Pages

Tuesday, December 31, 2013

Do I Need Breastpump?

Since semua harga barang naik, so berazam nak breastfeed baby je, jimat duit beli susu *alasan poyo*. Haha. Dulu kite, ibu kata memang breastfed je, tak minum susu formula langsung, hatta tak pernah minum botol pon! *bangga dengan diri sendiri huhu*. Lepas je cerai susu, ibu kata kite terus minum air sirap, dari cawan! Haha.

So, anak sendiri kalau boleh nak jugak macam gitu.. Selain menjimatkan, senang and available bila-bila masa ewah! (And of course, sangat-sangat berkhasiat). Cuma harap-harap boleh supply sampai cukup 2 tahun angan-angannya.. Sekarang ni banyak cari info and baca pasal breastfeeding, untuk belajar and tambah semangat. Maybe I'll share about it later.

Yes, I am not (yet) a working mommy. Masih seorang student yang tengah cuba untuk siapkan thesis Master. So, in my case, kite perlu ke breastpump? Tanya ibu, ibu kata perlu.. Untuk pakai kalau-kalau bengkak susu.. And through my readings pun sama.. Antara sebab lain yang buat kite rasa kite perlu breastpump :

1) Tak mungkin kite akan duduk 24 jam dekat rumah. Maybe kite kena keluar untuk buat any urusan. So takkanlah nak tag baby along, kenalah tinggalkan dekat daddy or ibu or mak mertua. So, perlu ada back up susu untuk baby.

2) Once in a while kite mesti akan keluar dating berdua dengan hubs. So, sama macam sebab kat atas hehe.

3) Or maybe atuk or nenek yang nak bawak baby pergi mana-mana without mommy. So, dah ada back up.

4) Kalau tiba-tiba mommy sakit yang boleh effect dekat quality and even quantity susu direct, boleh bagi baby susu simpanan which lebih berkualiti.

5) Susu boleh simpan dalam tempoh yang agak panjang (if in -20deg). So andaikata tiba-tiba supply susu direct dah kering walaupun dah berusaha macam-macam untuk banyakkan tapi tak berjaya, atleast boleh bagi baby minum bekalan susu yang ada sementara nak biasakan dengan susu formula.

So, yes! I need a breastpump! Banyak lah buat study pasal breastpump and how to choose the right one.. Dah study, bincang-bincang dengan hubs nak beli yang mana. Ikutkan hubs of courselah yang paling murah *ceh*. Walaupun ikutkan hati nak yang atleast battery operated, tapi bila difikir-fikirkan, alah kite ni mak duduk rumah je.. Manual dah cukup.. Buat apa membazir.. *isteri mithali*

Usha-usha, banyak recommend brand Medela. Agak pricey compared to other brand tapi bila baca-baca experience orang yang beli murah-murah punya, mesti tak dapat pakai untuk jangkamasa panjang, end up kena beli lagi yang baru. Bila bagitahu dengan hubs macamtu, hubs pun setuju dengan pilihan kite nak Medela Harmony (a bit terpaksa sebenarnya haha)

So, my in list gear to breastfeed  :
- Breastpump Medela Harmony.
- Milk storage bags.

Buat masa ni tak perlu beli botol susu lagi kut sebab nak bagi direct je dulu. Takut kalau beri guna botol susu awal-awal nanti baby dah sedap guna botol, tak nak minum direct. Bila dah betul-betul rasa perlu, baru beli botol susu. Sterilizer and warmer pun hold. Kalau setakat sekali-sekala pakai botol, rebus je macam zaman dolu-dolu.. Heuheu. Untuk deep freezer, dekat rumah mertua ada 1 deep freezer besar yang tak pakai *we are so lucky!*. So guna yang tu je *jimat* cuma mintak hubs ready untuk sental and bersihkan betul-betul freezer tu untuk pakai nanti..

Sunday, December 29, 2013

Cincin No More

Baru-baru kahwin je kite rajin pakai cincin or barang hantaran yang lain. Lepastu dah jarang since buat kerja dekat lab, takut terkena chemicals or hilang (since dah terhilangkan cincin merisik sobs!). So biasa pakai kalau hari raya (one set : rantai, bracelet and 2 cincin : cincin tunang and nikah) or attend any wedding or bila-bila teringat nak pakai time pergi mana-mana.

Tapi harini (almost 6 months preggy), nampaknya dah tak boleh nak pakai cincin lagi sebab dah ketat! Jari-jemari dah gemok huhu. Boleh pakai rantai or bracelet jelah, cincin kena simpan dulu..

First Baby's Stuffs

Pregnancy dah masuk 6 bulan, satu barang pun tak beli lagi. Bukan tak excited, cuma tengah tunggu expo.. Kite ada usha yang bulan January nanti ada 2 expo maternity and baby stuffs : 



Dengar kata, time expo ni berbaloi nak shopping sebab banyak promosi and barang murah-murah. Lagipun senang nak buat pilihan under one roof. So alang-alang dah nak dekat, kite plan nak start shopping time tu.. Sementara ni boleh lah buat checklist and survey-survey barang-barang and harga dulu.. Senang nak compare kan nanti.. Bila dah pergi dua-dua expo ni tapi hasil still tak cukup lagi, baru lah sambung shopping dekat kedai-kedai baby stuffs.. Memang geram jugak bila survey-survey, rasa nak beli satu dua barang, tapi tahan jela nafsu, tak nak menyesal di kemudian hari.. Huhu.

Tapi, faham-faham jelah.. Our baby ni cucu first for both sides.. Mestilah family masing-masing excited gila.. Heuheu. So far family mertua kite tak nampak pape lagi. Tapi yang dah mula shopping, ibu! Ibu excited lebih okay.. Pergi mana-mana dia pun sibuk survey and belikan mana yang berkenan dekat hati.. Lagi lah bila dah tau inshaAllah baby lelaki, lagi senang ibu nak kecikkan skop barang-barang dia nak usha. Huhu. Antara hasil yang ibu dah belikan untuk bakal cucu sulung :

Sweater set and beberapa helai barut. Ibu belikan tungku baby jugak but not included in this photo.

Ibu kata dia geram tengok barang-barang baby ni.. Yelah, kan saiz comel-comel je.. Dia pun dah berbelas tahun takde budak kecik dekat rumah and barang sekarang kan tak sama macam zaman anak-anak dia kecik-kecik dulu.. Tu yang sama sibuk shopping hehe. Ni baru permulaan ni.. Taktau lah akan datang macam mana.. Takpe.. Rezeki baby.. Mommy suka! Hehe.

p/s: Yang pasti, adik aka bakal makngah yang bising setiap kali ibu usha barang baby, beli and tak sudah-sudah belek barang tu dekat rumah. Dengan anak sedara pun nak jeles tak hengat. Ntah pape.. Hehe.

Wednesday, December 25, 2013

Womb Delivery : Air Tangan Daddy

Kalau ikut post ni, mommy teringin sangat nak makan roasted lamb shoulder with capsicum, yang hubs buat. Mengada hehe. Barang-barang ada yang dah beli sikit masa pergi Alamanda tempohari tapi kata hubs tak cukup lah pulak.. So semalam time pergi Midvalley untuk beli microwave ibu dekat Harvey Norman, sempat singgah Aeon BIG untuk tambah mana yang tak cukup..

And tadi petang, hubs dah masakkan hurray! Walaupun hubs tak puas hati sebab grill atas plate je, tak grill arang (sebab dah lewat petang and cuaca macam nak hujan), which pada dia tak sedap, tapi pada kite, uihhh hingga menjilat lengan! (Exaggerated :p). Mommy tak kesah.. Asalkan dapat makan kan baby.. :).


