite rasa perlu buat sesuatu sebab selagi period tak teratur, macam mana nak pregnant? So, pergi jumpa gynae for the first time dengan hubs.

Bila jumpa je gynae and bagitahu masalah period tak teratur, gynae : Dr. Ng terus bagitahu yang kite ni PCOSer. Cuma bezanya, kite takde sebarang tanda fizikal (tak gemuk and tak berbulu). Jadi Dr Ng terus buat TVS untuk tunjukkan cyst-cyst kecil yang berada di dalam ovari kiri kanan dan buat penerangan ringkas. (Alang-alang, Dr Ng terus suggest buat pap smear)

Untuk regulate menstrual cycle, ada dua cara, sama ada melalui pengambilan pil perancang ataupun clomid. Since kite dalam usaha untuk mengandung, jadi kena makan clomid. Alhamdulillah, bila dah makan clomid, period datang dengan cycle 35-40 hari (setiap cycle, period selama 7-9 hari). Kite tak makan clomid setiap bulan, kite selang-seli kan. Tapi tanpa pengambilan clomid, period tetap datang. Bila dah period, senanglah nak agak hari subur.

After 5 bulan, dengan period yang agak teratur, kite masih belum pregnant. Jadi jumpa Dr Ng semula dan Dr cuba rawatan inject hormon (dekat dengan pusat) untuk matangkan telur. Tapi nampaknya masih belum rezeki. After first trial tak berjaya, Dr Ng mula lakukan pemeriksaan/ujian secara berperingkat :

1) Ujian darah bagi mengenalpasti aras hormon dalam badan (FSH, LH, prolaktin, estradiol). Alhamdulillah semuanya dalam range yang normal.

2) Pemeriksaan kualiti dan kuantiti sperma. Semuanya ok. (Hubs tidak merokok)

3) Ujian HSG (Hysterosalpingogram) di Tung Shin Hospital (dengan kos RM200). Satu ujian untuk 'x-ray' keadaan tiub fallopio sama ada normal atau tidak (tersumbat etc). Patent fallopian tubes. 

Berdasarkan kesemua ujian yang telah dilakukan, kami tidak mempunyai masalah lain jadi rawatan boleh difokuskan kepada satu masalah sahaja (polycystic). Dr Ng tanya sama ada untuk cuba inject hormon kali kedua. Pada masa yang sama, Dr Ng juga ada menerangkan mengenai IVF (dengan kos kira-kira Rm18k untuk satu percubaan lengkap) untuk rawatan yang lebih cepat dan high potential. Tapi kite mengambil keputusan untuk hold dulu, sebab nak cuba secara sendiri dulu.

Dari segi pengambilan clomid tetap diteruskan dalam rutin yang sama (selang bulan). Folic acid tetap tak tinggal. Pemakanan dijaga sebaik mungkin. Kami dah tak ambil sebarang fast food, megi, junkfood. Minum pula kami tak minum air kelapa, tebu, berkarbonat dan kafein. Semua makanan dan minuman yang perlu dielakkan, kami pantang.

Ibu memang ada cadangkan untuk mencuba Biodex (melalui iklan-iklan yang terdapat dalam majalah) tapi kite refused, sebab nak cuba regulatekan period dan usaha secara semulajadi dahulu. Tapi setelah beberapa bulan period datang dengan tetap dan pemakanan dijaga dengan baik masih belum ada sebarang berita baik, kite mula consider untuk mencuba Biodex.

Pada mulanya, kite pergi ke beberapa toko-toko jamu untuk bertanya secara lanjut mengenai produk Biodex dan apa yang sesuai untuk diambil, bersesuaian dengan masalah kite. Tapi apa yang menghairankan, setiap toko jamu mencadangkan produk yang berbeza. Buat kite rasa tak puas hati dan confuse. So, at the end, kite mengambil keputusan untuk pergi ke HQ Biodex di Seri Rampai.

First visit, kami hanya dapatkan consultation dahulu dengan consultant Biodex. Kami terangkan apa masalah yang kami hadapi dan consultant memberi pandangan dan cadangan produk yang bersesuaian. Bila dah dapat penerangan lengkap, barulah rasa puas hati. Tapi kami tak terus buat keputusan untuk beli, kami balik dulu untuk fikir dan berbincang (takut tak berbaloi dengan harga yang dibayar, which agak pricey). At the same time, masih meneruskan usaha pemakanan secara semulajadi.

