It is not about the trip, just the experience while travelling with baby in the womb :). Yes, as expected, cuaca sejuk masa kami datang. Tapi still boleh tahan sebab around 16-10degree. Tak rugi kite beli winter coat zara and hubs beli jacket h&m masa sibuk shopping raya haritu. Heuheu.
Bila sejuk, jadik lapar. Luckily kite memang dah ready snacks e.g cereal and biscuits dari Malaysia. Nak cari makanan halal, agak susah. Ada tu memang ada. Tapi rare lah.. Dengan communication barrier, lagi lah payah nak tanya-tanya orang. Bila cakap, macam ayam dengan itik! Bayangkan, kalau toilet pun dorang tak tau apa.. Nasibaik lah kite ada beli and bawak dictionary, memang membantu.
Kamus yang banyak membantu. Beli sebab nak abeskan baucer buku ni hehe. |
Kurang jaga pemakanan
Since makanan limited, memang tak jaga makan sepanjang kat sana. Kesian jugak dengan baby.. Yelah kalau setakat megi tu memang dah jadi makanan harian. Yang betul-betul makan sekali sehari je.. Yang lain, sumbat jelah pape yang patut dulu. Cuba bayangkan, dah lah sejuk-sejuk. Konfem kelaparan je. Tapi nak tak nak kenalah tahan lapar.. Bila makan pun tak betul and tak berkhasiat, nak makan ubat pun takde rasa. So end up semua vitamin yang bawak tak bersentuh pun. Heuheu.
Berjalan kaki sepanjang masa
Sepanjang kat sana, kami banyak bergerak dengan berjalan kaki. Kalau kat Malaysia, jangan harap! Nak pergi kedai depan rumah pun nak naik kete. Kat sana, setakat 1-2km tu celah gigi je.. Ntah dah berapa puluh km kami berjalan sepanjang 5 hari dekat sana. Haha. Dari hotel nak pergi train station, nak pergi tempat shopping, nak pusing-pusing shopping, nak carik tempat makan halal, semuanya pakai kaki! Sebab nak cari teksi memang payah. Dorang ada servis tuk tuk tapi kalau setakat 2 orang je boleh naik, kami yang ramai ni nak kena ada berapa tuk-tuk? Tuk-tuk pun bukannya banyak.. Tapi kite and hubs dapatlah merasa naik tuk-tuk tu sekali masa nak balik hotel dari train station.. Time tu kite memang dah tak larat nak jalan. Dengan bawak luggage shopping lagi.. Siap dengan nak terkencing lagi! Haha. Nak naik bas awam, hish jangan... Ntah kemana-mana lah nanti kami pergi. Lagi payah. So, the best choice is by train.. Selamat and selesa.
Stress
Kat sana, hubs jadi 'tourist guide'. Bukan dekat sana je.. Memang drpd beli tiket flight, book hotel, uruskan visa, semuanya hubs yang uruskan lah! Bila hubs yang uruskan, automatically kite jadi assistant. Padahal kami ni tak pernah jejak ke China. Nasibaik lah kami ni memang kaki travel and biasa travel negara orang main redah sendiri je, so kami dah biasa. Yang payahnya, bawak segerombolan! Selalu 2 orang je senang nak plan, nak bergerak. Kalau dah lebih 10orang kami kena handle, fuuuuuuhhhhh mencabar! Memang hubs stress je sepanjang kat sana. Yelah, dengan map, handphone dekat tangan, jalan kaki carik route and arah tujuan. Dah macam mat saleh kalau kite nampak datang Malaysia.. Tapi susahnya kalau kami sesat or confuse, tak boleh nak tanya-tanya orang situ. Stress woo! Hubs stress, kite pun stress lah..
Berjalan laju
Since hubs yang tentukan apa plan seterusnya, and handle everything. hubs kena lah bergerak dulu. Maknanya kite pun jadik kepala 'rombongan' lah haha. Kite jenis memang jalan laju. So memang takde masalah. Alhamdulillah larat lagi and takde pape problem. So once dah start berjalan, kite jalannnnnn je tak toleh-toleh belakang haha. Tapi, kalau dah dengan makcik-makcik pakcik-pakcik, faham-faham jelah, dorang not as energetic as young people. Dorang jalan slow je kat belakang. So bila dorang nampak kite ni laju je kat depan, dorang yang risau lebih. Haha. Pada kite, takpe jalan dulu ke depan. Nanti bila da sampai destinasi, kite boleh rehat kejap sementara nak tunggu orang-orang yang dekat belakang sampai. Betul tak? Tapi makcik pakcik amazed lah dengan stamina kite. Dorang cakap konfem nanti nak beranak senang je, laju je baby nak keluar. Haha. Mudah-mudahan... Amin!
