Pages

Monday, November 25, 2013

Off to China!

Lama tak naik flight. Last time bulan January, tu pun pergi Singapore je, berdua dengan hubs for delayed 1st anniversary celebration. Lepas tu setakat jalan dalam semenanjung jelah. But this morning, 26th, me and hubs, together with keluarga mertua and makcik hubs sekeluarga (and plus) will fly to Guangzhou for 5 days, till 30th. Memang dah lama beli tiket and luckily the time sedang-sedang elok untuk kite. Belum sarat and free from morning sickness. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena tinggal. Huuu.

Don't worry baby, of course mommy will bring u along. But inside mommy's tummy lah. Haha. For sure this vacation is different to us since first time naik flight with little tiny in my womb, satu pengalaman baru :). And dalam kepala mommy pun more to nak carik something for the baby. Father in law siap pesan suruh cari barang-barang untuk doorgifts majlis cukur jambul or akikah. So cute! Hehe.

Well, some of my (additional) preparation for this trip as a pregnant lady :

1) Bawak medical letter from doctor.

2) Ubat-ubatan yang berkaitan and dikira perlu : obimin, iron, minyak angin, koyok.

3) Lot of foods! Eg cereal as my snack sebab alang duduk dekat rumah manjang nak makan je kerjanya. So takkan lah dekat sana asyik nak pergi makan je. Lebih baik bawak makanan yang ringan-ringan siap-siap dari sini. Boleh letak dalam handbag so bila agak-agak lapar boleh isi perut dulu.

4) Yassin. Actually memang ibu dah preparekan satu uncang isi yassin and suruh bawak kemana je since early pregnancy.

5) Wear suitable and comfy shoes. Flat shoes la ape lagi. Memang drpd tau pregnant, hubs forbid pakai heels or wedges. Ganti dengan flat shoes sepasang. Tu jela pakai selama ni *Pathetic*. Nak-nak time kami pergi nak masuk winter. So memang kena pakai kasut bertutup..

I think thats all. Harap-harap vacation kalini ok-ok je macam biasa walaupun kata orang tengah berbadan dua :). Bubbye Malaysia!


Saturday, November 23, 2013

The First Movement!

Excited gila! Tuh je boleh cakap bila first time rasa baby movement inside my womb :). Sebenarnya daripada petang 19hb dah rasa macam ada 'something' dalam perut. Tapi time tu tak berapa sure betul ke tu baby or perut yang meragam haha. But deep inside mommy's heart, it is you! Sebab rasa dia lain sikit. Bagitau hubs tapi tak berapa confirm.

The next day, rasa tu makin jelas. Dah mula dapat bezakan rasa tu bukan pasal sakit perut or perut berangin. Rasa macam 'something' cuit kite daripada dalam perut. Hehe. 

And semalam, 22hb dah mula melayan that feeling. Masa before tidur, makin aktif baby bergerak. Ambil hubs palm letakkan dekat tummy, suruh hubs focus. Suddenly 'whoop!' hahaha hubs dapat rasa! Kami terus gelak excited hehe.

Sekarang ni memang akan sentiasa rasa je that movement :). Cuma kalau petang-petang and malam-malam rasa dia akan lebih sikit. Hubs selalu curious apa baby buat dalam perut tu hehe.

Betullah kata orang, this feeling yang buat kite appreciate more about pregnancy. Buat kite tambah menghormati perasaan orang yang belum dapat pengalaman ni..

Thursday, November 14, 2013

MGTT

MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) or lebih famous among ibu-ibu mengandung : minum air gula.

Since ada family history yang diabetic, kenalah minum air gula (75g glukos dlm 250ml air).. Selalu dengar orang cakap yang air gula ni tak sedap, susah nak telan. But for me sedap je.. Kira okey jela nak minum secawan sampai habis tu even kite bukanlah jenis yang kuat manis.

Malam sebelum tu, nurse memang dah pesan suruh puasa start pukul 12am. Tapi pasal kite ni degil, pukul 12.30am still makan burger haha. Don't blame me. Its daddy's fault, yang goda. Haha.

Esok paginya, expected datang-datang klinik tu terus kena ambil darah. Sekali kena tunggu lagi da.. Tunggu punya tunggu, pukul 9.50am baru amik darah (before) and minum air gula tu secawan. Bahana memang tengah kehausan. laju jelah teguk air secawan tu. Heuheu. 

Lepas dah minum, kena tunggu another 2 hours, around 11.50am untuk ambil darah sekali lagi (after). Since semua necessary check up dah settle and jam baru pukul 11am, kami chow balik rumah dulu untuk baring-baring. Haha.

Around 11.45am datang balik, tengok nombor dah kena panggil. So teruslah masuk bilik untuk amik darah after and tadaaaa... Siap! Tak sampai 5 minit :p.

Nurse cakap result hanya akan keluar after 2 weeks. Kalau betul kite ada kencing manis, klinik akan call. Tapi kalau senyap je sampai next appointment, maknanya ok la tu.. But kite still can have the result during my next appointment (on request). Hopefully takdelah kencing-kencing manis ni.

Balik rumah, dengan pantas kilatnya terus telan nasi goreng ayam panas-panas. Kebulur... :p

Second Appointment (4th month)

After a month, kena datang appointment untuk MGTT and jumpa doktor untuk scan. Pasal dah berpengalaman, so kali ni takdelah nampak sengal sangat sepanjang kat klinik hihi. Hubs duduk je dekat ruang menunggu diam-diam dari awal sampailah dah selesai. What we did today :

1) MGTT. Dua tube darah kena ambil (before and after)

2) Pergi kaunter makmal untuk urine test and kena lagi amik darah sikit. I am not sure untuk test apa sebab nurse yang dekat kaunter lab tuh kerek sikit. Heuheu.

