Petang lepas majlis aqiqah and cukur jambul Shazrie Iman selesai, daddy terus decide nak cukur botak rambut Iman, guna electric shaver daddy.. Nak cukur budak 5 bulan payah yer.. Sebab dia dah tak reti duduk diam. So amik masa yang agak lama jugaklah nak mencukur tu. Siap berhenti tidur kejap masa rambut dah separuh botak, then sambung semula bila dia dah bangun. Haha! And hasil transformasi... Taraaa!!
Tokma kata bubuh kapur kat kepala tu sebab nak elakkan daripada Iman rasa pelik tiba-tiba kepala ringan semacam takde rambut. Takut tak boleh tidur malam hehe.
And where's the rambuts? Here!
Susah payah kumpul daripada surat khabar. Habuk pun terkumpul sekali :p. Berat : 3g. Tulah, lambat cukurnya, lebat rambut. |
Dah siap bungkus untuk kirim Tokma and Tokwan tanamkan dekat kampung Perlis. Tokma kata nak tanam dekat pokok pisang. Dekat sini takde pokok pisang, tu yang kena import jauh. Huhu. |
No comments:
Post a Comment