Pages

Tuesday, September 30, 2014

Current Skill : Hentak kaki, Melompat-lompat and Menepuk

Not sure which skill yang datang dulu or serentak. Tapi yang pasti, sekarang dah letih nak pegang Shazrie Iman sebab dah tak reti duduk diam! Even daddy yang kononnya tulang besi urat dawai pun mengeluh lenguh ceh. (Macam boleh mintak jumperoo je ni.. Dapat lah sangat!). Tempat favourite Iman nak hentak-hentak kaki and melompat-lompat : dekat tikar tokma. Pantang dirikan kat situ, seronok betul dia tak hengat dunia gelak sakan enjoy sangat lettew huhu.

Tang menepuk pulak, rasanya Nyang yang ajar dia. Nyang tepuk-tepuk dia tengok je. Pastu dia ikut. Tupperware kuih jadi tempat dia nak menepuk-nepuk. Another alat untuk distract Shazrie Iman selain beg plastik huhu. Kesian tau mainan anak mommy semua yang takde nilai huk. 

Oleh sebab itu, mommy belikan Iman music set masa pergi beli groceries dekat Giant last weekend.

Drum ada. Kerincing(?) ada. Simbal ada. Saksafon ponn ada.. Tapi buat masa ni Shazrie Iman boleh main drum (without sticks) and kerincing.
Nampaknya Iman memang enjoy the toys :).

Saturday, September 27, 2014

(Toys) Warehouse Clearance

Found this advert masa tengah scrolled FB last Wednesday.


Ok. Memang menarik. Tang mana? Opkos tang Fisher Price.. Mak dah tak layak nak ber-Barbie bagai huhu. So ajaklah hubs pergi.. Tapi yang tak syoknya, masa! Sampai petang je? Pulak tu minggu hubs busy pulak tu. Kalau ikutkan hati, nak je pergi sendiri berdua dengan Shazrie Iman tapi tak berani pulak nak bersesak-sesak kami berdua je. Takut nanti end up tak dapat nak beli apa huhu. Nak ajak ibu temankan, kesian pulak kat ibu nak datang jauh-jauh dari Rawang.

So, dari sehari ke sehari, tunggu hubs mana tau dia dapat escape kejap untuk bawak kami ke sana. Sampailah ke hari Sabtu, hajat mommy tak kesampaian lagi.. Masa tu dah pasrah, takpelah kalau tak dapat pergi huk. Tapi dalam hati macam nak try tanya adik ipar ada tak yang free and rajin nak teman ke sana. Cuba nasib, Sera nak temankan hurray!

Kami pergi dah lambat. Sebab nak tunggu lunch dulu lah, nak tidurkan Iman dulu lah.. So around 3.30 petang baru sampai sana.. Kalau dah lewat petang, last day pulak tu, hah ape yang tinggal? Saki baki je... Hukhuk. Tak sampai setengah jam, kami dah balik semula..

Tapi nak sedapkan hati, mommy grab jelah apa yang ada yang berkenan (tak berkenan sangat actually tapi dah itu yang adaaaa). Bawak beratus, tapi tak sampai RM50 spent. Jimat.. Jimat..

Torchlight RM30, Learning Cards RM5. 
Next time kalau ada lagi, nak pergi awal-awal!

Friday, September 26, 2014

Current Skill : Menelentang

Masa pergi klinik untuk inject 5 bulan agak sedih sebab tak boleh nak tulis 'Ya' dekat column baby dah boleh meniarap and menelentang sebab memang Shazrie Iman dah lama boleh meniarap. Tapi tak nak telentang balik tu takda tunjuk tanda-tanda lagi.. *Sabar mommy..*

And finally, pagi tadi masa mamai-mamai bangun tidur, hubs yang tengah layan Iman bagitahu yang Iman dah pandai menelentang! (Tapi mommy missed the first action huhu).

Tengahari pulak, taknak biarkan mommy kecewa sebab terlepas newest skill Iman, lagi sekali Iman tunjukkan yeay! *Proud mommy*

Tapi tu jelah setakat harini hihi. 