3) Jumpa nurse untuk ambil measurement. Berat dah naik, now i am officially 50+ kg person okay! Tak pernah berat cecah sampai 50kg. But its okay baby.. For you, mommy tak kesah gemuk hehe. (Now i have a strong reason bila hubs bising nonstop makan banyak and makin gems :p). Blood pressure pun okay. CUMA. Kena bising sikit sebab hemoglobin rendah. From 11.6 to 9.3. Haha. Nurse suspect kite minum caffeinated drinks tapi tak. Kite tak minum, even tea and malt drink pun tak okay.. Maybe turun sebab kite banyak skip makan obimin. Tak suka lah makan pil-pil ni... Tapi kite takdelah bagitau nurse tu.. Mati kau nanti.. Haha. Kite buat tak tau je :p

4) Nurse check heartbeat baby guna doppler. Dengar! Kuat! *riang*. Tapi nurse kata still no baby movement.. Takpe.. Mommy boleh tunggu :). Rasa nak beli doppler sendiri lah nanti. Boleh dengar sendiri kat rumah :)

5) Jumpa doktor untuk scan. Yeayyyy. Dah dekat 2 bulan kite tak tengok baby.. Dengan harapan masa scan ni boleh lah tengok puas-puas. Tapi TIDAK. Serious tak best! Dah lah masa scan takde monitor untuk kite, just untuk doktor. So mana lah kite nampak time doktor golek-golek dekat perut since kite dah terbaring dekat katil. Doktor tu pulak takde cakap pape, and kite nak tanya taktau nak tanya apa! Takpe-takpe. Nanti boleh tengok yang printed punya *sedapkan hati*. Sekali bila tengok yang printed punya, oh myyy hapa pun aku tak nampakk. Nampak kepala je yang jelas. Memang jauh beza dengan yang first scan aritu.

See... Mommy and daddy can't see you clearly... Tak puas...

Bila dah rupa camni, laju-laju tanya doktor tu ada risk tak kalau kerap buat ultrasound, about once or twice a month. Memang ada baca no risk. Tapi saja nak tanya sendiri. And she said none. Yeayyy! Meaning that I'll ask daddy to go to another private clinic untuk scan after this.

6) Since end of this month nak pergi travel, so saja tanya doktor about my condition to travel abroad. Doktor kata takde masalah since belum sarat. Tapi saja mintak doktor satu medical letter just in case.

Dah rupa belacan sikit sebab letak sepah-sepah :p. But it is just a simple letter..

Dengan padan mukanya, daripada nak kena telan sebiji pil (obimin), kali ni kena telan dua pulak, obimin and iron. Rasa kan.. And kalau dulu hubs tak pernah tanya, kalini almost every day he'll ask me dah makan ubat ke belum *sigh*. 

Well, my next appointment will be next month, 12.12.13.

Friday, November 8, 2013

Pa&Ma Magazine

Sejak dapat tau pregnant, memang banyak refer pada internet regarding pregnancy etc. Even dalam hp pun ada 3 application yang berkaitan :p. Biaselah first time..:p. Other thing yang terfikir, nak cari buku dekat bookshop. Tapi, nak masuk bookshop tu, faham-faham jelah. Masuk time nak perabiskan baucer buku je. Tu pun terpaksa. Kalau tak, takdenye lah..

So, another simple option is magazine. Kite bukan lah selalu beli magazine, dari dulu lagi. Maybe sebab abah dah ajar untuk tak beli magazine (Membazir katanya :p). Last rajin beli magazine almost every month time 2011, masa nak kahwin. So now, kite dah ada reason lain pulak untuk beli magazine :)

Dari awal sebenarnya nak beli parenthood magazine. Tapi ntahlah, tak jugak beli-beli. Maybe taknak nampak over-excited kut.. Sebab awal lagi kan, orang kata jangan over-excited sangat awal-awal ni..

Finally, dah nak masuk 4 bulan baru beli.. Tu pun kebetulan pegi immigration untuk renew passport for our next vacation hujung bulan ni. Orang ramai gila dah taktau nak buat apa so pergilah kedai runcit beli magazine :p.


My first parenthood magazine. I like the content. Nampaknya dah tahu nak spend duit dekat mana every month. Heuheu


Monday, October 28, 2013

Yoga Ball

Tadi sampai 1 packaging daripada Groupon, hubs punya. Bukak-bukak, yoga ball dia dah sampai.. Dari awal pregnant memang hubs teringin sangat nak beli yoga ball. Sebab nak suruh kite bersenam sakan hihi. (Ala dia lebih ke nak tumpang main sekali.. :p). Kebetulan ada jual murah dekat Groupon, terus dia rembat.




Beria-ia hubs pump. Pada kite jangan bulatkan dulu, nanti buat menyemak je dekat rumah.. Yela kite tengah mabuk-mabuk ni takdenya nak duduk bertenggek atas tu.. Tapi kalau dah dia sendiri yang tak sabar nak main.. Jangan dihalang.. Huhu.

Yoga ball idaman hubs

Dah kembung, dah bertenggek golek-golek sana sini, mula hubs search video senaman dekat youtube, suruh kite tengok and belajar. Tapi kite ni mood belum sampai, cakap nanti dulu..

Nanti ye sayang.. Nanti bila dah sihat and rajin, sha bersenam ok? Hehe. By the way, thanks for the yoga ball! Boleh bawak main kalau pergi mana-mana swimming pool. Heuheu..

Friday, October 11, 2013

Buku Pink

Dua kali pergi, jadik Lebai Malang. Nasib baik pergi tadi ok, walaupun kami datang agak lambat, pukul 10.20 am. Sampai-sampai, nurse suruh isi personal details dekat buku pink then baru boleh ambil nombor.. Orang memang ramai.. Dengan ibu mengandung, dengan babies and kids, penuh satu klinik. Tapi ok lah, tak kena tunggu lama sangat. 