Hubs tengah bertungkus-lumus memasak :).

Sebahagian daripada hasil air tangan hubs. Yums!

Hubs bukan setakat masak lamb shoulder, siap ada beef steak lagi.. Dengan grilled vege and coleslaw. Pastu siap ada optional either nak serve dengan black pepper or peri-peri sauce. Kite gorenglah sikit wedges and fries sebagai pelengkap side dishes.. Hehe.

Kami tersangatlah kenyang. Thank you daddy.. Walaupun penat bekerja seharian, sempat lagi layan kehendak mommy and baby.. We love you! Kalau nak lagi, nanti kami mintak lagi ye.. :)

Stroller Quinny vs Sweet Cherry

Petang semalam takde buat apa so temankan hubs pergi bank dekat Taman Equine.. Plan asal ikut sebab nak usha baby drawer dekat kedai-kedai perabot area Equine tu.. Kan ada banyak.. Tapi pasal urusan hubs dekat bank lama sangat, terpaksa cancel plan asal and kami just pergi ke Jusco Equine sebab nak lunch..

Alang-alang dah sampai Jusco tu, lepas makan, before balik sempat lah singgah dekat tempat baby stuffs dalam Jusco.. Saja nak cuci-cuci mata apa yang ada dekat situ.. Tengok baju lah, napkin lah, etc.. Then ternampak strollers, so kami pun usha..

Cakap pasal stroller, tak study pape pun lagi sebenarnya sebab nak lepaskan barang-barang penting dulu especially keperluan masa pantang.. Tapi niat di hati si mommy ni, nak pakai Quinny (dah semestinyalah kannnnnn heuheu). Tapi masalahnya bila usha-usha stroller dekat Jusco tu, kan banyak brand Sweet Cherry, which harga jauh lebih murah daripada si Quinny yang rege ribu-ribu tu.. Hubby pun apa lagi, mestilah dia pilih yang lagi murah, terus reject niat di hati kite nak Quinny.. Dia cakap beli jelah yang murah ni ha.... Ratus je.. Banyak belen, boleh buat macam-macam nanti.. Memang betul apa yang hubby cakap tu.. Tapi kite ni mengada, mestilah tak nak... Huhu. Muncung sedepa jelah lepas tu. (Boleh pulak terjumpa kawan hubs sekeluarga time kite tengah muncung sedepa tuh! Choi!!)

Balik daripada Equine, terus online usha-usha pasal harga Quinny. Ok, Quinny Zapp Extra boleh dapat dalam RM1700++ paling murah dekat satu shopping online barang baby (tak ingat apa). So cakaplah dekat hubs, harga tu dah banyak discount, kira berbaloi lah nak beli (try nak pujuk kununnya..). Hubs diam je.

Then malam pergi pulak Midvalley, sebab nak cari barang sikit.. Sempat lah ajak hubs masuk Toys R' Us, sambung usha stroller lagi. Dekat situ ada Quinny Zapp Extra! Terus tunjuk dekat hubs rupa stroller yang kite idam-idamkan hehe. (Dalam usaha nak menggoda). Hubs belek-belek, try pusing-pusingkan stroller tu. Then hubs try lah nak fold stroller tu tapi tak berjaya. Dah terkial-kial buat camtu camni still tak tahu camna. Kite pun tak tau sebab tak study lagi kan.. Staff pulak takde dekat sekeliling nak panggil nak tanya macamana. End up, abaikan jelah dengan rasa yang agak tak puas hati di situ (hubs tak cakap pape lagi time tu).

Kite teringat ada butik Mamours, official jual barang Quinny. So ajak hubs masuk. Tanya lah retail assistant dalam tu ada tak Quinny Zapp Extra, dia tunjuk yang display dekat depan cermin butik. Pastu dia tunjuk pulak Quinny Zapp Extra 2.0, the latest one. Tanya dia macam mana nak fold and apa beza yang latest ni dengan Quinny Zapp Extra. Rupa-rupanya baru ku tahu kalau Quinny Zapp Extra nak fold kena buka seat dulu, tak boleh lipat sekali while yang 2.0 boleh fold sekali dengan seat.. Dia pun tunjukkan caranya.. Ok, agak complicated di situ, kena ada 3 steps, bukan main tutup gitu je.. Harga? RM2299! Kalini bukan hubs je diam, kite pun terkelu hahaha padan muka.

Malam tu tak puas hati, terus study pasal Quinny. Ikutkan hati mommy yang degil ni nak lah jugak beli Quinny 2.0 tu. Walaupun rege dia umang aihhh. Try la cari yang murah sikit tapi memandangkan yang tu baru, takde lagi yang jual murah.. Nampak kite bersungguh study pasal Quinny, boleh pulak hubs cakap dia nak beli brand yang dekat Jusco tu je...  Tak payah nak beli mahal-mahal... Sama je fungsinya... Hukhuk. Memanglah... Tapi.. Hukhuk.. Terus bergenang mata.. Wuwuwu..

Sudahnya, merajuk dengan hubs, malam tu tak boleh tidur. Sebab fikirkan pasal stroller. Mengada takkkk??  Try lah kite ni pujuk hati.. Hurmmm yelah-yelah.. Kalau hubs dah nak sangat Sweet Cherry tu, boleh jelaaaaaaaaaaaaa (tak ikhlas) sebab dia yang keluarkan duit.. Pulak tuh macam tak berbaloi lah pulak bayar ribu-ribu tapi leceh nak handle bukak tutup. Online la pasal Sweet Cherry, tengok model yang kitorang nampak dekat Jusco Equine tu.. Sekali tengok, rupa-rupanya sama jugak, model yang tu pun kena tanggalkan seat dulu baru boleh fold.. *Ada sinar harapan nak suruh hubs reject Sweet Cherry jugak haha*

Esoknya, bangun-bangun hubs tanya kenapa tidur lambat semalam. Kite bagitahulah tak boleh tidur sebab stroller punya pasal! Heuheu. Pastu laju-laju cakap pasal stroller Sweet Cherry.

Then apa hubs cakap, dia tak kesah brand apa, asalkan pada dia senang nak fold and unfold, kira harga yang dibayar tu berbaloi dengan apa yang kami akan dapat, memudahkan bukan menyusahkan.. Kalau dari segi saiz and berat pulak, pada dia tak kesah. Tapi pada kite bende ni kena amik kira jugak sebab mana tau kite kena handle sorang, kalau berat sangat, susah pulak. And kalau bulky sangat, takut nanti banyak makan space bonet kereta.

So, penyudahnya, hubs suruh usha mana yang paling best ikut apa yang dia nak.. Lega sikit hati kite dengar dia cakap macam tu.. Ada harapan lagi nak tolak yang Sweet Cherry tu haha. Tapi, kalau Sweet Cherry pun, kite fikir boleh lahhh.. Kali ni dah separuh ikhlas nak terima Sweet Cherry :p. Nampaknya kite kena study lebih ni. Graco, Chicco, Peg Perego, Hauck ect. bersedia!

Quinny? Hurmm dah tak nak dah.. Walaupun mungkin mampu, still tak nak sebab harga mahal je lebih tapi tak secanggih dengan stroller yang harga lagi murah yang boleh dapat.