After few months, setelah difikir sebaiknya dan cukup duit tabung :p, kami pergi semula ke HQ untuk membeli set suami isteri, yang disarankan kepada kami, bersesuaian dengan masalah kami.. Consultant pun memberi penerangan mengenai cara pemakanan yang betul, dan jadual pemakanan setiap produk. Ini adalah satu lagi kelebihan bila kami beli di HQ, yang tidak terdapat di mana-mana toko-toko jamu yang kami dah survey. Lebih-lebih lagi, tak lama lagi nak berpuasa jadi consultant berikan sekali jadual pemakanan sepanjang bulan puasa. 

Bermula 23 Jun 2013, kami suami isteri memulakan usaha kami dengan Biodex. Tak semua produk habis serentak, jadi bila antara produk dah habis, kami top up je, beli dekat mana-mana toko jamu. Dan Alhamdulillah, kira-kira dua bulan, pada 24 Ogos 2013, kite dapat positif UPT! For the first time ever! (Sepanjang pemakanan kami selama 2 bulan, hanya 2 produk sahaja yang di top-up daripada set yang kami beli di HQ. The rest masih mencukupi dan ada yang masih berbaki selepas 2 bulan).

Bukan nak terlalu mempercayai Biodex, kemungkinan kami serasi dengan Biodex, dan yang pasti, dah tertulis rezeki kami. Tapi Alhamdulillah, dengan Biodex, usaha kami untuk mendapat anak berjaya... Syukur...

.....

Kepada TTCian dan PCOSer.. Kite faham dengan masalah korang, tu sebab wujudnya blog ni (As I stated in my 'About'). So,


Perkongsian ini adalah daripada pengalaman sendiri (jujur, tak tipu, tak berbayar). Biodex merupakan makanan tambahan yang memberi/melengkapkan kekurangan nutrien dalam badan. Bagaimanapun,, seperti ubat/ supplement tambahan lain, ia tetap bergantung kepada keserasian setiap individu. Dan apa yang lebih penting, semua rezeki adalah daripada Allah.

Sepanjang kami berusaha, kami tak terlalu fikirkan mengenai kos. Benar, kos memang tinggi. Dari jumpa gynae nak buat pemeriksaan dan ujian, kemudian nak beli supplement dan pil-pil (clomid, folic acid), semuanya menelan ribuan ringgit. Alhamdulillah hubs tak pernah berkira dan sentiasa memberi sokongan penuh dari segi emosi dan wang ringgit (memandangkan kite tidak bekerja). Kami sentiasa positif takpelah, walau kena buat IVF sekalipun, duit boleh dicari. Rezeki anak tu yang lebih penting.

Itu usaha dari sudut yang lain. Dari sudut rohani, (kite bukanlah orang-orang alim atau baik), tapi kite perbanyakkan solat hajat, mengaji Al-Qur'an setiap sebelum/selepas solat. Alhamdulillah, sepanjang berusaha, kami berada dalam rahmat Ramadhan jadi mungkin ada kelebihan yang tersendiri..

Semoga rezeki milik kalian, dan untuk diri sendiri, kite berharap untuk anak-anak yang seterusnya, rezeki dipermudahkan.

Wednesday, July 1, 2015

No More Tandem Swing

Usually kalau nak naik buaian, mommy akan pangku Shazrie Iman (except buaian yang memang untuk babies). Tapi masa main dekat playground petang tadi dengan daddy, for the very first time, Iman naik buaian sendiri! I mean tak tandem dah. Biasalah, ayah-ayah berani sikit nak ajar lasak-lasak ni.. Kalau mak-mak, takut terjongkang lah, jatuh lah. Huhu. Tapi walaupun pertama kali, Iman takde terjatuh. Siap pandai lagi nak break kaki kalau nak berhenti *Proud mommy*

EVA Play Mat

Bilik kami berlantai mosaic. Ada karpet kecik je, cukup untuk satu part. Tapi bila Shazrie Iman dah makin ligat main, dia asyik terjatuh je. Tersembam la, tergolek la. Kepala berdentam dentum kena lantai. Belum kira kalau dia terjatuh dari katil. Aduhaiiii memang macam-macam!