Based on my experience for this very first time today, here I can conclude (randomly) :

1) Berbanding klinik swasta, dekat sini ada banyak bilik where setiap bilik have different purpose, ikut step by step. So, eventhough kalau ikut nombor turn kite lama lagi, tapi kejap je tunggu sebab setiap orang perlu masuk bilik yang berbeza ikut keperluan masing-masing.

2) Kite kena uruskan sendiri. Dari kaunter register, kena amik buku pink tu pergi letak dekat bakul yang disediakan dekat luar bilik yang kite perlu masuk next. Then tunggu nombor kena panggil.untuk masuk bilik tu. 
- First bilik yang kite masuk, nurse akan tanya normal basic question, timbang berat, ukur tinggi, cek blood pressure, history etc. Then kena amik buku tu bawak pergi next room pulak, tunggu turn lagi. 
-Bilik kedua, buat hiv test and nurse amik darah. Kite bawak darah tu sekali dengan buku pink pergi kaunter makmal pulak untuk serahkan pada dorang.. 
- Dekat kaunter makmal, kena siap-siap pergi keluarkan sample urin and tunggu lagi. Bila dah kena panggil, bagi sample urin tu untuk dia celup apentah, pergi buang balik urin cup tu and dia pulangkan semula buku pink. Kite kena bawak semula buku tu ke nurse yang pertama kite jumpa. 
- Nurse dekat bilik pertama tadi akan go through result check up kite and terangkan apa yang patut and set the date for next appointment. Since abah ada diabetis, so kite perlu minum air gula masa next appointment, next month.. Nurse siap ajar the right way to do booby selfcheck. Hehe.
- Lepas dah check semua, kena ambil ubat dekat kaunter farmasi. Kite dapat satu botol Obimin. 

3) Takde scan-scan. Nurse kata next month baru jumpa Dr and scan. Keciwa.. Baru ingat nak dating dengan baby.. Tapi gambar scan yang previous dia mintak and kepilkan sekali dalam buku pink.

4) Ubat, consultation semua FOC! Free of charge okay! Singgit pun tak kena. Seriously kite and hubs jakun gila.... No wonder ramai prefer pergi klinik kerajaan eventhough kena tunggu lama...

5) Sebelum ni banyak dengar orang cakap nurse-nurse klinik kerajaan biasanya garang-garang, kerek-kerek. But tadi nurse semua ok je.. Lembut, ramah. Maybe sebab semua muda-muda kut.. Ada juga jumpa yang dah tua. Ha.. Tang tua ni kerek sikit lah. Cehhh

6) Husband tak boleh follow masuk dalam every room. Kena tunggu dekat ruang menunggu je. Since first time and blur-blur and taktau, kite mintakla hubs ikut sekali masuk dalam bilik first. Dekat situ nurse bagitau, with full manners. 

7) Ada dua buku pink actually. Satu klinik simpan, satu lagi kite pegang and bawak balik and perlu bawak semula setiap kali datang appointment.

8) Datang 10.30am, setel semua by 12pm. Dalam sejam setengah semua setel. Ok la...

So... I am officially ada buku pink!! :)


Saturday, October 5, 2013

Klinik Kesihatan : Pengalaman 2

Sejak first experience, kite decide nak tunggu bila dah 3 bulan baru nak ke klinik kesihatan balik semula.. So Alhamdulillah, I almost reached my third month this week.. So dah boleh bukak buku pink nih. Plan dengan hubs nak pergi awal pagi (sebab dah banyak kali dengar orang kata kalau nak pergi klinik kesihatan ni, kena pergi awal-awal pagi). Tapi pasal terlajak tidur :p, and hubs setel-setelkan kerja dia dulu mana yang patut, last-last pukul 11.45 am baru pergi.. Haha. Hasilnya? Tarak la wehh... Nurse klinik kata tinggal abeskan patient yang sedia ada and since arini hari Jumaat, so untuk ibu & anak setengah hari je.. Dia suruh datang hari lain.. Memang Lebai Malang!

Sunday, September 29, 2013

Say No To Any Screen

During my first trimester, I experienced the same alahan as others, muntah-muntah and such. Alhamdulillah, bila dah nak masuk second trimester, alahan makin kurang especially muntah-muntah.

Tapi, yang makin menjadi, pening kepala! Sikit-sikit pening. I knew this is normal, ada kaitan dengan tekanan darah kite. Tapi yelah, kalau dulu pening sikit boleh telan panadol. Sekarang ni, pasal dah tak boleh nak amik any pills, kena tidur jelah setiap kali pening kepala.

So I tried to discover apa perkara yang boleh buat kepala pening (in my case). Antaranya :

1) Jangan berdiri lama sangat.

2) Baring kena pada position yang betul. Nak-nak tang nak letak kepala dekat bantal. Silap sikit tang tengkuk, mula lah pening kepala.

3) Kalau tengah duduk or berdiri, jangan laju-laju nak berdiri. Kena slow-slow. And..

Final one ni funny. Tak boleh nak tengok any skrin lama-lama including pc and smartphone! Kalau tv ok tapi kena duduk jauh-jauh dekat belakang-belakang and tak terlalu lama. Macamana boleh tau? Selama ni dah memang kaki online je kerjanya.. Tapi kalini every time kite online, mesti akan pening kepala tak hengat. Dah try adjust contrast and brightness, sama jugak.. Sekejap 5minit pun tak boleh! Alamatnya, pening la kepala tu kejap lagi.

