Antara 'kesan' being a stay-at-home mom, anak tak nak minum botol! Nak direct bf sahaja. anytime, anywhere. Memang bagus direct bf ni.. Tapi rasanya anak perlu juga diajar untuk minum botol, atleast kalau ada certain keadaan, takdelah anak overly attach dengan kite. For example kalau anak pandai minum botol, bolehlah nak bergilir bangun malam for baby's feeding. Dapat mommy tidur extra asek daddy jee... Tambahan pulak nenek-nenek sibuk nak bawak Shazrie Iman berjalan without mommy *kesian nak kena tinggal* tak boleh sebab susunya nggak ada! *hurray! tak jadi kena tinggal* :p
Masa awal-awal memang ada readykan satu botol kecil (1). Ada bagi tapi tak selalu sebab mommy takut anak confuse puting. Disebabkan jarang bagi, Shazrie Iman pun memang tak berapa gemar minum dari botol tu.. My bad.. Sepatutnya boleh train dari awal siang minum botol, malam baru direct bf.
Bila dah try (1) anak tak nak, so mommy try (2) which kebetulan mommy beli breastpump Medela ada sekali puting tu. Puting dia memang pelik sebab katanya nak mirip boobies malangnya Iman tak nak jugak.. So kite teruskan kepada direct bf..
Bila dah habis pantang, barulah mommy start hunt botol lain. Memandangkan ramai orang guna Avent, trylah beli sebotol (3).. Tapi Shazrie tak nak langsung! At the same time MIL suggest beli puting kuning sebab katanya lagi lembut so belilah puting pegion.. Ada storage bottle extra, pasang je puting kuning tu dekat situ (4). Iman ada lah jugak minum botol guna puting tu tapi dia tak gemar sangat, balik semula ke bf..
Ada sekali pergi shopping barang-barang, ternampak botol NUK. Nampak macam menarik je rupa bentuk putingnya, daddy pun belikan untuk Iman (5). Iman nak minum sekali je guna botol tu lepas tu dia lagi banyak main-main gigit-gigit instead of sedut minum *sigh*.
Mommy dah pasrah dah. List brand botol yang nak try makin panjang eg MAM, Tomme Tippee, etc tapi nak beli rasa membazir je kalau Iman tak nak. Satu botol dah lah RM50++ pastu kalau tak minum tak ke membazerrr. Aduhai anakkkk.
But one fine day, while we cuci-cuci mata dekat Parkson Alamanda, ternampak satu botol brand The First Years - Breastflow. Pasal dia tulis 'Breastflow', lepas tu memang puting dia pelik betul, kami laki bini terus tertarik nak try. Harga pun tak lah mahal, Dalam RM25 for 150ml (tak ingat the exact price). Sekali, Shazrie Iman nak! Finally!! Walaupun still tak puas compared puting natural huhu, atleast botol yang kali ni Iman memang betul-betul hisap, and berjaya habiskan susu (dalam 50ml).
Well, nampaknya betullah kata hubby, anak tak demand. Punyalah botol mahal-mahal kami beli, botol murah jugak yang dia nak! Siap ada diskaun ok masa beli tu..
Lepas ni dah tahu dah kalau next baby nak introducekan botol apa :)
p/s: Walaupun mommy kena bangun malam menyusukan anak, tapi mommy dapat bangun lambat sikit sebab biasanya daddy yang layan Iman bila dia dah bangun tidur sampai before daddy pergi kerja. So adillah sebenarnya tapi saja nak drama lebih :p.
No comments:
Post a Comment