Pages

Monday, April 13, 2015

Kidz Paradise at The Mines

Plan nak bawak Shazrie Iman pergi Kidz Paradise memang dah lama tapi daddy asyik busy je.. Bukan mommy tak boleh pergi berdua je dengan Iman, tapi kononnya first time tu nak lah dengan daddy sekali (so taklah sengal sorang-sorang haha)

Finally, petang tadi baru berkesempatan dapat bawak Iman main.. Since weekdays, orang tak ramai.. Pulak tu, time kami baru nak masuk, adalah dalam 3 family baru nak keluar. So time Iman main, ada less than 8 kids/babies dalam tu. Tapi da hujung hujung, tinggal kami je haha.

Fees and others can be referred below :


Few remarks :
1) Kena bukak kasut and disediakan tempat letak kasut. 

2) Handbag and diaper bag boleh bawak masuk. Tapi kalau nak tinggalkan dekat area rak kasut pun boleh cuma tak dijamin keselamatannya, Nak lagi secure, ada disediakan locker tapi rasanya kena rent.

3) Semua wajib pakai stokin. Kids/babies, even parents yang nak temankan pun kena pakai sama. Of course for hygiene purposes.

4) Foods and drinks big no no. Tapi ada je dia jual air so kalau nak minum tu, boleh beli.. Cuma better jangan minum dalam playground tu lah kang tumpah payah pulak.

5) Tempat memang luas, bersih, selesa untuk main and bergerak. Iman boleh merangkak sepuas-puasnya. Maybe pasal tak ramai orang so tak risau bertembung/terlanggar budak lain.

6) Semua lantai guna eva mat tu. Semua besi-besi berpadded so tak risau terhantuk. Safety memang diutamakan tapi of course parents jangan lepas pandang.

7) Ada few sections. Trampoline, bounce slide (air-pump), slides full with plastic balls, and mock beach. Cukuplah untuk anak-anak enjoy.

8) Tak semua toys/rides berfungsi. Ada yang tak berfungsi, ada jugak yang not in great condition.

9) Baby room disediakan. Tak masuk baby room so tak boleh nak komen.

10) Entry charge per day. So kalau dah main, nak keluar jalan-jalan, shopping-shopping, or even nak balik rumah kejap pastu nak sambung main balik pun boleh. Janji tag tak tanggal and of course pada hari yang sama.

11) Party room pun ada, with part package starting from RM500

Other detail info ada dekat website depa www.kidzparadise.com.my

Iman's expression, mula-mula blur. Lama-lama syoklah dia.. Sampaikan tak nak balik, melalak-lalak time mommy bawak keluar. Sabo ajelah.








Conclusion? Untuk RM28 sekali sekala boleh lah nak datang lagi.. Tapi kalau sampai RM40 tu (weekend), rasa macam tak berbaloi je..

No comments:

Post a Comment