I think maybe ada kena mengena with my sight since mata kite memang silau tinggi (tapi tak sedar diri taknak pakai spec :p). So, what I did in order to prevent tidur memanjang je, jangan. tengok. any. skrin. for. weeks! Tengok hp pun kejap-kejap and laju-laju kalau nak baca and reply message :p).

p/s : And this blog pun terabai.. Tapi pasal nak keep track dengan the actual date, so few posts tak follow the real date.

Tuesday, September 10, 2013

Klinik Kesihatan : Pengalaman 1

After we decided to bukak buku pink, kite usha-usha dengan Kak Leen yang our nearest klinik kesihatan ada tetapkan tempoh bila tak untuk bukak buku tu since dia dah berpengalaman cek dekat klinik yang sama.. Kak Leen bgtau yang jangan terlalu lambat or terlalu awal.. Her experienced, bukak masa dah 2 bulan. 

Since right now I am at my 2nd months pregnancy, kononnya nak lah pergi bukak buku pink tu tadi.. Tapi pasal kite and hubs kurang familiar dengan klinik kerajaan, we didnt know the right procedure.. Yang tau mesti klinik tu bukak and break same dengan time usual goverment office hour.

Dengan sengalnya, petang tadi kami pergi dalam pukul 4pm, sebab fikir mesti klinik tutup pukul 5, so sempat lagi la pukul 4 tu. Hahaha. Rupa-rupanya mestilah tak kannn, nurse cakap da tak amik patient lagi time tu. Kuikuikui. Manalah kami tau.. Kalau klinik swasta tu anytime ok je.. *Gelak kat diri sendiri*

Saturday, September 7, 2013

Government or Private?


Perkara penting pertama yang perlu parents to be decide adalah dekat mana nak check up sepanjang pregnancy.. Ikutkan hubs nak stick pada my gynae, Dr. Ng since dah biasa.. And dekat sana pun ada 'buku pink' tapi yang versi klinik tu punya la, and regular appointment macam dekat klinik kerajaan.. Ikutkan kite, ok je kalau hubs tak kisah nak bayar the cost

"This is very precious to me because it is not easy for us to get this. When it comes to something precious, I don't care about the amount of money that I need to pay, as long as everything is okay, you and baby in good condition". Hubs said.

Yes, I agreed with him. The tiny one inside my womb beyond everything to me, to us. Tapi, seperkara yang perlu nak fikir adalah time delivery. Of course, setiap bakal ibu mesti nak beranak normal, takde siapa nak ceaser. Including me. But siapalah kita, nak merancang boleh, tapi bukan kita yang tentukan semuanya.. 

Tapi ada dua choice yang memang boleh kita tentukan : nak beranak dekat government hospital or private. Luckily kami duduk dekat area yang dua-dua jenis hospital ni dekat-dekat, senang nak pergi both. 

So, when we did a discussion about this matter, kite cakap dekat hubs, kite kalau boleh nak beranak dekat private.. Hihi sape taknak kan.. But, depends pada keadaan kite and baby bila da masuk third trimester, especially bila dah sarat.. Kalau takde masalah or low risk in having baby through ceasarian, we opt for private. Tapi kalau ada risiko or any masalah (mudah-mudahan tidak lah..) yang boleh menghalang daripada beranak normal, pegi hospital kerajaan je.. 

Bukan apa, kesian dekat hubs sebab kite ni tak bekerja. Hubs yang kena tanggung semuanya sorang-sorang. Kang nak demand private, kalau kena ceaser yang cecah RM10 000, tak ke membazir tu namanya.. Macam-macam yang lagi best boleh buat wooo dengan duit tu eg beli stroller baby and other stuffs. Kalau beranak normal, price still reasonable and affordable for us..

In that case, kena bukak buku pink lah nampaknya.. Senang kalau nak beranak dekat hospital kerajaan, and tak rugi pun kalau nak beranak dekat private..





Friday, September 6, 2013

Our First Date!

Before ni, kite selalu refer dekat my gynae dekat Kuchai Lama, Dr. Ng for consultation. Tapi since detect upt positive tempohari, hari Sabtu and that klinik off hari Sabtu, thats why pergi ke klinik biasa-biasa dulu.. Since doktor tuh dah biasa dengan kite, so kite memang cakap dengan hubs, nak pergi klinik tu for consultation, at least sekali pun takpe. Yelah.. Dia dah tau history kite, so jumpa dia lagi better kan.. (Plus, i dont really rely on general doctor. Apa-apa, mesti prefer nak refer pada specialist - due to my experience).

Nak jumpa terus sepanjang 9 bulan pregnancy tu maybe taklah sebab agak high cost! Usually each consultation + few vitamins mesti akan cecah ratus. Tapi kata orang buat cukup syarat.. Yela masa ada masalah kite jumpa dia. Bila problem solved, langsung tak tunjuk muka, macam tak sedap pulak..

So today, hubs free and alahan kite pun dah kurang, kami pergi ke klinik tu.. Kite tak pasti samada kebetulan or memang staf dekat situ ada 'ilmu' tengok muka patient heheh. Selama setahun lebih datang situ, tak pernah pun dorang tanya any soalan time kite register. Tup-tup tadi staf tu boleh tanya 'pregnant ke'? WOW. I'M SHOCKED! Haha.

So, when I said yes, she gave me a pregnancy strip (only!). Kite heran lah takde container ke dan the staf cakap 'direct je'.. Haha gila cut bajet.

After dah berjaya menyelesaikan masalah dengan strip tu :p and bawak ke kaunter, the staf did a basic measurement : berat, tinggi, blood pressure.. Dan tunggu untuk jumpa Dr Ng..