Nak beli carpet, yang 1 kecik tu pun mommy malas nak uruskan bab cuci mencuci. Tapi tak boleh tahan, finally mommy cari alternatif lain - eva play mat. Mat yang sesuai sangat untuk babies and kids.


Mommy beli online (erm dari instashop actually) dengan harga RM95 including postage untuk alphabets (A-Z) and numbers (0-9). So 36 pieces.

Kalau tengok, memang comel sebab colorful, ala-ala macam dekat tadika gittew. Takpun macam dekat any indoor playground. Tapi rupa-rupanya, ada 'muslihat' disebalik kecomelan itu!
Setelah hampir sebulan pakai, barulah mommy sedar yang :

- Mommy kena kemas lebih sebab Shazrie Iman suka betul cabut nombor atau huruf, or even cabut jigsaw itself! Memanglah otak-otak sedang berhubung tapi kalau dah sehari 50x mommy nak kena kemas and pasang balik, geram jugak. Belum lagi nak kena buat treasure hunt cari dekat mana serpihan-serpihan menghilang. Daddy suruh selotape je jgn bagi dia tertanggal tapi mommy belum bercadang nak laksanakan cadangan tu. Tahap kesabaran belum off limit agaknya. Huhu.

- Kalau nak mengemas lagi payah. Nak menyapu/mop lantai. Makanya kenalah cabut semua satu persatu (kalau tak satu persatu pun dia akan bercerai-cerai jugak). Dah cabut-mop/sapu-pasang balik. Eh tambah pulak kerja kite. Kalau carpet, senang je. Sekali angkat, settle!

- Bab-bab pembersihan setakat ni belum nampak lagi sebab biasa lap je gitu dengan tisu basah. Then air dry. So point positif kat sini.

- Dari segi ketebalan, better daripada carpet RM190 yang mommy mintak daddy beli dekat Nilai. Playmat ni lagi tebal (ketebalan 0.8cm). Tapi penyerapan hantukan kepala Shazrie Iman belum teruji sebab bila dah beli ni, dia takde pulak terjatuh. Ada jatuh, tapi dekat lantai yang tak berkarpet. Boleh tak??

- Since dia boleh cabut-cabut, so kelebihan dia kita boleh bubuh ikut ruang yang ada, flexible. Takyah lah nak angkat-angkat perabot kalau nak letak. Sekadar dekat ruang yang diperlukan. Yang ni mommy suka sebab bilik dah lah penuh dengan barang so senang kerja mak.

- Dari segi kualiti, kita kena tengok dulu jauh mana dia boleh pergi. Berbaloi ke tak dengan RM95 yang dibayar. Huhu.

Biasalah setiap benda ada pro and cons. Yang pasti, daddy request mommy suruh beli lagi nak biar bagi penuh satu bilik (penangan anak jatuh katil salah landing).

Wednesday, June 24, 2015

Current Development at 1 year 2 months

Benarlah, baby memang cepat betul membesar. Lebih-lebih lagi bila menghampiri/dah umur setahun. Sampaikan 'lost track' exact time bila baby mula pandai buat sesuatu. However, mommy try jog down perkembangan Shazrie Iman at 1 year 2 months for future reference :

1) Dah pandai melambai. Ni as early as 1 year dah reti.. Tapi ikut mood. And kadang-kadang tu, orang lain dah habis babai-babai, dia baru je babai. Ceh.

2) Nak bersalam. Kira kalau orang sebut perkataan 'salam', sambil hulur tangan, high probability dia akan sambut. Salam yang siap cium tangan tu. Selain tu kalau kata give me five (sambil buat action tersebut) dia akan balas.

3) Pantang dia rasa dia berjaya buat sesuatu, contoh tutup pintu, dia akan tepuk tangan sendiri. Nak suruh orang puji pandai lettew.

4) Rajin betul 'mengemas'. Bukan toys, tapi barang-barang kite. Jenuh mommy nak mengemas.

5) Reti dah nak mintak sesuatu daripada orang. Example, bagi remote dekat kite, tu maknanya nak suruh bukak cartoon favourite dia iaitu Timmy Time. Kalau tiba-tiba datang dekat aunties/toksu,  maknanya nak suruh bukak video dekat hp. (Sebab diorang rajin bagi Iman tengok video dekat hp. Kalau mommy, sorry la eh)

6) Tak boleh nampak sandal dia. Mesti amik and mintak orang pakaikan. Takpun acah-acah nak pakai sendiri. Nak ajak keluar la tu maksudnya..

