Hari ini, 5 bulan 25 hari, Shazrie Iman officially dah mula makan his first meal! Punyalah payah kami nak bertahan sebelum ni daripada nenek-nenek and atuk-atuk yang dah suruh bagi makan since 4 bulan lagi (Tapi ada jugak terlepas bagi ujung-ujung sudu). Tapi kenapa tak genapkan 6 bulan? Sebab few days ni mommy tak berapa sihat so production susu pun tak banyak. Walaupun cukup je sebab Iman takde meragam pun, tapi alaaaa lagi 5 hari je.. Kira halal la eh.. InshaAllah takde pape jadi.. :)
Sebelum nak bagi makan, bukan main semangat kami laki bini study. Bab utensils jangan kata, daddy dah berabis duit (tu pun still ada yang nak beli lagi :p). Mommy siap stay up ok nak study.. Ceh! Siap dah buat jadual makan Shazrie Iman untuk sampai 8 bulan. InshaAllah nak cuba sebaiknya ikut jadual tu (Boleh ke? Dengan nenek-nenek atuk-atuk, cam payah je..)
So.. Apa first meal Iman? Bubur nasi! Memang kalau study, banyak suggest bagi makan veges or fruits dulu tapi mommy's instinct nak intro nasi dulu. Bubur nasi kosong ye. Takde tambah pape. Tokma ada jugak tanya tak tambah garam ke so mommy cakap tak, just kosong gitu je..
Bab nak buat bubur tu pun amik masa haha. Sebab nya, mommy tak pernah masak bubur pun sebelum ni! Masak nasik memang tere, tapi guna rice cooker. Pernah sekali masak atas dapur, hangit ok! So sila bayangkan betapa kalutnya *asek selak penutup periuk and cek api and tambah air* sampaikan dekat 45min jugaklah baru setel masak bubur yang sejemput tu :p. (Ehem ehem siap beli new pot ok khas untuk Shazrie Iman's meal)
Dah setel bubur, suamkan dulu before blend. Ya. Akhirnya kami gunakan pun first item yang daddy beli masa pregnant - Magic bullet! Bubur nasik tu tambah air sikit and blend sampai lumat..
Iman's expression? Not bad. Dia memang dah lama nak makan asek tengok je orang makan :p. Tapi payah nak duduk diam! Tangan tu nak dikitai je. Nak melompat-lompat la dia. Ishh.. Habis comot pipi mulut tangan lengan. Bib jangan kata. Untuk intro ni, dapatlah 10 suap makan. Pastu Iman dah mula sembur-sembur. Taknak lettew.
Suapan pertama. Hehe.
No comments:
Post a Comment