Pages

Thursday, October 30, 2014

Lactulose

Selepas try makan pisang still tak jalan, kite decided nak pergi farmasi untuk beli ubat yang masuk dekat bum-bum (atas cadangan ibu and hasil google).

Bila hubs balik kerja, ajak dia pergi nearest farmasi. Tapi hubs kata dah alang-alang, dia nak bawak pergi paed je..

So, pukul 9 malam kami ke klinik. As usual,  paed cakap normal (memang pun tapi kami je gelabah lebih, almaklumlah first time parents huhu..). Paed bagi ubat (lactulose) untuk lembutkan poo-poo. Kite tanya pasal ubat untuk masukkan dalam bum-bum tu macam mana pulak? Paed kata ubat tu guna bila anak tak boleh nak berak langsung. Poo-poo dia keras sangat sampai dah meneran pun tak boleh nak keluar. Kalau jadi macam tu baru masukkan ubat tu. Tapi since Shazrie Iman still boleh berak cuma berketul je, so boleh bagi makan ubat lactulose je dulu.. Now we know.. :).

RM48 including consultation
So balik je dari klinik, since Iman dah makan, kite pun bagi ubat lactulose tu ikut dose yang diperlukan : 2.5ml. Agaknya rasa ubat tu sedap kut sebab laju je Iman minum huhu.

Hasilnya, pagi tadi pukul 7 pagi Iman bangun and berak which the poo-poo dah normal hurray! No more sembelit, no more meragam nak berak, no more worries :). Alhamdulillah.

Lesson learned : Buat puri cair-cair and makan bersulam air masak sebab kalau tak Shazrie Iman refuse nak minum air masak je (Ni ikut mommy ni huhu)

Tuesday, October 28, 2014

Lena Sendiri

Biasanya kalau nak tidurkan Iman ada 3 cara : 

1) Dekat bouncer (ni cara utama tu sebab kalau pergi mana-mana kena hangkut sekali)


2) Naik kereta (kalau naik kereta, 95% Iman akan terlelap walaupun baru lepas tidur. So cara ni digunakan kalau dah payah sangat dia nak tidur, bawak naik kereta, tak sampai 10 minit mesti dah belayar)

3) Menyusu (biarkan dia main sampai penat so biasanya tengah menyusu dengan sedikit tepukan dan dodoian, mesti dia akan terlena)

Tapi tadi, ntah kenapa agaknya. Masa letak dekat bouncer, dia tak nak tidur. Bila letak dekat katil, dia meniarap, nampak mata macam sayu-sayu gitu. Mommy tepuk-tepuk n dodoi, sekali dia tidur! Wah amayyzingg nih *mommy and daddy excited*. Tak tahu lah pasal dah ngantuk sangat or kepenatan baru lepas meneran sembelit or lenguh badan baru lepas kena injection or combination tu semua. Tapi harap-harapnya berterusan lah. Senang sikit rasanya.  Dah tak payah nak hangkut bouncer ke sana ke mari.

P/s : Actually Iman tertidur sendiri tu dah beberapa kali.. Tapi tu masa dia bangun tengah-tengah pagi around 3-4 pagi takde sape nak melayan dia sebab mommy daddy tak larat nak bukak mata so dia main sendiri je sambil tengok Disney Junior sampai tertidur huhu. 

Constipation : Not Ready for Apple Yet?

*A (bit) Gross Story*

Sejak di-introduce makan puri and bubur, Iman takde masalah pelawasan. Macam - macam dah diberi : bubur nasi, bubur nasi perang, zucchini, sweet potato, pisang. Semuanya ok. So sampailah turn apple..

Masa bagi makan puri apple, Iman memang makan banyak.. Almost sebijik kut untuk sekali makan. Berselera betul. Tapi ntah macam mana, dia tak poo-poo. Bukan tak poo-poo langsung. Ada, tapi sikit sangat.. Baunya bukan main! Kentut pulak kerap.

