Dah lama gila nak buat review pasal Hospital Serdang ni tapi tak sempat je.. Anak dah nak setahun baru berjaya buat. Huhu
Memang pada asalnya Hospital Serdang or any government hospital bukan pilihan utama (As in previous entries). Sebabnya, takut dengan pelbagai cerita tak best pasal hospital kerajaan ni. Tapi memandangkan kite boleh dikatakan ada masalah (gdm), and takut kang tak pasal-pasal kopak duit bayar bil hospital sampai 10ribu, finally pujuk jugak hati untuk pergi ke hospital kerajaan je..
But Alhamdulillah, pengalaman kite bersalin dekat Hospital Serdang merupakan pengalaman yang menarik, jauh daripada cerita-cerita tak best yang ditakutkan tu. Let me share my experiences :
Proses pendaftaran
Due to GDM, serah diri on due date eventhough takde sebarang tanda nak beranak pun. So masa proses pendaftaran tu dalam keadaan tenang je. Orang pun takde masa kami mendaftar. Bak kata hubs, tak ramai orang nak beranak hari Sabtu agaknya.. Heh.
Masa pendaftaran, kite bagi buku pink bagitau yang kite diarah serah diri due to gdm. So staf kaunter refer buku pink tu and mintak bukti nikah. Kami tunjukkan kad nikah pintar kami and dia key-in data yang patut.. Sementara tu dia bagi 1 pamphlet untuk kami sambil-sambil baca..
Dah sudah, staf mintak kite sign 2 borang. Borang pertama yang kite faham pasal procedure ward (tempoh maksimum kite kena tunggu untuk masuk wad kalau wad penuh) and borang kedua untuk pengesahan kebenaran kite nak suami temankan masa dalam bilik bersalin. Hanya suami yang sah sahaja dibenarkan ok.. Kalau tak suami, ibu kandung. Antara dua ni je yang boleh.
Dah setel semua, kite kena tunggu kejap sampai nurse panggil masuk. And the rest of the story afterwards bole baca dekat
sini sebab sekarang ni nak cerita pasal proses mendaftar je.
Ward
Kite dapat merasa dua kelas ward : First class and third class.
Since kite kena serah diri and without gl, nak bayar sendiri, so masa daftar tu, kite tak boleh nak pilih wad. Wad hanya boleh dipilih kalau kite dah nak masuk labour room (dah nak terberanak tu baru boleh demand ward). Ada sebabnya kenapa dorang buat macam ni. So automatically malam pertama tu kite tidurlah dekat ward kelas tiga..
Ward kelas tiga/third class
Satu wad yang besar, ada few compartments, dalam satu compartment pulak ada few katil. In my compartment ada 7 katil, termasuk katil tambahan.
Seluruh wad ni air cond actually tapi kalau dekat area compartment ada kipas siling, air cond tak rasa sangat. Ada jugak disediakan kipas kaki untuk katil yang jauh sikit dari kipas. Tapi memandangkan malam tu kite dapat katil yang dekat dengan kaunter nurse, so merasa la jugak air cond sipi-sipi..
Walaupun dalam satu compartment ada few katil, tapi setiap katil ada : locker, meja tepi, meja makan sendiri and curtain/tirai untuk privacy (of course), bakul sampah, kerusi pelawat and plug. Plug sendiri so senang je nak charge hp unlimited.
Dari segi keselesaan tidur and berehat tu memang takde masalah. Cumanya kalau dah tidur dalam compartment yang tujuh katil (2 katil kosong, termasuk katil sebelah), dengan ada 2 newborn babies, pulak tu sorang mak tu bersalin c-zer, so u have to expect yang suara baby menangis malam. Tapi kite ni walaupun penat, kalau baby tak menangis pun memang tidur tak nyenyak. Yelah dengan first time dalam hidup tidur wad, dah tu nervous nak tunggu apa jadi hari esok, macam manalah nak tidur lena..