Kurang rehat
Dah nama travel.. Kalau nak berehat, duduk rumah lah woi.. Hehe. Seawal 5-6am kami dah bangun and siap-siap. Nak bersiap bukan mudah. Nak masuk bawah shower tu pun amik masa berminit-minit tau! Sejukkkkk walaupun tak on air-cond. Memang sepanjang stay kat sana, takde on air-cond pun. Dah cukup sejuk. Pulak tuh takde heater. Apa kami buat kalau dah tak tahan sangat, guna hair dryer as heater, blow dekat badan haha (Hubs' idea). Awal-awal dah mula berjalan and non stop kami jalan je shopping sana sini. Balik kalau tak malam, tak sah. So kami memang duduk bilik untuk tidur je and makan-makan alas perut.. Nak tengok tv pun tak nyempat. Kalau tengok pun bukannya faham... Cong ceng cong ceng cakap cina. Huhu.
Perhatian lebih
Dekat Malaysia, memang dah lama tak naik public transport including train. Tapi kat sana, as mentioned before, train pengangkutan utama kami. So, first time rasa diberi perhatian lebih hihi. Kalau dalam train ada tempat kosong, mesti kite yang diberi keutamaan untuk duduk. Walaupun kite takdelah rasa nak duduk pun and larat je nak berdiri, mesti kena jugak duduk. Kite suka je... Hahaha *Gedik*. Kalau pape, mesti kite akan ditanya ok tak, larat ke, tak sakit kaki ke? Hehe. Masa kite and hubs balik naik tuk-tuk berdua je pun dorang ok je sebab tau mesti kite dah tak larat. Thanks baby, sebab buat mommy rasa disayangi lebih. Haha.
Sakit pinggang
Alhamdulillah, walaupun banyak jalan, kaki memang tak rasa sakit. Setakat tapak kaki rasa panas banyak berjalan tu adalah. Tapi kalau part betis ke, takde pulak. Mungkin kasut yang kite pakai tu sesuai, or mungkin perut belum cukup besar, tak tau lah. Tapi, sakit pinggang tu, uihhhh, macam nak patah! Nak-nak masa kami travel jauh nak ke Hong Kong. Sakitnya bukan main! Nak taknak kena tahan jelah. Bila dapat duduk dalam train, memang membantu.
Tilam keras
Jangan harap ye tilam hotel dekat Guangzhou jenis boleh lompat-lompat atas katil.. Hubs kata kat sana tilam dorang memang jenis keras macam papan! Tapi taktaulah kalau hotel yang mahal-mahal riban-riban.. Kami stay dekat hotel yang average je.. Luckily hotel kami memang ada sediakan dua extra comforter and bantal, and kami dapat bilik yang twin bed. So apa yang kite buat, kite amik comforter katil sebelah, alaskan dekat katil yang kami nak tidur (ofcourselah kami tidur sekatil.. Muat sangat heuheu), pastu alas lagi dengan 2 comforter extra tu. Atleast tebal lah sikit daripada tidur atas katil tu direct.. Tapi bagus jugak tilam keras. Sakit pinggang cepat je hilang. Before tidur rasa sakit bukan main. Esok bangun dah ok dah. Dah boleh jalan banyak lagi without compromise hehe. And tak payahlah nak susah-susahkan hubs yang kepenatan mintak tolong urutkan. Lena je kami tidur tak sodarkan diri atas katil keras tu sepanjang 4 malam. Hehe.
Tu je kut pengalaman travel as a pregnant lady. Priceless woo! Bukan senang nak dapat experience camni :).
Few photos with lil bub inside mommy's tummy. Mommy a bit malu to show off her tummy hehe.
Dalam salah satu shopping mall around Haizhu Square (Day 1) |
Berhujan di Pearl River (Day 2) |
In front of Hong Kong Disneyland entrance, with SIL (Day 3) |
Dekat Shenzhen Railway Station while waiting for our bullet train to Guangzhou, from Hong Kong (Day 3) |
Our final night : Beijing Lu |
Overall, kami memang enjoy.. Buktinya :
Sebahagian daripada hasil kami. Masing-masing masa pergi satu family bawak satu beg je.. |
Apa yang mommy and daddy borong. Heuheu |
No comments:
Post a Comment