Tuesday, December 24, 2013

Checklist Barang (1st stage)

Alhamdulillah.. Dah 2nd trimester.. Dah nak masuk 6 bulan. So maknanya dah boleh plan nak beli barang-barang baby and mommy.. Kalau refer pada checklist-checklist orang, seriously banyak gila nak kena beli! Tapi kite fikir, bagi kite, nak dahulukan barang yang lebih penting, yang nak digunakan masa dalam pantang.. Barang yang lain, boleh beli bila dah lepas pantang and bila perlu..

Checklist for baby
Pakaian
- Baju shortsleeve + seluar pendek
- Baju longsleeve + seluar panjang
- Baju lubang-lubang (pendek)
- Baju lubang-lubang (panjang)
- Jumpsuit
- Romper
- Mittens and booties/socks
- Topi
- Barut
- Bedung/swaddle blanket
- Blanket/receiving blanket
- Tuala mandi
- Bib
- Napkin
- Liners/pants for washable napkin
- Nappy pin
- Diapers pakai buang
- Cloth diapers + inserts


Grooming
- Baby lotion, shampoo, body wash, bedak
- Puff bedak
- Cotton bud
- Nail clipper
- Hair brush
- Nappy cream
- Wet tissue


Keperluan lain
- Set tilam
- Blanket
- Changing mat
- Kelambu
- Botol susu kecik
- Berus botol susu
- Baby organic cleanser (untuk botol)
- Besen mandi
- Laundry detergent 
- Tungku baby
- Botol spray air


Checklist for mommy
Pakaian
- Kain batik
- Stokin
- Pad
- Bengkung
- Panties/disposable panties
- Nursing bra
- Bra pad (disposable and reusable)


Keperluan lain
- Set berpantang (jamu, pilis, param)
- Nipple cream
- Breastpump


Checklist lain-lain
- Baby carrier/travel system
- Mosquito killer
- Bakul/kotak bertutup (untuk isi baju baby)
- Bakul kecik (untuk isi grooming set baby)
- Beg baju baby
- Hanger kecik
- Penyepit baju
- Baldi (untuk rendam baju baby)
- Penyidai bulat
- Span cuci botol baby


Considered stuffs
- Milk storage bag
- Bottle sterilizer
- Bottle and food warmer
- Bottle drying rack


Sunday, December 22, 2013

Menggelabah's Mommy

As I posted before, semalam (21st Dec) terjumpa Seena during wedding kawan hubs.. Terus tanya few things pasal Hospital Putrajaya. She delivered her cute little Arya under FPP scheme, dengan total cost RM800 sahaja! (Since she only stayed in ward for a night and senang sangat nak bersalin hehe). Service memang ok, selesa and she recommended the hospital.

Then tanya lah dia pasal booking period. Surprisingly, she said kena book awal since tempat agak limited, takut dah full, pihak hospital refused nak terima patient lagi. Masa dia book, pregnancy baru 4 bulan lebih (serious awal). Tu pun pihak hospital macam dah teragak-agak nak terima. Dengar dia cakap macam tu je terus kite menggelabah lah.. BIAR BETULL.. Dia nasihatkan pergi book awal.. Kite bagitahu dia plan nak book after pergi next check up dekat KK, which scheduled on 9th January 2014. Masa tu baru nak mintak referral letter. Sebab fikir time check up tu pun baru around 25 weeks, sempat lagi kalau ikut kata nurse KK kena book before 28 weeks. But she said, tak perlu tunggu untuk mintak referral letter time chek up. Even dia dulu tak tunggu pun, pergi KK bukan time check up untuk mintak referral letter than terus book Hospital Putrajaya. 

Ok serious, bila dengar pasal ni, kite terus tak tentu arah. Cuak kalau-kalau hospital tak nak terima booking. Dah penat-penat study and berangan (siap!) nak bersalin dekat Hospital Putrajaya. Tak senang duduk ok sepanjang malam!

Tadi, memandangkan free, terus ajak hubs pergi KK Serdang. Pergi tengahari, dalam pukul 11 lebih sebab rasanya patient dah tak ramai time tu (tapi still ramai jugak..). Sampai-sampai, terus pergi dekat kaunter amik nombor, bagitahu pasal nak mintak referral letter untuk book Hospital Putrajaya. 

Nurse : "Next check up bila?"
Kite : "Bulan 1.. 9hb"
Nurse : "Kalau macam tu, tunggu time check up lah untuk mintak referral letter.."
Kite :"Tapi, time tu saya dah 6bulan lebih.. Takpe ke kalau lambat-lambat... Bukan kena book awal ke.. Saya nak book Hospital Putrajaya.. Takut tak sempat.."
Nurse : "Boleh.. Time tu sempat lagi.. Mintak time check up ok?"

Apa nak dikato kalau nurse dah cakap camtu? Kenalah tunggu sampai next check up.. Huk. Kite cakap dekat hubs, kalau tak dapat book nanti, kite nak nangis, salahkan nurse tu. Huhu. Mudah-mudahan adalah rezeki kite nak bersalin dekat Hospital Putrajaya. Malas dah nak fikir tempat lain.. Nanti nak kena study lagi.. Penat tau! :p

Friday, December 20, 2013

Hospital Pilihan

Bila balik daripada check up, terus study pasal hospital area-area sini. Antaranya :

Hospital/klinik/pusat bersalin private :
Hospital Pusrawi
Kajang Plaza Medical Centre
Hospital Columbia Asia

Hospital kerajaan :
Hospital Serdang
Hospital Kajang
Hospital Putrajaya

Bila nurse kata pasal Hospital Putrajaya yang dikatakan half/semi government, so terus focus pada Hospital Putrajaya. Apa yang dikatakan semi ni rupa-rupanya sebab dekat Hospital Putrajaya ada skim Full Paying Patient (FPP). Senang kata, under skim ni patient akan dapat service macam dekat private tapi dengan kos yang lebih rendah. Based on my study, skim ni diadakan untuk mengekalkan doktor-doktor pakar kerajaan terus berkhidmat dengan hospital kerajaan (tak lari ke private).

Kalau sebelum ni kami fikir nak decide pasal hospital mana nak bersalin (private or government) bergantung pada keadaan mommy and baby during late pregnancy. Tapi bila dapat tahu pasal skim FPP ni, rasa macam something yang sangat menarik and perlu di-considerkan. Yelah memandangkan hubs bukan kerja kerajaan or swasta, rasanya skim FPP ni adalah yang terbaik untuk kami dari segi servis dan kos.

So, terus bincang and study dengan hubs.. Hasil study yang kami highlight-kan :

1) Perlu bayar deposit RM3000 upon registeration (minimum).

2) Biasanya  total cost untuk bersalin normal lebih kurang RM1000 and ceasarian katanya not exceed than RM5000. Banyak pengalaman baca daripada blog-blog kata, diorang kena charge around RM3000 untuk ceasarian (total cost). Berdasarkan study, kos normal lebih kurang sama je dengan hospital swasta yang lain tapi kalau kos untuk ceaser tu, lebih murah lah berbanding hospital swasta. (Swasta biasanya charge RM5000-RM6000 untuk kos ceaser saja, tak termasuk kos stay hospital etc)

3) Duit deposit akan dipulangkan kalau kos yang dikenakan kurang daripada RM3000. Tapi kalau lebih, for sure la kena tambah.

4) Kalau baby ada masalah and perlu stay dalam incubator ke or kena rawatan lain (mudah-mudahan baby kami sihat sempurna tanpa sebarang masalah.. Amin!), akan dicharge harga biasa, yang under kerajaan.

5) Bilik selesa. First class (single bed) charge RM160 per night. Suami boleh stay sama (tapi tidur dekat atas sofa lah).

6) Suami boleh masuk ke labour room, temankan wife (yang ni common dah, tapi just to make sure..)