Well, bila jumpa Dr. Ng, he asked basic question as usual.. Date last period etc, amik darah, and scan (2D)! Wee.. Nervous okay! Bila Dr. Ng golek-golekkan mende tu (I dunno what the exact term) dekat perut, me and hubs can clearly see our baby!! Excitednyaa.. Bila Dr. Ng bagi dengar baby's heartbeat, lagilah kami teruja! :)

"Okey.. Baby ok.. Ada satu je, takde twin.. Tapi ni nampak macam ada cyst tapi jangan risau pasal ni.. Semuanya okay.."

And here's the baby during our first meet :

Hello dear.. Mommy and daddy is here.. Membesar dengan sihat inside mommy's tummy okay..? :)

Total cost : RM230 (including RM80 for 2D scan, RM40 for susu Friso satu tin)
But the experience? Priceless!

p/s : Hubs a bit disappointed sebab he wished for twin, since my mother in law lahir kembar! Haha. Tamak..


Thursday, September 5, 2013

Pengalaman Masuk Air

Pergi klinik yang sama masa first check haritu since paling dekat.. Memang kami bernasib baik, kali ni  pergi pun tak payah tunggu lama. Tapi kalini doktor perempuan, chinese sabahan (?), muda jugak.. Lepas dah cite kat doktor, doktor cakap tu memang normal (I know!) sebab perut produce more acid as a body preparation (yang ni I dunno why and terlupa plak nak tanya detail dekat doktor. I'll study later :p). So kira perut dalam keadaan yang sama macam gastrik.. And since kite dah lebih 48hours vomit, badan dah dehydrated and kena masuk air..

Sebelum ni memang tak pernah langsung kena masuk air tapi this first pregnancy bagi 'can' untuk merasa experience tu. Heuheu. Tapi tak sedapnya, kena cucuk sampai 3 kali ok! (Tak sakit mana pun.. Sakit sikit je, standard kena cucuk jarum..) Doktor tak sudah-sudah cakap urat halus sangat. Ada dia kata kite tak pernah buat kerja berat tu sebab urat kecik je. Cis!

Mula-mula cucuk tangan kanan.. Pastu kite bangun sket sebab assistant klinik nak bagi makan ubat. Lepas kite bergerak tu, terus urat blocked. Doktor tengok kuantiti air tak cukup lagi and dia tanya nak teruskan lagi ke, tapi kena cucuk kat tangan lain plak. Kite ok kan aje lah.. Dah alang-alang.. So doktor cucuk tangan kiri plak. Tak berjaya! Tulah, urat I kecik sangat kan.. :p. Last, doktor try dekat yang area dalam siku tangan kiri and nasib baik ok sampai sudah!

Satu cerita kelakar time tengah sibuk-sibuk doktor and assistant dia adjust-adjust tube air dekat tangan, boleh pulak perut berbunyik. Kite ingatkan kite je yang perasan. Skali hubs tegur hahaha. Punya lah kuat! Malu gila kut! Nasib baik doktor kata memang akan rasa perut lapar lepas ni.. *I'm innocent ok!*

Lepas dalam 250ml air masuk, kira-kira sejam lebih, doktor kata dah ok.. Since dah makan ubat, balik dah boleh terus makan kalau nak.. Cuma jangan amik solid food terus.. Kite ape lagi, request bubur McD ler.. Itu je yang lalu dekat tekak.. Huhu. Dapatlah ubat rendah asid perut 2 botol dengan pil tahan muntah 1 papan.. Tapi kite just makan lagi sekali dekat rumah malam tu.. Sebab nak let it happen naturally as long as tak teruk sangat hehe.

Total cost : RM105






Worst Case of Vomitting (so far)

*Quite Disgusting Post*

Seminggu after upt positive, memang ada mild nausea. Sehari dalam sekali dua mesti muntah, adatlah.. So kurangkan makan sebab atleast yang keluar balik pun tak banyak. And kalau boleh nak tidur je sebab nak elak dari muntah huhu. (I think better replace muntah dengan vomit sebab rasa macam kurang geli sikit nak menaip. Heuheu)

Bila ibu call, ibu mesti akan tanya keadaan macam mana, ada vomit tak. Bila cakap ada, ibu kata biasa lah tu, belum lagi kena yang keluar warna kuning, yang tu pahit gila. Dengar pun dah seram babe. Selama ni just keluar air je..

Tapi kemuncaknya, memang timing baik punyaa, weekend lepas! Taktaulah salah makan or banyak sangat makan ke hapa sebab Jumaat malam memang adik ipar, Syifa ada buat makan-makan kat rumah plus birthday party kawan dia. So macam-macamlah ada dengan satay, murtabak, salad, cocktail, birthday cake,  brownies, spaggheti and apetah lagi.. Tapi kite takdelah bedal semua.. Makan satay, murtabak dengan kek je.. Tu pun ciput je, setakat menjamah. Takde selera makanlah katekan..

Nak dijadikan pengalaman, Sabtu tu terjaga awal pagi, vomit, sampailah ke malam, selang beberapa jam, non stop. Asal makan or minum sikit je, keluar balik. Tak kira la cuba makan or minum even air mineral seteguk sekali pun, habess..

Tak cukup dengan tu, malam memang tak tidur, tak sudah-sudah ulang alik toilet untuk vomit. Sampai dah nangis-nangis dekat hubs *gedik* sebab dah tak tahan (Barulah faham bukan senang and betapa mencabarnya untuk jadi seorang ibu. Ni baru starting! :p). Hubs pun jadik tak lena tidur sebab kite asyik bangun keluar bilik. And bila masuk bilik balik, lembik, duduk dekat lantai berteleku dekat hujung katil. Last trip, pukul 4.30 pagi.

