After months of using the one and only stroller that we have, I think now is the best time to do some review. Plus, we already brought the stroller here and there, including abroad. Cuma tak bawak nak flight je lagi huhu.
Here's the review from my experience (in random sequence, main taip bila teringat) :
1) Folding size tak kecil, tak besar. Just nice je kalau letak dalam bonet kereta. Cuma kalau Kelisa tu, full jugak lah. But still boleh letak few bags dalam boot. Kalau nak jimat lagi space, just cabut 3 roda dia.
2) As in (1), roda dia mudah cabut and pasang. Just click and go. Bukan roda je, bumper bar and infant carseat pun sama, senang je nak cabut and pasang. But once attach, memang selamat, jangan risau tercabut.
3) Berat around 7kg. So ok lagi kalau nak pikul dekat bahu. Hubs steady je pikul berjalan-jalan dekat Hatyai. Huhu.
4) As in (3), yes, dia ada tali berpadded getah. So senang nak sangkut bahu or jinjit, not easily slipped.
5) Lebih senang lipat berbanding Quinny Zapp Xtra 2.0. Sekali lipat dengan seat and bumper bar. Tak payah nak tanggalkan apa-apa.
6) 3 wheeler yang very stable and senang nak cilok dekat tempat yang sempit.
7) Senang nak cuci. Simbah jelah air, berus-berus, then biar je bawah matahari. Cepat je kering, sehari jemur da kering.
8) Yang ni paling best and win compared Quinny. Bakul yang besar macam-macam boleh sumbat. Kadang-kadang bawak bukan sebab anak, sebab senang nak sumbat barang. Huhu.
9) Free bumper bar (Quinny kena beli). Untuk adapter infant carseat, dapat masa beli carseat.
10) Total recline. So anak tidur selesa.
11) Ada peekaboo window dekat canopy, boleh ngendap anak time dia tidur.
12) Ada 'pengunci' untuk elakkan stroller yang dah dilipat terbuka balik.
13) Bila attach infant carseat, baby lagi tidur lama sebab boleh tarik dua-dua sun canopy (yang ada dekat carseat and stroller. Takdelah expose terang sangat and less bunyi bising.
Time ni attach infant carseat. Tak nampak kan Iman dekat mana? Sebab kami bukak dua-dua sun canopy. But don't worry Iman taklemas dalam tu, selesa je.. |
14) Tahan lasak kut? Sebab kalau tengok harga dia yang tak sampai Rm500, dengan cara kami bawak ke hulu hilir lenjan, still ok takde buat hal lagi (buat masa ni).
Tu je yang terfikir nak type. But still ada kelemahan stroller ni, cuma taklah kritikal, still acceptable.
1) Front facing sahaja.. Tapi kalau masa baby attach infant carseat, so ok la kan.. Still boleh mengadap parents.
2) Kena dua tangan untuk proses lipat. Proses lipat dia senang je, klik 1 button dekat tengah handle (photo below), tarik dua punat kiri kanan serentak (dekat tepi handle), fold ke bawah and tarik tali (4) untuk lipat habis and secure dengan satu 'kunci'(12). Ayat bersepai nampak macam susah, kalau ada gambar senang je sebenarnya tapi malas. Tapi yang nak bagitau kat sini, time nak tarik dua punat kiri kanan tu yang macam leceh sikit sebab kena pakai dua tangan. But still, I can do it while dukung anak.
Kena tekan button bulat grey tu as first step to fold. 'Brica' tu pulak cup and snack pod holder bought from Mothercare |
3) Yang ni banyak je stroller sama feature : Standard sun canopy. So kalau anak tengah tidur, lalu tempat panas, walaupun tarik sun canopy, tak dapat nak cover silau cahaya matahari. Antara sun canopy yg win, stroller Baby Jogger.
4) Satu lagi feature yang tak berapa best kalau beli stroller brand local, takde rain cover. So kalau hujan, agak payah sebab memang akan kena tempias. Maybe boleh beli yang universal punya kut cuma kami je tak cari sebab bukan selalu bawak outdoor.
So, itulah kelebihan dan kekurangan stroller yang kami tengah pakai ni.. However, we both satisfy dengan stroller ni. Ada lah jugak tambah accessories lain untuk tambah lagi fungsi dia: Cup and snack pod holder dengan strap untuk sangkut beg plastik shopping huhu.
Walaupun saiz dan berat ok, but jujur, kalau nak travel jauh mungkin akan beli another stroller khas untuk travel. Yang lagi lightweight and kecil. Maybe umbrella stroller or stroller macam babyzen yoyo, walaupun hubs tak suka 4 wheeler huhu. Bukan apa, lagi mudah nak bawak kalau anak tiba-tiba tengah jalan-jalan dekat Kota Paris (ceh contoh bukan main) dah tak nak duduk dalam stroller. Just lipat, and still boleh pikul dengan selesa untuk diri sendiri dan orang sekitar. Kalau dari segi nak hangkut naik kereta/plane tu kami ok je nak bawak stroller purple ni..
Tapi itu plan akan datang sebab sekarang ni kami and baby prefer babywearing, lagi super duper mudah huhu. Cuma kang anak dah kuss semangat tak larat den nak dukung lagi dah, ha time tu memang nak kena pikul stroller jugak la kan time bercuti..
Just sharing my experience..
No comments:
Post a Comment