7) Perlu daftar awal, selewat-lewatnya before 28 weeks of pregnancy (kata nurse KK Serdang)

8) Perlu bawa referral letter from KK upon registeration.

Well, hubs terus kata bersalin dekat sini jelah.. Senang. Kos ok. Servis ok. Dah tak payah nak pening-pening kepala fikir tempat lain.. Kite pun setuju je dengan kata hubs tu.. Sebab dia yang keluar duit.. And yang penting, janji tak kena pergi hospital kerajaan sudah.. Heuheu. So, hospital mana nak bersalin, inshaAllah kami pilih Hospital Putrajaya..

Tiba-tiba teringat pasal kawan hubs, Seena dulu bersalin dekat Hospital Putrajaya yang under private punya (masa tu tak tau lagi pasal FPP bagai ni semua :p). So perlu tanya-tanya dia jugak lah untuk extra information pasal skim ni..

Mudah-mudahan pilihan kami ni satu pilihan yang bijak. Ewah..

Thursday, December 19, 2013

Ada mengidam apa-apa tak?

Yes, that's the common question from friends. Alhamdulillah, kite takde mengidam pape yang pelik setakat ni. Actually tak tau pun nak bezakan mengidam or teringin. Huhu. Kadang-kadang tu ada lah teringin nak makan something, meal yang senang carik and common. Antaranya :

1. Kayaball. Ni lah makanan yang memang first dulu teringin nak makan. Dapat makan masa pergi Jusco Equin. Freshly from the oven, panas-panas!

2. Kicking shrimp Tony Romas. Makan dekat The Curve.

3. Bubur nasi. Banyak kali. Pernah request ibu buat, makan bermangkuk-mangkuk. Biasa hubs beli dekat McD je.. Lagi, pernah makan dekat Restoran Nasi Ulam, Bangi. Yang ni kite suka sebab macam dekat Bubur No.1 Sentosa, JB. Penat jugak hubs cari, last-last jumpa kat sini. Dekat pasar malam pun pernah beli tapi rupa-rupanya bubur asyura! Makan sikit je.

4. Tomyam/mihun sup. Paling common.

5. Laksa utara. Mak mertua rajin buat :)

6. Jeruk Pak Ali! Thanks to my schoolmate, Ayu. Kebetulan dia pergi Penang, so dapat dari dia, for free!

7. Kway teow goreng. Beli dekat Tasik Serdang. Tapi dapat tak seperti yang diinginkan. Then beli dekat pasar malam je.. Tapi tu pun siap ada drama nangis-nangis haha.

8. Nasi goreng kampung. Makan dekat Anjung je..

9. Roti vanilla.

10. Megi tomyam thai. Ni baru je makan semalam. Nasib baik memang dah tau mana nak carik area sini. Makan dekat Suraya Thai Restaurant Bangi. Sedappp... Memang macam dekat Thai sinun.

Simple je yang mommy and baby nak.. Senang daddy nak carik and takdelah mahal-mahal, pelik-pelik. Setakat ni tu jelah yang ingat. Will keep updating. 

Oh tapi ada dua lagi yang mommy teringin nak makan but belum dapat makan lagi..

1. Pulut ayam. Yang tau ada kalau tak dekat Hatyai, ada dekat Padang Besar, Perlis. Tapi takkan nak pergi jauh sana semata-mata.. Nak kirim orang pun macam susah je.. Silap-silap sampai dekat kite dah basi. Tengoklah kalau berkesempatan nak ajak hubby balik kampung. Tapi tak nak paksa la..

2. Roasted lamb shoulder with capsicum. Nak yang hubby buat.. Sedapnya.. Last makan masa buka puasa dekat rumah ibu dulu.. Haritu dah mintak hubs tapi tak berkesempatan lagi nak pegi beli groceries. Hubs pun macam busy  lately. Kita tunggu weekend lah. Okey baby?

Wednesday, December 18, 2013

2nd Anniversary Surprise!

If last year, I need to attend an interview on 17th Dec, a day after our 1st anniversary. So faham-faham jelah mestilah tak boleh nak celebrate anniversary on 16th tu. Tu sebab we only celebrate our 1st anniversary on 12th January 2013, went to Universal Studio Singapore. 

This year pulak, I have an important presentation, or easy to say as pre-viva on 17th Dec. Dua tahun berturut-turut yang malang huhu. Again, I said to my husband, we need to postpone our anniversary celebration. Bukan postpone je, siap abaikan for awhile huhu. Faham-faham jelah, few days before presentation memang pulun habis buat preparation. Tidur tak cukup, makan tak betul, kalau berjaga pun duduk depan pc je tak gerak-gerak. Life memang upside down. Mujur hubs buat hal sendiri je tak kacau-kacau. 

How I celebrate our anniversary? Pukul 12.15am on 16th Dec, kite wish happy second anniversary, kiss, tidur. Menyedihkan. Simple special dinner pun tadak! Huhu.

So, on 17th, presentation went well. kalau tak ok pun, kite pedulik apa! Janji dah setel, and confirm-confirm lah pass hehe. Around 1pm balik lab sebab nak uruskan few things. Balik-balik lab, tadaaaa...

Actually ni bukan gambar sebenar atas meja lab. Ni gambar curi dari hubs huhu. Gambar yang kite captured buruk. Tangan tak berseni :(

Hairan dekat atas meja ada a flower bouquet and 2 boxes of Belgian chocolate! Siapa punya barang la ni tumpang letak atas meja.. Tengok card, hey its a surprise from my husband! Terkejut gila ok! Serious rasa touching sangat, pakkal ada labmates, kalau tak dah menangis terharu. Heuheu. 

Baby, rupa-rupanya daddy pandai buat surprise jugak lah.. Tak sangka.. Teringat dulu baru-baru kahwin, kalau hubs nak buat pape kununnye nak surprise, mesti tak jadi sebab dah tak tahan nak simpan lama-lama haha. So, what I discovered during our 2nd year of marriage, dalam diam-diam, hubs ni romantik jugak.. *Thankful*

And InshaAllah, next anniversary we will celebrate together with our baby :). Walaupun pregnant a bit delay compared to other friends, but the best part, kami dapat rasa 3 different anniversary celebration. 1st berdua, 2nd two and half hehe and 3rd inshaAllah with baby.. 


Saturday, December 14, 2013

Big Bad Wolf 2013

Kite bukanlah ulat buku pun.. Tapi sejak Big Bad Wolf were organized (year 2011), tak pernah miss. Bukanlah nak beli buku sangat, tapi pasal harga buku-buku tu murah gila, boleh buat si pemalas ni pun nak beli jugak, buat ada-ada kata orang.. :p. 

 Masa first time yang dekat Maeps dulu, pergi dengan Masyitah. Beli buku cooking kut, 1. Masa tu tahun nak kahwin, so duit kena berjimat-cermat. Last year, 2012 BBW was held at The Mines, pergi dengan hubs and cousins at 3am, sebab tahun lepas dia ada opened 24hours for few days. during weekend. Jangan kata pukul 3am takde orang, orang still ramai.. Siap ada yang tidur-tidur lagi. Adalah beli few novels for me and encyclopedias for hubs..

This year, BBW was held at the same place, The Mines. Tapi, opened for 24hours within 10days ok! Non-stop! Maybe sebab last year organizer nampak ada je sambutan orang pergi after 12am. Since I am mommy to be, so adalah arah tujuan nak pergi, sebab nak cari reference books for parenting and motherhood.
Tapi malangnya kami yang dah kehabisan wang shopping di China tak dapat nak pergi awal-awal.. Kena tunggu hubs ternak duit dulu haha. 

