Masa majlis cukur jambul Shazrie Iman, Alhamdulillah, ada orang nak tolong amikkan gambar. Kira sponsor lah.. Bakal menantu Ibu Lela (jiran), Alif. Dia memang freelance photographer.. Nak sponsor sebab nak tambah portfolio since belum pernah shoot majlis cukur jambul.
Sepanjang majlis, Alif tekun shoot gambar. Siap rajin and sabar melayan kami nak pose gitu gini huhu. Jujur, kami tak kisah pun rupa nya, janji ada gambar sepanjang majlis. Kalau takde official photographer, sendiri-sendiri amik gambar guna handphone pun takpe.. So kami tak put high expectation pun..
Tapi, memang dah rezeki Shazrie Iman, disangkakan just shoot and burn, rupa-rupanya siap dapat photobook! Cantik pulak tu! Alif memang takde sebut pape pun pasal album tapi tiba-tiba, semalam dapat whatsapp daripada hubs (I was at parents' home). Ya Allah terharunya...
Semoga murah rezeki Alif. InshaAllah, kami akan bagi hadiah kahwin yang 'setimpal' dengan khidmat awak ye..
No comments:
Post a Comment