Masuk harini, da 3 hari Iman macam ni. So mommy plan nak bagi makan pisang, biar lawas. Tengah get ready nak keluar pegi beli pisang, daddy yang tengah pegang Iman bagitahu Iman meragam semacam. Mommy cek pampes, rupa-rupanya poo-poo. So mommy tukarkanlah pampes before nak keluar. Masa tengah prepare nak tukar pampes tu, Iman meragam lagi. Meragam macam mana tau, macam nak menangis tapi macam nak meneran. Mommy sapukan vicks dekat perut and urut-urut sikit. Nampaklah dia rasa lega. Tapi bila tengah nak tukarkan pampes, dia meneran and tengok dekat bum-bum dia, keluar poo-poo.. So memang sah lah Iman sembelit. 2-3 kali jugaklah Iman macam tu. Sampai terkencing-kencing. Kesian pun ada tengok dia berusaha meneran. Bila dah setel agaknya barulah dia ada mood nak main..

Dah nampak tak nak poo-poo lagi, mommy tukarkan pampes and pegi beli pisang cepat-cepat. Buat puri cair-cair sebab tau kalau nak bagi minum air masak direct mesti dia tak berapa nak. Harap-harap dia poo-poo normal la lepas ni.

Nampaknya Shazrie Iman belum ready nak makan apple. Takpe kite tangguhkan dulu apple. Will try again later.

Injection 6 bulan

Pergi klinik untuk inject 6 bulan. Pasal dah tau flow klinik untuk injection, so pagi ni datang ambil nombor and letak buku biru je dulu lepas tu pergi keluar breakfast. Dekat je, seberang jalan.. Tapi atleast takdelah kami kubulur menunggu :p. Shazrie Iman pun bagi sarapan suku biskut rusks.

Lepas sarapan, pergi klinik semula. Pasal perut kenyang, tak rasa stress tunggu nombor. Senang hati je.. Huhu. Iman duduk elok dengan daddy kat luar while mommy yang ulang-alik tengok nombor.
Hampir sejam menunggu, finally kena jugak panggil.. Perkembangan 6 bulan : 

Berat : 7.5kg
Panjang : 65cm
Ukur lilit kepala : 43cm


Before inject, nurse bagitahu yang injection untuk bulan ni tak kan demam, tapi sakit sikit compare dengan previous. Mommy dah a bit cuak, takut Iman menangis. Pulak tu baby yang kena inject sebelum Iman (6 bulan jugak) meraung boleh tahan kuat ha manalah mommy tak cuak. Huhu. So pegang pun extra kuat takut Iman meronta. Tapi rupa-rupanya mommy underestimate Iman sebab Iman ok je.. Ada lah menangis sikit.. Tu pun sekejap je.. :)

The next appointment? 6 bulan lagi, masa Shazrie Iman setahun. Nurse ada tanya nak datang masa 9 bulan ke untuk timbang je. Haruslah tak kan.. Malas nak menunggu lama kut kalau setakat nak timbang berat je. Lagipun nanti inshaAllah ada nak ambil injection pneumococcal for sure tahu jugak berat berapa :).


Saturday, October 25, 2014

Shazrie Iman's First Scooter Ride

Look what Nenek ajar during last visit yesterday :




Meronda-ronda area rumah dengan Nenek and Paksu huhu. Kata Ibu Iman diam je. Masa berdiri, sekejap Iman toleh kiri, then toleh kanan. Tak berbunyi langsung. Heran agaknya hehe. Next time nak bawak ronda lagi katanya.

Yelah Nenek.. Ajarlah.. Nanti bila dia pantang nampak scooter nak ajak meronda jangan malas nak melayan sudeyy :p

P/s : Nampaknya mommy kena cari helmet for baby *Mood mengada on*

Thursday, October 23, 2014

Mydear Warehouse Sale 2014 : Baby Walker

Walker. Tu item yang tengah aim untuk Shazrie Iman sekarang ni. Mulanya 50-50 nak beli jumperoo or walker or both (tamak, padahal tak berduit :p) tapi after dah difikir-fikir and bincang dengan hubs, so kite decide nak belikan walker je untuk Iman.. Malangnya, walker tak banyak pilihan brand, especially international. Maybe sebab dekat luar dorang banned penggunaan walker..