Last-last, lagi 2 hari nak habis, baru kami berkesempatan pergi semalam.. Pergi pukul 1.30am bertiga dengan Syamimi, adik ipar. Hubs ran out of cash and nak transfer duit to his debit card tapi kite kata takperlu lah.. Cukup dengan duit yang ada..

Orang memang ramai even dah lewat. Pasal kami dah ada arah tujuan, so terus pergi ke section sepatutnya.. Malangnya pasal dah hujung-hujung, buku dekat section parenting dah tinggal sikit.. Nampak kosong. Taktaulah memang dah habis or dia tak update stock. Belek-belek kejap, ni hasil kami :

Total damage : RM62
 Close up..

RM12.
RM20
RM20
 Untuk buku ni, ada cerita kelakar sikit hehe. Kite terjumpa buku ni dekat section lain, ada satu je.. Belek-belek, tengok content dia menarik, main amik jelah even takde tanda harga, dengan harapan tiba-tiba terjumpa lagi buku yang sama. Tapi sampai ke sudah, kami tak jumpa, but still kite insist nak beli.. Masa tengah queue nak bayar, couple dekat line sebelah pegang buku yang sama. Nampak ada tanda harga dekat buku dia. Nak tanya, segan la pulak sebab yang berdiri sebelah kite, which yang tengah pegang buku adalah lelaki. Kalau wife/couple dia yang pegang, atleast tak segan lah nak tanya. Nak harapkan hubs, hubs lagi tak suka tanya-tanya ni. Suruh hubs and Mimi usha-usha kalau nampak berapa harga tapi dorang tak nampak..

Bila tiba turn kami bayar, rupa-rupanya cashier pun tak tau harga berapa.. Dia boleh tanya plak "Is it okay if this RM25?". Kite dengan blurnya tak jawab ok ke tak, tapi suruh dia pergi tanya that couple. Kite bagitaulah dorang ada beli buku yang sama, with price sticker. Budak tu pun tanya and when he came back dekat kite, dia tanya "Is it okay with RM20?" Haha lawaklah. Mestilah kite cakap ok.. Kalau dah memang terang-terang itu harga dia. kang cakap tak ok, nak dengan harga RM10, boleh dapat ke? (Ke memang boleh tawar-menawar?)

Ohye, kalau nak dibandingkan dengan kite, hubs lagi suka and pandai and rajin memasak. Heuheu. So hubs nak cari buku memasak untuk baby's meal. Unfortunately, kami tak jumpa 1 pun.. Banyak yang jumpa untuk kids.. Tapi kami beli la jugak satu..

RM12. Kalau tengok the content, untuk adult pun boleh..
Teringin jugak nak beli buku untuk kids tapi bila fikir-fikir balik, boleh beli time BBW next year.. Tapi bila dah bayar, time nak keluar tu jumpa banyak gila cloth/soft books for babies. Geram! Tapi apekan daya, duit cash dah habis.. Menyesal pulak tak bagi hubs transfer duit siap-siap tadi. Harap-harap BBW tahun depan ada. Memang nak borong baby's edu books pulak :)

So far, I am satisfied with my purchased. Banyak info yang bagus especially regarding breastfeeding. Will share any good information later!

Kerang Rebus

Kalau last month kena bising dengan nurse pasal low hemoglobin rate, this month memang betul-betul berusaha nak naikkan balik, takut kang kalau rendah lagi, jadi masalah pulak. Iron yang Dr bagi, even ada je skip-skip makan, nak-nak time pergi China tak makan langsung, so lagi seminggu dua nak pergi check up, makan hari-hari, tak skip langsung. Haha.

Alternative tips, mak mertua suruh makan hati or kerang. Hati kite memang tak makan, pedal ye I makan hehe. So other option that I opted adalah kerang.. Hubs pun suruh makan kerang banyak-banyak. Punyalah nak sangat hemoglobin tu naik, dalam seminggu sebelum nak pergi check up, dua kali ok kami makan kerang rebus. Sekali dekat Bangi, the next time dekat Pantai Morib, Banting. Punyalah jauh kami pergi makan hehe.

Hasilnya, succeed! Daripada merah (9.3gm%), dah hitam semula (11.1gm%). Kena maintain lah pasni.. Dah taknak makan pill banyak-banyak.. Kalau makan kerang banyak-banyak kite ok :p.

Thursday, December 12, 2013

Boy, or girl?

Gender is like a teka-teki bila pregnant. Kalau tanya parents-to-be, mesti most akan cakap tak kisah gender apa as long as both mommy and baby sihat dan selamat throughout pregnancy and labor. Sama jugak dengan kami. Kalau lelaki ok, kalau perempuan pun ok. Banyak orang kata kalau anak first lelaki, nanti boleh jaga adik-adik bila dah besar. For me, as an eldest, and my girlfriends pun banyak anak sulung, rasanya terjaga jugak adik-adik. And through my observation, lelaki sulung bukan jaminan boleh jaga adik. Ada jugak yang tak boleh diharap, better lagi anak perempuan. So, tak boleh ada discriminacy kat situ :p. And banyak jugak orang kata, kalau anak perempuan, best sebab boleh gayakan macam-macam, aksesori or menda-menda yang comel-comel lagi banyak untuk perempuan berbanding lelaki, limited. So camno tu?

Kalau saja-saja tanya hubs, hubs pun tak kisah boy/girl. Tapi kalau boy, hubs kata seronok jugak sebab dia boleh beli banyak toys, which dia boleh main sekali. Haha. Kalau family in law, never mention about this matter. Kalau my family, ibu kata adik-adik lagi over. Siap bergaduh sesama sendiri nak anak sedara lelaki or perempuan! Haha. Mak Ngah nak perempuan, sebab yelah, banyak benda comel boleh beli. Yang Makde nak lelaki sebab dia kata dah ramai sangat perempuan dalam family. Paksu pun sama nak lelaki sebab boleh jadi geng main. Macam-macam.. Haha.

For me, I don't know. Tapi, ntahlah from the beginning, instinct ni kuat rasa kite pregnant baby boy. Taktau kenapa. Takde sikit pun rasa yang it will be a girl.

Bila perut dah makin besar, few people mula lah teka-teka. Kak Leen rasa lelaki since perut nampak menonjol ke depan, nampak sangat mengandung berbanding other staf yang pregnant lagi awal drpd kite (and it's a girl). Ibu pulak, bila kite cerita pasal masa dalam flight to Guangzhou (Ada baby lelaki duduk seat depan. Penat kite usik-usik agah-agah dia, sikit pun dia taknak pandang. Dia lagi suka tengok dekat hubs yang duduk sebelah. Kecik hati den. Huhu.). Reaction ibu : "Mesti yang dalam perut tu lelaki". Tu dia.. Macam ahlil nujum. Hehe.

Tapi, finally the riddle answered during our visit to gynae 2 days after came back from China.. Tak expect pun akan dapat tau gender time tu.. (20weeks 5days). Macamana Dr Ng bagitau, while scanning, after tengok few part of baby's body, Dr kata "Ok ini dia punya burung, ini dia punya telur. So baby boy..." Haha. Comel je! Tapi kite tak nampak pun yang Dr tunjuk sebab kite ni kan rabun.. Monitor yang dekat atas tu konfemlah kite tak nampak jelas.. Tapi hubs kata dia nampak! Siap lukis lagi macamana rupa yang dia nampak hehe.