Kebetulan pakcik makcik dari Johor datang minggu tu sebab nak hantar cousin daftar uni.. Uni yang sama dengan kite. Since uni kite tu punyalah besar and pakcik kite taktau jalan, sampaikan tersesat-sesat ke mana-mana, dia mintak tolong kite teman and tunjukkan jalan time register Ahad pagi. Kesian pulak... So larat tak larat, kite gagahkan jugak bangun pagi Ahad tu.. Bertemankan hubs, pegilah bawak pakcik makcik ke tempat yang nak dituju.. (I kan legend kat uni, haruslah tahu semua jalan kan.. Haha)

Dan akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telahpun tiba! On the way nak pegi fakulti cousin, ha keluarlah itu vomit itu kaler kuning yang ibu katakan.. Memang rasa dia, perghhhhhhhhh. Nasibaik memang dah standby plastik and tisu sebungkus. Selamat kete hubs. Dengar kite dah uwek uwek, hubs pun dah naik loya. Haha. Sorry dear!

Sementara nak tunggu cousin masuk register, kite tunggu lah kejap. Tahan je time tu.. Dalam setengah jam tunggu, kite mintak izin dekat pakcik makcik balik kejap and akan datang balik bila registration dah nak settle. Balik tu, lepas minum air glukos yang hubs bancuhkan, terus kami sama-sama tertidur balik.. (Tak cukup tidur malam tu kan..)

Tapi, kejap jela kan... Bangun je, bermulalah siri kedua vomit marathon... Segala macam air dah cuba minum. Isotonik drink, air asam jawa, tak boleh masuk jugak. Sedih! Sedih sebab kesian dekat badan and risaukan baby *Huk*. Rasa badan kurang nutrient, kite cuba jugak untuk makan tapi, apakan daya... Tak sempat nak meresap dalam badan, keluar balik.

Dari pagi sampailah ke malam keadaan sama. Hubs dah susah hati, tanya nak pergi klinik tak. Kite fikir tak perlu, ni normal je ni. Tapi, bila tengah malam, lagi dahsyat. Selang sejam bangun! Sampaikan dah tak larat nak ke bilik air, sediakan plastik dalam bekas, letak dalam bakul sampah dalam bilik. Ha kat situ lah melambaknya dia sampai lah keluar lagi sekali itu vomit itu kaler kuning yang rasa itu urghhh! Tu last, pukul 5 pagi. Time tu ikutkan memang dah tak tahan, nak je ajak hubs pegi klinik tapi kesiankan dekat hubs walaupun dia tidur tak lena but atleast dia takpayah nak bangun. Keluar je yang last kopek punya, barulah tertidur, tapi kejap jelah..

Isnin pagi terjaga, takde rasa mual. *Dah ok ke aku ni?* Tekak rasa haus sangat... Dah 48jam kut tak minum. Tapi takut dah nak isi pape lagi, takut perut memang dah taknak terima (Kadang-kadang sampai fikir, esofagus aku tersumbat ke? Peristalsis ada masalah ke? Heuheu). Bila hubs bangun, ajak dia pergi klinik, sebab mengenangkan badan dah dehydrated *risau*. And dah takde vomit lagi, senang sikit nak ke klinik, tak payah nak berkejar ke bilik air kalau kena tunggu turn. Maka ke klinik lah kami...




Saturday, August 31, 2013

Alahan

Kite buat upt lambat jugaklah.. Sebab takut gila kut nak buat! Memang dah ada rasa tanda-tanda biasa ada pada orang pregnant tapi kite taknak mengharap sangat.. Yelah sedih tau bila buat upt, dapat negative.. Dah banyak kali sangat frust, tu yang fikir panjang kalau nak buat upt.. Last-last, after day 44, and kebetulan ada 1 upt yang entah beli bila, yang murah je pulak tu, kite gagahkan jugak untuk check.. Tu pun sebab dah tak tahan dengan badan rasa tak sedap for few days. Dan perasaan first time tengok double line tu, priceless! 

Antara simptom terawal (before buat upt)

1) Breast tenderness
Biasanya a week before nak period memang akan ada rasa ni, and akan hilang a day or two before period. Tapi kalini, masa still dalam ovulation period (around two weeks before expected date for next period) dah sakit. Sakit dia lain macam, lagi teruk kut. Nak-nak bila baru lepas bangun tidur.

2) Nausea
A week before expected date for next period, badan rasa tak sedap. Pening-pening, tekak rasa loya. Tapi kita malas nak layan. Yelah kang uwek-uwek, orang dah fikir lain. Padahal takde pape pun. Huhu. So kite banyak minum air oren. Kalau dah tak tahan sangat, kite tidur..

3) Hilang Selera Makan
Kite memang kuat makan. Tapi yelah bila tekak rasa mual, nak makan pun hilang selera. End up, selalu makan tak habis. Rugi wooo

4) Bloating
Maybe pasal dah kurang makan, perut pun masuk angin. Tu yang sebu je rasa. Tak sudah-sudah burp burp. Sampai sakit tekak.

5) Cepat Letih
Selama ni memang banyak tidur pun.. Haha. Tapi kalini lagi melampau-lampau pulak ngantuk tu.. Asal balik petang je, confirm tidur. Kalau keluar dengan hubs pun, rasa nak balik cepat je.. Balik je rumah, terus tidur. Climax, hari Jumaat before buat upt. Petang dah tidur banyak. Malam tu, kol 11 dah terlelap tak hengat dunia! Hubs kejut-kejut ajak makan sate, langsung tak boleh nak bangun!

6) Mucus Discharge
Whitish, a bit thick. Tak tau beza pun dengan keputihan.. Tapi memang noticed pasal benda ni.. Kena rajin tukar pantyliner or panties..