After usha, yang banyak pilihan, brand Mydear.. Harga pun boleh tahan.. Teringatkan yang Mydear rajin buat warehouse sale, so hold dulu, dengan harapan dorang akan buat dalam masa terdekat.
Mungkin dah rezeki, kebetulan Mydear ada buat warehouse sale tu pada masa yang tepat! :p. Taknak lepaskan peluang, ajak hubs pergi. Luckily hubs free cuti Deepavali semalam, so dapatlah kami pergi on the first day *Semangat*.


First time pergi warehouse sale ni, tujuan utama memang aimed dekat walker. Tapi cuci-cuci mata jugak dekat barang lain :p. Dalam banyak-banyak barang dia jual, baju jugak yang kami beli huhuhu. Hubs lah suruh beli  sebab dia kata susah nak jumpa seluar jeans saiz Iman dengan harga yang ok. So kami beli 2 pasang seluar jeans (RM30 per piece) and sehelai kemeja (RM25).

Bila masuk bahagian walker, punyalah banyak pilihan sampai rambang mata kami! Nak ditambah cerita, Shazrie Iman pulak dah merengek mengantuk, so lagi menyukarkan kami nak buat pilihan! *Poyo*. Takut tersilap buat pilihan, kite ajak hubs pergi lunch dulu so that dapat tidurkan Iman sementara tu..

Yes, atas kepoyoan kami, kami spent banyak masa untuk pilih, eventhough dah kenyang, Iman dah tidur, Iman dah bangun semula still kami tak dapat firm decision haha. Padahal kami dah kecilkan skop kepada 2 jenis je. Yang dua tulah susah nak pilih.. Sebab apa, A warna cantik tapi toys tak banyak. B pulak toys banyak tapi tak berkenan color. Harga dua-dua sama after discount. Aduhaii..

Finally, atas kesepakatan, kami tutup mata je pilih salah satu daripada dua tu, yang B.. Balik, sampai rumah, terus suruh hubs pasang sebab nak test drive Iman *Mommy yang excited lebih*. Masa kami installed tu, baru perasan, kami buat pilihan yang tepat! Sebab rupa-rupanya toys dia ada extra lagi daripada yang display. Hurray!!

Depan belakang ada toys, boleh jadi rocker
Seat 360degree boleh pusing!
Dengan harga RM187 (Normal price RM259), siap free extra seat worth RM20, kite rasa berbaloi and happy sangat dengan walker ni. Huhu. Walaupun color dia tak berkenan asalnya, tapi bila dah tahu banyak gila toys plus Shazrie Iman pun happy je main sampaikan tak toleh kiri kanan, dah tak nampak color yang tak berkenan tu. Huhu.

Tuesday, October 21, 2014

6 months Birthday Celebration at Sunway Lagoon

Actually memang nak pergi Sunway Lagoon since dah beli promo coupon dekat Groupon.. Kite and hubs ada pergi last year if not mistaken (masa tu belum pregnant lagi) tapi my family last pergi zaman anak 3 lagi haha (Yes, masa tu Sunway Lagoon still bukak sampai pukul 10 malam!

So, after belek masing-masing punya schedule (bagi orang yang bekerja lah), we decided to use the coupon on 19th October, which kebetulan a day before birthday 6 bulan Shazrie Iman.. So konon-konon pre celebration untuk Iman lah.. Ceh.

Kami sampai Sunway Lagoon awal! Kaunter belum bukak kami dah terjongok haha. Sebab nak rebut tempat best punya pasal plus nak dapat main semua slides. (Ikut pengalaman, kalau awal-awal, orang tak ramai lagi. So beratur tak panjang, sempatlah nak naik semua slides).

Since nak betul-betul 'spent' tiket masuk tuh, almost every park kami pergi and main, except Rumah Hantu (Obviously) haha. So, memang dah time tutup baru kami keluar haha. Well spent!

