Super duper kelam kabut! Pasal kami ada 5 hari untuk buat preparation. Gila tak gila la kan.
Plan nak buat majlis aqiqah and cukur jambul memang dah bunyik-bunyik dari Iman baru lahir opkos. Asalnya nak buat masa bulan Syawal - tak jadik. Then Hari Merdeka - tak jadik. Ura-ura nak buat cuti sekolah bulan 9 tapi tangguh pulak ke raya Qurban - sesuai sangat. Mommy and daddy memang tak kisah nak buat bila, ikut je Tokwan and tokma as tuan rumah hehe.
Satu perangai kami laki bini, suka buat last minit. Dah tau memang nak buat majlis untuk Shazrie Iman sepatutnya dah boleh buat preparation sikit-sikit mana yang patut. Tapi kitorang, selagi belum ada firm date, selagi tu lah tak nak start buat pape. Lagilah bila kata nak buat time raya haji, kami leklu,,,,, Huhu,
Sekali tiba-tiba last week, ayah dengan mak decided nak buat 13hb September, which means minggu depan! Dengan masa takde. Duit pun tak berapa banyak sebab tak sempat nak kumpul cuba bayangkan macamana kami kelam-kabut!
Kambing, dah setel sebab ayah dapat beli dari UPM dengan best price. Doorgift memang kite serahkan pada mak mertua sebab kite tak tau apa yang sesuai nak bagi. Cuma kite readykan paperbag and ada few pieces sejadah kecik - extra masa kenduri kahwin kite dulu reuse balik huhu.
Kite ni memang tak pernah pergi recent majlis aqiqah and cukur jambul. So tak tau apa yang patut ada, macam mana perjalanan majlis. Kalau zaman dulu-dulu, zaman adik-adik tu, tau lah. Setakat dukung baby and bawa keliling orang untuk di gunting rambut. Tapi sekarang kan dah macam-macam. Dengan pelaminnya. Siap berendoi bagai. So I'm clueless.
Ikutkan hati, dengan masa yang dah suntuk sangat, kite cakap dekat hubs tak perlulah pelamin-pelamin bagai, just buat macam zaman dolu-dolu. Ikutkan hubs pun setuju je hihi tapi memikirkan mak yang ofcos excited sebab sebelum ni dia je yang pergi majlis cucu orang ni turn cucu dia pulak, sulung pulak tu, tak kan nak buat simple-simple pulak kan.. Mak pun siap bagi hint sewa mana-mana buai berendoi, tu maknanya mak nak lah tu.. :) (Mak mertua saya seorang yang simple biasanya).
Nak usha lebih-lebih pakej berendoi, tak banyak masa yang ada. Lagipun, nak ke dorang masa dah suntuk sangat? Dengan cuti sekolah, mesti mostly dah tak available. Ok takpe-takpe. Kite try usha-usha dulu mana yang sempat. Usha punya usha, kite berkenan 1 pakej yang pada kite simple, sebab tak banyak bunga-bungaan. Kite tanya harga berapa. RM650!! Tudiaaaaa baziaqnya kalau nak spend duit banyak tu untuk pelamin berendoi je... Bincang-bincang dengan hubs, ok we decided untuk buat sendiri pelamin, inspired by pakej yang kite berkenan tu.
I'm so lucky sebab hubs tokey bengkel besi and father in law tokey khemah kenduri. So untuk pentas and few things, hubs boleh buat sendiri. Kain-kain pulak boleh pakai ayah punya. Nasib baik carpet and lantern pakai masa kenduri kahwin kami still well kept, so reuse je balik. Just few things yang nak kena prepare and beli. Yang few things tu lah yang leceh! Huhu.
Another thing yang memang jumpa pada masa yang tepat, rental items. Siapa sangka rupa-rupanya ada service rental barang-barang pelamin! Thanks to instagram kite jumpa somethingborrowedbynawal. Cepat-cepat kite contact and Alhamdulillah item yang kite nak still available. Harga memang berpatutan, tempat pun dekat je nak amik, Putrajaya :). *Pasni kalau nak sewa pape lagi dah tau dah kat mana nak pergi*
So, untuk pelamin kami, apa yang perlu, bunga-bungaan (nak rent tak banyak choice and a bit pricey), deco fans and bouncer. Yes, kite decided tak nak guna buaian sebab Shazrie Iman dah besar memang tak sesuai dah nak naik buaian kang ada dia sebok meniarap dalam tu kang. So kite replace dengan his favourite bouncer. Tapi kena touch up la huhu.