Toilet and shower, memadai dengan jumlah patient dalam wad. Even dekat compartment ada toilet sendiri cuma setakat ada 1 sinki, 1 toilet and 1 shower, probably cukupla untuk 7 patient dalam compartment tu. Ada jugak toilet and shower lain yang lebih besar dalam wad ni and I preferred to have my business in that one sebab lagi dekat dengan katil, takyah lalu-lalang katil orang lain. Kebersihan toilet, pagi-pagi memang akan ada pekerja bersihkan tapi faham-faham jelah kalau dah ramai daripada pelbagai jenis manusia yang pakai, susah nak maintain cleanliness tu.. But takdelah sampai tahap geli nak guna, masih ok.
Tv ada dekat ruang menonton.. So siapa-siapa nak tengok tv, boleh la pergi situ. Luas, bersih, selesa. Cuma takdelah boleh tonton sesuka hati sampai tengah malam macam dekat rumah sendiri. Dari pukul 8am-10pm sahaja ya. Still, it's not a big deal since pesakit bukannya heran sangat nak tengok tv kalau dah tengah malam kan.. Lagilah zaman sekarang orang tak lepas dari screen smartphone. So tv not a main attraction.
Dalam ward besar ni selain ward third class, ada jugak bilik-bilik untuk ward second class, which lagi selesa, satu bilik 4 katil. Then ada bilik rawatan, pantry and bilik-bilik lain yang not in my concern huhu. Dekat bilik rawatan ni lah patient akan diberikan rawatan/pemeriksaan yang lebih privacy. For example, kalau patient nak diinduce, or pasang belon macam kite, or even masa ketuban pecah, kite terus dibawa ke bilik rawatan tu untuk pemeriksaan doktor.
Overall, wad third class dekat sini memang selesa berbanding wad third class hospital lain yang kite pernah pergi melawat. Mungkin sebab hospital ni boleh dikatakan masih baru.
Wad kelas pertama/first class
First class ada 2 jenis. 1 single bed per room. 1 lagi double bed per room.
As told earlier, pesakit hanya boleh request untuk masuk first class ward bila dah nak masuk labour room. Kalau orang yang memang dah sakit dari rumah, masa daftar tu dah boleh request nak wad kelas berapa. Requested ward ni pun depends on availability. Ada rezeki, dapatlah. Sebab of course pihak hospital akan beri priority dekat pesakit yang ada gl. Tapi inshaAllah, high potential untuk dapat sebab masa time kite tu pun banyak je wad-wad first class (double bed) yang kosong..
**Update : Kite dimaklumkan (tapi dari sumber yang bukan dari pihak hospital sendiri) yang ada kuota wad first class untuk yang menggunakan GL dan juga yang bayar sendiri (kuota asing). Dan kebiasaannya kuota wad first class guna GL sentiasa penuh berbanding untuk yang bayar sendiri. Jadi peluang untuk dapat wad first class bagi mereka yang nak bayar sendiri lebih tinggi berbanding guna GL. (Atau dalam bahasa kasarnya, dorang lagi suka dapat cash money compared to claim. Wallahuallam..)
In our situation, kite dah masuk labour room dari ward. Masa dalam labor room tu kite bagitahu nurse nak request ward after deliver. So nurse tolong cek-kan availability and minta hubs pergi uruskan bayaran deposit RM800 dekat kaunter pembayaran. Actually kite request single bed tapi yang ada kosong hanya first class yang double bed. Takpelah, asalkan first class, sebab yang paling penting ada orang boleh teman kite tidur wad.
Dah nama pun first class, so memang tip-top. Sama macam wad dekat private hospital dari segi ruang legar and dalam bilik sendiri. Yang beza, dalam bilik takde tv je. Tapi still ada ruang menonton disediakan.
Kebersihan, yang ni memang terbaik. Private hospital pun kalah. Setiap hari akan ada cleaner cuci tandas+shower and vacuum bilik. Tiap hari ok. Kalau yang kutip sampah tu jangan kata. Ntah berapa kali sehari dia datang kite pun tak sure. Memang tak sempatlah sampah nak duduk lama-lama dalam bakul sampah tu. Huhu.