Nampaknya another skill unlocked :)

Monday, September 22, 2014

Injection 5 bulan

Since last month kena bising pasal tak datang klinik ikut time appointment (ceh), so kali ni pukul 8.15 pagi dah terpacak dekat klinik. Tapi, still lama jugak menunggu. Sampai Shazrie Iman tertidur, baru lah kena panggil (Nasib baiklah free so sejam lebih tu still acceptable untuk menunggu). So, for this month's development :

Weight : 7kg
Height : 66cm
Head circumference : 41.5cm

Masa nak inject, Shazrie Iman tengah aktif mulut bising berbual. Sekali bila kena cucuk je, dia terdiam. Bunyi menangis la jugak sikit, maybe sebab terkejut tapi kejap je lepas tu dah ok. Tu lah nak membebel je tau nya, padan muka :p.

Since previous tak demam, so inject kali ni tak akan demam. Nurse pun tak prescribekan medicine.

Carrier Incident (Jerrybaby)

(As shared in Malaysian Babywearers Group. My truly experience.)

We both love to babywear. Memang dari zaman belum ada anak lagi kami laki bini dah plan and usha babywearing gears. Tapi kami taklah gila kumpul collection, setakat ada untuk keperluan je.. So far ada SSC Pognae and Suppori sahaja.

Hubs memang dah lama berkenan nak beli hipseat, since kami visit Pognae dekat Puchong, dia nampak hipseat Pognae. Pada dia sangat best sebab baby boleh duduk and front-facing. Tapi memikirkan harga yang a bit pricey, dia simpan dulu impian huhu.

As for me, I don't support him to buy hipseat, after study keburukan hipseat and front facing. Tapi after few arguments with him, dia still berdegil jugak, terpaksalah akur.. Tapi nasib baiklah harganya tu buat fikir dua tiga kali nak beli, so still bertangguh.

Kemuncaknya bila kami pergi baby expo di PWTC semalam. Ada banyak jual hipseat dengan harga yang murah (sebelum ni pergi baby expo tak perasan pun). So hubs memang beria-ia nak beli, walaupun kite tak setuju. Atas dasar 'terpaksa mengalah dah taknak bertekak lagi', kite cakap sukahati. Terus dia buat survey sendiri pergi booth here and there. Sampailah ke satu booth ni, yang buat betul-betul hubs berkenan, hipseat brand Jerrybaby. Sebab the promoter claimed the brand as good as Pognae, but wayyy cheaper. Bila dia guna nama 'Pognae' tu, hubs memang dah tak pandang tempat lain. Kite pun jadi 'curious' kalau betul as good as Pognae, kenapa murah sangat-sangat. Sudahnya, macam-macamlah promoter tu kena tanya kan. Antaranya yang ingat :

1) Kenapa murah sangat compared to Pognae. They said Pognae mahal because of the brand. Jerrybaby brand baru so konon-konon ni price pengenalan. Soon akan naik.

2) The quality, especially buckle. They said, high quality, sama je macam Pognae. Diorang dah jual banyak, so far takde pun bad feedback.

3) Kalau nak tukar buckle regularly boleh ke? (Saja tanya). They said boleh contact the number on the receipt.

Promoter tu jawab dengan tenang and ayat power. Hubs try. Pasal dah berkenan and memang nak sangat, dia pun beli.. Kite dah rasa something tak best (due to the price) tapi tak nak argue cuma bagi pesanan, every single time nak pakai, tolong cek dulu everything. Jahitan and buckle make sure in good condition. And hold our baby firmly setiap masa, jangan sekali-kali hands free. He agreed.

After dah beli, kami keluar hall untuk susukan baby. Before nak sambung masuk hall semula, hubs kemaruk nak pakai hipseat yang dia baru beli. Kite pun tolonglah pakaikan while hubs hold our baby.
Dengan berhati-hati (biasalah, benda baru.. huhu), kite nak pasang buckle belakang, sekali PATAH!! BUCKLE PATAH DENGAN SUPER MUDAH!! What?! Kite dah menyirap, bising dekat hubs that's why murah! Low quality!! Ni ciplak Pognae ni!! *and bla3* huhu.

Dengan keadaan yg sama (tangan tak lepas pegang buckle yang patah tu), terus usung hubs masuk dalam hall, pegi booth tu balik. Tunjukkan dekat dia yang buckle patah. Claimed high quality tapi quality macam ape ni, kami tak sempat pakai even once! Apalagi, terus mintak refund! Dengan tak banyak bunyi, diorang terus pulangkan duit kami (nasib baik dapat)..

Syukur sangant-sangat kami try terus dekat situ. Kalau dah smpai rumah, tak ke menangis tak berlagu. Kalau patah time tengah carry baby, tak ke lagi..... !! 

Pengalaman yang memang berharga.