Malas nak cakap banyak, few piccas!

Shazrie Iman bergaya dengan swimming suit baru nya :)
Third time mandi swimming pool :)



Safari park

Err abang seksi tu semak pulak.. Dah hilang comel gambar ni :p

Caught in action! Turn into pyjamas! :p

Monday, October 20, 2014

Anmum Lucky Draw at Baby Expo

As usual, we will try our best not to missed any baby expo :p. So, last weekend kami pergi ke Baby Expo di Midvalley, dengan tujuan nak usha baby walker and cloth diapers. Tapi malangnya both tak beli haha.

Apa yang kami beli: bib, cloth book, rusks biscuits, breastfeed choc, toys, and baju murah-murah of course. Other than that, wet wipes and detergent. Beratus jugak habis untuk benda yang tak tersenarai pun :p.

Apa yang nak cerita, while we were jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba ada sorang amoi dari booth Anmum approached hubs suruh isi satu form, untuk lucky draw katanya. Bab-bab isi borang ni automatically hubs akan suruh kite, plus dia tengah tolak stroller. Dah amoi tu kata isi je, tak payah nak beli pape, kite pun layankan jelah.. Tapi kite sempat tanya apa hadiahnya, bila dorang akan cabut and macam mana nak tahu yang kite dapat? (Banyak soal pulak..). Nasib baik amoi tu baik je nak layan, dia tunjuk lah grand prize apa, will cabut pukul 8 and will notify us (me actually) through sms, kalau menang lah kan..

Dah sudah tu, kami sambung jalan-jalan. Then pergi makan dekat food court sebab dekat je, nak sambung pusing hall lagi sekali senang (Tu dia). Baru je kami nak makan, tiba-tiba dapat msg daripada Anmum, bagitau yang kite menang lucky draw.. Since belum sempat makan, kite pergi jela dulu booth tu untuk collect hadiah apa tah yang dapat while hubs makan sambil tengok anak.

Sampai dekat booth (lepas da pusing-pusing mencari), terus tunjukkan sms yang dapat. Orang booth tu mintak resit (?) nombor kite and bos dia cek dekat dalam. Masa bos dia keluar, muka senyum meleret je so masing-masing tanya hadiah apa. Kite time tu dah fikir ni mesti setakat saguhati je. Sekali dia bagitahu kite dapat first prize! Ha apelagi, riuh la booth anmum tu sebab dorang tepuk tangan. Malu mak! Haha. Masa nak bagi hadiah tu, siap amik gambar macam menang hadiah hebat sangat. Tapi sayang, takde suami dan anak disisi nak share the moment.

Dah dapat hadiah tu, excitedly balik dekat foodcourt and cerita dekat hubs. Since tadi bergambar sorang without ada anak, pulak tu lupa nak mintak copy gambar, so kite bergambar la lagi sekali..
So, ini adalah kali kedua mommy dapat lucky draw! *hidung kembang kempis*. Alhamdulillah rezeki anak.. For those yang memang pembeli tegar susu Anmum, sorry! 




Wednesday, October 8, 2014

Shazrie Iman's Paed in Seri Kembangan

Balik daripada kampung untuk Raya Haji, demam Iman memang dah kebah. Tapi masalahnya dia batuk boleh dikatakan teruk. Yang herannya, batuk tu datang time dia tengah tidur je. Kalau tak tidur, ok je.. Batuk yang macam tekak gatal. Nak kata berkahak, dah few times try sedut dari hidung dia kalau-kalau ada lendir tapi takde apa pulak..

Kesian punya pasal, so we decided to bring him to paed.. Sebelum ni kite memang ada perasan satu klinik kanak-kanak dekat area Seri Kembangan : Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Chia. So, try lah pergi situ semalam (7th Oct 2014).. Masa datang, takde patient pun, maybe sebab pagi Isnin kan.. So after register je (mommy siap bawak surat beranak ok huhu), terus masuk bilik doctor.. Oh rupanya Dr. Chia ni doctor perempuan.. 