Oh ya, walaupun kite dapat double bed, tapi kite sorang je dalam ward tu. Satu katil lagi kosong. So selesa lah ibu and hubs temankan. (Malam pertama ibu temankan, malam kedua hubs temankan). Selesa dari segi privacy. Sebab diorang tak guna pun katil sebelah. Tidur dekat kerusi sebelah katil kite.
Rasional kena stay dalam ward third class (sebelum deliver)
Nurse dalam ward third class lagi mudah untuk dipanggil/nurse lagi mudah nak pantau pesakit. Sebab dia berada dekat tengah-tengah compartment ('Easy access'). Doktor pun ada sekali. Kalau ward first class, kite dalam bilik. Nurse pulak dekat kaunter belah luar. So a bit payah kalau nurse nak sentiasa pantau.
|
This is our territory heheh. Ni 2nd day after labor so semangat lah sikit, boleh buat peace dah. Masa first day, terlepek apa pun tak larat nak buat haha |
|
Takde gambar full room pulak. Tapi cuba bayang the room twice of this part. Selesa.. |
Pakaian
For both ward, baju pink tu akan diberi tukar sehari dua kali (pagi and petang). Tapi patient boleh je nak tukar bila-bila nak/tak selesa dah. Kalau dekat ward third class, ada satu bahagian tu memang disediakan banyak je pakaian pink baru and satu bilik untuk letak yang kotor. So boleh je nak ambil/hantar baju sendiri kalau jenis malas nak mintak-mintak nurse. But in first class, rasanya lagi senang mintak nurse kut? Sebab nak terayau-rayau cari dekat mana tu yang macam payah. Dah lah sunyi. Huhu
Makanan
Selalu orang kata makanan dekat hospital tak menyelerakan. Kite tak pasti apa yang menyebabkan diorang kata tak sedap sebab sepanjang kite stay ward, makanan ok je.. Takdelah teruk sangat. Siap ada dapat makan nasi lemak lagi (I balun sampai licin youu) so tu tak ok ke? Ok, memang ada lauk yang kite tak sentuh sangat. Ikan. Sebab kite memang kurang gemar makan ikan.So rasanya tak boleh lah nak cakap makanan hospital tak sedap kut, cuma tak kena dengan tekak sendiri. Lagilah orang sakit, tekak lain macam.
Makanan yang diserve depends on our diet. Ada tulis siap-siap dekat nota penghantar makanan and dekat kepala katil kite. Tapi rasanya diorang takdelah strict sangat (berbanding kat rumah haha) sebabnya, makanan lepas bersalin pun standard je. Serve ayam, telur jugak. Kalau kat rumah yang betul-betul strict, dapat ke merasa? Huhuhu.
|
Antara menu. Actually capture setiap menu tapi hp hilang, sekali dengan gambar-gambar. Huk. Setakat sekeping ni jelah yang ada. Tu pun korek hp hubs. |
Kalau orang kata air tak sedap, itu ya! Selain air masak, kite dapat sepeket susu tepung and sepeket milo untuk bancuh sendiri. Milo ke? Dia bukan milo tapi konon-konon milo. Tak sedap!!! Memang tak minumlah kan.. Nasib baiklah memang ada bawak milo 3in1 sendiri, selain mintak hubs bawakkan jus buah (masa sebelum beranak)
Untuk air minuman (plain water), akan diberi satu jug setiap katil setiap pagi. Tapi kalau tak cukup, boleh ambil sendiri dekat satu ruang yang memang dah disediakan. Untuk air panas, juga disediakan, cuma ada jadual akan ditop-up (dalam ward third class). So, kalau time nak ambil air panas tu dah takde, memang kena tunggu next punya lah. Kalau di ward first class, request je dekat nurse nak plain water/hot water anytime.. Ohye, termos kena bawak sendiri yer, tak provided..