Sunday, September 21, 2014

5 months : Primaland, Port Dickson


Last weekend Iman went to swim again!! Dengan atok nenek makngah mokde and paksu..
Dah lama ibu bagitau nak ajak pergi PD since abah dapat promo price dari mana ntah. Ni third time me and hubs pergi tempat ni. Dulu nama dia lain, tak ingat, tapi sekarang da tukar nama Primaland, maybe sebab dah tukar management. Walaupun dah lama bagitau, mommy still tak sempat nak cari swimming attire untuk Iman hukhuk. Dapat belikan neckfloat je.
View from our apartment
Memandangkan kami pergi pada tarikh birthday daddy, so celebrate sekali.. Simple-simple je.. Thanks to my family yang bersusah-payah organised, beli kek and makanan. Siap buat surprise lagi hehe.

Takde apa aktiviti pun.. The next morning nak swimming sangat pun tak boleh sebab hujan! Tapi dapat jugaklah rendamkan Iman dan swimming pool sekejap time hujan reda.. Second time Iman swimming after dekat Langkawi masa 2 months plus :).

Posing dengan makngah sementara tunggu hujan reda
Si botak mommy..
Syok ye berenang...



Lepas check out, kami spent time dekat tepi laut.. Ambil angin, makan-makan, amik gambar selagi tak hujan petus. Dah lebat, baru tau nak balik. Haha.


Gigih tu hujan-hujan nak pergi jeti buruk ni jugak..

P/s : Tak dapat lagi nak try Iman mandi laut.




Friday, September 19, 2014

Si Botak!

Petang lepas majlis aqiqah and cukur jambul Shazrie Iman selesai, daddy terus decide nak cukur botak rambut Iman, guna electric shaver daddy.. Nak cukur budak 5 bulan payah yer.. Sebab dia dah tak reti duduk diam. So amik masa yang agak lama jugaklah nak mencukur tu. Siap berhenti tidur kejap masa rambut dah separuh botak, then sambung semula bila dia dah bangun. Haha! And hasil transformasi... Taraaa!!




Tokma kata bubuh kapur kat kepala tu sebab nak elakkan daripada Iman rasa pelik tiba-tiba kepala ringan semacam takde rambut. Takut tak boleh tidur malam hehe.

And where's the rambuts? Here!

Susah payah kumpul daripada surat khabar. Habuk pun terkumpul sekali :p. Berat : 3g. Tulah, lambat cukurnya, lebat rambut.
Dah siap bungkus untuk kirim Tokma and Tokwan tanamkan dekat kampung Perlis. Tokma kata nak tanam dekat pokok pisang. Dekat sini takde pokok pisang, tu yang kena import jauh. Huhu.

(Di Sebalik Tabir) Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Shazrie Iman

Super duper kelam kabut! Pasal kami ada 5 hari untuk buat preparation. Gila tak gila la kan.

Plan nak buat majlis aqiqah and cukur jambul memang dah bunyik-bunyik dari Iman baru lahir opkos. Asalnya nak buat masa bulan Syawal - tak jadik. Then Hari Merdeka - tak jadik. Ura-ura nak buat cuti sekolah bulan 9 tapi tangguh pulak ke raya Qurban - sesuai sangat. Mommy and daddy memang tak kisah nak buat bila, ikut je Tokwan and tokma as tuan rumah hehe.

Satu perangai kami laki bini, suka buat last minit. Dah tau memang nak buat majlis untuk Shazrie Iman sepatutnya dah boleh buat preparation sikit-sikit mana yang patut. Tapi kitorang, selagi belum ada firm date, selagi tu lah tak nak start buat pape. Lagilah bila kata nak buat time raya haji, kami leklu,,,,, Huhu, 

Sekali tiba-tiba last week, ayah dengan mak decided nak buat 13hb September, which means minggu depan! Dengan masa takde. Duit pun tak berapa banyak sebab tak sempat nak kumpul cuba bayangkan macamana kami kelam-kabut!

Kambing, dah setel sebab ayah dapat beli dari UPM dengan best price. Doorgift memang kite serahkan pada mak mertua sebab kite tak tau apa yang sesuai nak bagi. Cuma kite readykan paperbag and ada few pieces sejadah kecik - extra masa kenduri kahwin kite dulu reuse balik huhu.