Masa tengah consult, Shazrie Iman tengok je muka doctor tu. Pastu dia duduk diam je masa Dr. Chia tengah cek dia : cek telinga and denyutan jantung. Masa doctor nak cek denyuta  jantung dari belakang Iman, doctor bagi Iman main satu toys yang ada atas meja. Dengan comelnya, Iman tengok muka hubs and kite dulu, konon mintak izin kami dulu untuk main. Bila kite cakap mainlah, baru lah dia pegang toys tu. Eee saja nak buat geram mommy tau! :)

Dah cek, Dr. Chia kata biasa je.. Normal, takde apa yang perlu dirisaukan.. So dia bagi ubat makan.. At the same time dia terangkan pasal Pneumococcal Vaccine (since kite tanya) and bagi kite pamphlet untuk baca.. Dekat klinik ni charge RM290 per jab. Quite pricey.


Balik tu, terus bagi Iman makan ubat. Mula-mula dia ok je. The next time nak bagi dia taknak huhu. Hubs kata rasa dia ok je (hubs tumpang minum sekali sebab dia pun batuk-batuk :p). Harap-harap Iman serasi lah dengan ubat ni, kesian nak dengar dia batuk tengah tidur sampai terjaga especially tengah-tengah malam.

Update 9 Oct 2014 : After 2 days bagi makan ubat, batuk Iman still tak berkurang. Dah risau, kebetulan nak pergi rumah nenek Rawang, so plan nak jumpa paed Iman dekat Rawang pulak.. Tapi, malam semalam, masa tidur, as usual Iman batuk sampai terbangun, menangis.. Since dia tak makan lagi ubat before tidur (sebab tidur awal), so kite bagi dia makan ubat.. Tak lama lepas bagi makan ubat, dia batuk lagi sampai muntah. Muntah penuh dekat atas badan mommy. Kesian betul tengok dia.. Lepas dah muntah tu baru dia lena tidur (Mommy tak kesah dia muntah sebab kata orang kalau dia muntah tu lagi bagus sebab boleh tolong keluarkan lendir).

Lepas daritu, dia ada batuk jugak. Tapi bila sampai dekat rumah nenek Rawang je, batuk terus hilang. Completely! Masa tidur pun ok. Maybe nak kena bertukar angin agaknya baru ok :). So tak jadi lah plan nak jumpa paed Rawang, Dr. Tan. 

Tuesday, October 7, 2014

Aidiladha 2014. First time Shazrie Iman Demam (Ringan)

For the first time, family in law ajak sambut raya haji tahun ni di Perlis.. Biasanya kami akan beraya di Pahang tapi memandangkan nak hantar tok yang ada datang rumah since raya puasa, plus paklong pun ada buat ibadah Qurban, so kami pun decided nak ikut sekali.. (Tambahan pulak ibu abah takde plan sebab abah kerja)

Kami gerak hari Jumaat malam around pukul 9malam. Jem teruk ok?! First time merasa jem teruk nak ke utara. Pukul 3pagi baru sampai Ipoh gila hapa. Singgah di Ipoh jap sebab hantar Maktih and Amzar, sempatlah makan and hubs rest sekejap before sambung semula perjalanan pukul 5 pagi.

Perjalanan malam takde masalah dekat Shazrie Iman sebab dia tidur je. Tapi dengan kami sekali pun mengantuk haha. Tak sure berapa kali hubs berhenti tidur dekat RnR. Yelah, hujan lebat pulak tu memang sedap lah tidur. Makanya, makin drag la tempoh travel :p.

Bila dah mula nak siang, dah time Iman bangun tidur, so mulalah nak melayan dia. Pulak tu mungkin dah lama sangat duduk dalam kereta, Iman rasa tak selesa. Aduhai.. Kena berhenti lagi dekat RnR untuk beli food ke, toilet ke, sebab atleast bolehlah bawak dia keluar dari kereta kejap.

