Balik daripada kampung untuk Raya Haji, demam Iman memang dah kebah. Tapi masalahnya dia batuk boleh dikatakan teruk. Yang herannya, batuk tu datang time dia tengah tidur je. Kalau tak tidur, ok je.. Batuk yang macam tekak gatal. Nak kata berkahak, dah few times try sedut dari hidung dia kalau-kalau ada lendir tapi takde apa pulak..
Kesian punya pasal, so we decided to bring him to paed.. Sebelum ni kite memang ada perasan satu klinik kanak-kanak dekat area Seri Kembangan : Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Chia. So, try lah pergi situ semalam (7th Oct 2014).. Masa datang, takde patient pun, maybe sebab pagi Isnin kan.. So after register je (mommy siap bawak surat beranak ok huhu), terus masuk bilik doctor.. Oh rupanya Dr. Chia ni doctor perempuan..
Masa tengah consult, Shazrie Iman tengok je muka doctor tu. Pastu dia duduk diam je masa Dr. Chia tengah cek dia : cek telinga and denyutan jantung. Masa doctor nak cek denyuta jantung dari belakang Iman, doctor bagi Iman main satu toys yang ada atas meja. Dengan comelnya, Iman tengok muka hubs and kite dulu, konon mintak izin kami dulu untuk main. Bila kite cakap mainlah, baru lah dia pegang toys tu. Eee saja nak buat geram mommy tau! :)
Dah cek, Dr. Chia kata biasa je.. Normal, takde apa yang perlu dirisaukan.. So dia bagi ubat makan.. At the same time dia terangkan pasal Pneumococcal Vaccine (since kite tanya) and bagi kite pamphlet untuk baca.. Dekat klinik ni charge RM290 per jab. Quite pricey.
Balik tu, terus bagi Iman makan ubat. Mula-mula dia ok je. The next time nak bagi dia taknak huhu. Hubs kata rasa dia ok je (hubs tumpang minum sekali sebab dia pun batuk-batuk :p). Harap-harap Iman serasi lah dengan ubat ni, kesian nak dengar dia batuk tengah tidur sampai terjaga especially tengah-tengah malam.
Update 9 Oct 2014 : After 2 days bagi makan ubat, batuk Iman still tak berkurang. Dah risau, kebetulan nak pergi rumah nenek Rawang, so plan nak jumpa paed Iman dekat Rawang pulak.. Tapi, malam semalam, masa tidur, as usual Iman batuk sampai terbangun, menangis.. Since dia tak makan lagi ubat before tidur (sebab tidur awal), so kite bagi dia makan ubat.. Tak lama lepas bagi makan ubat, dia batuk lagi sampai muntah. Muntah penuh dekat atas badan mommy. Kesian betul tengok dia.. Lepas dah muntah tu baru dia lena tidur (Mommy tak kesah dia muntah sebab kata orang kalau dia muntah tu lagi bagus sebab boleh tolong keluarkan lendir).
Lepas daritu, dia ada batuk jugak. Tapi bila sampai dekat rumah nenek Rawang je, batuk terus hilang. Completely! Masa tidur pun ok. Maybe nak kena bertukar angin agaknya baru ok :). So tak jadi lah plan nak jumpa paed Rawang, Dr. Tan.
Kindly be informed that our Child Specialist Clinic is moving to a new location:
ReplyDeleteUntuk makluman, Klinik akan berpindah ke alamat baru:
Klinik Pakar Kanak Kanak Dr Chia
New Tel : 018-98-232-98
New Address :
8-G, Dataran Mutiara, Jalan 7/4, Taman Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan
Diagonally opposite to the Bomba.
Clinic Hour :
Mon-Fri : 9.00 am - 1.00 pm
6.30 pm - 9.15 pm
Sat : 9.00 am - 1.00 pm
Sun : 6.00 pm - 9.15 pm
We are the Pediatrician who serve the community around Serdang, Seri Kembangan, Balakong and Bukit Jalil.
We wish your kid is always healthy with sunny smile!!!
Thank you