7) Memilih makanan. Makanan/minuman yang tak berkhasiat, laju je datang balik dekat kite nak mintak suapkan lagi. Cuba bagi air masak ke, or nasi, berperanglah mommy nak bagi makan tetap tak nak bukak mulut. Grrr.

8) Dah tahu kalau daddy balik kerja, terus kejar mintak dukung. Kalau daddy nak keluar naik kereta and dia nampak, alamatnya boleh melalak lah dia nak ikut.

9) Dah mula menconteng. Tapi setakat ni dekat kertas yang mommy/daddy bagi je dulu. Advance sikit, conteng cadar katil *huaa* or tangan kaki dia. Harap tak sampai ke dinding. Tapi daddy dah gigih belikan crayola crayon. RM30 sekotak ok! Beli sebab non toxic and washable. Tapi nampaknya Iman lagi berminat patahkan crayon tu daripada menconteng.  Sabo ajelah.

Shazrie Iman's first hasil seni. Using highlighter pen (28/5/2015)
10) Suka main dengan kucing! Dekat rumah nenek memang ada kucing. Dekat rumah wan kucing taktau malu datang. Tapi pasal Iman suka main kucing and kucing tu pun rajin melayan main, so non official jadilah kucing belaan huhu. Terkekek-kekek ok gelak kalau kucing tu beraksi. Kucing pun nasib badan la kena gomol, smack down or tarik ekor dengan Iman. Pasrah je muka masing-masing. Tapi yang bagusnya, so far kalau bagi kitten, dia tak usik pulak. Maybe tau kut baby lagi kucing tu.

11) Suka dengar azan. Kalau dekat rumah, dia tengah buat pape, dengar azan dekat tv, akan pergi depan tv tu and tekun dengar sampai habis tak gerak-gerak.

12) Ni recently. Dah pandai tadah tangan untuk baca doa (mainly doa makan). Bila baca Bismillah je, terus tadah tangan. Tapi tak sempat doa nak habis, dia da sudah. Dah tu bukan mula makan je. Almost setiap kali nak suap dia makan dia akan tadah tangan. Sekali je baca dah la nak oii..

13) Dah mula cantum-cantumkan megablocks dia. Kalau bagi shape sorter pun, dah tau yang that shape boleh masukkan dalam lubang cuma bukan lubang shape yang sepatutnya. Atleast he got the idea.

Rasanya tu je lah kut perkembangan Shazrie Iman at the moment. Still, mommy ada lagi yang mommy nak achieve :

1) Buat flying kiss. Walaupun takde kepentingan tapi benda ni macam 'wajib' baby reti buat.

2) Mengembur dah reti. Nak ajar kemas balik barang-barang. Atleast toys megablocks dia. Penat tunjuk tapi belum berjaya.

3) Suap makanan sendiri dalam mulut. Kadang-kadang tu macam kucing dah! Makan yg berterabur. Eii geram jela budak ni! Penangan suka main dengan kucing la ni.

4) Pegang cawan/ sipping cup sendiri. Maybe sebab Iman tak minum botol so tak reti. Lagipun dah manja sangat orang dok pegangkan..

5) Kekal duduk dekat car seat sepanjang perjalanan. Setakat ni dia nak duduk dekat car seat and selalunya tertidur. Tapi kalau dia wide awake tu, walaupun dah distract macam-macam, kalau dia rasa perjalanan lama sangat, mulalah dia meragam nak keluar.
6) Toleh setiap kali orang panggil nama dia. Payah betul!! Nak kata tak dengar, dengar je. Nak kata tak tahu tu nama dia, tak mungkin. Berbuih hari-hari sebut nama dia tak panjang, pendek. Tapi dia saje bolayan. Grrr.

Ni antara milestone yang mommy nak capai dalam masa terdekat. Yang advance lagi, kena tunggu masa yang lebih sesuai.

Monday, June 15, 2015

Farm in The City at Equine

Berangan nak bawak Iman pergi any zoo or safari dah lama (parents yang over sebenarnya :p) tapi hold dulu, tunggu Iman dah pandai jalan baru nak bawak.

So bila Iman dah pandai jalan and ada masa free, kami pun bawak Iman pergi tempat paling dekat dengan rumah kami : Farm in The City di Equine. Daddy yang selalu usha tempat ni, katanya dia konsep kampung and haiwan semua open cage, tu yang excited lebih nak pergi.