Finally, pukul 11pagi baru kami sampai kampung Perlis. Lebih 12jam perjalanan?! Pulak tu dari kami sampai, hujan sepanjang hari dan malam! Non stop! Lebat renyai lebat renyai. Sampaikan jalan batas depan rumah tok runtuh punya dahsyat hujan tu.

Tanah runtuh satu hal, for the first time ever, Shazrie Iman demam.. Mulanya tak expect jugak tapi Iman meragam je.. Penat nak melayan sebab dia tak nak dengan orang lain sangat, asyiklah nak berkepit dengan kite. Nak tidur pun payah. Sedar dia demam bila jaga malam nak susu, pangku dia rasa badan dia panas sangat! Padahal kami rasa kesejukan je sebab hujan kan. Cepat-cepat kejutkan hubs. Hubs check suhu badan dia memang tinggi sikit (Luckily kami memang bawak termometer ke mana saja kami pergi). So tuamlah badan dia sepanjang malam tu kami tak lena tidur (First time kena kan.. So paranoid sikit huhu)

The next day, Hari Raya Aidiladha, pasal dah tahu Iman mild fever, so layankan jelah kerenah dia. Rasa nak main tu ada, cuma maybe badan rasa tak sedap.. Kesian pulak tengok dia. Pakaikan dia baju and seluar panjang. Kerapkan breastfed and tuam badan dia untuk turunkan suhu badan.. Mulanya tak plan nak pergi klinik tapi bila fikir-fikir balik, risau siang ok malam suhu makin naik ke kang payah pulak so ajak hubs pergi klinik.

Konon-konon nak lah cari klinik kanak-kanak. Kami round satu Kangar and Arau, jangan kata klinik kanak-kanak (klinik kanak-kanak memang tak jumpa lah). klinik biasa pun tutup! Takde satu pun yang bukak. Heran tak heran lah kan mungkin orang Perlis sihat-sihat belaka pada hari raya huhuhu. Seriously kite memang tak percaya takde satu pun klinik yang bukak.. So, apa boleh buat. Nampaknya kena berserah jelah, teruskan tuam and breastfeed biar jangan suhu naik. Tapi dah fikir jugak IF anything happen, memang terus kena pergi Hospital Kangar.

Alhamdulillah, sepanjang malam suhu Iman ok. Tidur pun nyenyak. Esoknya, dah sihat hurray! :D. So baliklah KL semula..

Begitulah cerita raya haji kami pada tahun 2014. Penat badan harung jem semata-mata nak beraya dalam hujan plus anak demam. Nasib baik on the way balik traffic ok.

Gambar raya haji? Ini je yang ada : 

Muka budak demam and muka mak budak melayan budak demam.

Model gambar jalan raya runtuh depan rumah tok. 

Friday, October 3, 2014

Photobook Majlis Aqiqah & Cukur Jambul

Masa majlis cukur jambul Shazrie Iman, Alhamdulillah, ada orang nak tolong amikkan gambar. Kira sponsor lah.. Bakal menantu Ibu Lela (jiran), Alif. Dia memang freelance photographer.. Nak sponsor sebab nak tambah portfolio since belum pernah shoot majlis cukur jambul. 

Sepanjang majlis, Alif tekun shoot gambar. Siap rajin and sabar melayan kami nak pose gitu gini huhu. Jujur, kami tak kisah pun rupa nya, janji ada gambar sepanjang majlis. Kalau takde official photographer, sendiri-sendiri amik gambar guna handphone pun takpe.. So kami tak put high expectation pun..

Tapi, memang dah rezeki Shazrie Iman, disangkakan just shoot and burn, rupa-rupanya siap dapat photobook! Cantik pulak tu! Alif memang takde sebut pape pun pasal album tapi tiba-tiba, semalam dapat whatsapp daripada hubs (I was at parents' home). Ya Allah terharunya...





Semoga murah rezeki Alif. InshaAllah, kami akan bagi hadiah kahwin yang 'setimpal' dengan khidmat awak ye..