Nurse/Doktor
Nurse dekat dua-dua jenis ward peramah dan sopan, tak sombong. Bukan saja pada patient, malah pada visitor (ibu in my situation). Mungkin sebab semuanya muda-muda kut? And dah rezeki kite tak jumpa nurse yang menakutkan.
Kalau kata doktor pelatih akan ronda pagi-pagi lepas tu buat perkara seolah-olah pesakit ni bahan kajian, tak pulak kite dalam situasi macam tu. Memang ada a group doktor buat rondaan pagi, tapi bukanlah in a large group. Setakat 5-6 orang je kut. Itu pun setakat tanya keadaan kite secara general, and the rest diorang akan tengok laporan sendiri. Tak ada sebarang sentuhan fizikal pun.
Nurse/doktor/midwife (tak sure apa lagi spesifik panggilan) dalam labour room pun sama. Takde langsung jumpa nurse yang kekwat or kasar, walaupun ada yang dah senior. Dorang sabar je melayan kite yang kesakitan dengan bahasa yang sopan. For example, kite nak ward first class single bed tapi takde kosong. Tapi kite cakap dekat nurse kalau tiba-tiba ada kosong, kite nak jugak. Dengan sopannya, nurse tu siap cakap jangan risaukan pasal ward, yang penting u selamat, baby selamat. Dah lah chinese. Sentap sekejap mak haha. Banyaklah jugak dorang bagi kata-kata yang menginsafkan dan semangat, especially time nak push.
Kalau banyak baca orang kata seluk tu menakutkan, Alhamdulillah, sepanjang kite kena seluk menyeluk daripada dalam PAC, dalam bilik rawatan dekat ward and dalam labour room, semua doktor buat ok, takde rasa sakit or mengerikan seperti yang digambarkan hehe. And dorang pun takdelah main 'terjah' terus. Dorang akan bagitahu dulu and suruh relaks..
Jangan kata time seluk, time nak gunting (epi) pun mid wife akan cakap yang dia nak buat epi sikit. Pendek kata, dalam apa jua perkara yang dorang nak buat, dorang akan cakap dengan baik.
Masa bersalin, kite dapat doktor lelaki. Dekat dalam bilik rawatan yang masa cek time ketuban pecah pun, doktor lelaki. But don't worry, akan ada nurse/doktor perempuan yang akan duduk dekat sebelah doktor tu, tak akan tinggalkan kite berdua walaupun sekejap. For example, masa tengah proses jahit menjahit, kita haus sangat mintak air dekat nurse. Tapi masa tu takde nurse lain dalam labour room tu so dia kata "sekejap ye puan.. saya tak boleh tinggalkan doktor. Nanti dah selesai, saya bagi puan air untuk minum" Walaupun ada hubs disisi time tu.
Well, macamana pun, dorang pun orang biasa so apa yang penting, kita as patient kena well behave, bersopan, hormat dorang yang menjalankan tugas, so takde sebab untuk dorang kerek ye tak. Kalau kita sebaliknya, kira u deserved it lah huhu.
Labour room
Bilik yang sangat selesa, untuk seorang.
Masa ditolak masuk, kite tak perasan keadaan sekeliling sebab menahan sakit contraction. Bila nak ke ward lepas bersalin pulak, dah kepenatan so tak sempatlah kan nak belek detail. Tapi yang pasti, 1 bilik, 1 katil. Bilik berdinding ya, bukan kain, So takkan dengar orang dari bilik sebelah. Semua kelengkapan lengkap dalam bilik tu, dengan ada pc untuk key-in report. And memang ada jam dinding betul-betul melekat depan katil. Senang nak track masa hihu.
Dalam labour room keadaan tenang je.. Takde bunyi bising apa pun including any machine. So kalau nak sendiri meraung kesakitan tu, dengar jelas lah. Tapi kite tak buat ye.. Meraung tak, membebel ada. :p.