Sedikit sebanyak mengenai Farm in the City :

Lokasi : 
Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Masa : 
10am-6pm (Isnin, Rabu - Jumaat) 
9.30am-6pm (Sabtu, Ahad, Cuti Umum)
** Tutup setiap hari Selasa

Harga tiket (Sila tunjuk Mykad and Mykid):
RM32 untuk dewasa, kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas (Normal RM48)
RM27 untuk kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah dan ketinggian melebihi 90cm, juga untuk warga emas (Normal RM38)
Percuma untuk kanak-kanak bawah 90cm 

Since Shazrie Iman cenonet lagi so kami just bayar untuk 2 tiket dewasa sahaja.. Jimat duit daddy. Huhu.

Maklumat lanjut boleh tengok dekat Facebook Official depa.

Kami pergi hari Ahad and cuti sekolah (maybe), jadi orang agak ramai.. Maksud ramai tu, carpark dekat dalam penuh sampai kena park dekat belah luar. Serious kami tak expect orang ramai datang. Tapi kereta jelah banyak.. Dekat dalam tu tak terasa pun padat.. maybe sebab kawasan dia yang agak besar. Memandangkan tutup pukul 6petang, and kami budget dalam 2 jam dalam tu, so kami masuk dalam pukul 3petang..

Timing agak cantik sebab masuk-masuk, ada bird show.. Mulanya excitedlah nak tengok tapi pasal mommy dengan daddy je yang excited, Iman takde perasaan pun (mungkin belum faham plus baru kena paksa bangun tidur) jadi kami tengok bird show tu sikit je, pastu mula bergerak ke aktiviti seterusnya.. Tambahan pulak, position bird show tu tak berapa sesuai. Takde stage and tempat duduk. Orang kena berdiri kerumun tengok. So siapa yang lambat, tak berapa nampak lah dihalang dek orang depan. Pulak tu dia memanjang, so kalau instructor tu explain (walaupun guna pembesar suara) dekat penonton belah kanan, yang belah kiri ni tak akan dengar or nampak apa pun. Camtulah sebaliknya. Dorang patut improvise dekat part ni. 

Macamnilah keadaan time tengok bird show tu.
Time ni, instructor tengah explain dekat audience belah kiri,
so kami yang belah kanan ni memang tak dengar langsung
Betul, konsep farm ni terbuka and ala kampung. So expectlah rupa ladang dekat kampung macam mana. Tapi still selesa, ada je cafe and tempat untuk minum and makan-makan ringan.. Haiwan (pets) boleh pegang, and beri makan. Jangan risau, ada je penjaga haiwan yang akan jaga and terangkan sedikit sebanyak mengenai haiwan tu (bahaya/tak etc)

Ada jugak reptiles (ular etc) insects (scorpion, tarantula etc), tapi of coursela dalam cage yang bertutup.


Malas nak cakap banyak, tepek gambar jelah antara aktiviti yang Iman buat dekat sana.

Feeding the birds
Burung atas kepala ni jinak. Nak bagi Iman pegang tapi dia tak reti duduk diam pulak

Yes, its real sayang..


Kantoi screen shot video huhu. Tapi this kambing haa sangat jinak woo.
Jinak sampai mommy yang menjerit takut haha



By 5.30pm, kami pun keluar daripada farm ni.. Masa keluar, ada staf yang hulur sijil untuk Iman. Idea yang bagus! So, Iman dapatlah sijil yang pertama dalam hidup :).

Sebelum balik, sempat shopping souviner dekat gift shop. Pulak tu ada dapat voucher RM5 bila spend RM30 and above dekat gift shop, so haruslah digunakan ye dak. Tak beli apa pun, beli benda wajib fridge magnets and topi Iman..

Overall, seronok untuk bawak anak yang dah reti and faham untuk ajar tentang haiwan and bagi dorang merasa pegang and main. Tapi untuk Shazrie Iman, hmmmm nampaknya daddy kena bawak lagi la huhu.

Bye! Kami akan datang lagi!
Dah ada bukti, orang tak percaya lagi dah pergi, tak tahulah khenn :p

PD Re-stay

Masa Iman 9 bulan, nenek and atok ada bawak Iman pergi swimming dekat Port Dickson -here- . Last week (13 June), Iman pergi lagi dekat tempat yang sama cuma kalini dengan Wan and Tokma pulak.. 