Well, its a boy for now. Kite takdelah terus confident. Yelah, biasa sangat dengar orang kata bila scan lain, tapi yang keluarnya lain. Haha. Kite tunggu next scan. Kalau still a boy, rasanya bolehlah nak avoid beli barang pink :p. Bila fikir-fikir balik, ok jugak baby boy, sebab as my sister said, dah ramai sangat perempuan dalam family kami. My siblings, 3 perempuan, sorang je lelaki (bongsu). Hubs' siblings plak, dia sorang lelaki. 3 adik perempuan. 

Bila dah tau pasal ni, orang yang mengharap dapat anak sedara perempuan a bit frust la. Huhu.

With makngah yang mengharap nak anak sedara perempuan. Ni first time mommy take photo tak cover-cover perut. Biasanya malu.. Huhu

Third Appointment (5th month)

Tadi pergi check up untuk bulan yang ke 5. Kalau last week kena minum air gula and jumpa doktor untuk scan, this week tak tau kena buat apa pulak. Tapi orang memang ramai gilaa. Before ni pun ramai, tapi kalini extra ramai sampai semua seat dalam klinik full, but still bernasib baik dapat duduk huhu.

Before ni hubs mesti akan temankan drpd awal sampai sudah. Tapi tadi hubs tak dapat teman, just hantar je. Yelah, kami baru balik bercuti panjang, banyak hubs nak uruskan kerja-kerja yang pending.. Kite tak kisah kena tunggu sorang.. Lagipun klinik pun penuh, kalau hubs ada, kesian dia tak dapat duduk.

Bila dah ramai, ha.. Extra lama lah nak tunggu. Biasanya dalam setengah jam drpd amik no, mesti dah start kena panggil. Tapi tadi dekat sejam jugak lah baru dpt buku pink semula, pergi kaunter urin test. Dekat sini pun orang ramai.. Kena tunggu lagi another 45mins untuk kena panggil amik darah and urin test, yang biasanya dalam 15min dah setel. 

Bila dah kena amik darah and urin test, tahu-tahu jelah, next kena pergi bilik 14 untuk jumpa nurse. Kalini dah pandai dah, terus timbang berat siap-siap then tunggu untuk kena panggil. Walaupun sorang-sorang takde hubs, tapi dah tak blur-blur dah. Dah ada pengalaman 2 kali la katekan.. *Poyo*.

Taklama duduk, dalam 15 min kena panggil masuk bilik 14, jumpa nurse yang biasa, Siti Nazira. As usual, nurse cakap dah berapa minggu, tengok result hemoglobin yang last month kena tegur pasal menurun, now dah ok (Alhamdulillah!), urin test ok, high blood pressure ok, tanya berat berapa. 54.25kg ye... Last month 52.2kg. Masa 3bulan 49.95kg. Nampak tak peningkatan kat situ? Heuheu. Pastu baring untuk ukur tinggi rahim and dengar baby's heartbeat guna doppler.. *Excited, each time*

Then nurse tanya baby dah gerak ke belum. Mestilah dengan happynya jawab dah! Hehe. "Kuat tak?" "Err... Boleh lah kut". Pastu nurse selak-selak buku pink and cakap since first pregnancy, kite kena inject tetanus toxoid (or lebih famous kancing gigi) 2 kali.. Tapi next appointment baru inject yang first, nak bila baby dah memang betul-betul aktif.. Kite ok kan jelah.

Nurse : "Awak dah plan nak bersalin dekat mana?" 
Oppppss! Mana kite ada fikir lagi! Pasal kite terkebil-kebil nak jawab ape, nurse sambung tanya.
Nurse : "Dekat Hospital Serdang ke?"
"Taktau lagi.... Tapi dekat-dekat sini lah." 
Nurse : "Private or kerajaan?" 
"Tuh pun taktau lagi...." Haha terasa kesengalan and ketidak- excited-an (bahasa rosak) disitu.
Nurse : "Bukan apa, kalau nak bersalin dekat Hospital Putrajaya, nak kena book seawal 28weeks. Kena ada referral letter drpd klinik masa nak book nanti. HUKM pun sama, kena book awal"
"Ohyeke? Hmmmm.. Nurse recommend bersalin dekat mana bagus?" Ewahhh.
Kalini nurse plak yang macam pause sekejap. Nurse : "Ramai nak bersalin dekat HUKM"
"Jauhlah drpd sini. Takdelah jauh sangat tapi area sana selalu jem.. Tapi HUKM tu yang ada half private kan?" Menda ni kite tau drpd Kak Nurul dulu. Kite pun tak berapa faham sangat dengan maksud half private tu.
Nurse : "Ha'ah.. Hospital Putrajaya pun sama. HUKM, PPUM, Hospital Selayang, tuh semua ada yang half.."
Oooooooohhhhh baru ku tahuu..(Tapi still taktau ape maksud half tu haha)
Nurse : "So kalau dekat sini, Hospital Putrajaya lah, tapi kena book"
"Kalau Hospital Serdang pun kena ke?"
Nurse : "Kalau Hospital Serdang, tak perlu book"
"Boleh datang on the spot ke?" Banyak pulak cekadak kau nak tanya ye.
Nurse : "Takpayah.. Boleh datang terus.. Tapi Hospital Serdang fully government lah."

Buat masa ni kite memang cakap dekat hubs, kite taknak bersalin dekat Hospital Serdang. 1, sebab kite ada kawan yang kerja dekat situ (doktor lelaki). Takut kang tak pasal-pasal nak dijadikan cerita, dia terlibat plak time kite nak bersalin, tak ke haru. Huhu. 2, sebab kes baby jiran yang pre-matured meninggal dunia dekat hospital situ, buat kite tak yakin nak pergi situ. Kite lagi sanggup pergi Hospital Sungai Buloh kalau dah terdesak sangat nak kena bersalin dekat hospital kerajaan (dekat dengan rumah ibu). Tapi kalau tak, mestilah I nak private hospital.. *Gedik*

Nurse : "So nanti awak fikirlah awak nak bersalin dekat mana ya.."
Ok.... Balik ni kena study, kena discuss dengan hubs. Kusangkakan menda-menda ni dah sarat baru nak decide. Rupa-rupanya awal-awal dah nak kena decide. Aiyoo.

Since last month ada nurse pesan kalau nak tau result minum air gula boleh tanya. So nurse pun pergi cek and Alhamdulillah, normal, takde kencing manis so far.

Fasting 3.7mmol/L (Normal : 3.9-5.8)
2h PGL 5.7mmol/L (Normal : 3.9-6.7)

Tapi! Since family history, so kena minum air gula lagi sekali ye cik puan.. Masa 28weeks nanti, lagi 2 bulan. Hadoi lemah! Nak minum tu ok lagi. Tang nak kena puasa tu yang lemah je... Kebulur hoiii. Papepun, mudah-mudahan tak kena lah.. Dah kena start jaga makan ni (Azam kononnya)...

Dalam masa 20min dengan nurse, selesai akhirnya.. Drpd pukul 9-11.20am. Before pergi kaunter farmasi untuk amik vitamin, call hubs bagitau dah siap, meh datang amik mehhh.. Hehe. Sementara tunggu hubs sampai, pergi lah ke bangunan belakang sebab tadi tanya nurse pasal any antenatal class, dia suruh check dekat bangunan belakang. Tapi tutup da... Tunggu jelah hubs diam-diam.

Ohya lupa! Sempat tanya nurse kenapa ramai sangat orang harini, rupa-rupanya sebab semalam cuti (Hari Keputeraan Sultan Selangor) so mana-mana yang dah terbuat appointment untuk semalam, datang harini jugak. Patut pun.. Pasni kena take note, kalau nak buat appointment, make sure tak before or after public holiday. Huhu.