7) Jerawat
Nak kata muka licin, idok lerr.. Tapi lepas sebijik, sebijik muncul. Kecik-kecik pulak tu. *Gatal tangan nak picit*

Bila dah buat upt, alahan-alahan tu still ada.. Cuma yang no (1) dah berkurang, taklah seteruk awal-awal.. Selain tu ada tambahan alahan lain pulak

8) Vomitting
Haaa kalini kau cuba lah tahan banyak mana, still tak tertahan. Uwek-uwek jugak akhirnya. Dahlah memang tak suka muntah-muntah ni. Rasa macam semua isi perut nak terkeluar. Untuk kurangkan rasa geli, kite kurang makan. Makan small portion je. Sebab, kalau nak keluar balik pun, atleast tak banyak. Kite lagi prefer muntah air daripada makanan *Geli sikit part ni*

9) Deria bau pelik sikit
Bila bau wangi-wangi, rasa nak muntah. Boleh tak?? Perfume dah kurangkan pakai. Bila perfume dalam bilik spray je, tahan nafas taknak bau. Mual woo.. Lagi kuat bau, lagi lah tak tahan.. Bau busuk-busuk taktau lagi sebab tak pernah hidu lagi. Hehe. Tapi nasib baik hubs tak termasuk dalam senarai anti bau ni :p

10) Kerap Pergi Toilet
Minum sikit, pergi toilet. Apetah lagi kalau minum banyak. Huhu. Jadi pengunjung setia toilet.

Selain tu, ada jugak alahan yang lain tapi tak kerap.. Kadang-kadang je kena which are :

11) Cepat Mengah
Yang ni heran. Biasanya orang mengah-mengah ni bila dah sarat. Kite yang baru berapa minggu ni pun dah mengah. Pantang buat kerja lebih sikit or naik turun tangga, mesti dada tu rasa sesak je.. Bila kite tanya ibu, ibu kata mende ni normal.. So takdelah risau.. :)

12) Heartburn

Tak taulah yang kite senaraikan ni semua morning sickness ke apa.. Tapi kalau ya, kite kena tak kira masa.. Pagi, tengahari, petang, malam, ikut suka hati dia. Huhu. Nasib baik mild je and masih boleh bangun. Kalau terlepek je, payah jugak.. In whatever, this sickness buat kite lebih kagum and salute dekat ketabahan and pengorbanan all mothers out there esp my ibu dan mak. Bukan senang nak harung. *Ikhlas*

Friday, August 30, 2013

Cobaan pertama

Lepas kahwin, terus duduk dengan family in law *ikut suami*. So memang dah biasa dengan masakan mak. Sampai ada few meals yang kalau mak masak, tak boleh nak elak. Kenyang macamanapun, mesti nak makan. Makan banyak kali pulak tu. Huhu. Antaranya bihun goreng and sambal udang, nak-nak kalau tambah petai (padahal petai tak makan pun). 

Semalam, kebetulan mak masak dua-dua favourite ni. Breakfast bihun goreng, takde masalah, boleh je makan tapi tak sebanyak biasa. Yelah dalam keadaan macamni.. Tapi tang sambal udang tuh (lunch), perghhhhhhh tempting gila kut! Dah lah udang besar-besar. Geram je.. Hubs awal-awal dah pesan cakap tak boleh *ngences*. Nak elak daripada kempunan, dapat makan sambal je sikit pun jadi lah.. Huk.

Petang tu, keluar rumah, baru perasan yang dekat luar rumah ada 3 bakul besar durian! Omaigodd durian tuuu.. My favourite! Kebetulan share favourite ni dengan ayah, so ayah rajin je beli durian. Kite pun bedal sama lah. Hehe. Tapi kalini, tidakkkkk!! *jerit dalam hati*. Malam tu rupa-rupanya ayah nak buat pesta durian untuk kawan-kawan and jiran-jiran.. Kite? Telan liuq la gamaknya.. Hubs kata kalau nak makan sikit, makan lah. Buat merasa.. Nanti dia pegi beli air cap badak. Tapi kite kesian dekat baby, nanti panas *takpe ye baby.. mommy sacrifice :). Lepas-lepas ni kite bole makan banyak-banyak, kan..* Cuma kite rasa secubit sebab taknak kempunan.. Tu pun ter rasa yang tak sedap punya. Terus putus selera. Haha.

p/s : Full day yesterday hubs kemas bilik gila-gila punya. Bukan setakat vacuum lantai, dengan dinding-dinding skali. Buang segala habuk, sawang bagai. Kite? Melepek je tidur dekat ruang tamu heuheu. Malam tidur rasa macam tidur dekat bilik baru masuk pindah. Hehe. Nak bagi kite selesa lebih la tu.. Thanks dear! *smooch*

Thursday, August 29, 2013

Pesanan Doktor

Antara pesanan doktor after dapat double line dekat test strip :

1) Banyakkan berehat
2) Jangan angkat barang-barang berat, jangan buat kerja-kerja berat. 
Memandangkan first pregnancy, kena extra cautious.
3) Jangan makan banyak sangat takut nanti obes. Biar kerap makan tapi dalam small portion.
4) Jangan pakai heels *Alaaaa.. Selamat tinggal heels and wedges ku*
5) Jangan tahan kencing. Untuk elakkan daripada kena UTI (urinary tract infection).
6) Jangan makan seafood (shrimps, ketam, kerang-kerang) and ikan sungai *Luckily kite memang tak makan ikan sungai*. Ikan laut boleh.
7) Jangan ambil sebarang ubat termasuk panadol. Kena consult doktor dulu. 
8) Kalau ada sebarang rasa pelik and tak sedap badan (lain daripada rasa biasa), cepat-cepat jumpa doktor. 

Mengenai supplement, for now, doktor prescibe kan folic acid and vit B complex, which kite kena makan every morning after breakfast, consistenly.