Walaupun pergi sekejap, sampai dah malam pastu esok dah check out, Iman sempat jugak berendam dalam swimming pool pagi before check out tu. Or pendek kata, datang Port Dickson ni memang semata-mata nak bawak Iman swimming dekat pool. Ceh. Tak kesahlah nak, atleast dapatlah daddy bersantai and berehat sekejap daripada kerja..

Memandangkan masa singkat je, takde aktiviti apa yang dilakukan melainkan swimming, dah tu masa pergi bawak Iman swimming pun kami bertiga je, so tak sempat nak bergambar bagai.. Yelah dengan orang ramai almaklumlah cuti sekolah, nak cari tempat nak letak barang lagi, nak jaga barang lagi, memang tak nyempatlah kan. Pulak tu bawak hp daddy je and letak pulak dekat dalam waterproof pouch, so few gambar ni je mommy captured.

Daddy sebok bersihkan kolam
Ni je gambar yang ada. Huhu

Perkembangan swimming Iman, Iman dah berani nak swim (assisted by daddy) without using any float. Just pegang chest dia je, gaya swimmer professional (lah sangat) dah ada :p. Nantilah ye Iman, Iman dah besar sikit mommy enrolkan swimming lesson :). 

Tuesday, June 9, 2015

Asb Ting!

Antara perkara sunat menyambut kedatangan ahli baru dalam sesebuah keluarga adalah bersedekah. Maknanya kalau kita melawat bayi baru lahir (sunat), selain ucapkan tahniah kepada ibu bapa (sunat), kita boleh jugak bagi hadiah ataupun duit.. Alhamdulillah rezeki Shazrie Iman, banyak dapat duit. Pulak tu, few months after lahir, hari raya. So lagi banyaklah collection Iman sebab dapat jumpa sedara mara atuk nenek yang ramai.

Mommy memang dah plan sejak Iman dalam perut, semua duit Iman kami akan masukkan dalam akaun bank. Tak kira lah duit raya or duit orang beri, In Sha Allah, mommy and daddy tak akan guna sesen pun selagi belum terdesak and akan masukkan semuanya dalam akaun Iman sendiri. Nak mengajar Iman menabung lagipun.

So setelah berfikir-fikir, mommy decide nak bukakan akaun ASB untuk Iman. Senang sebab mommy pun rajin masukkan duit dalam ASB mommy so, nanti bolehlah buat sekali. Mulanya mommy ingat dah setahun baru boleh buka akaun anak, tapi rupanya boleh buka seawal umur anak 6 bulan..

For future reference, untuk memudahkan, apa yang perlu dibawa untuk buka akaun (selain duitlah hopkos), si pembuka akaun (parents) perlu bawa :

1) Salinan I/c salah sorang parents. Kalau si ibu yang bukakan akaun, so I/c si ibu sahaja. And nanti cop jari si ibu yang diperlukan.

2) Salinan surat beranak si anak. Mykid takyah.

Dah ada 2 salinan ni, nanti sebelum amik nombor boleh lah mintak borang dari kaunter.. Kaunter akan tanya untuk siapa so cakaplah untuk anak. Ohya, selain dekat bank, akaun ASB boleh juga dibuka di mana-mana post office.

Setelah bertangguh-tangguh, finally tadi mommy berjaya juga bukakan akaun untuk Iman.. Borang dah lama ambil. Salinan pun dah lama buat. Tapi tak menyempat je nak pergi bank/pejabat pos. Nasib baiklah driving licence mommy nak mati. Tu yang uruskan sekali ASB Iman..


Dah ada akaun ni senang lah nak masukkan duit raya Iman..

Wednesday, June 3, 2015

Baby Steps!

Shazrie Iman dah mula melangkah 3-4 tapak dalam seminggu. And finally, Alhamdulillah, tanggal 3 Jun 2015, genap Shazrie Iman 1 tahun 1 bulan 2 minggu, dah boleh berjalan..! And the best thing is, macam saje je dia nak tunjukkan dekat mommy and daddy dulu, time tu takde siapa dekat dalam rumah. So excited and gelak sakan lah kami laki bini..