Friday, December 6, 2013

Maternity Wear

Kite mula beli maternity wear as early as 3rd month of pregnancy. Tapi masa tu beli innerwear sebab yang sedia ada dah ketat and tak sesuai nak pakai lagi. Since cepat membesar, setiap kali beli, beli sikit-sikit, tak beli terus banyak sebab beli ikut kesesuaian saiz semasa.. 

Then, bila agak-agak perut dah makin membesar, just beli dresses selai dua (bukan maternity dress, tapi yang muat untuk parking perut haha). Kebetulan banyak baju-baju sedia ada memang boleh je nak pakai even dah pregnant so just beli 1 long pants since jeans dari awal-awal dah tak boleh nak zip. Nak zip boleh je, tapi hubs tak bagi sebab kesian baby tersepit. Hehe. Lagipun kami bukanlah keluar hari-hari, so dengan baju yang ada tu, cukuplah.. Pergi lab pakai je baju kurung yang ada, muat lagi cuma tak zip kain la.. Malas lah nak beli banyak-banyak sebab bukannya boleh pakai lama.. Buat rugi je nanti.

Tapi, bila kami nak pergi China, baru kite menggelabah takde apa nak pakai! Takkan nak pakai dresses, sana suhu tengah sejuk woo. Cannot cannot.. So, ada selai seluar je, untuk 5 hari?! Aiyooo.. Nak tak nak hubs suruh cari seluar lagi dua-tiga helai. Masalahnya, kite taknak beli yang mahal-mahal, nak yang murah-murah je.. Kalau thru online banyak je yang murah-murah tapi kalau nak beli, dah tak sempat nak sampai. Cari punya cari, lagi dua hari nak fly, baru la dapat beli 2 helai, tu pun cari yang paling murah dekat Jusco. Cukuplah tu..

And the day kami nak fly (Our flight pukul 5 am), kite received a parcel under hubs name. Bukak-bukak, rupa-rupanya hubs belikan selai seluar thru online.. Sempat aje, ntah taktau bila dia belikan. Hihi. Tanya dia, dia kata dia main beli je, tak mengharap sempat sampai before fly. 

Automatically, daripada ada sehelai je maternity pants, terus dah ada 4 helai. Rasanya cukuplah kut dengan apa yang ada untuk pakai for the next 4 months..

Tuesday, December 3, 2013

Post Vacation Syndrome?

Once we decided to have our monthly check up at klinik kesihatan, kite takde lagi pergi ke my gynae.. Rasanya check dekat satu tempat dah ok kut.. Tapi, since balik dari China, kite batuk teruk. Batuk, selesema. Siap hidung berdarah tiba-tiba lagi. Badan gatal-gatal tak usah cakap lah. Menggaru je kerjanya. Yang ni kite memang tau kite alergy suhu sejuk. Discovered masa pergi UK 2009 dulu. Kawan yang bagitau bila kite tak sudah menggaru sampai naik melecet. Dia yang tolong carikan krim dekat farmasi. Pastu masa nak pergi China, boleh pulak tak teringatkan hal ni. So takdelah bawak krim, padahal ada je dekat rumah. Bila dah balik baru cepat-cepat sapu and dah takde jadi beruk lagi. Haha.

Berbalik pada batuk and selesema, agak teruk. Hidung berdarah tu quite scary ok! Tiba-tiba darah meleleh dari hidung. Hubs lagi la cuak. Mungkin sebab perubahan cuaca kut.. Dengan sejuk dekat sana, pastu tiba-tiba panas gila bila balik Malaysia. Badan terkejut. Mula-mula nak jugak biarkan baik sendiri tapi makin lama risau pulak, takut boleh effect dekat precious baby. Tambah pulak, 2 days after kitorang balik tu, dapat bad news baby jiran meninggal dunia (Pre-matured baby. Tapi dah 3 bulan dah. Still dekat hospital, tengah tunggu hari nak discharge). Bila dapat news tu, kite and hubs terus decide ok, we need to go to clinic. Biar nampak remeh tapi lebih baik jangan abaikan.

So, after bincang-bincang, kami decide nak pergi ke my gynae.. As I told before, I am a bit sceptical with general doctor. Bukan tak percaya, tapi better jumpa dengan orang yang lagi pakar dalam bidang dia. Our baby pun I planned nak ada paed sendiri. 

Petang tadi, after hubs setel kerja, terus kami pergi ke Kuchai Lama. Patient tak ramai. After buat regular check up, tunggu tak berapa lama dah kena panggil.. First and foremost mestilah Dr Ng scan.. Tengok baby, me likey! Dr bagitau baby in good condition.. Dr tunjukkan kepala, backbone, and gender. I think I'll blog about this in separate post :).

Eventhough tak berapa jelas, but better drpd yang scan dekat klinik kesihatan. Atleast nampaklah backbone..
Right after Dr Ng scan, kite batuk kung kang kung kang. So takpayah dah nak cerita dengan Dr panjang-panjang. Haha. Cuma bagi additional info je pasal selsema and hidung darah. And bagitau dia baru balik travel from China-just incase. So he prescribed the suitable medicine for me. Sempat jugak tanya Dr boleh bagi apa-apa effect ke dekat baby sebab yelah each time kite batuk, kite akan rasa sakit dekat bahagian perut. Dr Ng kata takde pape.. Baby okay.. Cuma muscle je.. Lega:)

He knew about my monthly check up dekat klinik kesihatan. So he asked about supplements. Kite bagitau lah kite ada amik iron and obimin. Dia kata cukuplah tu. Tapi dia suggestkan untuk amik another supplement-fish oil. Bagi baby pandai. So far out of 10 patients, takde lagi his patients yang deny about the effectiveness of that pills. So, kami cuba jelah eventhough its a bit pricey. As long as it is good for the baby :). Sempat lagi Dr Ng cakap kalau fish oil dah abes, jangan stop makan, datang klinik just untuk beli fish oil tu pun takpe. 

Total cost : RM220 including ubat batuk liquid, pil selesema, fish oil pills, scan and consultation.


Sunday, December 1, 2013

Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong

It is not about the trip, just the experience while travelling with baby in the womb :). Yes, as expected, cuaca sejuk masa kami datang. Tapi still boleh tahan sebab around 16-10degree. Tak rugi kite beli winter coat zara and hubs beli jacket h&m masa sibuk shopping raya haritu. Heuheu.

Bila sejuk, jadik lapar. Luckily kite memang dah ready snacks e.g cereal and biscuits dari Malaysia. Nak cari makanan halal, agak susah. Ada tu memang ada. Tapi rare lah.. Dengan communication barrier, lagi lah payah nak tanya-tanya orang. Bila cakap, macam ayam dengan itik! Bayangkan, kalau toilet pun dorang tak tau apa.. Nasibaik lah kite ada beli and bawak dictionary, memang membantu.

Kamus yang banyak membantu. Beli sebab nak abeskan baucer buku ni hehe.
Kurang jaga pemakanan
Since makanan limited, memang tak jaga makan sepanjang kat sana. Kesian jugak dengan baby.. Yelah kalau setakat megi tu memang dah jadi makanan harian. Yang betul-betul makan sekali sehari je.. Yang lain, sumbat jelah pape yang patut dulu. Cuba bayangkan, dah lah sejuk-sejuk. Konfem kelaparan je. Tapi nak tak nak kenalah tahan lapar.. Bila makan pun tak betul and tak berkhasiat, nak makan ubat pun takde rasa. So end up semua vitamin yang bawak tak bersentuh pun. Heuheu.

