Pages

Monday, September 22, 2014

Carrier Incident (Jerrybaby)

(As shared in Malaysian Babywearers Group. My truly experience.)

We both love to babywear. Memang dari zaman belum ada anak lagi kami laki bini dah plan and usha babywearing gears. Tapi kami taklah gila kumpul collection, setakat ada untuk keperluan je.. So far ada SSC Pognae and Suppori sahaja.

Hubs memang dah lama berkenan nak beli hipseat, since kami visit Pognae dekat Puchong, dia nampak hipseat Pognae. Pada dia sangat best sebab baby boleh duduk and front-facing. Tapi memikirkan harga yang a bit pricey, dia simpan dulu impian huhu.

As for me, I don't support him to buy hipseat, after study keburukan hipseat and front facing. Tapi after few arguments with him, dia still berdegil jugak, terpaksalah akur.. Tapi nasib baiklah harganya tu buat fikir dua tiga kali nak beli, so still bertangguh.

Kemuncaknya bila kami pergi baby expo di PWTC semalam. Ada banyak jual hipseat dengan harga yang murah (sebelum ni pergi baby expo tak perasan pun). So hubs memang beria-ia nak beli, walaupun kite tak setuju. Atas dasar 'terpaksa mengalah dah taknak bertekak lagi', kite cakap sukahati. Terus dia buat survey sendiri pergi booth here and there. Sampailah ke satu booth ni, yang buat betul-betul hubs berkenan, hipseat brand Jerrybaby. Sebab the promoter claimed the brand as good as Pognae, but wayyy cheaper. Bila dia guna nama 'Pognae' tu, hubs memang dah tak pandang tempat lain. Kite pun jadi 'curious' kalau betul as good as Pognae, kenapa murah sangat-sangat. Sudahnya, macam-macamlah promoter tu kena tanya kan. Antaranya yang ingat :

1) Kenapa murah sangat compared to Pognae. They said Pognae mahal because of the brand. Jerrybaby brand baru so konon-konon ni price pengenalan. Soon akan naik.

2) The quality, especially buckle. They said, high quality, sama je macam Pognae. Diorang dah jual banyak, so far takde pun bad feedback.

3) Kalau nak tukar buckle regularly boleh ke? (Saja tanya). They said boleh contact the number on the receipt.

Promoter tu jawab dengan tenang and ayat power. Hubs try. Pasal dah berkenan and memang nak sangat, dia pun beli.. Kite dah rasa something tak best (due to the price) tapi tak nak argue cuma bagi pesanan, every single time nak pakai, tolong cek dulu everything. Jahitan and buckle make sure in good condition. And hold our baby firmly setiap masa, jangan sekali-kali hands free. He agreed.

After dah beli, kami keluar hall untuk susukan baby. Before nak sambung masuk hall semula, hubs kemaruk nak pakai hipseat yang dia baru beli. Kite pun tolonglah pakaikan while hubs hold our baby.
Dengan berhati-hati (biasalah, benda baru.. huhu), kite nak pasang buckle belakang, sekali PATAH!! BUCKLE PATAH DENGAN SUPER MUDAH!! What?! Kite dah menyirap, bising dekat hubs that's why murah! Low quality!! Ni ciplak Pognae ni!! *and bla3* huhu.

Dengan keadaan yg sama (tangan tak lepas pegang buckle yang patah tu), terus usung hubs masuk dalam hall, pegi booth tu balik. Tunjukkan dekat dia yang buckle patah. Claimed high quality tapi quality macam ape ni, kami tak sempat pakai even once! Apalagi, terus mintak refund! Dengan tak banyak bunyi, diorang terus pulangkan duit kami (nasib baik dapat)..

Syukur sangant-sangat kami try terus dekat situ. Kalau dah smpai rumah, tak ke menangis tak berlagu. Kalau patah time tengah carry baby, tak ke lagi..... !! 

Pengalaman yang memang berharga.

No comments:

Post a Comment