Pages

Friday, December 20, 2013

Hospital Pilihan

Bila balik daripada check up, terus study pasal hospital area-area sini. Antaranya :

Hospital/klinik/pusat bersalin private :
Hospital Pusrawi
Kajang Plaza Medical Centre
Hospital Columbia Asia

Hospital kerajaan :
Hospital Serdang
Hospital Kajang
Hospital Putrajaya

Bila nurse kata pasal Hospital Putrajaya yang dikatakan half/semi government, so terus focus pada Hospital Putrajaya. Apa yang dikatakan semi ni rupa-rupanya sebab dekat Hospital Putrajaya ada skim Full Paying Patient (FPP). Senang kata, under skim ni patient akan dapat service macam dekat private tapi dengan kos yang lebih rendah. Based on my study, skim ni diadakan untuk mengekalkan doktor-doktor pakar kerajaan terus berkhidmat dengan hospital kerajaan (tak lari ke private).

Kalau sebelum ni kami fikir nak decide pasal hospital mana nak bersalin (private or government) bergantung pada keadaan mommy and baby during late pregnancy. Tapi bila dapat tahu pasal skim FPP ni, rasa macam something yang sangat menarik and perlu di-considerkan. Yelah memandangkan hubs bukan kerja kerajaan or swasta, rasanya skim FPP ni adalah yang terbaik untuk kami dari segi servis dan kos.

So, terus bincang and study dengan hubs.. Hasil study yang kami highlight-kan :

1) Perlu bayar deposit RM3000 upon registeration (minimum).

2) Biasanya  total cost untuk bersalin normal lebih kurang RM1000 and ceasarian katanya not exceed than RM5000. Banyak pengalaman baca daripada blog-blog kata, diorang kena charge around RM3000 untuk ceasarian (total cost). Berdasarkan study, kos normal lebih kurang sama je dengan hospital swasta yang lain tapi kalau kos untuk ceaser tu, lebih murah lah berbanding hospital swasta. (Swasta biasanya charge RM5000-RM6000 untuk kos ceaser saja, tak termasuk kos stay hospital etc)

3) Duit deposit akan dipulangkan kalau kos yang dikenakan kurang daripada RM3000. Tapi kalau lebih, for sure la kena tambah.

4) Kalau baby ada masalah and perlu stay dalam incubator ke or kena rawatan lain (mudah-mudahan baby kami sihat sempurna tanpa sebarang masalah.. Amin!), akan dicharge harga biasa, yang under kerajaan.

5) Bilik selesa. First class (single bed) charge RM160 per night. Suami boleh stay sama (tapi tidur dekat atas sofa lah).

6) Suami boleh masuk ke labour room, temankan wife (yang ni common dah, tapi just to make sure..)

7) Perlu daftar awal, selewat-lewatnya before 28 weeks of pregnancy (kata nurse KK Serdang)

8) Perlu bawa referral letter from KK upon registeration.

Well, hubs terus kata bersalin dekat sini jelah.. Senang. Kos ok. Servis ok. Dah tak payah nak pening-pening kepala fikir tempat lain.. Kite pun setuju je dengan kata hubs tu.. Sebab dia yang keluar duit.. And yang penting, janji tak kena pergi hospital kerajaan sudah.. Heuheu. So, hospital mana nak bersalin, inshaAllah kami pilih Hospital Putrajaya..

Tiba-tiba teringat pasal kawan hubs, Seena dulu bersalin dekat Hospital Putrajaya yang under private punya (masa tu tak tau lagi pasal FPP bagai ni semua :p). So perlu tanya-tanya dia jugak lah untuk extra information pasal skim ni..

Mudah-mudahan pilihan kami ni satu pilihan yang bijak. Ewah..

No comments:

Post a Comment