Alhamdulillah.. Pejam celik, dah setahun Shazrie Iman keluar dari perut :p. Dalam tempoh setahun ni jugaklah kami survive jadi first time parents huhu. Overall, Shazrie Iman memang anak yang mudah dijaga. Tak pernah lagi sakit yang teruk, just demam biasa dalam 2-3kali. Mungkin pasal Iman fully breastfeed and dijaga sendiri. Then, kalau bawak ke mana saja, Iman tak pernah meragam. Easy going baby. Duduk dalam stroller nak, baby wearing pun nak. Syukur sangat dapat anak yang mudah dijaga. Lebih-lebih lagi bagi kami yang belum ada pengalaman.
Dari segi progress, Iman tunjuk perkembangan yang baik. Semua berada dalam range normal and sepatutnya (meniarap, merangkak etc) Cuma buat masa ni Iman belum lagi tunjuk tanda-tanda nak jalan. Its ok. Memang mommy tak expect cepat pun since mommy pun nenek kata jalan lambat.
Tapi yang agak merisaukan, bab makan. Iman agak memilih makan. Unpredictable. Kadang-kadang makan berselera sangat, banyak. Kadang-kadang tu, suap macam-macam, yang makannya sesuap dua je. Tak tercapai impian mommy nak anak chubby hukhuk. Tapi kalau tengok baka mak pak nya pun saiz XS.. Kena la jugak ukur baju di badan sendiri...
And sempena birthday Shazrie Iman yang pertama, memang mommy and daddy dah niat nak buat makan-makan sikit, untuk family je.. Mungkin kalau parents lain akan celebrate over sikit, pada kami takpelah, untuk yang first ni, bersederhana je, janji meriah and share the happiness among family. Kalau buat beria sangat pun, Iman bukannya faham pun.. Lagipun takde sape kami nak jemput haha *Pathetic parents*
Persediaan buat sendiri kami laki bini and as usual, last minit :p. Yang dah ready awal-awal cuma costume Iman je, tu pun sebab mommy terjumpa online harga murah. So, theme birthday Iman mommy decide based on costume yang mommy beli : dinosaur, color purple and lime green..
Decoration
Mommy's idea, and all prepared by mommy! Tapi takde pulak gambar full.
Cuma ada 4 main things.
(1) Colorful alphabets nama Shazrie Iman. Mommy beli dengan harga RM1 per piece. Kalau rajin boleh je buat sendiri tapi mommy pemalas so kite beli je :p
(2) Helium balloon 4 bijik. Beli sikit je sebab dah lah pricey pastu tak tahan lama. Baru pergi beli dekat kedai dalam sejam sebelum majlis nak start.
(3) Balloon 'Happy Birthday'. Beli dekat GM Klang. RM7 jerr.. Cantik kalau isi helium gas tapi pasal kedai takmo jual gas je haha so kita tiup sendiri then lekatkan kat dinding. *Sedih*
(4) Nombor '1' as symbolic first birthday. Ni pun tiup sendiri and lekat dekat dinding sebab orang kedai kata belon kecik sangat, tak boleh nak isi helium.
Walaupun simple, tapi cantik jugaklah kan untuk bergambar.. Kata orang daripada takde..
The rest just alas meja warna purple green mommy request dekat Tokwan heheh, then colorful balloon bersepah-sepah dekat lantai. Pastu ada lah beli topi few pieces, trompet tiup-tiup tu i dunno exactly their name. And party popper yang tarik meletup tuh.
Foods
Well, memang kami laki bini nak simple and mudah. So pergi beli sate Willy dekat Kajang, and KFC beberapa barrel. Since majlis petang, so makanan ringan-ringan dah ok..
Adalah jugak few add ons, buah-buahan and desserts.
Mula-mula agak takut makanan tak cukup or terlebih. Tapi Alhamdulillah, tak kurang, tak lebih. Just nice.
Birthday Cake
Sponsored by Mak Ngah Syifa, Mommy nak order from any bakers yang memang buat birthday cake. Tapi daddy suggest sama ada buat sendiri (daddy nak buat) or order dekat tempat kerja Mak Ngah. Bila try tanya Mak Ngah kata ok je, so order dari dia je.. (Takut kang beria daddy kata boleh buat, sekali takde masa. Risiko wooo huhu)
Actually ni first attempt tempat kerja Syifa buat cake yang bentuk lain sikit. Biasa diorang buat kek (kek kahwin) bentuk bulat or 4 segi je. Tapi mommy request nak bentuk dinosaur and siap bagi printed pictures rupa dinosaur macam mana yang mommy nak. So, excuse the rupa lah kan.
Mommy memang nak cake biasa je. Buttercream. Taknak fondant or red velvet or yang pelik-pelik sebab mommy tak suka (eh macam birthday cake I pulak :p). And dorang buatkan chocolate cake. Ok lah, despite the look, the taste not bad. Sedap and most important, tak terlalu manis. Nenek-nenek atok-atok pon boleh makan without worrying about their glucose level haha.
Attire
Ok, as I said before, costume dinosaur Iman mommy beli online, brand AM PM Kids. Then, saje nak biar sedondon sekeluarga, mommy tempah t-shirt untuk mommy daddy and romper untuk Iman.
Upclose rupa dinosaur mommy. |
Percubaan nak amik gambar family pakai t-shirt sedondon kurang berjaya. Iman taknak bagi kerjasama dah. |
Satu-satunya gambar yang clear nampak t-shirt Shazrie Iman #Bday boy |
Since murah je untuk 2 tshirt and 1 romper total RM58, so next time kalau ada apa-apa keraian, daddy kata boleh tempah lagi :).
VIPs
Apa yang lebih penting, mommy and daddy nak raikan birthday Shazrie Iman dengan keluarga.. Nenek, atok direct singgah dari Johor. Makngah Pina, Mokde and Paksu datang dari Rawang, Tokwan, tokma, Makngah Syifa, Maklang, Maksu, Toksu, Tokteh Mala, Uncle Amzar, Uncle Danish, Uncle Juju.. Alhamdulillah, walaupun among family je, tetap meriah!
Ohya tak lupa, nenek-nenek and atok-atok (jiran/kawan tokwan and tokma) pun ada nak memeriahkan lagi majlis..
Birthday boy? Tak camera friendly sangat. Mungkin heran orang ramai-ramai dok menyanyi huhu.
Doa mommy daddy untuk Shazrie Iman, moga menjadi anak yang mendengar kata, diberikan kesihatan yang baik, otak yang cerdas dan hati yang terang untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.. Bak kata daddy, kehadiran Iman menceriakan lagi bukan hidup mommy and daddy je, malah seluruh keluarga besar. Mudah-mudahan keceriaan tu kami dapat rasa seumur hidup kami..
MUAHHH CIKEDD! |
Ohye, thanks to Uncle Juju sebab jadi official photographer untuk majlis Iman. Banyak gambar 1 cd ok tapi mommy cekut sikit-sikit jela eh. Ni lah untungnya dapat bakal Pakngah photographer, Heheh
p/s : Next year kita tengok pulak macam mana birthday celebration Shazrie Iman.
No comments:
Post a Comment