Berjalan kaki sepanjang masa
Sepanjang kat sana, kami banyak bergerak dengan berjalan kaki. Kalau kat Malaysia, jangan harap! Nak pergi kedai depan rumah pun nak naik kete. Kat sana, setakat 1-2km tu celah gigi je.. Ntah dah berapa puluh km kami berjalan sepanjang 5 hari dekat sana. Haha. Dari hotel nak pergi train station, nak pergi tempat shopping, nak pusing-pusing shopping, nak carik tempat makan halal, semuanya pakai kaki! Sebab nak cari teksi memang payah. Dorang ada servis tuk tuk tapi kalau setakat 2 orang je boleh naik, kami yang ramai ni nak kena ada berapa tuk-tuk? Tuk-tuk pun bukannya banyak.. Tapi kite and hubs dapatlah merasa naik tuk-tuk tu sekali masa nak balik hotel dari train station.. Time tu kite memang dah tak larat nak jalan. Dengan bawak luggage shopping lagi.. Siap dengan nak terkencing lagi! Haha. Nak naik bas awam, hish jangan... Ntah kemana-mana lah nanti kami pergi. Lagi payah. So, the best choice is by train.. Selamat and selesa.

Stress
Kat sana, hubs jadi 'tourist guide'. Bukan dekat sana je.. Memang drpd beli tiket flight, book hotel, uruskan visa, semuanya hubs yang uruskan lah! Bila hubs yang uruskan, automatically kite jadi assistant. Padahal kami ni tak pernah jejak ke China. Nasibaik lah kami ni memang kaki travel and biasa travel negara orang main redah sendiri je, so kami dah biasa. Yang payahnya, bawak segerombolan! Selalu 2 orang je senang nak plan, nak bergerak. Kalau dah lebih 10orang kami kena handle, fuuuuuuhhhhh mencabar! Memang hubs stress je sepanjang kat sana. Yelah, dengan map, handphone dekat tangan, jalan kaki carik route and arah tujuan. Dah macam mat saleh kalau kite nampak datang Malaysia.. Tapi susahnya kalau kami sesat or confuse, tak boleh nak tanya-tanya orang situ. Stress woo! Hubs stress, kite pun stress lah..

Berjalan laju
Since hubs yang tentukan apa plan seterusnya, and handle everything. hubs kena lah bergerak dulu. Maknanya kite pun jadik kepala 'rombongan' lah haha. Kite jenis memang jalan laju. So memang takde masalah. Alhamdulillah larat lagi and takde pape problem. So once dah start berjalan, kite jalannnnnn je tak toleh-toleh belakang haha.  Tapi, kalau dah dengan makcik-makcik pakcik-pakcik, faham-faham jelah, dorang not as energetic as young people. Dorang jalan slow je kat belakang. So bila dorang nampak kite ni laju je kat depan, dorang yang risau lebih. Haha. Pada kite, takpe jalan dulu ke depan. Nanti bila da sampai destinasi, kite boleh rehat kejap sementara nak tunggu orang-orang yang dekat belakang sampai. Betul tak? Tapi makcik pakcik amazed lah dengan stamina kite. Dorang cakap konfem nanti nak beranak senang je, laju je baby nak keluar. Haha. Mudah-mudahan... Amin!

Kurang rehat
Dah nama travel.. Kalau nak berehat, duduk rumah lah woi.. Hehe. Seawal 5-6am kami dah bangun and siap-siap. Nak bersiap bukan mudah. Nak masuk bawah shower tu pun amik masa berminit-minit tau! Sejukkkkk walaupun tak on air-cond. Memang sepanjang stay kat sana, takde on air-cond pun. Dah cukup sejuk. Pulak tuh takde heater. Apa kami buat kalau dah tak tahan sangat, guna hair dryer as heater, blow dekat badan haha (Hubs' idea). Awal-awal dah mula berjalan and non stop kami jalan je shopping sana sini. Balik kalau tak malam, tak sah. So kami memang duduk bilik untuk tidur je and makan-makan alas perut.. Nak tengok tv pun tak nyempat. Kalau tengok pun bukannya faham... Cong ceng cong ceng cakap cina. Huhu.

Perhatian lebih
Dekat Malaysia, memang dah lama tak naik public transport including train. Tapi kat sana, as mentioned before, train pengangkutan utama kami. So, first time rasa diberi perhatian lebih hihi. Kalau dalam train ada tempat kosong, mesti kite yang diberi keutamaan untuk duduk. Walaupun kite takdelah rasa nak duduk pun and larat je nak berdiri, mesti kena jugak duduk. Kite suka je... Hahaha *Gedik*. Kalau pape, mesti kite akan ditanya ok tak, larat ke, tak sakit kaki ke? Hehe. Masa kite and hubs balik naik tuk-tuk berdua je pun dorang ok je sebab tau mesti kite dah tak larat. Thanks baby, sebab buat mommy rasa disayangi lebih. Haha.

Sakit pinggang
Alhamdulillah, walaupun banyak jalan, kaki memang tak rasa sakit. Setakat tapak kaki rasa panas banyak berjalan tu adalah. Tapi kalau part betis ke, takde pulak. Mungkin kasut yang kite pakai tu sesuai, or mungkin perut belum cukup besar, tak tau lah. Tapi, sakit pinggang tu, uihhhh, macam nak patah! Nak-nak masa kami travel jauh nak ke Hong Kong. Sakitnya bukan main! Nak taknak kena tahan jelah. Bila dapat duduk dalam train, memang membantu.

Tilam keras
Jangan harap ye tilam hotel dekat Guangzhou jenis boleh lompat-lompat atas katil.. Hubs kata kat sana tilam dorang memang jenis keras macam papan! Tapi taktaulah kalau hotel yang mahal-mahal riban-riban.. Kami stay dekat hotel yang average je.. Luckily hotel kami memang ada sediakan dua extra comforter and bantal, and kami dapat bilik yang twin bed. So apa yang kite buat, kite amik comforter katil sebelah, alaskan dekat katil yang kami nak tidur (ofcourselah kami tidur sekatil.. Muat sangat heuheu), pastu alas lagi dengan 2 comforter extra tu. Atleast tebal lah sikit daripada tidur atas katil tu direct.. Tapi bagus jugak tilam keras. Sakit pinggang cepat je hilang. Before tidur rasa sakit bukan main. Esok bangun dah ok dah. Dah boleh jalan banyak lagi without compromise hehe. And tak payahlah nak susah-susahkan hubs yang kepenatan mintak tolong urutkan. Lena je kami tidur tak sodarkan diri atas katil keras tu sepanjang 4 malam. Hehe.

Tu je kut pengalaman travel as a pregnant lady. Priceless woo! Bukan senang nak dapat experience camni :).

Few photos with lil bub inside mommy's tummy. Mommy a bit malu to show off her tummy hehe.

Dalam salah satu shopping mall around Haizhu Square (Day 1)
Berhujan di Pearl River (Day 2)
In front of Hong Kong Disneyland entrance, with SIL (Day 3)
Dekat Shenzhen Railway Station while waiting for our bullet train to Guangzhou, from Hong Kong (Day 3)
Our final night : Beijing Lu
Overall, kami memang enjoy.. Buktinya :
Sebahagian daripada hasil kami. Masing-masing masa pergi satu family bawak satu beg je..
Apa yang mommy and daddy borong. Heuheu 
Tu pun tak cukup lagi! We will be back again someday. Next time, with you baby sayang! Can't wait!