Selepas try makan pisang still tak jalan, kite decided nak pergi farmasi untuk beli ubat yang masuk dekat bum-bum (atas cadangan ibu and hasil google).
Bila hubs balik kerja, ajak dia pergi nearest farmasi. Tapi hubs kata dah alang-alang, dia nak bawak pergi paed je..
So, pukul 9 malam kami ke klinik. As usual, paed cakap normal (memang pun tapi kami je gelabah lebih, almaklumlah first time parents huhu..). Paed bagi ubat (lactulose) untuk lembutkan poo-poo. Kite tanya pasal ubat untuk masukkan dalam bum-bum tu macam mana pulak? Paed kata ubat tu guna bila anak tak boleh nak berak langsung. Poo-poo dia keras sangat sampai dah meneran pun tak boleh nak keluar. Kalau jadi macam tu baru masukkan ubat tu. Tapi since Shazrie Iman still boleh berak cuma berketul je, so boleh bagi makan ubat lactulose je dulu.. Now we know.. :).
RM48 including consultation |
So balik je dari klinik, since Iman dah makan, kite pun bagi ubat lactulose tu ikut dose yang diperlukan : 2.5ml. Agaknya rasa ubat tu sedap kut sebab laju je Iman minum huhu.
Hasilnya, pagi tadi pukul 7 pagi Iman bangun and berak which the poo-poo dah normal hurray! No more sembelit, no more meragam nak berak, no more worries :). Alhamdulillah.
Lesson learned : Buat puri cair-cair and makan bersulam air masak sebab kalau tak Shazrie Iman refuse nak minum air masak je (Ni ikut mommy ni huhu)
No comments:
Post a Comment