Not sure kite boleh request ke apa, tak sempat nak tanya nurse sebab dah kepenatan. While tunggu nurse dekat ruang luar labour room untuk urusan masuk wad, kite ada terdengar satu bilik tu dipasang dengan ayat-ayat mengaji. Kalau betullah boleh request, tak kiralah bawak mp3 sendiri ke, alangkah bagusnya.. Menyesal pulak taknak tanya nurse before discharged. **Updated : Boleh refer dekat comment mengenai perkara ni*
Security
Tak pasti dekat setiap ward prosedur yang sama atau tak. Sempat stay sekejap je dalam ward third class, less than 24 hours so tak sempat nak observe. Ni base pada pengalaman di first class ward.
Security boleh dikatakan ketat. Few times a day seorang guard (during my time, Indian lady) akan jenguk ward untuk tengok pelawat. Pagi, setiap sebelum masa melawat dah nak habis dan lewat malam. Pagi and lewat malam tu untuk pastikan peneman yang dibenarkan sahaja ada dengan patient. Untuk hari pertama memang takde masalah sebab ibu yang temankan. Untuk malam kedua hubs yang temankan, biar ibu balik berehat. Itu pun sebab hubs tanya nurse and nurse kata boleh je memandangkan katil satu lagi kosong, so takde masalah.
Tapi yang jadi masalah, mak guard pulak yang tak senang duduk. Walaupun hubs dah kata nurse ok je. (But still hubs yang temankan malamtu). The next day, pagi-pagi mak guard dah jenguk mintak hubs balik (politely) sebab takut nanti ada patient masuk katil sebelah. Kami iya kan aje..
Then, nurse and doktor datang untuk morning check and bagitahu kami kena tunggu paed confirmkan report pasal baby dah ok pastu boleh discharge. Lega hati.. So bila lagi sekali mak guard datang (untuk pastikan hubs dah balik ke belum), hubs bagitahu yang kami dah nak discharge, so tunggu terus untuk discharge *Punya degil*.. Walaupun dia macam tak rela je nak biarkan, tapi dia tak boleh nak kata apa lah. Huhu.
Itu masa dalam ward. Masa nak keluar ward pun kena double check mommy and baby. Sekali masa before nak turun lift. Lagi sekali masa dekat bawah. Here's few things kena remark :
1) Kena ada surat dari hospital yang maklumkan kite dah dibenarkan pulang and dah settlekan bab pembayaran (dalam kes kami, kami yang kena ambil baki duit deposit RM800)
2). Ibu yang kena pegang bayi. Tak boleh orang lain walaupun mak sendiri. Memang itu prosedur.
3) Mak guard akan check tag dekat tangan ibu sama tak dengan tag dekat kaki baby. Untuk pastikan yang baby tu betul-betul kita punya. Masa time kite, silapnya pakaikan baby seluar yang terus stokin. So payah sikit sebab nak kena bukak bedung baby, bukak seluar baby untuk tunjukkan tag tu. Pastu nak kena pakaikan balik dalam keadaan duduk dekat wheelchair, memang payah. Sudahnya, baby main balut-balut gitu je, tak bedung kemas-kemas. Dah lah masa discharge yang ambil mak mertua. So tak reti nak mintak untuk tolong huhu. Next time kena ingat pasal ni : Pastikan masa nak discharge tu pakaikan baby seluar and booties asing, bedung instant.
p/s : During my time, hanya dekat atas je kena check ketiga-tiga (atas) ni. Masa dekat bawah mak guard hanya tengok surat dan tag tangan ibu sahaja.
Lain-lain
1) Baby akan dimandikan oleh nurse. Kite just siapkan towel and pakaian yang bersih untuk nurse pakaikan nanti. Kalau ada toiletteries, siapkan sekali, Silapnya kite tak bawak toiletteries so maybe baby dimandikan dengan air je..