Kite ni memang tak pernah pergi recent majlis aqiqah and cukur jambul. So tak tau apa yang patut ada, macam mana perjalanan majlis. Kalau zaman dulu-dulu, zaman adik-adik tu, tau lah. Setakat dukung baby and bawa keliling orang untuk di gunting rambut. Tapi sekarang kan dah macam-macam. Dengan pelaminnya. Siap berendoi bagai. So I'm clueless. 

Ikutkan hati, dengan masa yang dah suntuk sangat, kite cakap dekat hubs tak perlulah pelamin-pelamin bagai, just buat macam zaman dolu-dolu. Ikutkan hubs pun setuju je hihi tapi memikirkan mak yang ofcos excited sebab sebelum ni dia je yang pergi majlis cucu orang ni turn cucu dia pulak, sulung pulak tu, tak kan nak buat simple-simple pulak kan.. Mak pun siap bagi hint sewa mana-mana buai berendoi, tu maknanya mak nak lah tu.. :) (Mak mertua saya seorang yang simple biasanya).

Nak usha lebih-lebih pakej berendoi, tak banyak masa yang ada. Lagipun, nak ke dorang masa dah suntuk sangat? Dengan cuti sekolah, mesti mostly dah tak available. Ok takpe-takpe. Kite try usha-usha dulu mana yang sempat. Usha punya usha, kite berkenan 1 pakej yang pada kite simple, sebab tak banyak bunga-bungaan. Kite tanya harga berapa. RM650!! Tudiaaaaa baziaqnya kalau nak spend duit banyak tu untuk pelamin berendoi je... Bincang-bincang dengan hubs, ok we decided untuk buat sendiri pelamin, inspired by pakej yang kite berkenan tu.

I'm so lucky sebab hubs tokey bengkel besi and father in law tokey khemah kenduri. So untuk pentas and few things, hubs boleh buat sendiri. Kain-kain pulak boleh pakai ayah punya. Nasib baik carpet and lantern pakai masa kenduri kahwin kami still well kept, so reuse je balik. Just few things yang nak kena prepare and beli. Yang few things tu lah yang leceh! Huhu. 

Another thing yang memang jumpa pada masa yang tepat, rental items. Siapa sangka rupa-rupanya ada service rental barang-barang pelamin! Thanks to instagram kite jumpa somethingborrowedbynawal. Cepat-cepat kite contact and Alhamdulillah item yang kite nak still available. Harga memang berpatutan, tempat pun dekat je nak amik, Putrajaya :). *Pasni kalau nak sewa pape lagi dah tau dah kat mana nak pergi*

So, untuk pelamin kami, apa yang perlu, bunga-bungaan (nak rent tak banyak choice and a bit pricey), deco fans and bouncer. Yes, kite decided tak nak guna buaian sebab Shazrie Iman dah besar memang tak sesuai dah nak naik buaian kang ada dia sebok meniarap dalam tu kang. So kite replace dengan his favourite bouncer. Tapi kena touch up la huhu.

Satu lagi yang memeningkan, Iman's attire. Aduiii memang tak tahu nak pakaikan apa! Plan nak tema pakaian warna putih. Untuk mommy and daddy, setel. Untuk anak, penat pusing The Mines and Alamanda. Tak jumpa yang sesuai! Kalau perempuan, senang je boleh belikan gaun. Dah malas nak pening kepala, last nak ajak hubs pergi Midvalley tapi kalau takde jugak yang sesuai, pakai je baju melayu masa raya - warna biru huhu. Hubs plak tak berapa setuju sebab dah lari tema :p. Ntah macam mana, hubs teringat sepasang baju orang bagi  (tak ingat sape) sepasang jubah and seluar dari Makkah, warna cream. So bila difikir-fikir kan balik, sesuai sangat nak pakai, pastu boleh match kan dengan putih. Cepat-cepat cari balik and try pakai (last time try pakaikan still besar), Alhamdulillah suits perfectly! Setel bab outfits.

So dalam tempoh 5 hari ni, kami dok kehulu kehilir pergi beli barang, amik barang. Malam pulak tidur lewat untuk preparation mana yang patut, mainly untuk pelamin. Yang tambah melambatkan kerja kami, Shazrie Iman biasa kalau dah tidur pukul 10-11 malam, memang akan sampai esok pagi. Ini setiap malam kami stayed up, dia pun sama sibuk bangun jugak. Aduhai.. Dah kena multitask, sambil buat kerja, sambil jaga dia. Sabor ajelah.

Alhamdulillah, kelam kabut macam manapun, sampaikan lagi sejam majlis nak start baru completely siap, semuanya nampak ok and cantik (di mata kami), just like the way we imagined. So here the photos on what hardly done by us.