Excited jalan sampai seluar londeh pun dah tak kesah dah

p/s: Nampaknya mommy dah underestimate Iman. Mommy expect Iman lambat lagi jalan, dalam setahun setengah (macam mommy heheh). You go boy! *Proud mommy*


Monday, June 1, 2015

Short Trip to Kuantan

Last weekend, Shazrie Iman ikut nenek, makngah dan mommy ke Kuantan. Tujuan utama sebenarnya untuk pergi ke kenduri kahwin di Kemaman. Tapi memandangkan Kuantan tak jauh dari Kemaman and cousin mommy pulak ada duduk di Kuantan, so kami stay di situ je untuk satu malam.. Pergi berempat je, the rest tak dapat ikut since kerja.

The only hero yang 'temankan' ladies trip kami.
Dekat rumah cousin mommy, walaupun ramai second cousins Iman, tapi semua dah besar-besar (2 tahun ke atas) so Iman main sendiri-sendiri je, belum turn nak main lasak macam dorang, Huhu. Luckily second cousin, Asyraf ada few toys yang Iman layan, so senang mommy. And boleh dikatakan dekat rumah cousin ni Iman full dengan aktiviti bermain

Toys favourite Iman. Sampai mommy kena ganti bateri Iman buat main tak lepas-lepas. Huhu.
Bawak main dekat luar, naik ni pulak. Iman agak jakun sebab tak pernah naik basikal.
Siap join abang-abang swimming dalam kolam cetek.

Malam kami stay, cousins mommy ajak pergi makan seafood dekat Pantai Remis pulak. Tapi malangnya, sepanjang orang mentekedarah, Iman lena tidur atas meja. Bila orang dah nak balik baru lah dia bangun. 

 

Sedara sebelah nenek. Tak complete ni,,
Esoknya, kami pergi ke Kemaman untuk attend the wedding.. Honestly, mommy tak kenal pun siapa punya wedding, or even tuan rumah tapi nenek kata sedara, anak paksu nenek yang kahwin. Takpelah, kite layankan jelah kenal ke tidak pengantinnya huhu.

Dalam perjalanan ke Kemaman. Iman duduk carseat actually tapi masa ni nak susukan kejap.
Dekat rumah pengantin. Baju ni aunty Rini beri pada Iman. Mommy suka!
 Dari majlis, sedara yang lain ke Kuala Terengganu pulak. Memandangkan kami hanya berempat, and atuk and daddy tak bagi melencong ke tempat lain, so kami pun geraklah balik.. Tapi tak direct jugak, sempat belok ke Kuantan semula untuk ke Teluk Cempedak :p. Saja amik angin pantai kata nenek..

Iman bergaya dengan rayban nenek baru belikan.
Kalau dah dekat laut, tak main air, tak sah. Walaupun mommy takde bawak swimming suit Iman, Iman tetap tak miss cepuh air main ombak. Nasib baik Makngah rajin melayan. Kalau tak, tak merasa lah Iman sebab mommy malas. Haha. Thank you Makngah..



Dari pantai Teluk Cempedak, kami terus gerak balik ke Rawang.. Alhamdulillah perjalanan ok-ok je..

Sebenarnya memang dah lama mommy ajak daddy ke Kuantan, nak ke Cherating sebab dah berkurun mommy tak kesana. Daripada mommy pregnant kut ajak daddy baby moon ke sana, tapi tak kesampaian sebab busy. So, dalam trip ni, walaupun sekejap and tak ke Cherating pun, atleast sampailah jugak hajat mommy nak ke Kuantan.. Next memang kena ajak daddy pergi bercuti dekat sini.

1st Birthday Present

Mommy tak tahu nak beli apa untuk birthday Shazrie Iman yang pertama ni. But of courselah toys kan, ikut pilihan sesukahati. So dari mommy, mommy belikan Iman Bilingual Learning Table Leapfrog. Advance birthday present sebab awal mommy dah belikan heheh.


Dari daddy pulak, mommy request (see, mommy yang over) belikan Iman Vtech Grow and Go Ride On since Iman jakun sangat main dekat rumah orang (second cousin actually). Balik-balik dari Kuantan, mommy terus ajak daddy singgah Midvalley untuk belikan belated present ni. 

Tengok dari gaya Iman main, harap Iman suka la eh.. Daddy kata pasni setahun takyah beli hadiah (yela sangat..)


Untuk future reference mommy : Leapfrog RM150, Vtech RM250. Rezeki kami dapat beli harga yang lebih murah.