2) Banyak version mengenai item baby yang perlu disediakan and diberi pada nurse masa before masuk labour room (untuk dipakaikan baby). Rasanya it depends on hospital. Kite pun ada sediakan satu paper bag kecil khas untuk serahkan pada nurse (dah pesan dekat hubs untuk serahkan pada nurse masa nak masuk labor room). Tapi apa yang nurse minta cuma sekeping pampers sahaja.. The rest hospital punya.. Tapi kalau takde pampes pun tak apa (if terlupa) sebab rasanya nurse akan pakaikan pampes dorang/ ambil daripada beg free yang kita dapat (point (3)).
|
Shazrie Iman fresh from the oven. Macamnilah rupa nya. Swaddle milik hospital. |
3) Dapat satu beg free ada few merchandise which semua kelengkapan baby (in trial pack). Bagus jugak menda alah ni. Sudocream sampai sekarang ada lagi (2nd tub)
4) Hospital Serdang memang canggih sebab everything (medical report) terus key in dalam laptop/pc. Nurse setiap kali datang untuk check, akan usung laptop. Canggih tak canggih la kan. Even dalam labor room pun ada pc, so that any condition or treatment akan diupdate terus dalam system. This thing sangat berguna since one of hubs cousin is a nurse so she just refer to the medical update that she can access about my condition and bagitahu dekat family in law. Furthermore, dekat visitor's waiting hall ada monitor to show any updates : dalam labor room/dah bersalin/etc but unfortunately during my time that system down.
5) Masa nak discharge, boleh ambil wheelchair dekat bawah. Tapi, tu pun tak semestinya dapat. Bergantung pada ada. Kalau takde, kesian gak lah kan nak berjalan slow-slow. Alhamdulillah kite dapat merasa duduk wheelchair haha.
6) Cakap pasal discharge, once doktor dah bagitahu dah boleh discharge but have to wait for paed to re-confirm about baby's condition (in our situation), kena tanya/remind banyak kali dekat nurse. Otherwise, dorang boleh terlupa especially bagi yang dah nak balik syif (tukar syif). Sebab during my time, sepatutnya dah boleh balik awal, tapi kami dok tunggu paed yang katanya nak datang tapi tak datang. Nurse yang syif pagi pulak tu sebelum habis syif lupa nak bagitahu yang paed tak dapat datang tapi dah endorse baby's report. Sudahnya, daripada boleh balik tengahari, petang baru kami discharge. Menyesal tak pergi tanya nurse. Ceh.
7) Bil. Hubs only paid RM576.00 for total ; labor and 4 days 3 nights stay (1 night in third class ward and the rest in first class ward. Jauh lagi murah berbanding hospital swasta. Not being cheapskate, tapi kalau service and keselesaan as good as private hospital but we can pay cheaper, siapa tak nak kan? Dekat swasta most normal package yang katanya murah but still ribu-ribu pun biasanya 4 bedded, standard 2nd class je kalau dekat hospital kerajaan. (Big thanks to kerajaan Malaysia untuk subsidi. *poyo*)
|
Detail medical bill |
As the conclusion, Alhamdulillah, dipermudahkan segalanya dari mula daftar sampailah melangkah keluar hospital. Pengalaman bersalin anak sulung di Hospital Serdang merupakan satu pengalaman yang menarik and manis bagi kite. Tak de yang buat rasa serik. Kalau orang tanya nak beranak lagi dekat hospital sama for next baby, Why not, kan?
Well, my perspective has been change. Hospital kerajaan taklah seperti yang dikatakan.
Boleh juga baca sedikit sebanyak servis di Hospital Serdang, especially semasa dalam labour room di Pengalaman Bersalin
Part 1,
Part 2,
Part 3, and
Part 4.
This is based on my experience/point of view. Mungkin ada yang berubah selari dengan masa (almost a year) tapi rasanya kalau ada perubahan pun, mestilah ke arah yang lebih baik..
p/s : Mencari nursing cover? Kite ada jual, RM33 sahaja! Siap dapat free gift worth RM10+ lagi.. Yok usha my
projek suka-suka... :)