The singgahsana!
Green carpet reuse yang pelamin kahwin mommy and daddy dulu. Paper lantern ada yang reuse, ada yang rent.
Tirai pinjam Tokwan's.
Paper fans tu susah payah kami stay up berhari-hari siapkan sikit-sikit. Last-last lagi sejam majlis nak start baru hang dekat curtain.
Bouncer Iman punya tapi mommy dah deco cantik-cantik (lah sangat. Padahal hentam keromo je :p)
Mirror box and glass vase kami sewa.
Stage and meja daddy baru buat khas.
Bunga pun baru beli. Siap import Tokma sebab mommy tak pandai beli bunga. Yang gubah? Daddy! Muahaha.
Meja belah kanan. Dalam bowls letak 'benda-benda' untuk upacara cukur cambul eg inai, air kapur, bunga rampai, kurma, madu etc.

And guess what, kami spent less than RM300 total, including rental items and printing gambar as above. Berapa banyak kami dapat jimat, kan?

For the doorgift, rupa-rupanya takde amik gambar pun! Sayangnya.. Cuma ada gambar ni je sekeping?! Tu pun yang togel belum ada apa-apa. *Long sigh*

Pilihan mak mertua. We likey! Dah la murah je RM2 satu beli dekat Giant. Isi nya kami letak sweets, jellies and chocs!
Kami tak deco apa pun, just tampal stiker event dekat tupperware ni, then another label dekat paperbag.. For ladies (orang marhaban) we gave 1 paperbag isi tupperware, sejadah kecil/kitchen towel and bunga telur teddybear sponsored by nenek and atok. Banyak jugak jemputan parents in law, dalam 100 jugak kami siapkan doorgifts, and semua habis, cukup untuk semua jemputan.. For gents, kami just sediakan doorgifts air kotak yang besar various flavor, bubuh stiker event - idea father in law. Simple and sedap! Haha.

Label/sticker event. Proudly done by mommy, dari reka, gunting, tampal *ehem*
Bunga telur sponsored by nenek and atok.
Overall, betul lah kata orang, kalau buat sendiri, memang penat tapi kepuasannya lain macam. Ya, kami puas :). 

Monday, September 15, 2014

1st Solid Food!

Hari ini, 5 bulan 25 hari, Shazrie Iman officially dah mula makan his first meal! Punyalah payah kami nak bertahan sebelum ni daripada nenek-nenek and atuk-atuk yang dah suruh bagi makan since 4 bulan lagi (Tapi ada jugak terlepas bagi ujung-ujung sudu). Tapi kenapa tak genapkan 6 bulan? Sebab few days ni mommy tak berapa sihat so production susu pun tak banyak. Walaupun cukup je sebab Iman takde meragam pun, tapi alaaaa lagi 5 hari je.. Kira halal la eh.. InshaAllah takde pape jadi.. :)

Sebelum nak bagi makan, bukan main semangat kami laki bini study. Bab utensils jangan kata, daddy dah berabis duit (tu pun still ada yang nak beli lagi :p). Mommy siap stay up ok nak study.. Ceh! Siap dah buat jadual makan Shazrie Iman untuk sampai 8 bulan. InshaAllah nak cuba sebaiknya ikut jadual tu (Boleh ke? Dengan nenek-nenek atuk-atuk, cam payah je..)

So.. Apa first meal Iman? Bubur nasi! Memang kalau study, banyak suggest bagi makan veges or fruits dulu tapi mommy's instinct nak intro nasi dulu. Bubur nasi kosong ye. Takde tambah pape. Tokma ada jugak tanya tak tambah garam ke so mommy cakap tak, just kosong gitu je..

Bab nak buat bubur tu pun amik masa haha. Sebab nya, mommy tak pernah masak bubur pun sebelum ni! Masak nasik memang tere, tapi guna rice cooker. Pernah sekali masak atas dapur, hangit ok! So sila bayangkan betapa kalutnya *asek selak penutup periuk and cek api and tambah air* sampaikan dekat 45min jugaklah baru setel masak bubur yang sejemput tu :p. (Ehem ehem siap beli new pot ok khas untuk Shazrie Iman's meal)

Dah setel bubur, suamkan dulu before blend. Ya. Akhirnya kami gunakan pun first item yang daddy beli masa pregnant - Magic bullet! Bubur nasik tu tambah air sikit and blend sampai lumat..
Iman's expression? Not bad. Dia memang dah lama nak makan asek tengok je orang makan :p. Tapi payah nak duduk diam! Tangan tu nak dikitai je. Nak melompat-lompat la dia. Ishh.. Habis comot pipi mulut tangan lengan. Bib jangan kata. Untuk intro ni, dapatlah 10 suap makan. Pastu Iman dah mula sembur-sembur. Taknak lettew.