Satu lagi yang memeningkan, Iman's attire. Aduiii memang tak tahu nak pakaikan apa! Plan nak tema pakaian warna putih. Untuk mommy and daddy, setel. Untuk anak, penat pusing The Mines and Alamanda. Tak jumpa yang sesuai! Kalau perempuan, senang je boleh belikan gaun. Dah malas nak pening kepala, last nak ajak hubs pergi Midvalley tapi kalau takde jugak yang sesuai, pakai je baju melayu masa raya - warna biru huhu. Hubs plak tak berapa setuju sebab dah lari tema :p. Ntah macam mana, hubs teringat sepasang baju orang bagi (tak ingat sape) sepasang jubah and seluar dari Makkah, warna cream. So bila difikir-fikir kan balik, sesuai sangat nak pakai, pastu boleh match kan dengan putih. Cepat-cepat cari balik and try pakai (last time try pakaikan still besar), Alhamdulillah suits perfectly! Setel bab outfits.
So dalam tempoh 5 hari ni, kami dok kehulu kehilir pergi beli barang, amik barang. Malam pulak tidur lewat untuk preparation mana yang patut, mainly untuk pelamin. Yang tambah melambatkan kerja kami, Shazrie Iman biasa kalau dah tidur pukul 10-11 malam, memang akan sampai esok pagi. Ini setiap malam kami stayed up, dia pun sama sibuk bangun jugak. Aduhai.. Dah kena multitask, sambil buat kerja, sambil jaga dia. Sabor ajelah.
Alhamdulillah, kelam kabut macam manapun, sampaikan lagi sejam majlis nak start baru completely siap, semuanya nampak ok and cantik (di mata kami), just like the way we imagined. So here the photos on what hardly done by us.
The singgahsana! Green carpet reuse yang pelamin kahwin mommy and daddy dulu. Paper lantern ada yang reuse, ada yang rent. Tirai pinjam Tokwan's. Paper fans tu susah payah kami stay up berhari-hari siapkan sikit-sikit. Last-last lagi sejam majlis nak start baru hang dekat curtain. Bouncer Iman punya tapi mommy dah deco cantik-cantik (lah sangat. Padahal hentam keromo je :p) Mirror box and glass vase kami sewa. Stage and meja daddy baru buat khas. Bunga pun baru beli. Siap import Tokma sebab mommy tak pandai beli bunga. Yang gubah? Daddy! Muahaha. |
Meja belah kanan. Dalam bowls letak 'benda-benda' untuk upacara cukur cambul eg inai, air kapur, bunga rampai, kurma, madu etc. |
And guess what, kami spent less than RM300 total, including rental items and printing gambar as above. Berapa banyak kami dapat jimat, kan?
For the doorgift, rupa-rupanya takde amik gambar pun! Sayangnya.. Cuma ada gambar ni je sekeping?! Tu pun yang togel belum ada apa-apa. *Long sigh*
Pilihan mak mertua. We likey! Dah la murah je RM2 satu beli dekat Giant. Isi nya kami letak sweets, jellies and chocs! |
Kami tak deco apa pun, just tampal stiker event dekat tupperware ni, then another label dekat paperbag.. For ladies (orang marhaban) we gave 1 paperbag isi tupperware, sejadah kecil/kitchen towel and bunga telur teddybear sponsored by nenek and atok. Banyak jugak jemputan parents in law, dalam 100 jugak kami siapkan doorgifts, and semua habis, cukup untuk semua jemputan.. For gents, kami just sediakan doorgifts air kotak yang besar various flavor, bubuh stiker event - idea father in law. Simple and sedap! Haha.
Label/sticker event. Proudly done by mommy, dari reka, gunting, tampal *ehem* |
Bunga telur sponsored by nenek and atok. |
Overall, betul lah kata orang, kalau buat sendiri, memang penat tapi kepuasannya lain macam. Ya, kami puas :).
No comments:
Post a Comment