Bila kite tanya pasal susu, surprisingly doctor kata susu untuk ibu mengandung memang bagus tapi boleh give effect to baby.. Bukan time dalam womb tapi bila dah besar nanti.. Effect yang macamana tu? Doktor kata, based on his experience as a medical practitioner yang berkhidmat dekat gov hospital, most kids with hyperactive cases kesan daripada ibu yang minum susu brand A*mum. Susu tu memang well known high of DHA.. Sebab DHA dah tinggi sangat tu yang budak 'terlebih pandai'. Gula yang ada dalam susu tu pun boleh sebabkan sugar rush. Wallahualam.. Bila tanya doktor so macamana, takkan tak perlu minum susu, dia kata boleh.. Tapi kena tengok dulu susu brand apa yang ok. Well, maybe kena refer pada expertise..

Coffee or tea?

During pregnancy, mommy to be should cut down or cut off caffeine intake. Luckily I'm not so into coffee. Kadang-kadang je minum.. Tu pun mocha frap Starbucks - my favourite! Hehe. But tea, yes I'm a tea lover. Boleh dikatakan almost everyday minum teh o panas or teh o ais. 

Kenapa kena kurangkan caffeine intake? (Below 200mg per day) :
1) Caffeine boleh kurangkan calcium absorption across placenta.
2) Boleh sebabkan fetus kekurangan berat badan daripada yang sepatutnya - meningkatkan risiko masalah kesihatan pada baby ketika lahir and in the future.
3) High levels of caffeine could cause miscarriage.

For tea, still ada few things kena take note :
1) Tak semua teh boleh minum esp teh herba memang kena elak sebab ingredients teh tu mungkin panas and boleh bagi effect to our pregnancy.
2) Yang ni penting untuk kite memandangkan kite suka minum green tea. Green tea memang bagus as antioxidant tapi for mommy to be, nay!! Sebab green tea boleh halang effectiveness of folic acid, which penting untuk perkembangan awal baby - preventing neural tube defect.
3) 

Surprisingly, chocolate including milk chocolate also contain caffeine, but in low level. However, mommy to be still kena control chocolate intake sebab sikit-sikit, kang lama-lama boleh jadi bukit :p

Wednesday, August 28, 2013

Perihal tomyam

Semenjak tekak rasa mual-mual, kite lagi prefer makanan or minuman yang masam-masam. Kalau air, kite choose oren or asam jawa or hubs suruh minum kiwi. Kalau makan, kite suka tomyam tapi takdelah kerap sangat makan.. Asam memang sentiasa ada dalam beg sebab manatau time-time emergency, boleh telan asam dulu untuk kurangkan rasa mual. 

Nak dijadikan cerita, semalam time pergi LCCT teman hubs fetch cousin dia, kite teringin nak makan tomyam. Last kite makan tomyam dekat Station Kopitiam Timesquare, Ahad lepas. Sedap pulak tu.. So teringin nak makan lagi.. Hubs kata ok, malam nanti pergi The Mines tengok kalau-kalau Station Kopitiam dekat sana ada lagi. Kite tak kisahlah kan, boleh je tunggu sampai malam.. Takdapat dekat Station Kopitiam, dekat restoren-restoren lain pun boleh..

Bila dah nak  balik tu, kite dah mabuk. Sepanjang perjalanan balik kite pejam je mata, nak elak daripada nak muntah. Sampai je rumah, kite terus masuk bilik, baring and tertidur.. Hubs pergi uruskan kerja dia sikit and memang kite pesan kalau kerja dia dah setel and nak lunch, kejut kite..

Dalam setengah jam jugak lah kite tertidur, hubs kejut ajak makan. Hubs kata "Jom, tadi teringin sangat nak tomyam kan.. Mak masak tomyam tu". Oohhh sedapnya! Ni lah dikatakan dah mengantuk disorongkan bantal (boleh ke pakai perumpamaan ni.. :p). Mak macam tau-tau je.. *Terharu*

Hah apelagi. Bedal lah tomyam tu sepanjang hari bermangkuk-mangkuk. Lepas ni pun nak makan lagi. Huhu

First Doctor's Visit

After dapat positive upt, terus jadi blur apa next move. Kelakar gila time tu! Dah lah time tu hubs takde, kerja. Takpe, kita google apa yang patut.. Ok, apa yang kena buat ialah pergi klinik, jumpa doktor untuk double confirm. Lepas hubs balik and bagitau the news, ajak hubs pegi klinik. Memandangkan klinik my gynae off hari Sabtu (and tak tahan dah nak tunggu hari Ahad haha), kite decide nak pegi nearest klinik je.. After lunch, kami pergi Klinik Mediviron. Kite tak pernah register pun dekat sini tapi ni lah klinik paling dekat dengan rumah.. Ala setakat untuk dapatkan official pregnancy result je kan..

Doctor yang kite jumpa doctor India, lelaki. Muda lagi.. Masa datang tuh memang takde orang sebab klinik dah nak tutup untuk rehat sebenarnya. Tapi nasib baik doctor tu baik hati nak terima patient lagi :). Bila bagitau kite nak dah buat upt dekat rumah and positive, and datang klinik untuk re-confirm, macam-macam doctor mula tanya..

"Memang plan nak mengandung ke?"
"Dah berapa lama kahwin?"
"Pernah ada anak ke sebelum ni?"
"Pernah miscarriage? Abortion?"
"Bila first date final period? Bila pulak final date?"
"Biasa nak period ada period pain tak?"
"Period cycle teratur tak"
"Dalam family ada yang hidap kencing manis? Darah tinggi?"
"Ada apa-apa alahan tak? Sakit bahagian dada?"
"Ada kerap pegi toilet?"

Tu dia... Siapa sangka kena tanya macam gitu sekali.. Lepas dah dapat double line dekat test strip dia, so memang confirm lah. Alhamdulillah!

Total cost : RM35