Suapan pertama. Hehe.




Monday, September 8, 2014

Current Skill : Menyembur

Yes. Shazrie Iman dah reti nak sembur-sembur air liur. Maknanya makin botak lah mommy sebab rambut gugur..

Saturday, September 6, 2014

Bottle Hunting : Ended

Antara 'kesan' being a stay-at-home mom, anak tak nak minum botol! Nak direct bf sahaja. anytime, anywhere. Memang bagus direct bf ni.. Tapi rasanya anak perlu juga diajar untuk minum botol, atleast kalau ada certain keadaan, takdelah anak overly attach dengan kite. For example kalau anak pandai minum botol, bolehlah nak bergilir bangun malam for baby's feeding. Dapat mommy tidur extra asek daddy jee... Tambahan pulak nenek-nenek sibuk nak bawak Shazrie Iman berjalan without mommy *kesian nak kena tinggal* tak boleh sebab susunya nggak ada! *hurray! tak jadi kena tinggal* :p

Masa awal-awal memang ada readykan satu botol kecil (1). Ada bagi tapi tak selalu sebab mommy takut anak confuse puting. Disebabkan jarang bagi, Shazrie Iman pun memang tak berapa gemar minum dari botol tu.. My bad.. Sepatutnya boleh train dari awal siang minum botol, malam baru direct bf. 

Bila dah try (1) anak tak nak, so mommy try (2) which kebetulan mommy beli breastpump Medela ada sekali puting tu. Puting dia memang pelik sebab katanya nak mirip boobies malangnya Iman tak nak jugak.. So kite teruskan kepada direct bf..

Bila dah habis pantang, barulah mommy start hunt botol lain. Memandangkan ramai orang guna Avent, trylah beli sebotol (3).. Tapi Shazrie tak nak langsung! At the same time MIL suggest beli puting kuning sebab katanya lagi lembut so belilah puting pegion.. Ada storage bottle extra, pasang je puting kuning tu dekat situ (4). Iman ada lah jugak minum botol guna puting tu tapi dia tak gemar sangat, balik semula ke bf..

Ada sekali pergi shopping barang-barang, ternampak botol NUK. Nampak macam menarik je rupa bentuk putingnya, daddy pun belikan untuk Iman (5). Iman nak minum sekali je guna botol tu lepas tu dia lagi banyak main-main gigit-gigit instead of sedut minum *sigh*.

Mommy dah pasrah dah. List brand botol yang nak try makin panjang eg MAM, Tomme Tippee, etc tapi nak beli rasa membazir je kalau Iman tak nak. Satu botol dah lah RM50++ pastu kalau tak minum tak ke membazerrr. Aduhai anakkkk.

From left to right : (1) Brand Disney je. (2) (3) (4) (5). Actually ada satu lagi botol biasa bentuk lebih kurang macam botol NUK, nenek belikan masa dalam pantang tapi botol tu lupa pulak mana letak. Rasanya dekat rumah nenek.
But one fine day, while we cuci-cuci mata dekat Parkson Alamanda, ternampak satu botol brand The First Years - Breastflow. Pasal dia tulis 'Breastflow', lepas tu memang puting dia pelik betul, kami laki bini terus tertarik nak try. Harga pun tak lah mahal, Dalam RM25 for 150ml (tak ingat the exact price). Sekali, Shazrie Iman nak! Finally!! Walaupun still tak puas compared puting natural huhu, atleast botol yang kali ni Iman memang betul-betul hisap, and berjaya habiskan susu (dalam 50ml). 

Well, nampaknya betullah kata hubby, anak tak demand. Punyalah botol mahal-mahal kami beli, botol murah jugak yang dia nak! Siap ada diskaun ok masa beli tu..

Lepas ni dah tahu dah kalau next baby nak introducekan botol apa :)

p/s: Walaupun mommy kena bangun malam menyusukan anak, tapi mommy dapat bangun lambat sikit sebab biasanya daddy yang layan Iman bila dia dah bangun tidur sampai before daddy pergi kerja. So adillah sebenarnya tapi saja nak drama lebih :p.